Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

November 13, 2018 by Sabree Hussin Leave a Comment

Kerja dekat luar negara memang nampak hebat, kan?

Saya berbual-bual dengan tuan rumah yang saya sewa sekarang ni. Ada macam-macam topik yang kami bualkan, dan tak lama lepas tu, entah macam mana, dia cerita tentang anak lelaki dia.

 

Kata dia, tak lama lagi, dia akan duduk berdua sahaja dengan isteri. Anak lelaki yang sebelum ini tinggal bersama dengan dia, akan berhijrah ke luar negara dan bekerja disana. Sekurang-kurangnya untuk tempoh satu tahun.

kerja-luar-negara

Saya yang dengar cerita tu, rasa macam cemburu pun ada jugak. Maklumlah, saya tak pernah lagi ada pengalaman kerja di negara luar.

 

Nak pergi bercuti ke negara luar pun masih belum pernah ada kesempatan lagi. Saya kalau boleh, nak habiskan dulu bercuti kat dalam negara. Bila dah tak ada lagi tempat menarik untuk dikunjungi, baru nak pergi bercuti ke negara luar.

 

Mungkin negara pertama yang saya akan kunjungi ialah di Thailand dan bercuti di Phuket.

 

Berbalik kepada kisah nak bekerja di negara luar tu. Saya nampak, perkara ini sebenarnya ada kebaikkan dan ada juga kekurangan dia yang tersendiri.

 

Saya nak cerita dari segi kebaikkan dulu. Bila kita kerja di negara luar, kita akan dapat nikmati pendapatan dalam matawang negara luar juga. Kalau kita bekerja di negara yang nilai matawangnya lagi tinggi dari kita, dekat situ kita akan ada peluang untuk bina kekayaan dengan lebih pantas, berbanding kita kerja di negara sendiri.

 

Contoh macam pekerja Indonesia, Bangladesh, Nepal dan sebagainya. Mereka kerja di negara kita, dan lepas dapat gaji, mereka akan terus hantar duit kita ke negara asal mereka. Keluarga merekalah yang akan dapat untung sebab dapat matawang yang lebih tinggi nilainya.

 

Benda yang sama boleh jadi pada kita. Kita kerjalah di negara yang nilai matawangnya lebih tinggi dari negara kita. Kita juga boleh lalui pengalaman yang lebih kurang sama.

 

Akan tetapi…

 

Jika kita tinggal di negara tersebut, kita juga akan terbeban dengan kos sara hidup di negara tersebut. Tinggal di negara maju, kita sedia maklum, cost of living memang agak tinggi. Jika kita tak sanggup nak ubah cara hidup, hidup dengan lebih bersederhana, maka anda mungkin akan dapati kebanyakkan gaji anda akan habis untuk hidup selesa di negara luar.

 

Benda ni nampaknya ada kebaikkan, dan pada masa yang sama, ada sisi yang tak berapa baik.

 

Kalau ada cara, untuk kita kerja di negara luar yang lagi maju berbanding negara kita, dengan nilai matawang yang lagi tinggi, tanpa perlu kita pindah rumah, mungkin ini sedikit sebanyak akan berikan kita lagi banyak kebaikkan.

peluang-kerja-singapura

Satu negara maju yang paling dekat dengan kita adalah di Singapura. Anda boleh baca, macam mana orang Malaysia macam kita ni, sebenarnya ramai yang bekerja di Singapura dan menjana pendapatan tiga kali ganda lagi tinggi berbanding kerja di sini, untuk kerja yang sama.

Boleh baca disini dalam bentuk panduan.

 

Saya ambik contoh iklan kerja sebagai cleaner di Singapura yang saya ambil dari laman web carian kerja Maukerja.my

iklan-kerja-singapura

Kerja sebagai cleaner di Singapura, ada yang tawarkan gaji sebanyak SGD800, SGD1,000 dan SGD1,200 pun ada. Nilai ini, jika kita convert kepada duit RM akan menjadi RM3,639 kalau gaji kita SGD1,200

 

Itu satu cara untuk kerja di luar negara dan nikmati perbezaan matawang.

 

Kerja dari rumah pun boleh dapat nikmati pendapatan dalam matawang asing

Ini pun satu lagi alternatif. Kerja sebagai freelancer, anda bebas nak bekerja untuk majikan dari negara mana sekalipun. Walaupun konsepnya nampak mudah, ia mungkin tak semudah yang disangkakan.

penerangan-tentang-jobdirumah

Kita perlu bersaing dengan freelancer dari seluruh dunia, dan bukan senang nak dapat kerja. Lebih-lebih lagi untuk kerja-kerja yang ada banyak peminatnya seperti kerja data entry tu.

 

Saya rasa, orang yang berpeluang untuk kerja di negara luar ni, memang sangat beruntung. Dia boleh explore negara lain, sambil bekerja. Benda ini saya perhatikan biasanya dilakukan oleh para pelajar Malaysia, yang belajar di luar negara.

 

Bila ada masa terluang, mereka akan jalan-jalan di luar negara. Jauh perjalanan luas pemandangan, kan. Setidak-tidaknya dapat pengalaman untuk lihat cara hidup masyarakat luar, dan pada masa yang sama dapat terbuka fikiran dan pandangan.

 

Apapun, saya bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang ini. Namun begitu, saya tidaklah menolak kebarangkalian dan peluang, jika satu hari nanti saya juga akan dapat rasa pengalaman kerja di negara luar.

 

 

Baca juga artikel:

  • Buat bisnes online melalui Sistem Marketplace ataupun lancarkan web ecommerce sendiri?Buat bisnes online melalui Sistem Marketplace ataupun lancarkan web ecommerce sendiri?
  • Kenapa perlu ada Rancangan Perniagaan (Business Plan) sebelum memulakan sebarang perniagaanKenapa perlu ada Rancangan Perniagaan (Business Plan) sebelum memulakan sebarang perniagaan
  • Program bekerja dari rumah secara online untuk tahun 2018Program bekerja dari rumah secara online untuk tahun 2018
  • Panduan Bisnes Shopee – Boleh ke naikkan jualan di Shopee?Panduan Bisnes Shopee – Boleh ke naikkan jualan di Shopee?
  • Kerja sendiri atau makan gaji. Mana satu pilihan hati?Kerja sendiri atau makan gaji. Mana satu pilihan hati?
  • Kerja part time sesuai untuk pelajar dengan bayaran RM5 untuk satu jam bekerjaKerja part time sesuai untuk pelajar dengan bayaran RM5 untuk satu jam bekerja
  • Kerja dari rumah tanpa modal 2018 yang TERBUKTI boleh buat duitKerja dari rumah tanpa modal 2018 yang TERBUKTI boleh buat duit
  • Sales bersama Lazada sepanjang bulan Januari 2016Sales bersama Lazada sepanjang bulan Januari 2016
  • Teknik Close Sale Pantas dengan Whatsapp [ebook download]Teknik Close Sale Pantas dengan Whatsapp [ebook download]
  • Smartphone Xiaomi Redmi 4A dari harga asal RM449 jadi RM299 sempena Lazada Online Revolution 11.11Smartphone Xiaomi Redmi 4A dari harga asal RM449 jadi RM299 sempena Lazada Online Revolution 11.11

Filed Under: Personal Tagged With: kerja di hongking, kerja di luar negara, kerja di singapura, kerja luar negara

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.

Top Posts & Pages

  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
    Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
  • Apa patut kita jawab bila orang tanya, kamu kerja apa?
    Apa patut kita jawab bila orang tanya, kamu kerja apa?
  • Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
    Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Kerjaya dalam bidang Sales and Marketing bagus ke?
    Kerjaya dalam bidang Sales and Marketing bagus ke?
  • Kertas kerja perniagaan dan 33 contoh kertas kerja pelan perancangan perniagaan
    Kertas kerja perniagaan dan 33 contoh kertas kerja pelan perancangan perniagaan
  • Harga cermin mata bagi masalah silau
    Harga cermin mata bagi masalah silau
  • Ini cara mudah bagaimana buat duit dengan menjawab soalan kaji selidik
    Ini cara mudah bagaimana buat duit dengan menjawab soalan kaji selidik

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in