Adakah anda, atau sesiapa yang anda kenali, masih lagi belum dapat kerja dan sedang mencari kerja kosong?
Apa kata anda bantu individu tersebut (atau bantu diri anda sendiri) dengan mengajak mereka untuk mendapatkan kerja dari laman web maukerja.my
Atas ini adalah screenshot bagi laman web carian kerja yang saya maksudkan.
Apa yang menarik dengan laman web Maukerja.MY?
Saya percaya, diluar sana terdapat banyak juga laman web yang anda boleh gunakan bagi tujuan carian kerja.
Salah satu yang popular adalah jobstreet Malaysia. Satu masa dulu, saya juga menggunakan khidmat jobstreet untuk dapatkan peluang kerja.
Malahan, semasa saya perlukan tempat untuk menjalani latihan industri, saya juga menggunakan laman web jobstreet.
Dalam perkongsian pada kali ini, saya nak cerita tentang portal carian kerja yang dinamakan sebagai Maukerja.my ini.
Laman web ini, selain ia menyenaraikan peluang-peluang kerja kosong yang ditawarkan oleh pelbagai syarikat di Malaysia dan luar negara, ia sebenarnya turut menyediakan peluang untuk kita buat duit secara sambilan.
Bagaimana cara nak buat duit dengan laman web Maukerja.MY?
Caranya mudah sahaja.
Anda perlu sertai program referral yang dikenali sebagai Adhance by Ajobthing. Menerusi program referral ini, anda layak untuk buat duit dengan mempromosikan peluang-peluang kerja kosong yang tersenarai di laman web maukerja.my
Upahnya adalah sekitar 0.30 sen – 0.75 sen bagi setiap permohonan kerja yang dilakukan oleh calon yang kita perkenalkan dengan laman web maukerja ini.
Baiklah, saya nak berikan anda contoh dalam bentuk supaya anda lebih mudah faham. Lihat screenshot dibawah.
Adakah anda kenal sesiapa yang minat untuk jadi seorang pemandu peribadi? Jika ada, maka anda bolehlah mengesyorkan kerja ini kepada individu tersebut.
Sekiranya individu tersebut membuat permohonan kerja, berpunca daripada recommendation yang anda lakukan, maka anda akan dibayar upah sebanyak 0.75 sen.
Dalam keadaan ini, anda sebenarnya telah menolong individu tersebut mendapatkan peluang kerja, dan pada masa yang sama, jika anda telah menyertai program Adhance by Ajobthing ini, anda juga akan menerima upah daripada kerja-kerja tersebut.
Anda bukan sahaja telah menolong orang lain, malahan anda juga beroleh manfaat untuk diri anda sendiri.
Masih tak berapa jelas tentang cara nak buat duit menerusi program share iklan Maukerja ini?
Jangan risau.
Anda boleh tanyakan sebarang kemusykilan yang ada dengan menghantarkan pertanyaan anda dibahagian komen dibawah. Jika saya tahu apa jawapannya, In Shaa Allah saya akan jawab.
Selain dari itu, saya juga pernah menulis tentang topik ini dalam blog ini pada masa lalu. Anda boleh baca posting saya yang terdahulu berjudul >> Cara hasilkan pendapatan tambahan dengan AdHance by Ajobthing
Mungkin lepas anda baca artikel tersebut, anda akan lebih jelas tentang bagaimana program ini berfungsi. Apa yang penting, anda juga boleh buat duit.
Carta top 10 pendapatan tertinggi dari program Adhance by Ajobthing
Carta ini saya ambil di member area.
Hanya mereka yang dah join program Adhance ini sahaja yang boleh lihat carta ini. Justeru, kalau anda masih belum join, saya syorkan anda join sekarang juga. Boleh klik sini untuk daftar secara percuma sahaja.
Pendapatan paling tinggi dari program ini dicatatkan sebanyak RM9,945.90
Banyak kan?
Siapa sangka, program yang membayar upah sekitar 0.30 sen – 0.75 sen ini rupa-rupanya mampu memberikan pendapatan sehingga ribuan ringgit.
Mungkin ada yang nak tahu, macam mana dari program adhance dan sebar iklan maukerja.my ni boleh hasilkan pendapatan sebegitu tinggi?
Kuncinya adalah ACTION.
Ataupun tindakan.
Dalam Malaysia ni sahaja, ada ramai yang perlukan kerja. Sama ada mereka yang baru habis SPM, baru lepas STPM, lepasan diploma, degree dan sebagainya.
Bukan itu sahaja, malahan mereka yang dah ada kerja tetap juga, adakalanya akan mencari-cari peluang untuk tukar kerja yang lebih baik, ataupun yang menawarkan gaji yang lebih tinggi.
Maka disinilah kita mainkan peranan.
Kita bagi tahu dekat kelompok sasaran ini, “hei bro, nak kerja kosong tak? Kat laman web ini ada banyak kerja kosong. Gaji dia pun boleh tahan tinggi jugak tau!”
Apabila mereka apply kerja tu, tanpa mengambil kira sama ada di layak atau tak layak kerja tersebut, anda akan dibayar upah.
As simple as that.
Lagi satu yang best tentang program adhance ni…
Sistem komisen dua level oleh Adhance
Memandangkan komisen yang ditawarkan oleh Adhance ini tidaklah begitu tinggi, jadi mereka ada buat tawaran yang tak kurang menarik.
Dari segi komisen, mereka tawarkan komisen dua level.
Kita ambil contoh iklan pemandu peribadi yang saya dah kongsikan kat atas tu ya.
Jika anda promosikan kerja tersebut, dan ada orang yang minat untuk memohon kerja tu. Dari sini, anda akan dibayar upah sebanyak 0.75 sen untuk setiap pemohon (per applicant)
Katakanlah, anda ada kawan yang minat nak join program adhance dan kawan anda tu mendaftar menerusi pautan referral anda. Secara automatik, kawan anda ini akan jadi sub-affiliate anda. (kalau program MLM, istilah yang diguna biasanya downline lah)
Kawan anda ini pun promosikan kerja yang sama, dan dia berjaya dapatkan seorang pemohon yang minat dengan kerja tersebut. Kawan anda ini akan dibayar upah sebanyak 75 sen juga.
Daripada usaha kawan anda ini, anda juga akan dapat upah tau.
Upah yang anda bakal terima adalah 15% daripada upah sub-affiliate anda. Jangan risau, komisen kawan anda tu tak akan terjejas langsung. Dia akan tetap dapat 75 sen tu tanpa mengurangkan walau satu sen pun.
Anda akan dapat 0.11 sen.
Nampak tak? Benda ni dah jadi macam pendapatan pasif. Asalkan sub-affiliate anda rajin buat kerja, anda juga akan dapat hasilnya juga.
Jadi, tak kan nak tengok je? Ambillah peluang ini sementara ianya masih lagi dibuka. Anda boleh daftar program ini menerusi pautan ini.
Selamat berjaya dan semoga anda juga dapat komisen.
Terima kasih. Baru tau pasal ni.
Tq. Baru tau juga ni. Nanti madam nak daftar. Macam best. Yang penting berguna. Sharing could be something.