Adakah anda sudah berjaya dapatkan internet berkelajuan tinggi bagi rumah kediaman anda? Bagi pengguna unifi, ada antara pelanggan sedia ada yang telah berjaya menikmati kelajuan tambahan sehingga 10 kali ganda.
Kalau sebelum ini, pakej yang dilanggan adalah dengan kelajuan 30Mbps, dengan upgrade percuma sehingga 10 kali ganda tu, anda akan dapat kelajuan sehingga 300Mbps.
Persoalannya ialah, apa yang anda buat dengan kelajuan tambahan tu?
Saya percaya, dalam ramai-ramai yang menerima speed booster tu, pasti ada yang tengah mempertimbangkan untuk memulakan satu usaha untuk buat duit secara dalam talian. Ala… buat duit dari rumah, ataupun bekerja dari rumah la.
Ada banyak cara, yang anda boleh cuba untuk hasilkan pendapatan hanya dari rumah. Setengah cara, memerlukan usaha yang banyak.
Ada juga yang perlukan modal, sama ada modal yang tinggi, mahupun modal yang minima.
Selain itu, terdapat juga cara yang memerlukan masa yang agak lama untuk anda nampak hasilnya.
Kali ini, saya nak kongsikan kepada anda, apa dia usaha yang anda boleh lakukan pada hari ini juga, untuk jana pendapatan dari rumah. Mana tahu, jika dibuat dengan betul, usaha yang anda lakukan pada hari ini, berpotensi untuk dijadikan kerjaya sepenuh masa dikemudian hari.
Baca juga: Bermula dengan kerja secara part time, kini saya buat full time kerja dari rumah
Sekiranya anda dah sedia nak mula, jom saya kongsikan kepada anda beberapa kerja yang anda boleh mulakan pada hari ini juga.
(1) Daftar sebagai ejen dalam program pemasaran affiliate atau affiliate marketing
Kita mulakan dengan sesuatu yang mudah dan tak memerlukan modal. Apa dia? Cadangan saya ialah anda sertai program affiliate.
Terdapat banyak program affiliate yang anda boleh sertai. Salah satu yang saya ingin cadangkan adalah program affiliate Involve Asia ini.
Menerusi program affiliate yang dikendalikan oleh pihak Involve Asia ini, anda boleh mempromosikan pelbagai syarikat terkemuka, antaranya Lazada Malaysia, Shopee, MAS dan banyak lagi.
Konsep program affiliate ini sebenarnya tidaklah susah sangat. Katakanlah anda berminat nak promosikan tiket penerbangan dari syarikat penerbangan Malaysia Airlines.
Apa yang perlu anda lakukan ialah, dapatkan link affiliate di member area, dan seterusnya anda bercerita tentang kelebihan atau mungkin pengalaman anda menggunakan perkhidmatan MAS. Jika ada pembaca, yang tekan klik pada link affiliate anda, lalu dia juga buat pembelian tiket, maka anda akan dapat komisen.
Kadar komisen yang diberikan jika anda berjaya dapatkan jualan untuk tiket penerbangan MAS adalah sebanyak 2%.
Kadar 2% itu memang nampak tak berapa tinggi. Tapi, kalau anda berjaya dapatkan jualan harga tiket sehingga belasan ribu ringgit, nilai 2% tu akan jadi tinggi juga.
Cuba fokus untuk dapatkan jualan bagi tiket international, berbanding domestik, kalau nak pendapatan yang lebih lumayan.
Saya cerita tentang tiket MAS ni sebagai contoh sahaja. Berita baiknya ialah, melalui Involve Asia ini, kita ada banyak lagi pilihan syarikat untuk dipilih.
(2) Jadi usahawan online secara ecommerce sama ada fulltime atau part time
Bagi yang inginkan pendapatan yang lebih baik berbanding jadi ejen affiliate (atau dikenali juga sebagai ejen pemasaran), apa kata anda mulakan bisnes ecommerce anda sendiri.
Satu ketika dulu, kalau bercakap tentang bisnes ecommerce, terus terlintas di fikiran untuk bina laman web sendiri. Tapi sekarang ini, kita ada short cut. Tak perlu susah payah nak bina laman web ecommerce kita sendiri.
Sebaliknya, anda boleh terus masukkan gambar-gambar produk yang anda ingin jual di laman web shopping online Shopee.
Kalau anda reti cara nak masukkan gambar dalam FB, maknanya anda dah boleh sangat nak buat bisnes di Shopee. Caranya lebih kurang sama sahaja.
Kalau dapat saya ringkaskan, berbisnes di shopee ini, anda buat sedikit kajian pasaran bagi mengetahui apa produk yang ada banyak permintaan. Kemudian dapatkan pembekal, dan seterusnya masukkan gambar-gambar produk di laman web shopee. Bila ada pembeli (dan biasanya memang akan ada yang beli) barulah anda uruskan tempahan tersebut.
(3) Jadi penulis dan hasilkan banyak-banyak konten secara online
Ataupun kalau anda minat nak buat macam yang saya buat, adalah dengan jadi seorang penulis di internet.
Ya kerja sebagai penulis online macam saya ini, memang tak glamor. Orang pun tak berapa kenal sangat. Tapi walaupun tak dikenali, hasil penulisan yang saya pernah hasilkan telah dibaca beribu kali.
Dalam setiap penulisan atau artikel yang saya hasilkan, saya selitkan didalamnya link-link affiliat dan juga iklan-iklan yang boleh memberikan pendapatan kepada saya. Apa yang buatkan saya suka dengan kerjaya sebagai penulis di internet ini ialah, saya tak perlu risau sangat dengan hal-hal nak buat jualan.
Apa yang perlu saya berikan fokus adalah menulis artikel yang orang nak baca. Asalkan saya boleh cari masa untuk tulis artikel yang memang orang nak baca, dan dalamnya saya masukkan link affiliate, In Shaa Allah selagi mana artikel tersebut dibaca, saya masih akan dapat pendapatan.
Untuk orang yang pemalu, orang yang tak yakin nak buat duit dalam bidang jualan, bolehlah cuba buat duit dengan menulis. Kita tak payah nak fokus sangat bab nak buat jualan tu. Sebaliknya kita fokus untuk hasilkan satu artikel yang menyelesaikan masalah orang.
Orang yang ada masalah, bila dia baca artikel kita, masalah dia akan dapat diselesaikan. Kalau tak dapat selesaikan masalah dia sekalipun, kita boleh cadangkan produk yang boleh selesaikan masalah dia.
Baiklah, itu sahaja perkongsian kali ini. Apa yang saya harap, anda dapat manfaatkan kelajuan internet tersebut. Binalah kerjaya, walaupun hanya dari rumah.
terima kasih..saya suka blog ini sebab banyak tip yang kena dengan jiwa saya