Kerja sebagai pengurus akaun media sosial

Saya sebenarnya sedang membaca iklan kerja kosong di laman web maukerja.my dan saya tertarik dengan iklan kerja sebagai pengurus akaun media sosial.

 

Ini iklan yang saya maksudkan.

social-media-manager

Gaji yang ditawarkan untuk jawatan ini juga bukannya biasa-biasa. Bermula dari RM2,500 dan boleh mencapai sehingga RM4,000 sebulan.

 

Satu masa dulu, saya percaya yang jawatan seumpama ini memang mustahil untuk ditemui di mana-mana syarikat. Tapi sekarang ini, ia dah jadi satu keperluan.

 

Saya berpendapat, mana-mana syarikat dan juga perniagaan yang tidak mempunyai akaun media sosial, akan terlepas banyak peluang untuk berinteraksi dengan bakal pelanggan dan ini boleh menyebabkan pelanggan mereka memilih untuk berbelanja ditempat pesaing anda.

 

Baru-baru ini, saya perlukan maklumat tentang restoran kegemaran saya. Saya nak tahu, dimana cawangan terdekat yang boleh saya kunjungi.

 

Puas saya cuba dapatkan maklumat tentang restoran ini menggunakan Google. Tapi maklumat yang saya perlukan itu tetap tak diperolehi.

 

Kalaulah mereka ini ada akaun media sosial, tak kiralah sama ada facebook, instagram mahupun twitter, saya boleh hantar personal message dan boleh dapatkan jawapan segera. Tak perlu lagi saya nak susah payah cari info tersebut di internet.

 

Pelanggan mahukan jawapan segera!

Atau mereka akan pergi ke perniagaan milik syarikat pesaing.

 

Dengan adanya akaun media sosial, bakal pelanggan boleh terus berhubung dengan mana-mana perniagaan tanpa perlu menunggu lama dan melalui sistem birokrasi yang leceh. Komunikasi melalui media sosial juga lebih santai, dan apa yang penting, apa yang pelanggan mahu dapat diperolehi dengan segera.

 

Peranan dan tanggungjawab sebagai pengurus akaun media sosial

Bila kita nak jadi pengurus akaun media sosial ini, kita kena tau apakah dia peranan dan tanggungjawab yang perlu kita lakukan.

 

Kita bukan sekadar bertanggungjawab untuk menulis status update semata-mata, sebaliknya kita ada peranan yang lebih besar. Antara perkara yang kita perlukan adalah

 

(1) Mempromosi dan memasarkan produk yang dijual oleh syarikat

Tulis mengenai produk yang dijual oleh syarikat dengan cara yang kreatif. Apa yang penting, pelanggan anda boleh tahu tentang produk-produk yang boleh didapati dari syarikat tersebut.

 

(2) Menjawab pertanyaan pelanggan

Ini sama macam yang saya bagitahu sebelum ini. Pelanggan anda ada banyak benda nak tanya, dan jika anda mudahkan mereka untuk dapatkan jawapan, ini akan memudahkan mereka untuk buat keputusan berkaitan dengan membuat pembelian.

 

(3) Membuat jualan dan menguruskan tempahan

Sebelum saya tahu yang kita boleh beli smart tag Touch n Go secara online dilaman web Lazada, saya pernah hubungi pihak touch n go melalui akaun facebook dan buat tempahan disitu.

smart-tag-murah

Mujurlah pihak yang melayan mesej saya tu boleh bantu uruskan tempahan dan pembayaran yang saya lakukan.

 

(4) Membawa masuk trafik ke halaman jualan

Jika syarikat tersebut mempunyai laman jualan tertentu, anda juga perlu pastikan ada trafik yang masuk ke halaman tersebut, hasil daripada aktiviti promosi yang dilakukan menerusi media sosial.

 

(5) Menyusun strategi pemasaran yang efektif untuk syarikat

Setelah menjalankan beberapa kaedah pemasaran secara online, anda boleh lihat sejauh mana keberkesanan sesuatu teknik itu. Jika berkesan dan memberikan hasil, bolehlah diteruskan kaedah pemasaran tersebut, dan sekiranya tidak memberi sebarang impak, maka bolehlah dihentikan atau dikurangkan.

 

(6) Membuat laporan tentang kaedah pemasaran yang digunakan

Anda juga perlu menulis laporan berdasarkan kepada statistik dan data-data daripada kerja pemasaran yang telah dilakukan.

 

Kerja sebagai pengurus media sosial ini memang nampak mudah. Tapi ia mungkin tak semudah yang anda bayangkan. Apa yang boleh saya katakan, beban kerjanya bolehlah kalau nak dikatakan sebagai sepadan dengan potensi pendapatan yang ditawarkan.

 

Anda berminat nak kerja sebagai pengurus media sosial ini ke? Jika anda kata anda minat, boleh tengok senarai iklan kerja kosong menerusi pautan ini.

 

Kerja sebagai pengurus akaun media sosial ini juga antara kerja yang popular, bagi mereka yang baru menamatkan pengajian. Jika anda mempunyai sijil SPM, anda sudah boleh memohon pekerjaan ini.

Baca juga: Senarai kerja popular untuk pelajar lepasan SPM dan yang baru menamatkan pengajian di universiti

 

 

, ,

No comments yet.

Leave a Reply

twenty + eleven =

Powered by WordPress. Designed by Woo Themes