Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

November 23, 2019 by Sabree Hussin 1 Comment

Strategi jual produk harian ke Pasaran Antarabangsa dengan UNTUNG berkali ganda

Pernah dengar tak, cerita tentang orang kita yang jual macam-macam jenis barang, iaitu barang-barang yang senang kita dapatkan di pasaraya ke pasaran luar negara tapi dengan harga yang berlipat kali ganda tingginya! 

 

Cerita seumpama ini, saya dah pernah dengar beberapa kali. Kadang-kadang tu macam susah nak percaya, sampailah saya lihat sendiri bukti didepan mata.

 

Apa yang saya nak tunjukkan disini adalah bukti screenshot, yang menunjukkan memang ada orang kita yang jual produk harian yang mudah diperolehi disekitar kita ke pasaran antarabangsa.

 

Seterusnya anda perhatikan juga, berapa banyak dia mark up dan berapa banyak keuntungan yang berjaya dihasilkan.

 

Produk pertama, ikan bilis

cara-meniaga-ebay

Ikan bilis adalah salah satu produk yang memang cukup common. Pergilah ke Tesco, Aeon, Giant ataupun pasaraya NSK sekalipun, memang ada jual ikan bilis.

 

Selama ini, saya cuma beli ikan bilis ini untuk kegunaan sendiri. Pernah juga saya borong, untuk dijual semula di kedai runcit milik saya.

 

Tapi bila tengok screenshot ni, rasa macam tak percaya, ada juga yang kreatif dan pandai melihat peluang, dan dia jual ikan bilis ke pasaran antarabangsa.

 

Harga sekilo bagi ikan bilis kalau kita beli di pasaran Malaysia, harganya lebih kurang RM100 untuk 2KG. Tapi dia jual ke pasaran antarabangsa, dengan harga USD65 atau lebih kurang RM260 untuk 2KG ikan bilis tu.

 

Produk ini telah dijual sebanyak 116 kali, dan pastinya dah berikan keuntungan berganda kepada penjualnya. Kalau nak jual dengan harga yang begitu tinggi di kedai runcit, memang tak laku la jawabnya.

 

Tapi kalau jual secara online melalui laman web ini, In Shaa Allah untung dia memang tinggi.

 

Produk kedua, ajinomoto

jual-ajinomoto-ebay

Siapa yang tak kenal dengan ajinomoto? Serbuk penambah perisa yang biasa ditambah dalam masakan untuk memberi rasa yang lebih sedap pada makanan.

 

Sesetengah orang cukup tak suka kalau dalam menu masakan ada bahan ajinomoto ni. Tak apa, itu kita tinggalkan sejenak. Lihat pada screenshot diatas.

 

Produk ini telah berjaya dijual sebanyak 78 kali dan harga yang diletakkan adalah sebanyak USD27.90 atau lebih kurang RM110 untuk sekilo ajinomoto. Padahal kalau beli di pasaran Malaysia, harganya baru RM11!

 

Saya rasa kalau jual dengan harga USD11 pun kita masih boleh untung besar, tapi dia ni jual dengan harga USD27.90 dan berjaya dapat 78 jualan. For sure dia ni memang tahu apa yang perlu dibuat!

 

Produk ketiga, kopi 3 in 1 jenama Alicafe

alicafe-tongkat-ali

Alicafe ni salah satu kopi kegemaran saya dan yang kerap juga saya beli. Seingat saya, harganya di pasaran tak sampai pun RM19.

 

Kalau tak percaya anda boleh semak harga di Malaysia melalui laman web ini. Mungkin bagi tujuan memudahkan penerangan dan nak menunjukkan potensi pendapatan, jadi penulis tetapkan harga dia kepada RM19.

 

Produk yang harga asalnya ialah RM19 sahaja, juga boleh dijual di pasaran antarabangsa dengan harga yang lebih tinggi, iaitu sebanyak USD29.90 atau lebih kurang nilainya bersamaan dengan RM120.

 

Nampak tak berapa kali ganda tu keuntungan yang boleh dihasilkan!

 

Tengok contoh lain pulak ya.

 

Produk keempat, Ammeltz Yokoyoko

Ammeltz Yokoyoko… bagi mereka yang kerap rasa sengal-sengal atau sakit otot, pasti pernah cuba produk ini. Sapukan dekat tempat yang sakit tu, In Shaa Allah akan rasa lega.

 

Harga dekat Malaysia tak sampai RM20. Produk ini dijual di pasaran Australian dengan harga AUD12.45 atau lebih kurang RM36.

 

Dalam banyak-banyak contoh, saya rasa yang ini sahaja yang harganya masuk akal dan tak terlalu tinggi.

 

Persoalannya ialah, kenapa ada yang sanggup beli dengan harga yang MAHAL? Kalaulah mereka yang jadi pembeli ni tahu, sebenarnya kalau beli di pasaran Malaysia harganya murah sahaja… mungkin mereka akan borong sebanyak mungkin.

 

Sebenarnya saya berpendapat, isunya bukanlah pada harga, tetapi orang beli sebab ianya MUDAH dan pembeli YAKIN bahawa pembelian mereka selamat serta barang yang ditempah pasti akan sampai ke tangan pembeli.

 

Nama marketplace ebay sudah terkenal sejak dari dulu lagi. Pengguna laman web ini, tak risau untuk melakukan transaksi melalui ebay sebab mereka tahu, ianya selamat dan ada jaminan bahawa mereka pasti akan terima barang tersebut.

 

Kenapa orang dari luar negara ni tak beli direct dari Lazada atau Shopee? Dekat laman web ini juga boleh dapat dengan harga yang murah.

 

Memang betul boleh dapat. Cuma isunya ialah, kedua-dua laman web ini tidak menyediakan khidmat penghantaran ke luar negara.

 

Contohnya macam kalau nak beli barang di Lazada Malaysia. Hanya pengguna yang berada di Malaysia sahaja yang boleh gunakan khidmat mereka. Kalau pengguna di Singapore, dia kena guna khidmat dari Lazada Singapore atau ikut negara masing-masing.

 

Lazada ini hanya ada di South East Asia sahaja, dan buat masa ini mereka belum lagi mengembangkan rangkaian mereka ke seluruh dunia.

 

Andai kata anda minat nak buat bisnes di Lazada, mungkin bolehlah muat turun panduan yang telah dihasilkan ini.

bisnes-di-lazada

Sila muat turun dari pautan ini.

 

Tapi saya tahu, anda mungkin lebih minat nak belajar macam mana cara nak jual produk tempatan yang ada disekitar kita dengan harga yang lebih mahal kepada para pelanggan yang berada di luar negara, seperti di Australia, Canada dan sebagainya kan.

 

Untuk itu, maka anda perlu masuk ke pasaran antarabangsa, iaitu melalui platform ecommerce ebay. Sila ke halaman ini untuk pelajari ilmu ebay.

 

Memang ada banyak panduan yang telah dihasilkan yang berkaitan dengan bisnes di ebay.

 

Ada orang yang fokus hanya menjual mainan melalui platform ebay. Setiap kali krismas, atau ketika ada sambutan hari jadi, barang mainan yang dijual melalui ebay tu memang banyak tempahan.

 

Ada juga yang fokus untuk jual barangan dari China untuk dipasarkan melalui ebay. Konsep yang digunakan pula adalah dropship semata-mata. Stok produk ambil dari laman web AliExpress pula tu.

 

Tak percaya, lihat di laman web ini, dan anda juga akan pelajari macam mana nak buat dropship melalui ebay.

 

Uniknya panduan tentang ebay yang diberi nama Export Mudah ini ialah, pengasasnya mengajar cara-cara untuk jual produk harian biasa untuk dijual ke pasaran luar negara.

 

Secara tak langsung kita telah export produk tempatan ke luar negara. Memandangkan produk yang kita nak jual ni, mudah didapati, sama ada dari kedai runcit, ataupun pasaraya besar, maka kita tak perlu risau sangat tentang nak kena simpan stok.

 

Sudah tentu, kalau bisnes anda makin maju, dan dah beberapa kali menikmati untung, apa salahnya kalau nak simpan stok. Tapi pada peringkat permulaan, kalau anda tak nak simpan stok pun tak ada masalah, asalkan anda tahu kat mana nak dapatkan stok produk.

 

Kalau rumah anda memang dekat dengan pasaraya ataupun shopping mall, sangatlah untung kalau anda belajar cara yang betul untuk export barangan tersebut keluar negara melalui platform ebay ini nanti.

 

Nak belajar? Boleh segera muat turun panduan ini, itupun sementara panduan ini dibuka kepada umum. Kalau pada waktu anda baca artikel ni, panduan ni masih ada, anda bertuah.

 

Sebab boleh jadi, ada antara pembaca artikel ini, yang terlepas peluang dan waktu dia nak muat turun panduan, pemilik panduan tersebut sudah tak mahu berkongsi lagi.

 

 

Baca juga artikel:

  • Kelebihan dan keistimewaan sistem autoresponder emelmatik yang anda mungkin tak sedarKelebihan dan keistimewaan sistem autoresponder emelmatik yang anda mungkin tak sedar
  • Jual barang terpakai dan yang tak diperlukan di internetJual barang terpakai dan yang tak diperlukan di internet
  • Berapa kos untuk memiliki pendapatan pasif?Berapa kos untuk memiliki pendapatan pasif?
  • Bisnes runcit tapi pelanggan peringkat AntarabangsaBisnes runcit tapi pelanggan peringkat Antarabangsa
  • Bukti komisyen dari laman web LazadaBukti komisyen dari laman web Lazada
  • Pemilihan kerja sendiri berdasarkan minat ataupun hobi.Pemilihan kerja sendiri berdasarkan minat ataupun hobi.
  • Kerja part time sesuai untuk pelajar dengan bayaran RM5 untuk satu jam bekerjaKerja part time sesuai untuk pelajar dengan bayaran RM5 untuk satu jam bekerja
  • Beli Smart Tag Touch N Go secara online lebih mudah dan murahBeli Smart Tag Touch N Go secara online lebih mudah dan murah
  • Kenapa Rahsia Taobao harganya “Mahal”?Kenapa Rahsia Taobao harganya “Mahal”?
  • Denda maksimum RM10 ribu jika merokok di tempat awam!Denda maksimum RM10 ribu jika merokok di tempat awam!

Filed Under: Buat Duit Online Tagged With: export barang ke luar negara, jual produk harian di ebay, jual produk harian ke pasaran antarabangsa, meniaga di ebay

Trackbacks

  1. Bisnes runcit tapi pelanggan peringkat Antarabangsa - Sabree Hussin Dot Biz says:
    December 9, 2019 at 3:49 pm

    […] ada yang nak tahu, macam mana nak jual barangan runcit ke pasaran antarabangsa, […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

seventeen + 7 =

Top Posts & Pages

  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Jual barang terpakai dan yang tak diperlukan di internet
    Jual barang terpakai dan yang tak diperlukan di internet
  • Apa patut kita jawab bila orang tanya, kamu kerja apa?
    Apa patut kita jawab bila orang tanya, kamu kerja apa?
  • Kerja sebagai pengurus akaun media sosial
    Kerja sebagai pengurus akaun media sosial
  • Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
    Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
  • Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
    Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
  • Kelebihan dan kekurangan dalam menjalankan perniagaan menggunakan Sistem Marketplace dan ecommerce
    Kelebihan dan kekurangan dalam menjalankan perniagaan menggunakan Sistem Marketplace dan ecommerce
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2022 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in