1. Saya akui, saya banyak join program affiliate. Terlalu banyak sampaikan ada program affiliate yang saya sendiri dah lupa saya pernah join.
2. Kadang-kadang tu saya join sebab saya rasa produk tersebut sangat relevan dengan kehendak dan trend semasa. Jadi, saya juga ambil peluang untuk join program tersebut, tanpa mengira siapakah yang menjadi pengendali program.
3. Pada saya simple sahaja. Kita sama-sama nak cari rezeki yang HALAL. Lebih-lebih lagi kalau si pengendali program ni orang ISLAM. Saya percaya atas dasar kita ni satu agama.
4. Saya nak cerita kronologi program affiliate yang saya join, tapi nampaknya pemilik program ni sengaja bagi alasan untuk tak nak bayar. Kalau tak nak bayar tu ok lagi, tapi bila ada unsur-unsur menipu ni, saya rasa itu dah keterlaluan.
5. Ini bukan kali pertama komisen saya kena deny. Pengendali program tak nak bayar. At least mereka berterus terang dan tak menipu.
6. Dengan secara tiba-tiba, mereka tutup laman web. Jadi fahamlah saya, mereka tak nak bayar komisen. Ah… lantaklah. Biasanya kalau berlaku benda-benda macam ni, saya sendiri tak perasan.
7. Jadi tak ada rasa marah sangat.
8. Berbeza dengan program affiliate yang saya join ini. (yang saya nak cerita ni la…)
9. Selepas dah agak lama saya join program affiliate ini, saya tergerak hati untuk semak di bahagian member area atau affiliate panel untuk mengetahui sama ada saya berjaya dapat sales atau tidak. Saya memang tak pernah semak sejak saya join.
10. Kata hati, saya ada dapat sales tu. Itu sebab saya rasa nak semak.
11. Bila saya semak, ternyata saya memang dah berjaya dapat jualan dan dapat komisen.
12. Saya pun cepat-cepat update maklumat perbankan supaya memudahkan pihak admin membuat bayaran ke akaun Maybank saya.
13. Saya tunggu-tunggu, duit masih belum masuk.
14. Kemudian saya semak sekali lagi di member area untuk mengetahui apa status komisen yang telah saya hasilkan sebelum ini. Saya terkejut. Kononnya bayaran komisen telah dilakukan pada 2017-02-16 19:08:57.
15. Saya mula berkira-kira sendiri. “Seingat aku, masa aku update maklumat bank, masa tu bulan Mac. Macam mana dia boleh bayar kat akaun bank aku pada 16 Feb 2017?”
16. Saya tak puas hati. Lalu saya buat semakan ke akaun Maybank untuk lihat transaction history. Memang tak ada sebarang transaksi pada hari tersebut. Kalau ada komisen yang masuk pada hari itu, itupun dari pihak Kliks Solution.
17. Saya pun hubungi pihak admin program affiliate tersebut. Mula-mula tiada sebarang jawapan. Saya terpaksa follow up dua kali baru admin tersebut nak layan mesej saya.
18. Mentang-mentanglah saya ni bukan top performer, jadi dia layan tak layan je.
19. Saya ceritakan situasi saya, dan saya bagitahu yang saya tak pernah terima komisen. Jadi saya nak tahu kenapa dalam affiliate panel ditulis pembayaran dah pun dilakukan dan saya dikira dah terima komisen?
20. Namun pihak admin menegaskan yang dia dah bayar komisen tersebut.
21. Mesej terakhir yang dihantar pada saya, bunyinya “case closed. Bayaran dah dibuat.”
22. Kalau bayaran dah dibuat, tak akan lah saya nak tanya lagi? Saya pun boleh semak status komisen tu dengan pihak bank. Bukannya susah sangat benda ni. Saya bukan budak darjah satu yang tak tau nak buat apa.
23. Saya boleh buktikan pada tarikh tersebut, saya memang tak terima sebarang bayaran. Ada screenshot akaun Maybank.
24. Pada saya, nak selesaikan masalah ini mudah sahaja. Pihak admin boleh bagi saya nombor rujukan, atau tarikh sebenar bila bayaran dibuat. Saya boleh call terus pihak bank dan buat pengesahan.
25. Tapi nak buat macam mana, nampaknya admin lebih cenderung untuk bertegas dengan mengatakan dia dah bayar, dan tak nak buktikan yang dia dah bayar.
26. Saya pun pernah buat program affiliate juga. Ada juga komisen affiliate yang sangkut atas sebab-sebab yang saya tak dapat elakkan. Tapi setidak-tidaknya saya tak sesuka hati tukar status komisen affiliate sebagai PAID atau dah bayar, walhal hakikatnya tak bayar lagi.
27. Jika perlu saya akan bayar sikit-sikit. Tapi untuk menidakkan komisen affiliate, itu kerja kotor namanya.
28. Tak apa la. Saya masih tunggu respons pihak admin.
29. Komisen pun bukannya banyak sangat. RM40 sahaja. Kalau isu komisen RM40 ini pun nak perbesarkan dan tak boleh nak selesaikan cara baik, ini buat saya fikir, entah betul entah tak yang admin tu kata konon income dia boleh dapat puluh-puluh ribu setiap bulan.
30. Komisen 40 ringgit pun tak boleh bayar.
Pergh, saya x pernah kena lagi, tp kalau betul dia buat mcm ni bro, bagi saya dia hanya melingkupkan bisnes dia jer, sbb bila orang dah x mau promote, dia juga yang x dapat duit nanti,
Sebenarnya part tak nak bayar tu saya masih ok lagi. Tapi yang paling KEJI bila dia TIPU kata dah bayar.