Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

July 3, 2018 by Sabree Hussin Leave a Comment

Dropship barangan cina untuk dijual semula di ebay

Saya dah dengar mengenai bisnes di ebay, sejak dari awal-awal pembabitan saya dalam bidang pemasaran secara online.

 

Pada masa tu, adalah sekitar tahun 2009.

panduan-perniagaan-ebay

Sebagai orang baru dalam bidang pemasaran internet, dan baru nak belajar cara-cara buat duit online, saya perlu buat pilihan, sama ada nak fokus kepada

  1. Affiliate Marketing
  2. Blogging
  3. Google Adsense
  4. Ebay

 

 

Ya. Dulu memang tak banyak pilihan. Program buat duit di internet, datang dan pergi. Antara yang paling menyerlah ialah 4 perkara yang saya senaraikan kat atas tu.

 

Bagi yang minat nak ceburi affiliate marketing, produk yang tersedia untuk dipromosikan adalah produk-produk digital, seperti ebook, laman web keahlian dan juga software. Kalau nak promosikan produk fizikal, memang agak susah nak jumpa.

gshock-original-murah

Dulu tak banyak program affiliate untuk produk fizikal, mungkin disebabkan beberapa faktor, antaranya

  1. Belum ada perisian affiliate yang support untuk jual banyak barang dalam satu website
  2. Peratus keuntungan yang terlalu sedikit menjadikan ianya kurang diminati
  3. Sistem penghantaran barang (syarikat kurier) yang tak begitu efisien
  4. Pengguna di Malaysia tidak terdedah dengan online transaction 

 

Sekitar tahun 2000, pengguna di Malaysia masih ramai yang takut-takut nak buat transaksi secara online. Saya pun tak pasti, pada waktu tu, berapa ramai yang ada kad kredit, kad debit mahupun akaun internet banking.

 

Tapi sekarang ni dah berubah. Kalau pada waktu ini, ada yang nak buat program affiliate yang mempromosikan produk-produk fizikal, boleh sertai program affiliate Lazada. Saya juga aktif mempromosikan barangan dari laman web lazada.

 

 

Program dropship alternatif bagi program affiliate

Program dropship dengan program affiliate memang ada persamaannya. Kedua-duanya boleh dimulakan tanpa perlu keluar sebarang modal, dan anda juga tak perlu simpan stok barang.

 

Namun, bila cerita dari sudut potensi pendapatan, atau margin keuntungan, anda boleh dapat untung yang lebih tinggi, apabila buat dropship berbanding buat affiliate marketing.

 

Saya ambil contoh, kalau anda nak promosikan jam tangan Casio G-Shock GA-400HR-1A seperti screenshot kat atas tu.

 

Harga produk yang dijual di laman web adalah RM349. Jika anda berjaya jual produk ini, melalui konsep affiliate marketing, anda akan menerima komisen sebanyak 8.50% atau bersamaan dengan RM29.67

 

Sebaliknya, kalau melalui dropship, anda akan untung lebih banyak, JIKA anda berjaya dapatkan pembeli yang sanggup beli dengan harga yang lebih mahal dari harga kos. Mungkin anda nak letak harga RM450, RM500, atau RM700.

 

Perbezaan harga inilah yang akan jadi untung anda! Saya ada cerita dalam posting sebelum ini, iaitu guna teknik dropship untuk jalankan bisnes online di ebay.

 

 

Dropship produk dari China untuk jual di ebay

Untuk memaksimumkan keuntungan yang bakal diperolehi, lazimnya para usahawan ebay akan gunakan konsep dropship dalam perniagaan mereka.

 

Mereka akan jual produk-produk dari China di laman web ebay. Banyak laman web dropship yang menjual barangan China, turut mempunyai gudang di negara luar dari China.

 

Misalnya, ada syarikat dropship, yang ada gudang di UK. Kalau ada tempahan dari UK, barangan tersebut akan dihantar dari gudang di UK juga. Ini menjadikan masa untuk penghantaran jadi lebih cepat, berbanding kalau produk tersebut keluar dari gudang di China juga.

 

Menarik bukan, konsep bisnes dropship ini? Kalau anda rasa nak belajar lebih mendalam, bolehlah teruskan pembacaan disini.

 

 

 

Baca juga artikel:

  • Adakah ejen dropship juga bersalah sekiranya pembekal seorang scammer?Adakah ejen dropship juga bersalah sekiranya pembekal seorang scammer?
  • Buat cermin mata untuk masalah rabun silauBuat cermin mata untuk masalah rabun silau
  • Ini dia BUKTI saya berjaya Buat Duit Dengan Mobicow!Ini dia BUKTI saya berjaya Buat Duit Dengan Mobicow!
  • Kerja sambilan dari rumah sebagai ejen pemasaran online serta bukti pendapatanKerja sambilan dari rumah sebagai ejen pemasaran online serta bukti pendapatan
  • Sudah ke anda mempunyai BACK UP PLAN?Sudah ke anda mempunyai BACK UP PLAN?
  • Cari servis artikel advertorial yang paling MURAH atau yang boleh menepati kriteria?Cari servis artikel advertorial yang paling MURAH atau yang boleh menepati kriteria?
  • Jual barang melalui sistem marketplace MUDAH dan boleh UNTUNG BESARJual barang melalui sistem marketplace MUDAH dan boleh UNTUNG BESAR
  • 3 Tips untuk Usahawan Online yang ingin menjadikan Instagram sebagai medium pemasaran3 Tips untuk Usahawan Online yang ingin menjadikan Instagram sebagai medium pemasaran
  • Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!
  • Apa yang buatkan anda suka dengan pekerjaan anda sekarang?Apa yang buatkan anda suka dengan pekerjaan anda sekarang?

Filed Under: Buat Duit Online Tagged With: buat bisnes dropship, dropship barangan china, dropship produk dari China

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

thirteen − 4 =

Top Posts & Pages

  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
    Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
  • Kenapa perlu ada Rancangan Perniagaan (Business Plan) sebelum memulakan sebarang perniagaan
    Kenapa perlu ada Rancangan Perniagaan (Business Plan) sebelum memulakan sebarang perniagaan
  • 2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
    2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
  • Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
    Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
  • Buat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping online
    Buat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping online
  • Konflik antara pemandu teksi dengan pemandu kereta Uber
    Konflik antara pemandu teksi dengan pemandu kereta Uber
  • Boleh percaya ke kalau beli barang dari laman web mudah.my?
    Boleh percaya ke kalau beli barang dari laman web mudah.my?

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Uncategorized

Copyright © 2021 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut