Apa pendapat anda tentang orang-orang yang bekerja dari rumah?
Adakah anda mengenali seseorang yang memang kerja hanya dari rumah? Mungkin seseorang yang dimaksudkan itu adalah terdiri daripada kenalan anda ataupun mungkin dari kalangan saudara mara anda sendiri?
Pernah ke terlintas di fikiran anda, untuk anda juga bekerja dari rumah satu masa nanti? Serius. Saya tak pernah terfikir yang satu hari dalam hidup saya, saya akan kerja hanya dari rumah.
Dulu, saya juga beranggapan, kalau nak buat duit kita mesti cari syarikat yang mahu ambil kita bekerja. Kemudian, bila kita dah diterima bekerja, kita mesti datang ke tempat kerja setiap hari! Kerja pertama yang saya buat selepas habis sekolah menengah adalah kerja di kedai baju Factory Outlet Store.
Kerjanya tak susah, tapi memenatkan.
Gajinya tak besar, tapi cukup untuk beli pakaian dan makanan.
Cutinya tak banyak, tapi kalau perlu cuti, boleh minta cuti.
Its okay. Waktu itu, saya bekerja disitu sebab nak dapatkan pengalaman sambil tunggu keputusan SPM, yang akan menentukan sama ada saya akan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi atau tidak.
Kemudian, bila dah habis belajar, saya memilih untuk bekerja sebagai seorang eksekutif. Pada waktu tu, saya berpandangan, kerja yang baik adalah kerja yang kita perlu pakai baju kemeja, bertali leher dan memakai kot. Pemakaian seperti itu, membuatkan kita nampak hebat pada pandangan orang lain.
Rupa-rupanya, lama kelamaan, timbul rasa bosan dengan pekerjaan seperti itu. Apalah guna pakai smart seperti itu, kalau jiwa rasa tak bebas. Setiap hari dirasakan makin berat tekanan perasaan yang perlu ditanggung. Saya tak ada masalah untuk bangun pagi, (lagipun memang perlu bangun pagi bagi menunaikan kewajipan solat Subuh) saya cuma ada masalah untuk pergi kerja.
Semua perkara yang dulunya saya rasa sangat excited, dengan kehidupan di pejabat, mula hilang sedikit demi sedikit. Sebaliknya, saya lebih bernafsu untuk fokus pada projek-projek buat duit yang saya jalankan. Lagi-lagi apabila saya dapati projek buat duit yang saya jalankan tu mula membuahkan hasilnya.
Dipendekkan cerita, akhirnya saya buat keputusan untuk berhenti kerja, lalu fokus pada projek personal. Saya kira, kalau saya asyik sibuk bina dan jayakan projek orang lain, sampai ke sudah projek saya sendiri akan terbengkalai. Tak ada sesiapa yang akan bantu siapkan dan jayakan projek kita sendiri, kalau bukan kita sendiri yang cari masa untuk siapkannya.
Kerja dari rumah tanpa modal langsung!
Saya banyak terlihat, iklan mengenai peluang-peluang bekerja dari rumah diinternet. Namun saya dapati, ada banyak juga iklan yang disiarkan itu, meletakkan syarat supaya orang yang minat nak sertai, kena keluarkan modal.
Modal dia tak sama antara satu sama lain. Ada yang bermula dari kos serendah RM30 hinggalah mencapai nilai ratusan ringgit. Saya pun tak berapa pasti, apa rasionalnya kena bayar duit tu.
Saya kena lihat dulu, apa programnya dan fahami apa tawarannya, sebelum saya boleh buat keputusan sama ada nak sertai atau pun tidak.
Namun demikian, disebalik peluang-peluang kerja yang ditawarkan itu, memang ada peluang kerja dari rumah yang langsung tak perlukan kita keluar sebarang modal. Walaupun begitu, saya berpendapat, sebaik-baiknya kena sediakan sedikit modal, bagi memudahkan kita capai apa yang diingini.
Contoh kerja dari rumah yang tak perlukan modal untuk disertai
Sebenarnya ada terlalu banyak.
Kalau anda serius nak buat kerja, saya boleh syorkan anda sertai syarikat Involve Asia ini.
Syarikat ini memang TERBUKTI membayar ahli-ahlinya.
Saya telah mula bekerja dengan syarikat ini, kalau tak silap saya sejak dari tahun 2017 lagi. Mungkin lebih awal dari itu. Saya pun dah tak ingat. Saya hanya buat secara part time sahaja.
Sepanjang tahun 2017 tu, inilah dia bayaran yang telah saya terima.
Lihat Date Range January 1, 2017 – December 31, 2017.
Estimated Earnings (MYR) yang telah saya perolehi adalah sebanyak RM1,015.15
RM1,015 adalah jumlah keseluruhan yang telah saya terima, sepanjang bekerja dengan Involve Asia pada tahun 2017.
Tahun 2018 ini, saya masih lagi lakukan kerja-kerja dari rumah dengan syarikat yang sama. Ini pula adalah pendapatan yang telah dihasilkan sepanjang 2018 ini.
Setakat ini, anggaran pendapatan yang bakal saya perolehi adalah sebanyak RM908.94
Saya guna istilah “anggaran pendapatan” sebabnya jumlah ini termasuk dengan bayaran yang saya belum terima lagi, atau yang sedang dalam proses.
Mungkin masih ada lagi yang skeptikal apabila melihat screenshot diatas. Kalau setakat screenshot macam tu, ia tak memberi apa-apa makna, betul ke? Jadi, saya rasa ada baiknya saya sertakan juga screenshot dari CIMB yang menunjukkan pembayaran telah dilakukan ke akaun bank saya.
Rujuk bukti dibawah ini.
Jumlah yang dibayar adalah sebanyak RM92 sahaja. Jadilah kan, daripada langsung tak ada. Betul tak?
At least saya tak perlu nak malukan diri saya dengan buat video yang bukan-bukan, atau jatuhkan maruah diri sendiri dengan berlakon watak yang tak senonoh sebab nak jadi popular di media sosial. Semua ini, saya buat dengan tenang, low profile, dan bila sampai masa, syarikat bayar upah saya.
Orang sekeliling saya pun ramai yang tak tahu, yang sebenarnya saya bekerja. Apa yang mereka fikir, saya duduk rumah tak buat apa-apa. Hmm..
Betul ke percuma kalau nak buat duit dengan Involve Asia ni?
Ya, memang percuma.
Anda hanya perlu daftar sebagai ejen pemasaran dulu dengan mereka. Pendaftaran boleh dilakukan melalui pautan ini.
Selepas mendaftar, sila beri masa untuk permohonan anda diproses. Pastikan anda telah menepati semua syarat yang ditetapkan oleh pihak syarikat, dan apabila permohonan anda telah diterima, anda dah boleh mula bekerja.
Bagaimana cara kerjanya?
Sebagai ejen pemasaran, tugas kita adalah membuat pemasaran bagi pihak syarikat. Itu sahaja.
Anda perlu login diruangan ahli, dan pergi ke Browse Merchant.
Dalam banyak-banyak merchant yang ada dalam ni, saya lebih kerap mempromosikan merchant Lazada. Sebabnya lazada adalah satu nama yang memang dah cukup terkenal dan orang kita memang suka shopping di Lazada. Jadi, saya pilih Lazada.
Apa yang saya buat ialah, saya menulis tentang Lazada di blog saya.
Jika anda masih belum ada blog, anda boleh bina sebuah blog secara percuma sahaja menggunakan khidmat blogger.com ataupun wordpress.com
Sekiranya anda nak bina blog yang berbayar, iaitu yang menggunakan nama domain dan hosting sendiri, anda boleh rujuk panduan yang pernah saya tulis sebelum ini.
Baca di: Panduan pemasangan blog wordpress self hosted
Apa nak tulis dalam blog?
Ada terlalu banyak perkara yang boleh ditulis. Ini antaranya..
- Pengalaman guna produk tertentu
- Pengumuman promosi terkini
- Perbandingan antara produk A dengan produk B
- Komen terhadap jenama tertentu
- Cara menggunakan sesuatu produk dengan betul
- Review produk
Semua itu, saya akan tulis di blog saya. Langkah seterusnya, bila dah siap satu artikel, atau satu blogpost, saya akan pastikan dalam blogpost saya tu nanti, akan saya masukkan dengan link-link affiliate saya.
Jika ada pembaca yang klik pada link affiliate saya, lalu mereka ni buat pembelian, maka dari situ saya akan dapat komisen. Kalau nak dapat lagi banyak komisen, maka kenalah usaha lebih lagi, untuk dapatkan lagi ramai pelawat dan pembaca untuk lawati laman blog saya tu.
Itu sahaja yang perlu dilakukan. Ulang proses ini berulang kali. Pada peringkat awal, memanglah blog yang kita bina itu tak ramai pelawat. Mungkin dalam satu hari, cuma ada sekitar 10 – 20 pelawat sahaja.
Tak apa. Jangan mengalah. Teruskan menulis dan tambahkan konten dalam blog. Pelawat akan bertambah selari dengan pertambahan konten blog kita.
Kira-kira mudah dia begini. Ketika blog anda cuma ada 1 artikel, cuma 1 orang pelawat yang akan masuk ke blog anda.
Namun, apabila blog anda sudah ada 1,000 artikel, pada masa itu, akan ada 1,000 pelawat akan masuk ke blog anda setiap hari.
Pada masa ini, pelawat akan masuk ke blog anda secara automatik, dan kalau anda dah tak menulis atau dah tak menambahkan konten terkini dalam blog anda juga tak ada masalah. Anda masih akan tetap berpeluang buat duit secara automatik.
Inilah yang saya lalui sekarang ini. Saya masih lagi menerima bayaran, dan sometimes, saya dapat jualan walaupun pada waktu tu saya dah agak lama tak menghasilkan konten blog yang terkini.
Baiklah, dah agak panjang rasanya perkongsian saya ini. Jadi, saya harapkan anda buatlah keputusan dengan bijak. Kalau nak buat duit dari rumah, kerjalah dengan Involve Asia ini. Saya berani nak rekemen sebab saya masih lagi dapat bayaran dari company ini.
Im interested..tolong ajar saya