Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

November 7, 2018 by Sabree Hussin Leave a Comment

Formula ASAS mencipta kejayaan dalam perniagaan di internet

Saya berpendapat, setiap orang patut mempunyai sekurang-kurangnya satu bisnes internet mereka sendiri.

 

Tak kisahlah, apa bisnes sekalipun, dan dalam apa bidang sekalipun. Sama ada anda memilih untuk menjual perkhidmatan (servis) mahupun ingin menjual produk fizikal.

 

Apa yang penting, mulakan bisnes tersebut secepat mungkin. Kalau boleh mulakan hari ini juga, mulakanlah.

 

Orang yang ada kerjaya sendiri, memang patut ada bisnes sampingan. Setengah orang yang saya jumpa, mereka berpendapat, apabila dah ada kerja tetap dan sudah bekerjaya, mereka dah tak perlu susah payah nak buat bisnes sendiri. Mereka boleh fokus pada kerja sahaja.

 

Saya tak kata pandangan yang mereka pegang itu salah. Cuma saya rasa, pandangan tersebut boleh diperkemaskan lagi. Mungkin mereka ini bimbang, kalau-kalau fokus dan tumpuan mereka terganggu dek kerana bisnes sampingan yang mereka akan jalankan nanti.

 

Itu saya setuju. Kemungkinan tersebut memang mungkin akan berlaku.

 

Bisnes secara online, boleh dijalankan secara separuh masa. Kita tak perlu nak terlalu fokus pada bisnes ini.

 

Ada ketikanya, saya rasa orang yang ada kerjaya yang bagus, kalau mereka boleh luangkan sedikit masa untuk berniaga secara sambilan, mereka ini adalah orang yang sangat beruntung.

 

Kenapa saya kata begitu?

bos-untuk-diri-sendiri

Orang yang sudah ada kerjaya yang mantap, bila dia meniaga, dia tak perlu terlalu bimbang tentang untung. Memanglah, bila kita meniaga ni, kita nak untung. Tapi, orang yang sudah ada pendapatan yang baik, dia tak begitu risau tentang untung, dan tak terlalu fokus pada aspek jana untung semata-mata.

 

Bila dia memberikan sesuatu perkhidmatan, atau menjual sesuatu produk fizikal, apa yang dia pentingkan adalah dari segi

  1. Kualiti produk
  2. Kualiti perkhidmatan
  3. Kepuasan hati pelanggan

 

Apabila ketiga-tiga perkara ini dapat dicapai, pasti pelanggan yang mendapatkan khidmat atau yang membeli produk anda, akan menyumbangkan keuntungan dalam transaksi yang dilakukan.

 

Kita bandingkan dengan usahawan yang berniaga semata-mata sebab nak kejar untung. Ada macam-macam insiden yang boleh berlaku, ketika mana dia ingin mengaut seberapa banyak untung yang boleh.

 

Misalnya,

  1. Barang tak berkualiti tak apa, janji untung
  2. Kurangkan kuantiti barang, supaya boleh dapat untung lebih
  3. Kalau pelanggan kurang puas hati, kita bagitahu yang dia dapat apa yang dia bayar

 

Dalam keadaan ini, untung dijadikan perkara nombor satu. Maklumlah, dari keuntungan itu, dia kena bayar sewa, upah pekerja, modal dan macam-macam lagi kos untuk jalankan perniagaan.

 

Sebaliknya, orang yang dah ada kedudukan kewangan yang baik, dia buat sesuatu bisnes kerana dia betul-betul minat dengan bisnes tu, dia rasa seronok dapat bantu orang, dan dia bukan buat semua ini semata-mata kerana mengejar keuntungan semata-mata.

 

Perkara ini memang agak sukar untuk dijelaskan, lebih-lebih lagi kalau kita nak terangkan kepada orang yang tak pernah langsung buat bisnes. Saya secara personal, juga pernah berada dalam kedua-dua situasi ini.

 

Apa bisnes yang saya pernah buat?

 

Bisnes yang saya pilih adalah dalam bentuk perkhidmatan. Saya menjual kepakaran saya, kepada individu yang berminat untuk dapatkan khidmat saya.

 

Saya tak berapa minat nak jual barang, atau produk fizikal, sebabnya produk fizikal ini lazimnya kita perlukan modal untuk mulakan bisnes. Ataupun kena cari supplier yang boleh berikan sistem dropship.

 

Ok tak apa, itu saya boleh cerita lain kali. Sekarang ini, saya nak cerita situasi dimana saya pilih untuk jual perkhidmatan. Perkhidmatan yang saya tawarkan adalah khidmat menulis artikel advertorial.

 

Biasanya caj yang saya kenakan adalah sekitar RM100 – RM200 untuk servis artikel advertorial yang saya hasilkan. Bagi sesetengah orang, caj ini memang nampak mahal. Tapi, walaupun pada peringkat permulaan, ianya nampak mahal, sebenarnya daripada pelaburan ini, pelanggan saya akan dapat balik pulangan dalam bentuk sales sehingga ribuan ringgit setiap bulan.

 

Saya pernah tawarkan servis ini, pada keadaan dimana saya tak perlukan duit. Saya tawarkan servis penulisan ini sebab saya memang betul-betul seronok nak bantu usahawan lain dapat jana pendapatan dan dapat sales untuk bisnes yang mereka jalankan.

 

Hasilnya, setiap kali saya terima job, saya akan buat dengan bersungguh-sungguh. Walaupun pelanggan saya tu, bayar saya upah RM50 sahaja, saya akan buat kerja seolah-olah saya dibayar upah RM500. In fact, kalaupun saya tak dibayar sebarang upah, saya tetap akan bekerja dan berikan khidmat saya, seolah-olah saya dibayar upah RM1,000 untuk tugasan tersebut.

 

Pada sisi yang lain, saya juga pernah berada dalam keadaan dimana saya sangat perlukan wang. Pada ketika itu, saya perlu seberapa banyak job penulisan yang boleh saya lakukan dalam masa yang singkat.

Pada keadaan tersebut, jika saya dapat tugasan yang dibayar RM50 untuk menulis, saya akan jadi sangat berkira. Saya akan produce hasil kerja yang bernilai RM50 sahaja. Kalau nak servis tambahan dari saya, bayarlah lebih.

 

Pada ketika itu, saya rasa ada sedikit tekanan yang memaksa saya untuk jadi seorang yang berkira. Dengan tak semena-mena, saya perlu berkira soal masa yang saya peruntukkan untuk menulis, kepakaran yang saya perolehi hasil daripada pengalaman saya berkecimpung dalam bidang ini selama bertahun lamanya, dan banyak lagi.

 

Saya jadi seorang yang sangat berkira. Saya tak suka berada dalam keadaan seperti ini, namun saya perlu jadi seperti itu.

 

Berbalik kepada individu yang tak ada masalah kewangan. Apabila dia buat bisnes, dia boleh buat keputusan dengan tenang. Dia tak perlu rasa tertekan apabila jalankan bisnes tersebut. Kalau ditakdirkan, dia terpaksa berhadapan dengan pelanggan yang suka-suka hati cancel last minute, dia juga tak rasa sakit hati sangat.

 

Apa formula ASAS untuk berjaya dalam perniagaan di internet?

Sama ada anda sedar ataupun tidak, saya sebenarnya telah sentuh beberapa formula asas kejayaan dalam perniagaan diinternet, pada awal-awal saya hasilkan penulisan ini.

 

Just in case anda tak berapa perasan, perkara asas yang saya cuba ketengahkan ialah

  1. Memilih produk yang berkualiti untuk diniagakan
  2. Memberikan servis yang berkualiti jika memilih bidang perkhidmatan
  3. Sentiasa memastikan kepuasan hati pelanggan

 

Selagi mana pelanggan masih belum kata, Ya saya puas hati dengan khidmat ini, maka selagi itu, kita kena usahakan lagi dan lagi sampai dia betul-betul kata dia puas hati.

 

Baiklah, itu cerita kalau kita dah ada pelanggan.

 

Bagaimana pula keadaannya kalau kita masih belum ada sebarang pelanggan, dan besar kemungkinan pelanggan kita juga tak tahu tentang kewujudan bisnes yang kita jalankan tu?

 

Persoalan ini timbul apabila saya jalan-jalan di shopping complex. Satu pemandangan yang biasa, ada kedai yang baru buka, dan ada kedai yang dah berniaga untuk setahun atau dua, lepas tu tutup kedai.

 

Saya kira, masa depan sesuatu perniagaan yang ada di mana-mana shopping mall, bergantung kepada prestasi shopping mall itu sendiri menarik pelanggan untuk datang berkunjung ke mall tersebut.

 

Kalau shopping mall tu sentiasa sesak, ada ramai pengunjung, biasanya perniagaan yang ada dalam tu juga akan mendapat tempiasnya. Pengunjung yang keluar masuk dalam shopping mall itu tadi, akan menyumbang kepada pendapatan para peniaga yang berniaga didalamnya.

 

Tapi kalau shopping mall tersebut sendu jer, orang yang datang pun cuma ada berapa kerat sangat, lambat laun pasti kedai-kedai dalam tu akan ada yang terpaksa ditutup, satu per satu.

 

Begitulah juga perniagaan yang kita jalankan secara online. Jika kita jual barang fizikal, kita juga perlu tahu, dimana kita nak letakkan barang-barang dagangan kita.

 

Kalau kita letakkan barangan yang kita nak jual itu, di tempat yang banyak pengunjung, saya yakin, pasti sekurang-kurangnya akan ada satu atau dua barang yang kita jual itu nanti, dibeli oleh pelawat yang mengunjungi laman web tersebut.

 

Saya ambil contoh, jika kita menjual di laman web yang mempunyai trafik yang banyak, misalnya di shopee.

bisnes-shopee

Laman web shopee ini, bolehlah kita umpamakan seperti sebuah shopping complex yang mempunyai banyak pelawat. Kalau anda tumpangkan barang anda di laman web ini, saya pasti, akan ada satu atau dua barang yang anda jual disitu akan mendapat tempahan dari pembeli.

 

Selain tiga perkara yang saya sebutkan sebelum ini, aspek trafik ini juga adalah satu perkara yang tak kurang pentingnya dalam menjalankan perniagaan dalam talian. Jika anda dapat jaga perkara ini, In Shaa Allah, anda juga ada peluang untuk berjaya dalam bisnes secara online.

 

 

Baca juga artikel:

  • Hidup bebas tanpa hutang dengan teknik Jom Bebas HutangHidup bebas tanpa hutang dengan teknik Jom Bebas Hutang
  • Bayar hutang kad kredit berjumlah lebih RM10 ribu melalui duit bisnes ebayBayar hutang kad kredit berjumlah lebih RM10 ribu melalui duit bisnes ebay
  • Pengalaman belajar membuat blog menerusi ebookPengalaman belajar membuat blog menerusi ebook
  • Kepentingan mempunyai akaun bank khusus untuk kerja freelanceKepentingan mempunyai akaun bank khusus untuk kerja freelance
  • Buat duit dengan menjalankan perniagaan seminarBuat duit dengan menjalankan perniagaan seminar
  • Kerja sendiri atau makan gaji. Mana satu pilihan hati?Kerja sendiri atau makan gaji. Mana satu pilihan hati?
  • Masalah lazim yang sering berlaku di rumah jenis ApartmentMasalah lazim yang sering berlaku di rumah jenis Apartment
  • Cerita tentang peminta sumbangan untuk pusat kebajikan: Boleh percaya ke?Cerita tentang peminta sumbangan untuk pusat kebajikan: Boleh percaya ke?
  • Smartphone Xiaomi Redmi 4A dari harga asal RM449 jadi RM299 sempena Lazada Online Revolution 11.11Smartphone Xiaomi Redmi 4A dari harga asal RM449 jadi RM299 sempena Lazada Online Revolution 11.11
  • Akaun bank khusus untuk kerja freelance dan bisnes onlineAkaun bank khusus untuk kerja freelance dan bisnes online

Filed Under: Buat Duit Online

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

19 + ten =

Top Posts & Pages

  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Kenapa perlu ada Rancangan Perniagaan (Business Plan) sebelum memulakan sebarang perniagaan
    Kenapa perlu ada Rancangan Perniagaan (Business Plan) sebelum memulakan sebarang perniagaan
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • 2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
    2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
  • Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
    Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
  • Harga cermin mata bagi masalah silau
    Harga cermin mata bagi masalah silau
  • Boleh percaya ke kalau beli barang dari laman web mudah.my?
    Boleh percaya ke kalau beli barang dari laman web mudah.my?
  • Buat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping online
    Buat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping online
  • Kerja part time sesuai untuk pelajar dengan bayaran RM5 untuk satu jam bekerja
    Kerja part time sesuai untuk pelajar dengan bayaran RM5 untuk satu jam bekerja

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Uncategorized

Copyright © 2021 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut