Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

June 9, 2019 by Sabree Hussin Leave a Comment

Kerja sebagai seorang penulis – Jawapan selamat semasa pergi beraya

Hari ni sebenarnya merupakan hari pertama secara rasminya saya mula kembali bekerja sebagai seorang penulis selepas cuti sempena hari raya. Penulis apa?

 

Saya seorang penulis blog.

 

Kebelakangan ini, saya lebih senang nak bagitahu yang saya merupakan seorang penulis, apabila ditanya “awak kerja apa?” 

 

Soalan yang sama, saya pernah jawab dengan jawapan yang berbeza seperti

  1. Saya seorang marketer / saya kerja marketing
  2. Saya copywriter
  3. Saya ni blogger
  4. Saya kerja sendiri
  5. Saya freelancer

 

Kadang-kadang saya rasa penat juga nak layan soalan macam ni, terutama sekali bila jawapan yang saya bagi, akan disusuli dengan soalan tambahan.

kerja-copywriting

Boleh jadi, orang-orang dalam peringkat umur veteran ini kurang familiar atau tak pernah dengar istilah-istilah seperti blogger, copywriter dan juga freelancer.

 

Kalau sebut tentang kerjaya sebagai social media influencer, pun mungkin mereka akan terpinga-pinga dan tak berapa tahu, apa sebenarnya kerja yang dilakukan oleh social media influencer.

 

Saya kira, lagi selamat kalau saya sekadar jawab saya seorang penulis.

 

Tulis apa?

 

Saya tulis artikel. Macam-macam jenis artikel yang saya tulis untuk pelanggan yang dapatkan khidmat penulisan dari saya. Ada artikel jenis promosi, artikel jenis penceritaan dan ada juga artikel khusus untuk buat jualan.

buat-duit-dengan-emnulis

Penulis blog bantu meningkatkan jualan produk anda

Pernahkah anda bekerjasama dengan mana-mana penulis blog untuk kembangkan perniagaan yang anda sedang jalankan?

 

Pernah? Tak pernah?

 

Ya saya faham, sesetengah orang memang agak skeptikal dengan peranan yang dapat dimainkan oleh seorang penulis blog. Betul ke kalau bekerjasama dengan blogger, boleh beri impak positif kepada perniagaan yang sedang dijalankan sekarang ini?

 

Boleh jadi anda pernah terdengar, dari mana-mana sumber atau perkongsian pengalaman dari mana-mana individu yang pernah join venture dengan blogger untuk bisnes yang sedang dijalankan namun berkesudahan dengan … tiada sebarang hasil.

 

Atau kalau ada hasil sekalipun, ianya tak sama seperti yang dibayang dan diharap-harapkan.

 

Oleh kerana dekat luar sana terdapat banyak blog dan pelbagai kategori penulis blog, maka anda perlu tahu, dengan penulis blog yang bagaimana yang anda patut bekerjasama.

 

Tips mudahnya ialah, pilihlah penulis blog yang konten blognya relevan dengan perniagaan yang anda sedang jalankan.

 

Contohnya, kalau perniagaan anda berkaitan dengan industri percutian, sama ada bisnes homestay, bisnes hotel, pakej percutian, perkhidmatan kereta sewa dan sebagainya, maka anda pilihlah penulis blog yang memang menulis blog spesifik dan fokus pada topik percutian.

 

Ini salah satu blog yang anda boleh bekerjasama kalau bisnes anda berkaitan dengan percutian. Layari laman blog Xplorasi Destinasi menerusi pautan ini.

 

Kalau anda merupakan pengedar buku-buku atau mungkin penulis buku, anda boleh bekerjasama dengan laman blog ini.

 

Blog tersebut banyak menulis review tentang buku-buku yang pernah diterbitkan di Malaysia dan sesekali pemilik blog tersebut akan menulis artikel yang berkaitan dengan buku yang pernah dibaca.

 

Kalau ada 10 artikel yang berkaitan dengan buku yang pernah dibaca lalu ditulis dan disiarkan diblog tersebut, bermakna buku tersebut telah dipromosikan melalui 10 artikel tersebut.

 

Ini sekaligus meningkatkan kebarangkalian untuk buku-buku tersebut mendapat perhatian dari para pembaca blog tersebut lantas dapat pembeli. Mungkin ada pembaca yang nak tahu, adakah kaedah pemasaran buku melalui blog benar-benar berkesan?

 

Adakah terdapat sebarang bukti yang boleh support dakwaan tersebut? Sudah tentulah ada.

 

Bercakap pasal topik buku dan jualan buku, saya sebenarnya ada sertai program affiliate yang produk utamanya merupakan buku dari pelbagai niche.

 

Program affiliate yang saya maksudkan adalah program affiliate bookcafe.

 

Ini pula antara pencapaian dari segi jualan yang berjaya saya hasilkan pada 8 dan 9 June 2019 yang lalu.

jualan-buku-bookcafe

Ada hari-hari tertentu yang saya berjaya jual lebih daripada 10 buah buku. Boleh lihat pada berapa banyak komisen yang terhasil daripada jadual diatas.

 

Komisen untuk setiap jualan ialah 5% dari harga jualan buku. Berdasarkan kepada jadual yang saya tunjukkan diatas, bolehlah anda buat anggaran, berapa banyak sebenarnya buku atau nilai buku yang telah saya jual.

 

Ada bulan-bulan tertentu, yang saya dapati hampir setiap hari saya berjaya dapatkan jualan sekurang-kurangnya sebuah buku untuk syarikat ini.

 

Kalau sehari dapat jual sebuah buku, dalam masa 30 hari saya berjaya bantu jualkan 30 buah buku.

 

Sekarang, cuba anda bayangkan kalau anda bekerjasama dengan lebih dari seorang penulis blog, dan semua itu berjaya sumbangkan jualan untuk produk yang syarikat anda jual. Bukankah strategi pemasaran seperti ini sangat menguntungkan?

 

Saya berpandangan, bagi mereka yang tak berapa berjaya setelah berkolaborasi dengan blogger, ia mungkin disebabkan anda memilih untuk bekerjasama dengan blogger yang tak sesuai.

 

Blogger ni ada sesetengah tu jenis yang main ambik je tawaran job, tanpa memikirkan sama ada blog milik dia mampu atau tidak memberikan hasil yang diharapkan oleh klien yang tawarkan job.

 

Pada diri blogger tersebut, yang penting job tersebut ada menjanjikan bayaran.

 

Tapi apa yang saya boleh katakan, persetujuan untuk memilih mana-mana blogger dan membayar upah untuk dia bekerja, perlu dilakukan atas persetujuan bersama. Pada peringkat awal lagi, kedua-dua belah pihak perlu jelas, apa peranan yang patut dimainkan dan apa hasil yang diharapkan.

 

Apabila kedua-dua pihak dah bersetuju, barulah teruskan dengan rancangan untuk melantik blogger tersebut untuk bekerja bagi pihak anda.

 

 

Baca juga artikel:

  • Alang-alang join Jobdirumah, biar sampai dapat KOMISYEN!Alang-alang join Jobdirumah, biar sampai dapat KOMISYEN!
  • Macam mana nak siap sedia dengan temuduga kerja kerajaan?Macam mana nak siap sedia dengan temuduga kerja kerajaan?
  • Cerita tentang peminta sumbangan untuk pusat kebajikan: Boleh percaya ke?Cerita tentang peminta sumbangan untuk pusat kebajikan: Boleh percaya ke?
  • Bisnes kedai makan milik orang Melayu memang akan cuti dua bulan ke?Bisnes kedai makan milik orang Melayu memang akan cuti dua bulan ke?
  • Tak lama lagi Malaysia akan dapat internet berkelajuan tinggi dengan harga yang lebih murah?Tak lama lagi Malaysia akan dapat internet berkelajuan tinggi dengan harga yang lebih murah?
  • Rahsia Uber membongkar rahsia seorang pemuda buat duit RM60,000 dengan Uber tanpa perlu memanduRahsia Uber membongkar rahsia seorang pemuda buat duit RM60,000 dengan Uber tanpa perlu memandu
  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Cara buat duit dengan AdHance by AjobthingCara buat duit dengan AdHance by Ajobthing
  • Betul ke boleh dapat duit dari Google?Betul ke boleh dapat duit dari Google?
  • Denda maksimum RM10 ribu jika merokok di tempat awam!Denda maksimum RM10 ribu jika merokok di tempat awam!

Filed Under: Kehidupan Freelancer Tagged With: kerja penulis, kerja sebagai penulis, kerjaya menulis, penulisan sebagai satu kerjaya

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two × 4 =

Top Posts & Pages

  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
    Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
  • Harga cermin mata bagi masalah silau
    Harga cermin mata bagi masalah silau
  • 2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
    2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
  • Buat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping online
    Buat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping online
  • Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
    Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
  • Cara buat duit dengan AdHance by Ajobthing
    Cara buat duit dengan AdHance by Ajobthing
  • Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
    Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Uncategorized

Copyright © 2021 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut