Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

March 30, 2017 by Sabree Hussin 3 Comments

Jana pendapatan tambahan dengan UBER – Komisen telah dinaikkan!

Ada berita baik bagi mereka yang merancang untuk jana pendapatan tambahan dengan syarikat UBER. Kini, kita boleh buat duit dengan UBER walaupun kita tak jadi pemandu.

 

Caranya adalah dengan menyertai program referral UBER.

 

Dalam post saya yang sebelum ini, saya ada nyatakan tentang potensi pendapatan apabila kita ingin buat duit dengan UBER. Anda boleh baca post saya sebelum ini bertajuk cara buat duit dengan UBER tanpa jadi pemandu.

 

Saya ada cerita sikit tentang referral program yang dikendalikan oleh pihak Involve Asia.

 

Menerusi referral program tersebut, anda bakal menjana pendapatan mengikut kadar seperti yang dibawah ini.

daftar-uber-sekarang

Apabila ada orang yang mendaftar untuk jadi pemandu UBER, anda akan dibayar sebanyak RM4.73

Sekiranya individu tersebut mula memandu kenderaannya dengan UBER, anda akan terima bayaran tambahan sebanyak RM165.60

 

Ok la tu kan.

 

Tugas kita bukan susah sangat pun. Hanya perlu iklankan peluang untuk jana pendapatan dengan UBER. Itu sahaja. Seterusnya terpulang kepada individu tersebut sama ada nak memandu bersama UBER atau tidak.

 

Namun baru-baru ini, saya menerima berita yang mengatakan komisen referral telahpun dinaikkan. Saya tak pasti sampai bila struktur komisen yang baru ini akan digunakan. Ia mungkin akan dinaikkan lagi di masa akan datang, diturunkan, ataupun mungkin juga ianya akan ditamatkan sama sekali.

 

Ya, tak mustahil untuk program referral ditamatkan, terutama sekali apabila pengendali atau pemilik program telahpun mencapai sasaran jualan yang dimahukan.

 

Ini struktur komisen yang baru.

uber-malaysia-referral-program

Komisen yang dinaikkan adalah komisen bagi Driver Signup. Dari RM4.73 sebelum ini menjadi RM10.41

 

Jawapan bagi cara buat duit dengan UBER tanpa perlu memandu kenderaan sendiri

Anda masih lagi tercari-cari cara yang mudah untuk buat duit dengan UBER ke?

 

Inilah caranya. Iaitu dengan menyertai program referral UBER dan promosi secara online sahaja.

 

Mari kita buat kira-kira yang mudah. Kalau seorang pemandu kita boleh dapat RM10, maka berapa orang pemandu yang perlu mendaftar bersama kita untuk kita dapat pendapatan sebanyak RM1,000?

 

100 orang sahaja. (Kita abaikan sahaja nilai sen-sen dibelakangnya)

 

Pendapatan anda tidak terhenti hanya setakat disitu sahaja ya. Katakanlah kesemua 100 orang ini move on ke langkah seterusnya dan mula memandu kenderaan masing-masing bersama UBER, disini anda akan terima pendapatan tambahan. Nak tahu berapa banyak? Mari kita buat pengiraan.

100 orang pemandu UBER x RM165.60 = RM16,560!

 

Wow!

 

RM16,560

 

Siapa yang nak bagi duit sebanyak tu? Kali terakhir saya buat semakan, memang tak ada siapa yang nak bagi kita duit sebanyak tu. Kalau bank nak bagi sekalipun, kita kena bayar balik dan akan dikenakan interest pulak.

 

Tapi kalau buat program referral UBER ini, anda ada peluang untuk jana pendapatan sebanyak itu. Tiada sebarang yuran, bayaran atau apa-apa duit yang anda kena bayar untuk sertai program referral ini.

 

Cuma perlukan USAHA.

 

Anda mungkin tak akan dapat 100 orang pemandu secara serentak, atau dalam masa yang singkat. Tapi sekiranya anda boleh istiqomah buat kerja-kerja pemasaran, anda pasti boleh capai jumlah tersebut.

 

Berilah masa yang realistik untuk anda buat kerja pemasaran.

 

Kalau anda adalah seorang yang memang pakar dalam bidang pemasaran, mungkin untuk dapatkan 100 orang pemandu UBER yang mendaftar bersama anda, hanya perlu masa lebih kurang 1 – 2 minggu sahaja.

 

Tapi, kalau anda adalah seorang yang tak berapa pandai dalam bab pemasaran, mungkin perlu masa yang lebih panjang dari mereka yang pakar.

 

Ok la.

 

Tak nak sembang panjang sangat.

 

Kalau anda berminat nak jadi pemandu UBER, daftar secara PERCUMA sahaja kat pautan ini.

 

Ataupun, kalau anda nak buat duit dengan UBER, tapi tak nak jadi pemandu, bolehlah daftar untuk sertai referral program ini menerusi platform Involve Asia menerusi pautan ini.

 

Jom kita sama-sama jana pendapatan tambahan dengan UBER!

 

Baca juga artikel:

  • Bagaimana cara buat duit dari rumah dengan UBERBagaimana cara buat duit dari rumah dengan UBER
  • Bukti yang kita boleh buat duit dengan UBER tanpa jadi pemanduBukti yang kita boleh buat duit dengan UBER tanpa jadi pemandu
  • Cara buat duit dengan Uber tanpa perlu jadi pemanduCara buat duit dengan Uber tanpa perlu jadi pemandu
  • Konflik antara pemandu teksi dengan pemandu kereta UberKonflik antara pemandu teksi dengan pemandu kereta Uber
  • Rahsia Uber membongkar rahsia seorang pemuda buat duit RM60,000 dengan Uber tanpa perlu memanduRahsia Uber membongkar rahsia seorang pemuda buat duit RM60,000 dengan Uber tanpa perlu memandu
  • Alang-alang join Jobdirumah, biar sampai dapat KOMISYEN!Alang-alang join Jobdirumah, biar sampai dapat KOMISYEN!
  • Kenapa saya pilih untuk guna Sistem Autoresponder EmelmatikKenapa saya pilih untuk guna Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Smartphone Xiaomi Redmi 4A dari harga asal RM449 jadi RM299 sempena Lazada Online Revolution 11.11Smartphone Xiaomi Redmi 4A dari harga asal RM449 jadi RM299 sempena Lazada Online Revolution 11.11
  • Manfaatkan masa cuti selepas pilihanraya bersama keluargaManfaatkan masa cuti selepas pilihanraya bersama keluarga
  • Kenapa perlu ada Rancangan Perniagaan (Business Plan) sebelum memulakan sebarang perniagaanKenapa perlu ada Rancangan Perniagaan (Business Plan) sebelum memulakan sebarang perniagaan

Filed Under: Buat Duit Online Tagged With: buat duit dengan uber, buat duit dengan uber tanpa memandu kenderaan, buat duit uber, daftar pemandu uber, pemandu uber, uber malaysia

Comments

  1. Dedaun Comel says

    April 17, 2017 at 10:35 am

    Bagus Uber ni.. mungkin itulah hasil dari persaingan sihat dari GrabCar..

    Syarikat teksi kena ambil iktibar ni.. sebab ramai dah memilih uber sebagai pengangkutan awam yang mudah, pantas dan juga berpatutan.

    Reply
    • Sabree Hussin says

      April 17, 2017 at 6:29 pm

      Ya betul tu. Sepatutnya begitu la. Teksi kena membangun seiring dengan perkembangan semasa. Bukan sekadar tunjuk perasaan dan protes semata

      Reply
  2. Ikhwan says

    July 12, 2017 at 2:59 am

    Sehingga hari ini, saya sudah terima hampir RM29,000 dengan komisyen Uber.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

three × 5 =

Top Posts & Pages

  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
    Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • 2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
    2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
  • Buat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping online
    Buat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping online
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Kerja part time sesuai untuk pelajar dengan bayaran RM5 untuk satu jam bekerja
    Kerja part time sesuai untuk pelajar dengan bayaran RM5 untuk satu jam bekerja
  • Kenapa perlu ada Rancangan Perniagaan (Business Plan) sebelum memulakan sebarang perniagaan
    Kenapa perlu ada Rancangan Perniagaan (Business Plan) sebelum memulakan sebarang perniagaan
  • Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
    Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
  • Hadiah apa yang sesuai untuk kanak-kanak umur tiga tahun?
    Hadiah apa yang sesuai untuk kanak-kanak umur tiga tahun?

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Uncategorized

Copyright © 2021 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut