Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

September 4, 2016 by Sabree Hussin Leave a Comment

Halal atau Haram pendapatan yang kita perolehi setiap bulan?

Saya teringat pengalaman saya satu ketika dulu, sewaktu saya masih baru mengikuti kelas untuk menjadi ejen bagi syarikat takaful. Dalam kelas ni, macam-macam perkara yang diajarkan. Daripada pengetahuan tentang produk, pengetahuan tentang pasaran, kerenah pelanggan hinggalah teknik-teknik pemasaran.

 

Pada satu hari, salah seorang penceramah menutup kelas dengan mengutarakan satu persoalan yang sampai sekarang saya masih ingat lagi. Walaupun pada waktu ini saya dah tak lagi terlibat secara aktif sebagai ejen takaful.

 

Tuan-tuan dan puan-puan, adakah pendapatan yang kita jana, pendapatan yang masuk ke dalam poket kita, yang masuk ke dalam akaun bank kita selama ini, adakah ianya HALAL? … atau sebenarnya ianya adalah pendapatan yang HARAM?

 

Saya terkejut!

 

Wah… selama ni, tak ada siapa yang pernah tanyakan pada saya soalan yang macam ni. Saya sedia maklum, kalau pendapatan yang haram ini adalah seperti pendapatan yang diperolehi hasil daripada kerja-kerja penipuan, mencuri, rasuah, dan sebagainya.

 

Saya tertanya-tanya sendiri, “ada benda lain ke yang saya dah terlepas pandang sebenarnya ni?”

 

buku-wang-anda-dan-islam

Kemudian si penceramah itu tadi mengangkat tangan sambil menunjukkan buku ini. Buku ini berjudul

 

Wang, Anda & Islam “Halal dan Haram Dalam Kewangan dan Perbankan”

 

Kata beliau lagi, “sebagai ejen takaful, kita sebenarnya bukan sekadar menjual produk semata-mata. Sebaliknya kita semua ada tanggungjawab yang sangat berat!”

 

Ok… saya tertanya-tanya jugak. Apa benda yang dimaksudkan dengan tugas yang sangat berat tu. Kemudian beliau menyambung semula penerangannya.

 

“Kita semua mempunyai tanggungjawab yang sangat berat, untuk menyelamatkan umat Islam yang ada di Malaysia terutamanya, yang selama ini dah terlanjur mencarum dalam pelan insurans konvensional. Pelan insurans konvensional ni kita sedia maklum, ianya tercemar dengan unsur-unsur yang di haramkan oleh syarak seperti riba, gharar (ketidaktentuan) dan maisir (perjudian).”

 

Pada masa tu saya mendengar dengan penuh minat. Saya setuju dengan setiap yang dikatakan oleh penceramah tu.

 

“Bukan mudah untuk kita menyakinkan orang yang dah bertahun-tahun mencarum dalam pelan insurans konvensional. Ada banyak perkara yang akan bermain dalam fikirannya. Pertama, dah banyak duit yang telah dilaburkan atau dikeluarkan untuk kekal dilindungi dan kedua, tabungannya juga dah banyak. Jadi, kalau dilihat dari segi untung rugi, dalam konteks pendapatan memang dia akan rugi kalau bertukar ke pelan takaful dan mula semula dari bawah. Tapi, kalau dilihat dari segi untung rugi mengikut syariat agama, sebenarnya dia adalah orang yang beruntung.”

 

Saya hanya mengangguk-anggukkan kepala.

 

“Jadi, ini merupakan tanggungjawab anda semua. Ini tugas yang berat. Anda perlukan Ilmu untuk buat semua benda ini. Jadi, buku ini, yang bertajuk Wang, Anda dan Islam karangan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman ni adalah satu panduan yang bagus untuk menambahkan pengetahuan anda semua dalam aspek halal dan haram dalam sistem kewangan dan perbankan. Sambil kita berniaga, sambil tu kita berdakwah ya…”

 

Habis je kelas tu, saya terus ke kedai buku paling hampir dengan saya. Dari satu kedai ke satu kedai saya pergi. Kecewa jugak sebab buku ni tak ada dijual.

 

Kemudian saya ke MPH Bookstore pula.

 

Jumpa!

 

Pada waktu saya beli, harganya ialah RM39.90

 

Lebih kurang RM40 untuk satu buku. Sebagai seorang yang memang tak banyak duit, memang agak sukar saya nak terus beli. Saya fikir dalam-dalam…. akhirnya saya beli jugak.

 

Terbukti, buku ini sememangnya banyak beri manfaat kepada saya.

 

Jadi, sekiranya anda juga adalah seorang ejen takaful, ejen unit trust islamic, atau seorang ejen yang menjual sebarang produk kewangan berlandaskan syariah, saya amat mengesyorkan anda baca buku Wang, Anda dan Islam ni.

 

Sekiranya anda adalah seorang ejen online untuk produk SSPN-i Plus juga anda patut baca buku ini. Buku ini adalah untuk semua orang yang ada pendapatan sendiri, yang mementingkan soal halal dan haram dalam pendapatan yang dihasilkan.

 

Baiklah, semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

 

 

Baca juga artikel:

  • Buat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping onlineBuat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping online
  • 17 Tips Bisnes Homestay17 Tips Bisnes Homestay
  • Cari kerja kosong kini lebih mudah dengan laman web MaukerjaCari kerja kosong kini lebih mudah dengan laman web Maukerja
  • Kali Pertama Mempromosikan Produk Lelaki: QlimaxKali Pertama Mempromosikan Produk Lelaki: Qlimax
  • Kenapa perlu ada Rancangan Perniagaan (Business Plan) sebelum memulakan sebarang perniagaanKenapa perlu ada Rancangan Perniagaan (Business Plan) sebelum memulakan sebarang perniagaan
  • Pendapatan dari Internet suatu fantasi atau REALITI?Pendapatan dari Internet suatu fantasi atau REALITI?
  • Seronoknya dapat buat duit dengan blog!Seronoknya dapat buat duit dengan blog!
  • Hati-hati Bila Buat Bisnes DropshipHati-hati Bila Buat Bisnes Dropship
  • Jana pendapatan sampingan dengan menyebarkan iklan kerja kosongJana pendapatan sampingan dengan menyebarkan iklan kerja kosong
  • Buat duit dengan menjalankan perniagaan seminarBuat duit dengan menjalankan perniagaan seminar

Filed Under: Personal Tagged With: buku ustaz zaharuddin, buku wang anda dan islam, pendapatan halal, pendapatan haram, review buku wang anda dan islam

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

16 − two =

Top Posts & Pages

  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Jual barang terpakai dan yang tak diperlukan di internet
    Jual barang terpakai dan yang tak diperlukan di internet
  • Apa patut kita jawab bila orang tanya, kamu kerja apa?
    Apa patut kita jawab bila orang tanya, kamu kerja apa?
  • Kerja sebagai pengurus akaun media sosial
    Kerja sebagai pengurus akaun media sosial
  • Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
    Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
  • Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
    Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
  • Kelebihan dan kekurangan dalam menjalankan perniagaan menggunakan Sistem Marketplace dan ecommerce
    Kelebihan dan kekurangan dalam menjalankan perniagaan menggunakan Sistem Marketplace dan ecommerce
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2022 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in