Kerja part time bina applikasi permainan dan potensi pendapatan

Tahukah anda, orang yang bina applikasi (apps) permainan game boleh jana pendapatan sehingga ribuan ringgit setiap bulan!

 

Zaman sekarang ini, boleh dikatakan majoriti orang akan gunakan smartphone. Tak kisahlah sama ada smartphone yang mahal macam iphone tu ke, ataupun smartphone yang tak berapa mahal, misalnya macam jenama xiaomi atau lain-lain smartphone keluaran dari negara China.

(saya juga pengguna phone xioami)

 

Bila dah jadi pengguna smartphone ni, biasalah kalau kita akan install pelbagai jenis apps pada phone kita. Antara apps yang biasanya kita boleh temui dalam smartphone adalah seperti apps

(1) Media Social

Facebook, Instagram, Twitter

 

(2) Video Streaming

Youtube, Netflix, iFlix

 

(3) Messaging service

Whatsapp, FB Mesengger

 

(4) Apps untuk shopping online

Lazada Apps, Shopee Apps

 

(5) Apps untuk waktu solat dan arah kiblat

 

(6) Apps untuk main game

Mobile Legends, PUBG dan sebagainya

 

(7) Apps untuk buat tempahan hotel dan lain-lain tempat penginapan

Airbnb, traveloka, Agoda dan sebagainya

 

Apa yang saya nak cerita dalam posting kali ini adalah berkenaan kerja part time yang kita boleh lakukan dengan membina apps jenis game.

 

Saya ada jumpa seorang cikgu, yang tak keberatan untuk kongsi cara bagaimana dia sendiri jana pendapatan melalui kerja-kerja pembinaan apps game dan jana pendapatan yang sangat lumayan setiap bulan.

 

Ini antara bukti pendapatan yang beliau dah pernah hasilkan.

buat-duit-dengan-apps

Seperti yang anda dapat lihat, pendapatan ini dimasukkan terus ke dalam akaun bank milik beliau. Siapa yang bayar dan siapa yang bagi pendapatan sehingga RM5,000 ini kepada beliau?

 

Jawapannya ialah, Google Inc. Yang betul, google yang selalu kita masuk ke website dia untuk cari sebarang info tu.

 

Pendapatan ini sebenarnya terjana melalui satu program pengiklanan yang dinamakan sebagai Google Adsense. Jika anda minat nak mengetahui dengan lebih mendalam mengenai Google Adsense, sila download panduan ini.

 

Sebelum anda nak kata benda tipulah, tak masuk akal dan sebagainya, saya tegaskan disini, bahawa saya juga antara individu di Malaysia ini yang biasa menerima bayaran daripada program Google Adsense ini.

 

Dalam konteks buat duit dengan apps ini, program pengiklanan yang akan disertai dikenali dengan nama Admob. Ia merupakan salah satu produk yang diperkenalkan oleh google bagi tujuan pengiklanan.

 

Kalau Google Adsense sesuai untuk mereka yang mempunyai laman web dan juga blog. Admob lebih sesuai untuk mereka yang ada applikasi (apps). Kalau anda ingin jadi salah seorang apps developer, bolehlah sertai program pengiklanan Admob ini ya.

 

Bina apps dan buat duit dengan merujuk kepada ebook Rahsia Bina Apps

Tadikan saya ada kata yang saya ada kenal seorang cikgu yang nak tunjukkan cara macam mana nak buat duit sebagai seorang apps developer kan.

 

Kalau nak jumpa dia, nak belajar dari dia, mungkin kena setting masa betul-betul, supaya sama-sama free. Kalau tidak, mungkin agak sukar.

 

Lepas tu kalau nak suruh dia ajar secara berdepan, kenalah siap sedia dengan kos upah yang mungkin mahal. Eh dia nak ajar cara untuk buat duit sampai RM15 ribu setiap bulan, tak kan anda nak ambil ilmu tu dengan tanpa sebarang bayaran. Tak masuk akal, kan?

 

Jadi kalau nak belajar dengan cara yang lebih mudah dan murah, boleh dapatkan ebook yang beliau dah tulis ini. Melalui ebook ini nanti, anda bolehlah belajar cara buat duit dengan membina apps game.

cara-buat-apps

Sila ke halaman ini untuk muat turun panduan ini ya.

 

Adakah logik untuk jana pendapatan sehingga ribuan ringgit hanya dengan apps?

Ya, saya faham kalau masih ada yang skeptikal untuk buat duit dengan apps.

 

Lebih-lebih lagi kalau anda masih tak nampak, dari mana datangnya aliran masuk duit tersebut. Saya akan cuba terangkan secara ringkas. Kalau masih tak faham juga, saya minta maaf banyak-banyak. Saya anggap itu merupakan kelemahan saya dalam memberikan penerangan.

 

Untuk berjaya buat duit dengan apps ini, ada beberapa syarat yang perlu dipenuhi. Sebahagian daripada syarat-syarat ini, tak banyak beza dengan syarat untuk buat duit menggunakan laman web ataupun blog.

 

Ini antaranya.

 

(1) Apps yang dibina itu perlu ada penggunanya

Kalau setakat bina tapi tiada pengguna, (kecuali diri anda sendiri) maka perancangan untuk jana pendapatan melalui apps mungkin sukar untuk direalisasikan. Ini bermakna, anda bukan sahaja perlu tahu cara bina apps, malahan anda kena tahu cara untuk bina apps yang orang minat nak guna.

 

Dalam situasi ini, saudara Yuzairi cadangkan kita bina apps daripada jenis game. Bina game yang simple tapi seronok untuk dimainkan. Lagi ramai yang install apps yang kita bina, lagi tinggi potensi pendapatan. Pendapatan yang bakal dihasilkan adalah dalam matawang USD. Ketika orang bising-bising kata nilai matawang RM makin jatuh, kita boleh tersenyum lebar sebab jana pendapatan dalam matawang USD.

 

(2) Kita sertai program pengiklanan yang akan jadi sumber duit kita

Duit-duit yang bakal terhasil itu nanti sebenarnya berpunca dari program pengiklanan. Bila ada ramai yang install apps yang kita bina, maka lagi ramai yang akan lihat iklan yang dipaparkan pada apps tersebut.

 

Lagi ramai orang yang lihat iklan, lagi banyak pendapatan yang berjaya dihasilkan.

 

(3) Pendapatan dipengaruhi oleh berapa banyak apps yang dibina

Kalau nak income yang lagi besar daripada apps yang kita bina, janganlah cuma bina satu apps game semata-mata. Kita boleh buat seberapa banyak apps yang kita mahukan.

 

Konsep dia lebih kurang sama dengan jana pendapatan melalui laman web. Kalau cuma ada satu laman web, income kita mungkin dalam USD10 sehari. Tapi kalau kita buat lagi banyak website, pendapatan kita juga ada potensi untuk jadi lagi banyak.

 

Justeru, janganlah letak had yang mana anda hanya nak bina satu apps semata-mata. Mungkin anda boleh letakkan target yang macam ini. “dalam sebulan saya akan bina sekurang-kurangnya 10 apps game”

 

(4) Jual apps yang dah siap dibina

Anda nak duit segera? Apa kata anda bina apps, lepas tu anda jual kepada orang yang memang tak reti langsung dan mungkin malas nak belajar cara bina apps.

 

Mungkin satu apps tu anda jual dengan harga RM300. Kalau anda upload sendiri ke playstore, tunggu pengguna install, satu masa nanti anda juga akan dapat jumlah sebanyak RM300 tu.

 

Tapi kalau nak segera dapat duit, boleh cuba jual apps game yang telah siap dibina.

 

Macam mana agak-agak? Minat nak cuba ceburkan diri dalam bidang pembinaan dan pembangunan apps ni? Saya rasa ini peluang yang sangat baik. Kalau nak bangunkan laman web yang penuh dengan konten, mungkin ia akan ambil masa yang agak lama untuk nampak hasilnya.

 

Tapi kalau kita jadi apps developer, nampak dekat situ potensinya lebih baik. Apa pun, terpulang pada anda. Benda ini memerlukan usaha.

 

Kena usaha untuk belajar, dari tak tau apa-apa kepada tahu sesuatu. Kemudian kena praktik dan cuba bina apps anda yang pertama. Bukannya setakat beli ebook selepas itu mengharapkan ada duit yang masuk dari pembelian ebook tu nanti.

 

Alright. Selamat mencuba dan semoga kita sama-sama dapat raih hasilnya. Kalau nak muat turun panduan ini, muat turun dekat sini ya.

 

 

, , , ,

Trackbacks/Pingbacks

  1. Kehidupan selepas zaman belajar - Kerja atau berniaga? - Sabree Hussin Dot Biz - December 11, 2018

    […] Sila baca artikel saya sebelum ini yang bertajuk: Kerja part time membina aplikasi permainan berserta dengan potensi pendapatan […]

Leave a Reply

eighteen + thirteen =

Powered by WordPress. Designed by Woo Themes