Salah satu laman web yang cukup popular, untuk membeli dan menjual servis adalah laman web Fiverr.
Boleh dikatakan, satu dunia mengunjungi laman web Fiverr ini, sekiranya mereka memerlukan khidmat dari freelancer untuk melakukan sesuatu tugasan. Sebutkan sahaja apa tugasan yang anda mahukan?
Mungkin anda perlu seseorang untuk menghasilkan video promosi untuk perniagaan anda? Anda memerlukan programmer untuk menghasilkan software untuk anda? Anda perlukan khidmat penulis untuk menghasilkan artikel pemasaran untuk meletakkan bisnes anda disatu tahap yang lebih baik dari sekarang?
Semuanya BOLEH. Anda boleh dapatkan khidmat tersebut dari para freelancer yang bekerja sambilan dari rumah di laman web Fiverr ini.
Kewujudan laman web seperti Fiverr ini bolehlah dikatakan sebagai satu rahmat! (Rasanya tak terlalu melampau kot statement ini…)
Sebagai freelancer, atau individu yang kerjanya memang hanya dari rumah sahaja, mereka boleh jadikan laman web ini sebagai sumber untuk dapatkan kerja. Bila ada kerja maka ada pendapatan. Tak ada kerja? Maka tak ada pendapatan. Tak kisahlah walau betapa hebat seseorang itu dalam bidangnya, kalau tak ada sesiapa yang nak upah dia bekerja, maka kehebatan itu tidak dapat dimanfaatkan. Tetapi dengan adanya laman web Fiverr ini, mereka boleh dapat banyak tugasan atau kita panggil juga sebagai job.
Seterusnya, kita lihat pula dari sudut pandang seorang pemilik perniagaan. Bukan semua perniagaan untungnya juta-juta ringgit setiap bulan. Ada perniagaan yang rugi memanjang. Ada perniagaan yang cuma cukup-cukup makan. Ada perniagaan yang baru nak dimulakan.
Ada juga usahawan yang baru nak bermula dan mereka mempunyai bajet yang sangat terhad. Tak perlu nak cerita bab bayar upah pekerja. Mereka memang tak mampu. Walau macam manapun, kerja perlu disiapkan dan setiap orang hanya ada 24 jam setiap hari beserta dengan kemahiran yang amat terhad.
Penyelesaiannya mudah sahaja. Dapatkan sahaja khidmat dari freelancer. Mana nak cari freelancer dengan caj atau kadar upah yang murah?
Aha… jawapannya adalah di Fiverr.
Sekiranya anda juga berminat nak buat duit di Fiverr, tetapi tak tau macam mana caranya, boleh rujuk panduan ini ya.
Anda boleh klik sini untuk muat turun.
Pendapatan yang bakal diperolehi apabila anda ingin kerja sambilan dari rumah dengan fiverr ini adalah dalam matawang USD. Justeru, sebelum mula buat duit di sini, kena standby dengan akaun Paypal terlebih dahulu.
Tetapi, apa yang saya nak cerita kali ini bukanlah tentang Fiverr. Sebaliknya, saya nak cerita tentang laman web alternatif selain fiverr yang kita boleh sertai untuk jual servis. Laman web ini ala-ala fiverr namun ia lebih fokus kepada pasaran tempatan.
Menurut pengendali laman web ini, tujuan dibangunkan laman web ini adalah untuk memberi khidmat kepada pasaran Malaysia, Indonesia, Brunei dan juga Singapore.
Wah… memang besar kot cita-cita pemilik laman web ini. Tak apalah… memang bagus ada cita-cita yang besar macam ni. Laman web yang saya maksudkan adalah laman web iLancee.
Bagi mereka yang memang dah biasa atau dah familiar dengan laman web jual beli servis seperti fiverr, rasanya mereka mesti faham bagaimana nak kerja sambilan dari rumah dengan iLancee ini.
Ianya tak banyak beza.
Menerusi laman web ini, anda boleh senaraikan servis yang anda ingin tawarkan. Apabila ada pembeli (biasanya adalah pemilik perniagaan) yang ingin mendapatkan servis anda, mereka boleh melantik anda menjadi freelancer untuk tugasan tertentu.
Apa yang diperlukan untuk kerja sambilan dari rumah dengan iLancee?
Jika anda serius nak kerja dari rumah dengan iLancee, tak kiralah sama ada secara sambilan atau secara full time, berikut adalah beberapa perkara yang anda perlu tahu.
(1) Perlu ada kemahiran yang boleh dijual
Laman web iLancee ini fokusnya adalah sebagai tempat jual beli servis. Jika anda ada kemahiran tertentu, yang berpotensi untuk dijual, bolehlah senaraikan di laman web ini.
Sekiranya anda betul-betul tak ada idea nak jual apa, bolehlah rujuk pada contoh dibawah ini.
Atas ini merupakan contoh-contoh perkhidmatan yang ditawarkan oleh pengguna laman web iLancee. Anda boleh jadikan contoh-contoh diatas sebagai inspirasi kalau tak tau nak tawarkan servis apa.
(2) Jika tiada kemahiran tertentu, boleh tawarkan servis pemasangan software
Saya melihat perkara ini sebagai jual software. Cuma instead of jual software secara terus, anda berikan sekali khidmat pemasangan. Dengan ini anda boleh kenakan caj yang lebih tinggi. Untuk tawarkan servis ini, anda kena pastikan bahawa anda mempunyai developer license untuk berbuat demikian.
(3) Kadar upah ialah RM25 minima
Setiap servis yang ditawarkan disini, anda perlu letakkan kadar upah minima sebanyak RM25. Kadar upah ini lebih kurang sama macam kalau kita beli servis dari fiverr. Kalau ikut kadar tukaran matawang kita sekarang ini, dengan mengambil kira keadaan sekarang, USD5 itu pun nilainya lebih kurang RM25.
Ya, RM25 tidak terlalu murah dan tidak juga terlalu mahal. Apabila anda kenakan bayaran sebanyak RM25, kena pastikan khidmat yang anda berikan itu adalah setanding dengan nilai tersebut ataupun sekurang-kurangnya lebih tinggi lagi nilainya.
(4) Pihak iLancee akan tolak 20% daripada caj yang anda kenakan kepada pelanggan
Mudahnya begini. Kalau anda letakkan caj RM50 kepada pelanggan untuk dapatkan servis dari anda, pihak iLancee akan potong siap-siap sebanyak 20% sebagai servis caj, atau bersamaan dengan RM10.
Maka, dari RM50 yang dibayar oleh pelanggan tu nanti, anda akan dapat RM40, dan pihak iLancee akan dapat RM10. Bagaimana pihak iLancee dapat buat potongan sebanyak 20% ini?
Caranya mudah sahaja. Rujuk pada gambar dibawah yang membincangkan tentang sistem keselamatan iLancee.
Setiap pembayaran bagi tujuan tempahan perlu melalui akaun milik iLancee terlebih dahulu.
- Pelanggan akan bayar kepada iLancee.
- Pihak iLancee akan simpan duit tu.
- Anda (freelancer) kena siapkan dulu tugasan yang dimahukan oleh pelanggan.
- Setelah tugasan siap, barulah iLancee akan bayar kepada anda.
- iLancee akan simpan 20% sebagai caj pengurusan dan anda pula akan dapat selebihnya.
Dalam situasi diatas, pelanggan akan dijamin mendapat perkhidmatan yang dimahukan. Anda dapat upah atas hasil kerja yang dilakukan dan pihak iLancee dapat juga dana untuk terus menguruskan laman web dan juga server mereka.
Sepatutnya semua pihak menang-menang.
Kalau ada yang tak setuju dengan kaedah seperti ini, bolehlah cari alternatif lain selain iLancee. Senang je kan. Sebenarnya, selain memberikan platform untuk para freelancer menjual servis mereka, pihak iLancee juga ada melakukan kerja-kerja promosi bagi pihak para freelancer.
Sepanjang yang saya lihat, kerja promosi yang dilakukan adalah dalam bentuk blog advertising, email marketing dan juga promosi percuma menggunakan FB Fanpage rasmi mereka. Selain itu, laman web ini juga mendapat sokongan yang agak banyak dari para penulis blog di Malaysia.
Anda boleh semak di google, dan taip sahaja kata kunci seperti “kerja sambilan dari rumah dengan ilancee” atau “kerja dari rumah dengan ilancee” dan akan dapati ada banyak sebenarnya blogger yang menulis tentang portal ini.
Memandangkan ada kadar caj 20% apabila terdapat tempahan di iLancee, saya syorkan anda letakkanlah kadar upah yang agak tinggi. Kalau boleh letakkanlah RM100 dan keatas. Itupun bergantung kepada kesesuaian ya.
Jika anda letak RM100, anda masih akan dapat RM80 sebagai upah setelah ditolak caj pengurusan.
Jika anda letak RM10, anda cuma ada RM8 sahaja. Berbaloi ke?
(5) Caj untuk masukkan job mengikut berapa banyak servis yang anda ingin jual
Lihat pada jadual dibawah. Bagi mereka yang ingin kerja secara sambilan dari rumah dengan iLancee, wajib lihat benda ini dan fahamkan.
Terdapat bayaran dikenakan sekiranya anda ingin senaraikan perkhidmatan yang mampu anda tawarkan menerusi portal iLancee. Bayarannya adalah seperti diatas. Lagi banyak servis yang anda ingin tawarkan, maka lagi mahal harga yang perlu dibayar.
Baiklah, bayaran ini adalah perlu bagi menapis individu yang benar-benar serius nak kerja sambilan dari rumah dengan iLancee dengan mereka yang sekadar nak cuba-cuba.
Perlu diingatkan, dari pengalaman pengendali laman web ini satu ketika dulu, ketika tiada sebarang bayaran dikenakan untuk menyenaraikan perkhidmatan di laman web iLancee, terdapat pengguna yang tak serius dan ada juga yang menyenaraikan servis yang sampah.
Lebih buruk lagi, ada juga yang terus tak endahkan laman web iLancee sehingga ada yang bertahun-tahun tak log in ke sistem. Secara tak langsung, perkara yang pernah terjadi ini memburukkan nama dan imej iLancee. Maka beberapa perubahan perlu dilakukan dan salah satunya adalah caj seperti ini.
Memandangkan kita “meminjam” kepakaran dan teknologi yang ada pada iLancee untuk jual servis kita kepada pelanggan, maka faham-faham sahajalah kalau kena bayar. Kalau semua nak percuma, baik buat sendiri.
Kenapa perlu jual servis menerusi Portal iLancee? Kenapa tak jual sendiri sahaja?
Saya nak tutup artikel ini dengan menjawab persoalan ini. Saya percaya, pasti ada dalam kalangan pembaca dan pelawat blog ini yang tertanya-tanya, kenapa perlu jual servis kat laman web ini, sedangkan pada masa yang sama, kita boleh je jual sendiri.
Ya, memang betul. Kita boleh jual sendiri.
Sekiranya anda merupakan seorang yang ternama, sudah bertahun-tahun bertapak dalam industri sebagai seorang freelancer, ada banyak pengalaman dan network yang besar, anda boleh hidup sendiri tanpa bantuan laman web seperti iLancee mahupun fiverr.
Namun, bagaimana pula dengan mereka yang masih baru? Sudah tentu individu seperti ini agak sukar nak jual perkhidmatan yang mereka boleh tawarkan.
Maka dengan adanya portal seperti iLancee ini, dapat membantu individu yang baru nak bermula dan baru nak berkenal-kenalan dengan bidang kerja sambilan dari rumah dapat cari sedikit pendapatan.
Sebenarnya, bukan golongan newbie sahaja yang akan dapat manfaat. Malahan mereka yang dah ada pengalaman pun boleh dapat manfaat dari portal seperti ini.
Adakah anda faham konsep Multi Channel?
Penerangannya begini. Katakanlah anda ada bisnes dan selama ini anda hanya iklankan perniagaan anda di TV1 sahaja. Selama bertahun-tahun, pelanggan anda adalah dalam kalangan mereka yang menonton TV1 sahaja. Mereka yang tak pernah tonton TV1 memang tak tau kewujudan bisnes anda.
Cuba kali ini anda buat perubahan. Iklankan juga perniagaan anda di TV2, 8TV dan Astro.
Aha… kali ini anda akan dapat lebih banyak pelanggan baru, sebabnya apabila anda turut iklankan perniagaan anda di channel yang berbeza, iklan anda dapat dilihat pula oleh prospek yang datangnya dari pelbagai channel.
Baiklah, apapun, jika anda ingin cuba bekerja dari rumah dengan iLancee selepas ini, saya ucapkan semoga anda berjaya. Buat dengan tekun, In Shaa Allah anda juga akan dapat lihat hasilnya.
Sekiranya anda ingin baca perkongsian saya yang lain tentang kerja dari rumah dengan iLancee, bolehlah baca artikel yang saya tulis sebelum ini berjudul –
Klik untuk baca: Kerja dari rumah dengan iLancee
Terima kasih untuk masa anda membaca artikel ini. Saya harapkan semoga ada manfaat.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.