Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

July 19, 2014 by Sabree Hussin Leave a Comment

Hati-hati Bila Buat Bisnes Dropship

Nak buat dropship atau nak buat affiliate? Mana satu yang paling mujarab dan paling bagus sekali kalau nak buat duit online pada tahun 2014 ini?

 

Almaklumlah, umumnya kedua-dua ini tak memerlukan modal untuk kita bermula. Kalau anda mahu, anda boleh mulakan sekarang juga!

 

Untuk program dropship, saya tak nafikan, ada antara pihak penyedia program yang mengenakan sedikit bayaran. Biasanya, bayaran ini dikenali sebagai komitmen fee (atau yuran komitmen)

 

Tujuannya, adalah bagi menapis individu yang memang betul-betul serius nak buat bisnes dengan mereka yang syok sendiri suka daftar sana sini, tapi tak buat sales langsung. Apa sumbangan pun tak ada. Kalau ada tempahan pun setakat nak pakai sendiri.

 

Benda ni agak bahaya. Kalau kita bagi akses harga dropship kepada orang yang tak ada business mindset, bahayanya orang macam ni ada kebarangkalian untuk bunuh pasaran. Supplier dah bagi harga murah pada dia supaya dia boleh buat untung banyak. Tiba-tiba bila dia jual kat kawan-kawan dia, dia pun jual dengan harga yang lagi murah dari harga pasaran. Alasannya nak tolong kawan-kawan.

 

Alasan macam ni memang tak boleh pakai. Kalau nak tolong kawan-kawan sekalipun, janganlah sampai bunuh pasaran. Apa salahnya ikut harga pasaran? Sebenarnya bila anda jual dengan harga below market, anda dah buat aniaya dekat lain-lain penjual yang cari makan dengan harga pasaran.

 

Saya rasa anda patut belajar cara untuk jual dengan harga pasaran atau satu harga yang lebih tinggi dari harga pasaran. Bukannya suka-suka main buang harga. Itu pendapat saya je la.

 

Tahun 2014 ini, saya dah mula slow sikit nak main dropship.

 

Tahun ini juga saya lebih banyak beri fokus kepada jualan produk-produk sendiri. Antara produk saya yang buat masa ini masih laris dijual ialah

1. Panduan Dominasi FB Group Ver 3.0

2. Seni Jualan Psiko Pelanggan

 

Untuk program dropship, walaupun ia tak memerlukan sebarang modal, boleh dilakukan hanya secara online, boleh buat secara part time dan hanya perlu fokus pada kerja-kerja marketing, namun…

 

Jangan anda terlupa. Anda juga bertanggungjawab pada kerja-kerja customer support.

 

After sales support.

 

Pelanggan anda tak kenal siapa supplier anda, dan walaupun anda kena tipu dengan supplier anda sekalipun, pelanggan anda tak peduli dan tak nak tahu semua tu.

 

Apa yang penting untuk mereka ialah, barang yang mereka tempah dari anda, mereka akan dapat seperti yang dijanjikan dan ikut waktu yang ditetapkan.

 

Bukan apa, saya agak kecewa dengan beberapa supplier dropship yang saya berurusan.

 

Kita serius nak buat bisnes, mereka pulak yang tak berapa serius nak buat bisnes.

 

Kita dah janji pada customer yang produk akan sampai pada sekian sekian waktu, tapi bila sampai masanya, produk tu tak sampai-sampai jugak.

 

Ada masalah kat pihak supplier.

 

Anak sakit la.

 

Balik kampung la.

 

Demam la.

 

Eksiden la.

 

Benda-benda macam ni la yang buatkan program dropship ni fail sikit.

 

Apa pun, semua ini lumrah. Dah namanya kita sendiri berurusan dengan manusia. Lainlah kalau kita berurusan dengan robot atau laman web automatik, mungkin semua ini tak akan berlaku. Kalau ditakdirkan akan berlaku sekalipun, selalunya ianya jarang-jarang terjadi.

kod-diskaun-lazada

Sekarang ini, saya masih lagi buat dropship.

 

Walaupun tak serancak dulu. Sekarang ini, satu-satunya produk yang saya niagakan menggunakan kaedah dropship ialah Sim Kad Tone Excel.

 

Bukannya saya tak ada simpan stok, cuma ada masa-masa tertentu saya memang malas nak ke pejabat pos.

 

Ye la… kalau setakat nak pos sekeping sim kad je, kan lagi baik saya order je dari upline yang memang super rajin buat delivery.

 

Kan dah jimat masa dan jimat tenaga tu.

 

Plan saya sekarang ini, moving forward, untuk Julai 2014 onwards nak fokus pada affiliate marketing.

 

Memandangkan teknik yang bakal saya gunakan ialah teknik web automatik, maka saya akan mulakan beberapa projek setup laman web automatik.

 

Mudah-mudahan berhasil.

 

Anda juga boleh belajar macam mana nak buat, itupun kalau anda betul-betul ada kemahuan dan sanggup untuk beri komitmen.

 

Baca sini: Guna laman web automatik dan jana komisyen affiliate secara automatik

 

 

Baca juga artikel:

  • Guna Teknik Dropship untuk jalankan bisnes online di ebayGuna Teknik Dropship untuk jalankan bisnes online di ebay
  • Adakah ejen dropship juga bersalah sekiranya pembekal seorang scammer?Adakah ejen dropship juga bersalah sekiranya pembekal seorang scammer?
  • Promosi Pet’s Fair Week di Lazada Malaysia – Pelbagai barangan untuk haiwan kesayangan dengan harga terendahPromosi Pet’s Fair Week di Lazada Malaysia – Pelbagai barangan untuk haiwan kesayangan dengan harga terendah
  • Merdeka! Merdeka! Sale dari Lazada menawarkan potongan harga sehingga 80%Merdeka! Merdeka! Sale dari Lazada menawarkan potongan harga sehingga 80%
  • Tak setuju dengan larangan merokok di kedai makanTak setuju dengan larangan merokok di kedai makan
  • Jual barang melalui sistem marketplace MUDAH dan boleh UNTUNG BESARJual barang melalui sistem marketplace MUDAH dan boleh UNTUNG BESAR
  • Smartphone Xiaomi Redmi 4A dari harga asal RM449 jadi RM299 sempena Lazada Online Revolution 11.11Smartphone Xiaomi Redmi 4A dari harga asal RM449 jadi RM299 sempena Lazada Online Revolution 11.11
  • Masalah lazim yang sering berlaku di rumah jenis ApartmentMasalah lazim yang sering berlaku di rumah jenis Apartment
  • Apa petanda yang menunjukkan kita berjaya dalam bidang penulisan blog?Apa petanda yang menunjukkan kita berjaya dalam bidang penulisan blog?
  • Punca sebenar kenapa gagal jana sebarang pendapatan dari Program AffiliatePunca sebenar kenapa gagal jana sebarang pendapatan dari Program Affiliate

Filed Under: Pemasaran Internet Tagged With: bisnes dropship, supplier dropship menipu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eighteen + 3 =

Top Posts & Pages

  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Buat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping online
    Buat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping online
  • 2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
    2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
  • Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
    Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Kerja part time sesuai untuk pelajar dengan bayaran RM5 untuk satu jam bekerja
    Kerja part time sesuai untuk pelajar dengan bayaran RM5 untuk satu jam bekerja
  • Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!
    Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!
  • Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
    Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
  • Dapat panggilan telefon dari telemarketer
    Dapat panggilan telefon dari telemarketer

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Uncategorized

Copyright © 2021 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in