Guna Teknik Dropship untuk jalankan bisnes online di ebay

Apakah perniagaan terbaik yang anda boleh buat untuk menjana pendapatan lumayan di internet dalam masa yang pantas?

 

Ada bermacam jenis perniagaan yang boleh dimulakan secara online. Sama ada anda memilih untuk menjual servis, produk ataupun menjual khidmat nasihat.

 

Semua ini boleh dijual secara online, asalkan anda tahu bagaimana caranya.

 

Saya pasti, anda pernah dengar tentang teknik dropship sebelum ini. Teknik dropship adalah satu kaedah menjual produk fizikal, dimana selaku penjual, anda tak perlu pegang stok dalam tangan.

 

Apa yang anda perlu buat hanyalah dapatkan tempahan dan apabila pelanggan membuat bayaran, barulah anda buat tempahan produk dari pembekal anda. Guna sahaja duit yang dibayar oleh pelanggan anda.

 

 

Katakanlah, anda nak jual jam tangan Casio G-Shock GA-400HR-1A menggunakan teknik dropship.

jam-g-shock-original

Harga jam ini, kalau di kedai jam biasa, dijual sekitar RM500 – RM800. Anda boleh semak sendiri di kedai-kedai jam yang terdapat di shopping mall berhampiran anda.

 

Kalau anda nak jual jam ini, menggunakan teknik dropship, ini adalah flow jualan yang akan berlaku.

teknik-dropship-dalam-bisnes

  1. Anda masukkan ataupun upload gambar jam ini ke laman web yang anda ingin gunakan. Pastikan anda masukkan maklumat beserta dengan harga yang anda tawarkan.
  2. Pelanggan lihat laman web jualan anda, dan seterusnya dia buat tempahan dengan anda.
  3. Pelanggan ini akan buat bayaran ke akaun bank anda.
  4. Anda gunakan duit yang dibayar oleh pelanggan untuk buat tempahan dari pembekal.
  5. Pembekal anda akan uruskan tempahan dan hantar produk kepada pelanggan anda.

 

Bagaimana keuntungan dihasilkan?

Katakanlah, anda jual jam ini dengan harga RM450. Harga biasa dikedai-kedai adalah sekitar RM500 – RM800. Bila pelanggan dah bayar RM450 ke akaun anda, anda gunakan duit tu untuk buat tempahan dari pembekal anda.

 

Anda boleh beli jam tersebut dari penjual ini.

gshock-original-murah

Harga yang beliau tawarkan, boleh tahan murah. Baca review-review terlebih dahulu sebelum buat tempahan. Kalau anda rasa puas hati, baru beli. Jam ini, walaupun lebih murah berbanding di butik, ia masih lagi tetap jam original dari Casio G-Shock.

 

Dari RM450 yang pelanggan anda tu bayar, anda gunakan RM349 untuk buat tempahan di laman web ini. Bakinya, sebanyak RM101 adalah untung bersih anda.

 

Teknik yang saya ceritakan ini, adalah teknik dropship. Bagaimana? Anda rasa anda mampu untuk buat teknik ini, untuk buat jualan di internet?

 

Menggunakan teknik dropship ini, apa yang kita perlukan adalah gambar-gambar produk yang ingin dijual. Itu sahaja. Selebihnya, terpulang kepada kita untuk dapatkan keyakinan pelanggan untuk berurusan dengan kita.

 

Saya pasti, ramai orang Malaysia yang dah tahu tentang teknik dropship ini. Tetapi, kalau anda nak tahu, lelaki ini menggunakan teknik dropship untuk menghasilkan jualan belasan ribu ringgit di internet.

bisnes-dropship-ebay

Teknik yang digunakan, adalah teknik dropship, dan beliau menggunakan laman web ebay untuk mendapatkan jualan. Anda boleh baca kisah beliau disini.

 

Dengan berbisnes di ebay ini juga, beliau dapat selesaikan hutang kad kredit berjumlah lebih RM10,000 dalam masa 3 minggu sahaja.

 

 

Gunakan teknik dropship untuk menjual di laman web antarabangsa ebay!

Teknik yang beliau gunakan adalah teknik dropship.

 

Teknik dan konsep asas dropship, sama seperti yang saya terangkan sebelum ini. Dalam contoh yang saya berikan, adalah contoh jual jam jenama Casio.

 

Kalau anda baca website milik En Zul ini, beliau ada terangkan apa produk yang dia jual. Rupa-rupanya dia cuma jual produk untuk buat sushi!

 

Tak perlu nak jual barangan berjenama seperti jam tangan Casio untuk dapatkan jualan sehingga belasan ribu RM rupanya.

 

 

Laman web supplier untuk dropship

Laman web yang beliau cadangkan adalah laman web AliExpress

AliExpress mempunyai macam-macam produk dan dari segi harga, ianya juga boleh tahan murah. Satu lagi kelebihan AliExpress ini ialah, ada banyak penjual yang tawarkan servis penghantaran percuma.

 

Kalau harga kos ialah USD4.79, itu sahaja yang perlu bayar. Tak perlu lagi buat bayaran tambahan untuk kos penghantaran. Not bad, kan?

 

Oleh kerana laman web ebay adalah laman jual beli antarabangsa, biasanya pengamal bisnes ebay juga akan menggunakan pembekal international dalam urusan perniagaan mereka. Pembekal ini sama ada pembekal dari China, US, dan sebagainya.

Baca juga: 

  1. 2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
  2. Lubuk Dropship & Supplier Dari China

 

Tak boleh ke kalau nak gunakan pembekal tempatan, macam C&H Movement ini?

Bukan tak boleh, tapi tak berapa sesuai.

 

Peniaga online seperti ini biasanya hanya uruskan tempahan untuk pelanggan tempatan sahaja. Sebab itu mereka boleh bagi free delivery dalam kebanyakkan jam yang mereka jual. Kalau nak minta mereka pos ke luar negara, mereka mungkin akan kenakan caj yang agak mahal, bergantung kepada negara mana yang anda mahu mereka hantar produk tersebut.

 

Itulah sebabnya, peniaga di ebay akan gunakan supplier dari China atau mana-mana pembekal antarabangsa yang boleh dipercayai.

 

Kalau nak belajar dengan lebih details tentang perjalanan bisnes ebay ini, bolehlah ke laman web milik En Zul tu. Tengok-tengok dulu dan fikirkan kemudian. Kalau rasa bisnes seperti ini sesuai dengan anda, bolehlah belajar dari beliau.

 

 

, , ,

Trackbacks/Pingbacks

  1. Dropship barangan cina untuk dijual semula di ebay - Sabree Hussin Dot Biz - July 3, 2018

    […] Perbezaan harga inilah yang akan jadi untung anda! Saya ada cerita dalam posting sebelum ini, iaitu guna teknik dropship untuk jalankan bisnes online di ebay. […]

  2. Cara senang nak shopping barang dari China? - Sabree Hussin Dot Biz - July 26, 2018

    […] Guna Teknik Dropship untuk jalankan bisnes online di ebay […]

  3. Formula ASAS mencipta kejayaan dalam perniagaan di internet - Sabree Hussin Dot Biz - November 7, 2018

    […] Saya tak berapa minat nak jual barang, atau produk fizikal, sebabnya produk fizikal ini lazimnya kita perlukan modal untuk mulakan bisnes. Ataupun kena cari supplier yang boleh berikan sistem dropship. […]

Leave a Reply

4 × 1 =

Powered by WordPress. Designed by Woo Themes