Adakah anda masih lagi mencari-cari peluang untuk bekerja sambilan dari rumah, ataupun anda telahpun memulakan langkah pertama untuk bekerja dari rumah?
Saya pernah tulis mengenai kerja dari rumah yang boleh dipercayai dalam blog ini sebelum ini. Kalau yang belum baca perkongsian saya tu, apa kata anda luangkan masa sejenak untuk baca. Tak lama mana pun…
Sila baca di: Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
Baru-baru ni, ada orang yang rapat dengan saya, tanya satu soalan kepada saya. Soalan dia lebih kurang begini… “ko tak kerja ni, bapak mertua ko tak cakap apa-apa ke?”
Secara jujurnya, saya agak terkesima dengan soalan tu. Walaupun ini bukan kali pertama, saya ditanyakan soalan sedemikian, namun kali ini saya agak tersentak. Nampak sangat yang sekarang ni saya dah mula selesa lakukan kerja-kerja dari rumah.
Beberapa projek yang saya lakukan dah mula membuahkan hasil, hingga saya dah tak perlu kelihatan sibuk untuk dapat tuai hasilnya. Jadi, orang yang tak berapa kenal saya, akan nampak saya ni sebagai seorang yang pemalas dan tak bekerja.
Padahal dia tak tau, pada peringkat awal saya jalankan projek buat duit, ada banyak hari yang saya tak tidur malam. Saya perlu pendekkan masa tidur, semata-mata nak pastikan projek buat duit yang saya usahakan bakal membuahkan hasil.
Sekarang bila projek tu dah berjaya, saya mula rehat-rehat. Tak sangka, tindakan ini menimbulkan rasa syak orang disekeliling saya.
Baiklah, baiklah… Kalau macam ni, saya akan terus sibukkan diri saya, dan tak akan tunjuk sangat yang saya boleh rehat-rehat. Nampaknya tindak tanduk saya, seolah-olah menimbulkan fitnah, bagi orang yang tak faham tentang selok belok bekerja dari rumah.
Orang memang tak akan faham kerja kita
Seperti mana saya susah nak faham, apa sebenarnya kerja orang lain, saya percaya, orang lain juga ada ramai yang susah nak faham dengan apa kerja yang saya buat.
Tindakan untuk cuba buat orang faham apa kerja kita, saya kira adalah satu tindakan yang sia-sia. Orang lain pun sama. Anda tak perlu susah payah nak cuba fahamkan saya, apa sebenarnya kerja anda.
Melainkan kalau anda adalah pasangan hidup saya. Sudah tentu, kalau itu situasinya saya akan cuba fahami apa sebenarnya kerja dia, dan pada masa sama, saya akan cuba terangkan apa sebenarnya job scope saya.
Ada cara yang lebih mudah untuk bercerita tentang kerja kita. Apa caranya? Mudah sahaja, tunjukkan pada pasangan kita, atau orang yang penting dalam hidup kita, bahawa bidang kerja yang kita pilih ini adalah bidang kerja yang betul, dan ia mampu untuk menghasilkan pendapatan yang HALAL.
Baru-baru ni, saya terima bayaran dari satu program yang membolehkan saya kerja dari rumah.
Bayaran yang saya terima adalah sebanyak RM92.08
Kalau RM900++ saya tak akan tunjuk kat sini haha. Takut nanti ada yang terasa benda ni susah sangat nak dilakukan. Saya nak tunjukkan bahawa saya juga start small. Bukannya tiba-tiba atau dengan tak semena-mena terus dapat income ratus-ratus ringgit.
Saya bermula dengan cuma dapat beberapa sen.
Lepas tu naik jadi beberapa ringgit.
Sekarang ini, dah mula nampak ada potensi untuk maintain income ke angka ratusan ringgit.
Asalkan konsisten buat kerja, In Shaa Allah, akan ada hasilnya.
Saya selalu pujuk diri saya sendiri, biar orang nampak macam kita tak ada kerja, asalkan kita tahu, kita sebenarnya ada pendapatan. Malahan, dengan bekerja sendiri macam yang saya buat ni, saya sebenarnya boleh wujudkan banyak sumber pendapatan.
Saya tak perlu bergantung pada satu syarikat semata-mata. Saya masih ingat lagi, semasa saya kerja di sebuah syarikat berstatus MNC dulu. Saya pernah diberikan notis redundancy sebab syarikat nak kecilkan saiz operasi. Waktu tu, sumber pendapatan terbesar saya datangnya dari satu syarikat sahaja.
Kerja tu, bagi saya sangat mudah. Kadang-kadang memang rasa tercabar, tapi most of the time, saya rasa seronok buat kerja tu. Tapi betullah kata bijak pandai, tak ada yang kekal dalam dunia ni. Satu hari nanti, pasti ia akan hilang dalam genggaman.
Sejak kejadian tu, saya dah mula hilang keyakinan pada konsep hanya bergantung pada satu sumber pendapatan. Sekarang ini, saya cuba dengan sebaik mungkin untuk wujudkan beberapa sumber pendapatan. Kadang-kadang, pernah juga berlaku, ada salah satu sumber pendapatan yang saya miliki sekarang ini, ia bermasalah.
Tapi masalah tu perkara biasa. Saya tak terlalu terkesan, sebab masih ada lagi income dari sumber yang lain.
Kerja sambilan dari rumah sebagai ejen pemasaran
Sekarang ini, saya juga bekerja secara sambilan sebagai ejen pemasaran secara online. Saya sertai syarikat Involve Asia.
Kalau anda juga minat nak sertai syarikat ini, proses pendaftarannya juga sangat mudah. Sila ke halaman ini dan lengkapkan borang pendaftaran.
Involve Asia ini, adalah salah satu daripada banyak-banyak syarikat yang menyediakan peluang pekerjaan dari rumah yang boleh dipercayai. Saya juga telah beberapa kali menerima bayaran upah dari syarikat ini.
Kalau rajin bekerja, pandai buat jualan, In Shaa Allah income yang bakal diperolehi juga banyak. Tapi jangan down sangat, kalau tak pandai buat jualan sekalipun, benda ini boleh belajar kan…
Sambil-sambil buat marketing, sambil tu kita belajar. Belajar dari sumber yang betul, misalnya pinjam buku-buku berkaitan pemasaran dan pemasaran internet yang banyak terdapat di perpustakaan negara tu.
Lama-kelamaan pasti anda juga akan berjaya dan akan nampak hasilnya. Apa yang penting, ada usaha untuk jadikan diri tu lebih baik berbanding sebelum ini.
Ok dah. Saya tak rasa yang saya nak tulis panjang-panjang. Saranan saya, anda ambillah peluang ini, sementara ia masih lagi dibuka. Sertai syarikat Involve Asia ini, dan mula jana pendapatan dari rumah sekarang.
Ini bukan skim cepat kaya, atau skim menipu. Bukan, bukan dan bukan. Dalam program ini, kita bekerja sebagai ejen pemasaran, yang akan mempromosikan produk dari laman web terkemuka, misalnya dari laman web Lazada Malaysia, Zalora, MAS ataupun dari jenama terkemuka seperti Cuckoo, Sony dan banyak lagi.
Cubalah dulu. Selagi tak cuba lagi, mana nak tau sama ada anda akan berjaya atau tidak dari program seumpama ini. Saya ucapkan selamat mencuba dan semoga anda berjaya dapat hasil yang lebih baik berbanding yang saya dah perolehi bulan ini.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.