Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

March 28, 2019 by Sabree Hussin 4 Comments

Kerjaya sebagai Social Media Influencer

Salah satu perkara baik yang datang bersama dengan berkembangnya penggunaan media sosial di negara kita ini ialah, ia membuka satu peluang baru kepada mereka-mereka yang masih belum ada kerja tetap untuk mendapatkan pendapatan.

 

Kalau anda masih melihat laman sosial media sebagai tempat untuk bersosial dan membuang masa semata-mata, maka itulah yang anda bakal perolehi.

 

Sedangkan jika anda perhalusi, laman media sosial sebenarnya membuka peluang kepada semua orang untuk hasilkan pendapatan sampingan ataupun pendapatan sepenuh masa.

buat-duit-dengan-media-sosial

Satu kerjaya yang sebelum ini tak pernah ada, kini mula diwujudkan apabila penggunaan media sosial semakin meluas dinegara kita. Kerjaya yang dimaksudkan adalah sebagai social media influencer.

 

Kalau kita rujuk kepada laman web carian kerja, maukerja.my disana juga terdapat banyak iklan kerja kosong yang berkaitan dengan media sosial.

 

Anda boleh lihat di halaman ini.

 

Dibawah ini pula adalah salah satu contoh kerja kosong yang berkaitan dengan kerja-kerja pengurusan akaun media sosial.

social-media-manager

Kerja seperti ini boleh dapat gaji sekitar RM2,500 ke RM4,000 dalam sebulan. Kalau tanya pada saya, jumlah ini agak lumayan.

 

Tapi itu cerita tentang kerja sebagai pengurus akaun media sosial. Apa yang saya nak cerita adalah tentang social media influencer. Ianya hampir sama, tapi ada beberapa perbezaannya. Kalau ada satu persamaan yang ketara sekalipun ialah, kedua-duanya bekerja menggunakan platform media sosial.

Baca juga: Senarai kerja popular untuk pelajar lepasan SPM dan yang baru menamatkan pengajian di universiti

 

Tak minat nak bekerja dengan orang lain?

Bagi mereka yang mempunyai jiwa seorang freelancer, yang sangat mementingkan kebebasan dalam suasana kerja, ini adalah salah satu jalan yang anda boleh ambil untuk wujudkan pendapatan anda sendiri. 

 

Tak perlu tunggu orang lain tawarkan job untuk jadi social media influencer.

Tak perlu nak tulis resume dan hantar kepada mana-mana syarikat dan tunggu di temuduga untuk mulakan kerja ini.

 

Apa yang lebih diperlukan adalah anda mempunyai minat yang mendalam terhadap sesuatu topik atau perkara (boleh juga guna istilah niche) kemudian anda mula menghasilkan karya-karya yang bertepatan dengan topik tersebut.

 

Macam susah nak faham ke?

 

Ok saya ambil contoh. Katakanlah anda merupakan seorang peminat dan pencita kucing. Apa yang anda boleh buat pada peringkat permulaan adalah seperti ini.

1. Kumpul banyak-banyak video menarik tentang kucing dan siarkan di akaun media sosial anda.

2. Berikan nasihat serta tips-tips penjagaan kucing

3. Kongsikan tentang penyakit-penyakit lazim yang sering dihidapi oleh kucing

4. Bincangkan topik-topik seperti “patut atau tidak mandulkan kucing” dan lain-lain topik

5. Boleh tulis review mengenai makanan kucing. Mungkin ada beberapa ekor kucing yang anda khaskan untuk makan satu jenama sahaja.

6. Tunjukkan video kucing anda bermain dengan permainan tertentu

 

Apabila anda konsisten buat benda yang sama, lama kelamaan posting yang anda lakukan di media sosial akan mula disedari oleh peminat dan pencinta kucing yang lain. Pada masa itu, posting anda akan mula dapat like, share dan mungkin akan ada beberapa posting yang mula jadi viral.

 

Sampai satu tahap, anda akan mula mendapat pengikut dan ada dalam kalangan pengikut anda nanti yang akan jadi peminat setia. Mereka ini mempercayai dan yakin dengan setiap apa yang anda katakan dan mereka akan ikut segala perkara yang anda syorkan pada mereka.

 

Kalau anda kata, jenama makanan kucing Royal Canin ini bagus, mereka akan ikut recommendation dari anda dan mereka juga akan jadi pengguna jenama produk yang sama untuk kucing-kucing kesayangan mereka. Adakah semudah itu mereka akan percaya pada anda?

 

Sudah tentu la tidak. Kepercayaan itu dibina berdasarkan kepada aktiviti yang anda biasa buat di media sosial. Aktiviti tersebut adalah seperti mana yang anda lakukan iaitu beri nasihat, tips penjagaan, dan sebagainya.

 

Apabila pengikut anda melihat yang anda mempunyai kepakaran dan seorang yang memang serba tahu mengenai aspek penjagaan kucing, maka dari situ kepercayaan itu akan dibina. Kalau anda seorang yang rajin menjawab pertanyaan dan selalu ada interaksi dengan pengikut anda, maka disitu akan menguatkan lagi kepercayaan tersebut.

 

Bila dah wujud kepercayaan, maka lebih mudah untuk anda mempengaruhi pengikut anda untuk buat seperti mana yang anda mahu mereka buat.

 

Fokus untuk bina kepercayaan

Peringkat permulaan, ini adalah perkara yang penting. Dapatkan kepercayaan dan pengikut di media sosial. Apabila kepercayaan itu dah mula terbina, dan anda juga telah mempunyai hubungan yang baik dengan pengguna media sosial yang lain, pada waktu itu proses untuk menghasilkan pendapatan jadi lebih mudah.

 

Untuk aspek penjanaan pendapatan ini, ia boleh datang melalui kerja-kerja mempromosikan produk tertentu yang menawarkan program affiliate, jual produk sendiri, buat personal coaching, atau mungkin anda jalinkan kerjasama dengan pemilik bisnes untuk buat posting review berbayar.

 

Ya, ini memang satu proses yang agak lama dan panjang.

 

Bukan mudah nak bina kepercayaan. Nope, ianya sebenarnya sangat susah dan merupakan satu proses yang agak leceh dan makan masa yang lama.

 

Itu sebabnya, kebanyakkan pemilik bisnes lebih mudah membayar mana-mana individu yang mempunyai follower yang ramai dan yang sudah mendapat kepercayaan untuk buatkan kerja-kerja pemasaran bagi pihak pemilik bisnes tu tadi.

 

Lagi ramai follower, lagi tinggi tahap kepercayaan, maka lagi tinggi bayaran yang boleh diminta.

 

Berbaloi ke nak bayar social media influencer ini? Bergantung kepada siapa yang anda pilih. Mungkin nanti saya akan tulis pula topik mengenai jenis-jenis dan kategori social media influencer. Dari situ anda bolehlah buat keputusan sama ada berbaloi atau tidak bayar mereka ini untuk buat kerja bagi pihak anda.

 

Setiap influencer ada karekter dan cara kerja yang tersendiri. Misalnya, sesetengah individu yang bergelar influencer lebih pentingkan untuk dapatkan jumlah tontonan dan share yang banyak. Mereka sanggup buat apa sahaja, termasuk aksi yang memalukan sehingga mengundang kontroversi semata-mata untuk dapatkan jumlah tontonan yang banyak.

 

Pada ketika ini, anda juga patut fikirkan adakah tindakan influencer seperti itu, akan memberikan impak yang negatif atau positif pada jenama anda. Mereka ini ibarat duta kecil yang membawa jenama anda. Kalau individu tersebut membuat aksi lucah atau erotik ketika mempromosikan produk anda, adakah ianya akan beri impak positif atau negatif di kemudian hari?

 

Macam mana kalau nasib tak baik, netizen buat kempen untuk boikot influencer tu termasuk setiap jenama yang pernah dia promosikan? Ha… benda ini kena fikir-fikirkan juga ya.

 

Jadi seorang yang memilih sebelum setuju nak terima produk untuk dipromosikan

Katakanlah, satu produk anda caj RM1,000 kalau nak dipromosikan di akaun media sosial milik anda. Banyak juga tu kan.

 

Bagaimana kalau anda ada tawaran untuk mempromosikan 100 produk? Wow! Dah boleh dapat RM100,000 tu!

 

Lagi banyak produk yang dipromosikan, kan lagi tinggi income yang boleh dihasilkan. Kalau ikut formula macam tu, memang la betul. Lagi banyak produk kita promote, lagi banyak duit yang kita boleh hasilkan.

 

Tapi kena ingat, sebagai seorang influencer, aset kita yang sebenar bukanlah berapa banyak follower yang kita ada, sebaliknya berapa banyak follower yang percayakan kita.

 

Seorang social media influencer yang ada 1,000 orang follower yang betul-betul percaya pada diri dia lebih mudah untuk buat duit dan lebih berjaya berbanding seorang influencer yang ada 100,000 follower tapi tak mendapat kepercayaan.

 

Maklum sajalah, follower ni boleh dibeli. Ia mungkin sebenarnya adalah robot dan bukan dimiliki oleh orang sebenar.

beli-follower-instagram

Ataupun kalau orang betul sekalipun, pemilik akaun mungkin orang dari luar negara yang sebenarnya tak faham sepatah haram pun apa yang kita tuturkan dalam Bahasa Melayu.

 

Kepuasan apabila menjadi seorang Social Media Influencer

Anda boleh menjadi seorang ejen perubahan. 

 

(1) Anda boleh jadi seseorang yang membantu mengubah corak politik dan tampuk pimpinan negara.

(2) Anda boleh bantu ubah kehidupan seorang usahawan yang biasa-biasa jadi seorang yang luar biasa dengan mempopularkan jenama dan perniagaan miliknya.

(3) Anda boleh bantu ringankan beban orang susah dengan mengutip dana untuk mereka yang layak dibantu

 

Senang cerita, apa yang anda boleh fikirkan, perkara tersebut boleh dilakukan. Gunakan kelebihan yang ada untuk buat perkara yang baik, In Shaa Allah hasilnya juga akan jadi baik.

 

 

Baca juga artikel:

  • Akaun bank khusus untuk kerja freelance dan bisnes onlineAkaun bank khusus untuk kerja freelance dan bisnes online
  • Syarikat yang membayar untuk share linkSyarikat yang membayar untuk share link
  • 3 Tips untuk Usahawan Online yang ingin menjadikan Instagram sebagai medium pemasaran3 Tips untuk Usahawan Online yang ingin menjadikan Instagram sebagai medium pemasaran
  • Hidup bebas tanpa hutang dengan teknik Jom Bebas HutangHidup bebas tanpa hutang dengan teknik Jom Bebas Hutang
  • 2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
  • Alang-alang join Jobdirumah, biar sampai dapat KOMISYEN!Alang-alang join Jobdirumah, biar sampai dapat KOMISYEN!
  • Buat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping onlineBuat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping online
  • Pemasaran Emel Membantu Hasilkan Pendapatan Affiliate?Pemasaran Emel Membantu Hasilkan Pendapatan Affiliate?
  • Outsource kerja pemasaran untuk berikan perkhidmatan terbaik kepada pelangganOutsource kerja pemasaran untuk berikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan
  • Bagus ke guna sistem autoresponder emelmatik?Bagus ke guna sistem autoresponder emelmatik?

Filed Under: Kehidupan Freelancer Tagged With: freelance social media influencer, kerja social media, social media influencer

Trackbacks

  1. Masalah yang biasa dihadapi oleh Social Media Influencer - Sabree Hussin Dot Biz says:
    June 2, 2019 at 2:57 pm

    […] Baca disini: Kerjaya sebagai Social Media Influencer […]

    Reply
  2. Kerja sebagai seorang penulis - Jawapan selamat semasa pergi beraya - Sabree Hussin Dot Biz says:
    June 17, 2019 at 8:03 pm

    […] sebut tentang kerjaya sebagai social media influencer, pun mungkin mereka akan terpinga-pinga dan tak berapa tahu, apa sebenarnya kerja yang dilakukan […]

    Reply
  3. Buat duit dengan Program Affiliate - apa yang anda perlu tahu? - Blog Sabree Hussin says:
    July 22, 2019 at 2:07 pm

    […] dia gaji seorang social media influencer, bukti pendapatan dari program […]

    Reply
  4. Dapatkan nama domain untuk projek buat duit dengan blog | Blog Sabree Hussin says:
    August 1, 2019 at 11:38 pm

    […] pernah beberapa kali ikuti sesi gathering dan networking yang melibatkan blogger dan juga social media influencer. Biasanya, bila dalam fasa memperkenalkan diri tu, mesti akan ada yang tanya, “apa nama blog […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top Posts & Pages

  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Masalah parking TERHAD yang sering berlaku di rumah flat
    Masalah parking TERHAD yang sering berlaku di rumah flat
  • Apa produk dari China yang bagus untuk diniagakan?
    Apa produk dari China yang bagus untuk diniagakan?
  • Jual barang terpakai dan yang tak diperlukan di internet
    Jual barang terpakai dan yang tak diperlukan di internet
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Bisnes air balang di bazar ramadhan
    Bisnes air balang di bazar ramadhan
  • Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
    Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
  • 17 Tips Bisnes Homestay
    17 Tips Bisnes Homestay
  • Hadiah apa yang sesuai untuk kanak-kanak umur tiga tahun?
    Hadiah apa yang sesuai untuk kanak-kanak umur tiga tahun?

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in