Ganjaran mempromosikan program referral dari Airbnb

Kalau hari sebelum ini, saya ada tulis mengenai program buat duit dinternet yang tak menipu ahlinya, kali ni saya nak perkenalkan satu lagi program yang mungkin anda boleh pertimbangkan untuk sertai.

 

Untuk makluman anda, bukan semua program buat duit di internet membayar ahlinya dengan duit juga. Eh nampak mengelirukan pulak kan.

 

Baiklah… baiklah. Saya tukar. Bukan semua program referral di internet, membayar para pesertanya ganjaran dalam bentuk duit. Ada banyak juga program yang akan membayar ahlinya dengan benda lain, yang mempunyai nilai yang sama atau setara dengan duit.

 

Saya ada temui satu program referral yang diperkenalkan oleh pihak bank. Kalau kita sertai program referral ini, dan seterusnya kita berjaya perkenalkan pelanggan baru untuk pihak bank tersebut, ganjaran yang kita bakal perolehi adalah dalam bentuk cash back atau pengurangan hutang dalam akaun kita.

 

Faham tak?

 

Dari pembacaan saya secara sepintas lalu, program referral yang ditawarkan oleh pihak bank ini, dibuka kepada para pelanggan mereka sahaja.

 

Contohnya, jika saya berminat nak sertai program referral mereka, saya perlu jadi pelanggan terlebih dulu. Mungkin dalam banyak-banyak produk yang mereka ada tu, saya minat nak langgan khidmat kad kredit.

 

Apabila saya berjaya dapatkan pelanggan baru, pihak bank ini akan bayar upah dalam bentuk cash back dan akan dimasukkan dalam akaun kad kredit milik saya.

 

Itu contoh program referral yang diperkenalkan oleh pihak bank.

 

Saya belum pernah ada pengalaman berjaya dapatkan pelanggan untuk mana-mana bank setakat ini. Jadi saya nak cerita mengenai program referral yang diperkenalkan oleh pihak Airbnb sahaja dulu.

promosi-homestay-secara-online

Pernahkah anda dengar nama laman web Airbnb?

Laman web airbnb ni merupakan sebuah laman web tempahan online yang kita boleh gunakan untuk mencari tempat penginapan dimana-mana lokasi di serata dunia.

 

Pengguna laman web ini, boleh menggunakan servis yang mereka tawarkan sama ada untuk

(1) Mencari tempat penginapan, atau

(2) Menjadi host dan menyewakan ruang kosong yang ada dalam rumah

 

Jenis tempat penginapan yang boleh kita tempah melalui Airbnb ini juga ada pelbagai dan ada juga yang boleh saya katakan agak unik. Misalnya ada dari jenis villa, banglo, tree house, guest house, chalet, camp site dan macam-macam lagi.

 

Saya juga telah beberapa kali menggunakan perkhidmatan Airbnb semasa buat tempahan tempat penginapan untuk pergi bercuti. Salah satunya adalah H Benjamin Residence semasa saya bercuti di Sabah tempoh hari.

Baca disini: Pengalaman menginap di H Benjamin Residence semasa bercuti di Kundasang, Sabah

 

Menerusi program referral yang dianjurkan oleh laman web Airbnb ini, mereka tidak membayar ahlinya dalam bentuk wang tunai. Sebaliknya mereka bayar dalam bentuk travel credit.

 

Travel credit adalah merupakan satu nilai yang kita boleh gunakan bagi tujuan membuat tempahan tempat penginapan melalui laman web Airbnb juga.

 

Untuk makluman anda, travel credit ini tidak mempunyai nilai jika ingin digunakan diluar dari laman web Airbnb. Sekali lagi saya tegaskan, travel credit ini hanya ada nilai jika ia digunakan melalui laman web Airbnb.

 

Sebagai ejen referral, saya boleh berikan travel credit kepada sesiapa sahaja yang saya mahu. Misalnya saya berikan travel credit kepada para pembaca blog ini. Ini contohnya.

diskaun-airbnb

Anda boleh ke laman web ini untuk claim travel credit bernilai RM120.

 

Setiap orang, hanya boleh claim travel credit ini sekali sahaja. Saya pun cuma boleh claim sekali sahaja. Tetapi, melalui program referral ini, saya boleh berikan travel credit ini berulang-ulang kali kepada seberapa ramai orang yang saya mahu terima.

 

Kemudian setiap kali orang yang saya berikan travel credit ni pergi bercuti, saya akan dapat travel credit juga. Nilainya adalah lebih kurang RM60.

 

Ringkasnya begini.

 

Saya berikan travel credit bernilai RM120 kepada orang lain.

Apabila dia buat tempahan di website Airbnb, (nilai tempahan mestilah RM290 keatas) secara automatik dia akan dapat potongan harga sebanyak RM120 dari travel credit tersebut.

Selepas dia balik bercuti, saya akan dapat RM60 travel credit pula.

 

Bila saya kumpul-kumpul travel credit ini, bolehlah saya pergi bercuti kemana-mana destinasi yang saya mahukan. Setakat ini, saya hanya bercuti dalam negara sahaja.

 

Laman web Airbnb sebagai satu platform mempromosikan bisnes homestay

Jika anda ada menjalankan bisnes homestay, anda juga sangat digalakkan untuk iklankan bisnes homestay anda itu melalui laman web Airbnb.

 

Anda tidak dikenakan sebarang bayaran untuk iklankan homestay anda di website Airbnb. TETAPI, anda akan dikenakan bayaran apabila ada pelanggan yang buat tempahan melalui Airbnb. Jika tak silap saya, bayaran itu akan ditolak daripada duit sewa yang dibayar oleh pelanggan.

 

Setelah anda iklankan homestay anda di airbnb, anda boleh biarkan sahaja pihak airbnb untuk jalankan kerja pemasaran bagi pihak anda. Pada ketika ini, anda boleh pilih sama ada nak harapkan airbnb seratus peratus ataupun boleh juga cari pelanggan sendiri.

 

Kalau anda dapat pelanggan dari airbnb, anda akan dikenakan servis charge. Tapi kalau pelanggan yang anda cari sendiri, pelanggan tu akan bayar terus ke akaun bank anda. Terpulang kepada anda.

tips-bisnes-homestay

Kalau tentang selok-belok perniagaan homestay ini, anda mungkin boleh refer pada panduan ini.

 

Dalam mencari program menjana pendapatan secara dalam talian ini, bukan semua yang kita jumpa tu akan bayar kita dalam bentuk wang ringgit. Ada yang akan bayar dalam bentuk lain, yang mempunyai nilai yang lebih kurang sama dengan wang ringgit.

 

Kalau dalam contoh ni ialah laman web Airbnb. Mereka beri saya ganjaran dalam bentuk travel credit. Jadi kalau nak pergi bercuti, saya bolehlah tempah tempat penginapan yang cantik (dan mahal) guna travel credit saya.

 

Tanpa travel credit, saya mungkin terpaksa keluar duit saya sendiri (cash). Tapi bila ada travel credit, Alhamdulillah, jimat banyak. Kadang-kadang tu, jimat sehingga 100% (dan masih ada baki banyak lagi dalam akaun)

 

 

 

, , ,

Trackbacks/Pingbacks

  1. Kerja part time bina applikasi permainan dan potensi pendapatan - Sabree Hussin Dot Biz - December 5, 2018

    […] Airbnb, traveloka, Agoda dan sebagainya […]

  2. Kerja sambilan mempromosikan homestay di laman web Airbnb – Kerja Sambilan Dari Rumah - December 11, 2018

    […] Kita anggap sahaja begini, orang lain kalau nak pergi bercuti dia kena bayar tempat penginapan dan lain-lain kos yang terlibat apabila pergi bercuti. Akan tetapi kalau kita nak pergi bercuti, airbnb dah tolong bayarkan. Inilah ganjaran apabila mempromosikan laman web Airbnb.  […]

Leave a Reply

20 + 12 =

Powered by WordPress. Designed by Woo Themes