Proses untuk menghasilkan copywriting yang menarik dan sedap dibaca bukanlah sesuatu yang mudah.
Ia memerlukan serba sedikit kajian dan pemahaman yang baik terhadap target audience atau kelompok sasaran yang kita mahukan. Serba sedikit kita perlu tahu, apa yang mereka suka, apa yang mereka harapkan, dan bagaimana untuk mengekalkan minat mereka ni untuk terus baca apa yang kita tawarkan.
Memandangkan, bagi sesetengah orang, mereka memang akan memerlukan masa yang agak lama untuk menyiapkan satu teks artikel copywriting, maka bagi menjimatkan masa, amatlah sesuai untuk kita gunakan cara short cut.
Apakah cara short cut atau jalan pintas menulis ayat copywriting yang saya maksudkan ini?
Memang ada caranya.
Caranya adalah dengan merujuk kepada swipe file atau cheat sheet yang biasa digunakan oleh para marketer yang ada diluar sana.
Tahukah anda, swipe file ini biasanya mengandungi koleksi ayat-ayat copywriting yang anda boleh terus gunakan untuk sebarang perniagaan yang anda jalankan.
Anda tak perlu lagi bersusah payah untuk fikirkan ayat yang baru, sebabnya telah ada ayat yang memang dah terbukti berjaya untuk menarik perhatian pelanggan dan prospek untuk buat pembelian.
Ada beberapa sumber yang boleh saya cadangkan untuk anda jadikan rujukan.
Pertama, kamus copywriting oleh Raja Kamil.
Anda boleh klik sini untuk download.
Selain dari kamus copywriting ini, satu lagi yang saya boleh cadangkan untuk anda muat turun ialah template copywriting 10k edisi 2016 oleh zyan.
Anda boleh klik sini untuk muat turun.
Jika anda minat nak miliki contoh-contoh dan koleksi ayat copywriting power tersebut, bolehlah klik pada link yang telah saya berikan tu ya.
Adakah anda banyak menggunakan teks dalam iklan anda?
Saya rasa kebanyakkan usahawan yang menggunakan medium internet sebagai platform untuk pemasaran, pasti akan menggunakan teks untuk iklankan perniagaan masing-masing.
Sebagai contoh kalau guna Facebook.
Selepas dah upload gambar produk yang kita nak jual tu, dah tentu kita kena tulis serba sedikit ayat penerangan atau kata-kata yang nak mengajak orang ramai untuk beli.
Kalau setakat tulis beli… beli… beli… mesti lama kelamaan orang dah tak minat lagi nak baca.
Sebenarnya ada cara macam mana kita nak buatkan orang minat baca iklan kita. Cara tersebut adalah dengan menggunakan pendekatan bercerita tentang produk yang kita jual.
Kadang-kadang, kita tak perlu letak gambar produk pun untuk bercerita pasal produk tersebut.
Kata-kata atau ayat-ayat yang kita gunakan itu, apabila disusun dengan baik, bakal membuatkan bakal pelanggan kita secara automatik menggunakan daya imaginasi masing-masing untuk membayangkan produk yang kita jual tu.
Bukan mudah untuk bermain dengan fantasi dan imaginasi bakal pelanggan. Serba sedikit, kita perlu tahu bagaimana cara seseorang tu berfikir, dan kalau anda pernah baca buku-buku tentang neuro linguistic programming, ianya pasti sangat membantu anda untuk hasilkan ayat iklan yang power.
Namun demikian, anda mungkin tak mempunyai banyak masa untuk buat kajian sendiri atau membaca buku-buku tentang cara tulis iklan berkesan.
Jadi, cara paling cepat adalah dengan merujuk kepada contoh ayat copywriting yang dah siap dibina dan seterusnya kita cuma perlu edit sahaja untuk disesuaikan dengan perniagaan yang kita jalankan.
Sekali lagi saya kongsikan link untuk anda muat turun contoh ayat copywriting tersebut.
(1) Kamus Copywriting Raja Kamil – Klik sini untuk download
(2) Template Copywriting Zyan – Klik sini untuk download
Terima kasih saya ucapkan kerana anda sudi membaca ya.
Baca juga: Koleksi Ayat Power untuk perniagaan online
[…] tu saya kongsikan kepada anda sebelum ni, Koleksi contoh skrip copywriting terbaik yang anda boleh terus guna dalam perniagaan […]