Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

January 20, 2020 by Sabree Hussin 2 Comments

Kelebihan dan kekurangan dalam menjalankan perniagaan menggunakan Sistem Marketplace dan ecommerce

Model perniagaan melalui sistem marketplace adalah merupakan model perniagaan yang telah terbukti mampu untuk memberikan hasil yang memberangsangkan.

 

Dewasa ini, ada banyak jenama dan syarikat terkemuka yang telah mula menyertai sistem marketplace. Para pengguna kini boleh memesan produk kesukaan mereka tanpa perlu susah payah lagi untuk ke shopping mall atau outlet berhampiran untuk mendapatkan produk yang mereka perlukan.

 

Sistem marketplace boleh digunakan oleh semua orang, dan bukannya hak milik eksklusif bagi syarikat besar dan jenama ternama sahaja. Malahan, orang biasa macam kita juga boleh mula jadi peniaga melalui sistem marketplace.

sistem-marketplace

Kali ini, mari kita lihat apa kelebihan dan juga kekurangan yang anda perlu tahu, jika anda merancangan untuk jadi pengguna dan juga peniaga di sistem marketplace. Ok jom kita lihat.

Sistem Marketplace sebenarnya Mudah untuk digunakan

Anda hanya perlu mendaftar sebagai pengguna, mula memuat naik gambar produk, masukkan keterangan tentang produk, dan tunggu. Apabila ada pembelian dari pelanggan, barulah anda uruskan tempahan tersebut.

 

Pelanggan yang mengunjungi laman web ecommerce sudah mempercayai laman web tersebut

Bukan mudah untuk membina kepercayaan. Apatah lagi nak membina kepercayaan dalam masa yang singkat.

 

Kalau pada hari ini, anda berhasrat untuk melancarkan sistem markerplace anda sendiri, anda terpaksa bersaing dengan nama-nama ecommerce yang lebih popular. Antaranya Lazada, Shopee, dan sebagainya.

 

Pada waktu catatan ini saya tulis, ada satu lagi laman web ecommerce yang cuba bersaing dengan nama-nama besar yang telah berada di pasaran. Saya maksudkan Fingo.

 

Adakah Fingo akan berjaya memberi saingan dan sekaligus menjadi salah satu platform shopping yang menjadi pilihan rakyat Malaysia? Sama-sama kita saksikan, setakat mana prestasi syarikat ini boleh pergi.

 

Terdapat banyak penjual dalam sebuah sistem marketplace

Konsepnya sama seperti shopping mall. Kalau shopping mall yang besar, ada banyak penjual, pelanggan juga akan jadi suka untuk datang ke shopping mall tersebut.

 

Pada fikiran pelanggan, dia tak perlu susah payah nak pergi ke shopping mall lain, sebabnya dekat satu tempat ini sahaja dah boleh beli macam-macam barang.

 

Sebaliknya, kalau shopping mall yang bersaiz lebih kecil, tak banyak penjual, biasanya kita boleh lihat tempat tersebut pasti agak sunyi. Penjual yang ada disitu makin berkurang dan mula berpindah ke lokasi lain yang lebih meriah.

 

Maka tak salah kalau saya katakan, Shopee dan Lazada ini ibarat sebuah shopping mall yang begitu besar. Ada banyak penjual disitu dan kita sebagai pengguna boleh perolehi banyak barang dari laman web tersebut.

 

Cuba kita bandingkan dengan laman web yang tak banyak penjual, kita sendiri akan rasa bosan dan mula tinggalkan laman web tersebut, sebab bukan semua barang yang kita mahukan ada dijual disitu.

 

Servis pemasaran percuma untuk para peniaga

Saya ada sebutkan sebelum ini, setelah kita upload gambar produk dan masukkan keterangan mengenai produk, langkah seterusnya adalah tunggu sahaja. Boleh ke buat bisnes macam ni? Tunggu sahaja?

 

Mestilah boleh. Sebabnya pihak pengendali sistem marketplace akan mengiklankan produk-produk yang ada dijual didalam laman web mereka. Kalau anda tak buat iklan sekalipun, pihak marketplace akan buat iklan bagi pihak anda, dan semua penjual yang ada disitu.

 

Kedai yang beroperasi 24jam setiap hari

Cuba bayangkan, berapa agaknya kos yang perlu anda sediakan kalau nak mempunyai kedai yang beroperasi selama 24 jam setiap hari.

 

Anda kena fikirkan beberapa perkara, seperti upah pekerja, keselamatan kedai, bil elektrik dan sebagainya. Kemudian, selepas ambil kira semua kos tu, kalau keuntungan yang anda perolehi sepanjang beroperasi selama 24 jam itu tak memadai, anda mungkin terpaksa ubah masa operasi, daripada 24 jam kepada 8 ke 10 jam sahaja sehari.

 

Sebaliknya, kalau anda mempunyai kedai maya atau kedai di sistem marketplace, kedai anda akan beroperasi 24 jam setiap hari. Malahan kedai online anda itu juga mampu untuk menerima dan memproses tempahan walaupun pada jam 3.30 pagi, ketika semua orang sedang nyenyak tidur.

 

Boleh teruskan perniagaan walaupun tiada stok dalam tangan

Kehabisan stok barangan untuk dijual bukanlah satu masalah yang besar. Anda boleh teruskan perniagaan seperti biasa dan biarkan gambar produk anda dipaparkan dilaman web ecommerce.

 

Andai kata ketika anda kehabisan stok, ada pelanggan yang membuat tempahan produk tersebut, anda masih ada masa untuk cari produk yang sama untuk dihantar kepada pelanggan yang buat tempahan. Jika perlu, anda mungkin boleh cari mana-mana penjual yang ada di Lazada mahupun di Shopee yang jual produk yang sama dan anda beli dari dia.

 

Untuk alamat penghantaran, anda berikan alamat pelanggan anda yang menempah produk tersebut dari anda.

 

Dengan adanya sistem ecommerce ini, ia memudahkan kita untuk menjadi penjual online menggunakan kaedah dropship. Pelanggan tak perlu tahu pun yang anda sebenarnya buat dropship sahaja. Apa yang penting, barang yang dibeli dapat sampai ke tangan pelanggan dengan selamat.

 

Setelah kita mengetahui kelebihan menggunakan sistem marketplace, kali ini saya nak sentuh sedikit tentang kekurangan sistem marketplace.

 

Wujud banyak peniaga yang menjual produk yang sama membuka jalan persaingan

Bila ada banyak peniaga yang menjual barang yang sama, itu merupakan berita baik untuk para pengguna. Kita ada lebih banyak pilihan dan boleh memilih untuk beli dari mana-mana peniaga yang kita suka.

 

Tapi ini bukan berita gembira buat para penjual. Mereka terpaksa bersaing dan akhirnya, hanya yang terbaik yang akan menang.

 

Akhirnya pelanggan akan memilih peniaga yang mampu tawarkan harga paling murah

Cuba pastikan keluar dari pesaingan harga, sebab kalau anda hanya fokus bab harga, kesudahannya hanya peniaga yang mampu untuk tawarkan harga paling murah yang akan menang.

 

Peniaga perlu usaha lebih gigih dalam mewujudkan tahap kepercayaan yang tinggi untuk para pelanggan

Pada satu hari, saya bercadang nak beli jam tangan baru jenama G-Shock. Maka, saya mulakan pencarian, model yang bagaimana yang saya nak beli dan berapa banyak duit yang perlu saya sediakan kalau nak jadi pengguna G-Shock.

 

Tengok dekat Lazada dan Shopee memang ada banyak model jam G-Shock dan dari segi harga, ada yang nampak tak masuk akal, sebab dijual dengan harga yang terlalu murah. Maka selepas saya buat sedikit pembacaan, saya telah memilih beberapa penjual yang saya rasa boleh dipercayai, dan kalau saya nak beli, saya akan beli dari salah satu penjual yang telah saya pilih.

 

Anda boleh lihat senarai penjual jam tangan G-Shock Original yang anda boleh percayai disini.

 

Bagaimana saya boleh come out dengan senarai tersebut. Sudah tentu saya perlu baca satu per satu keterangan tentang produk yang mereka berikan, saya baca juga review dari pelanggan terdahulu dan juga saya buat semakan rekod transaksi. Ini semua membantu dalam meningkatkan tahap kepercayaan.

 

Mudah untuk jadi peniaga maka akan ada lebih ramai orang baru akan cuba masuk pasaran

Konsep berniaga menggunakan sistem marketplace memang telah terbukti mampu untuk bantu para penggunanya menjana pendapatan dan mengembangkan lagi perniagaan.

 

Malahan pada hari ini, ada ramai individu yang mula menjadi tenaga pengajar, dan memberi bimbingan bagaimana nak berjaya dalam perniagaan ini.

bisnes-di-lazada

Contohnya seperti saudara John Jenin ini, yang mana beliau mampu untuk dapat jualan 4 angka sehari melalui sistem marketplace, dan beliau ada ajarkan bagaimana cara untuk dapat pendapatan sedemikian melalui ebook beliau yang boleh dimuat turun disini.

 

Saya menjangkakan dimasa akan datang akan muncul lebih ramai orang baru yang akan cuba nasib berniaga melalui ecommerce. Siapa tahu, mungkin akan ada universiti yang menggalakkan pelajarnya untuk jadi penjual menerusi sistem marketplace dan kita akan lihat kemunculan banyak kedai online yang baru dibuka.

 

Persaingan bagi menjadi yang terbaik dapat memberi banyak manfaat kepada pengguna. Sebaliknya, ia merupakan satu tekanan bagi kalangan peniaga.

 

Baiklah, apa yang dibincangkan disini adalah sebahagian daripada kelebihan dan keburukan sistem marketplace dan juga sistem ecommerce. Kalau nak cari satu sistem yang memang PERFECT, saya kira ianya memang tak wujud.

 

Justeru, dengan mengetahui kelebihan dan kekurangan sesuatu sistem, semoga ia dapat membantu anda buat keputusan yang tepat dalam perniagaan yang anda bakal jalankan.

 

 

Baca juga artikel:

  • Perkara yang menjadi punca Kegagalan sebuah sistem marketplace dan bisnes ecommercePerkara yang menjadi punca Kegagalan sebuah sistem marketplace dan bisnes ecommerce
  • Faktor penyumbang kepada kejayaan sebuah Sistem MarketplaceFaktor penyumbang kepada kejayaan sebuah Sistem Marketplace
  • Jual barang melalui sistem marketplace MUDAH dan boleh UNTUNG BESARJual barang melalui sistem marketplace MUDAH dan boleh UNTUNG BESAR
  • Dropship barangan cina untuk dijual semula di ebayDropship barangan cina untuk dijual semula di ebay
  • Buat duit online MUDAH bersama TrivagoBuat duit online MUDAH bersama Trivago
  • Cara buat duit dengan Uber tanpa perlu jadi pemanduCara buat duit dengan Uber tanpa perlu jadi pemandu
  • Bina laman web khas untuk promosi bisnes homestay milik andaBina laman web khas untuk promosi bisnes homestay milik anda
  • Bisnes air balang di bazar ramadhanBisnes air balang di bazar ramadhan
  • Syarikat Hosting TERBAIK untuk mereka yang baru nak mula bloggingSyarikat Hosting TERBAIK untuk mereka yang baru nak mula blogging
  • Ekspedisi Mencari Harta Karun Online Ekspedisi Mencari Harta Karun Online

Filed Under: Buat Duit Online Tagged With: kelebihan sistem marketplace, kelemahan sistem marketplace, sistem ecommerce, sistem marketplace

Trackbacks

  1. Buat bisnes online melalui Sistem Marketplace ataupun lancarkan web ecommerce sendiri? - Sabree Hussin Dot Biz says:
    January 23, 2020 at 1:02 am

    […] Baca disini: Kelebihan dan kekurangan berniaga menggunakan sistem marketplace […]

    Reply
  2. Buat duit dengan PG Mall - Apa yang anda perlu tahu? | Blog Sabree Hussin says:
    January 23, 2021 at 3:09 pm

    […] kini PG Mall mula berevolusi dan berkembang kepada sebuah sistem marketplace yang menjual pelbagai jenis produk. Anda boleh layari sendiri laman web PG Mall dan lihat apakah […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

fourteen − 13 =

Top Posts & Pages

  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • 17 Tips Bisnes Homestay
    17 Tips Bisnes Homestay
  • Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
    Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
  • 2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
    2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • 7 Masalah yang biasanya akan dihadapi oleh Peniaga Online
    7 Masalah yang biasanya akan dihadapi oleh Peniaga Online
  • Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
    Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
  • Cara buat duit dengan AdHance by Ajobthing
    Cara buat duit dengan AdHance by Ajobthing

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2022 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in