Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

July 19, 2016 by Sabree Hussin 2 Comments

Komisen Panduan Bekerja Dari Rumah

Adakah anda pernah merancang untuk bekerja dari rumah? Adakah anda sudah mempunyai pengalaman bekerja dari rumah dan berjaya menerima upah hasil daripada pekerjaan yang anda lakukan itu? Pernah tak anda terfikir untuk hasilkan pendapatan secara konsisten daripada pekerjaan tersebut?

 

Adakah anda memerlukan panduan khusus yang dapat mengajar anda bagaimana untuk memulakan karier dan perjalanan kerjaya anda sebagai seorang ibu atau bapa yang bekerja di rumah?

 

Anda berada di tempat yang betul. Tahniah saya ucapkan. Saya yakin panduan bekerja dari rumah ini In Shaa Allah dapat membantu anda.

penerangan-tentang-jobdirumah

 

Jika anda ada modal, panduan ini boleh anda jadikan sebagai rujukan. Ini adalah panduan yang bakal mengajar anda bagaimana untuk bekerja dari rumah. Anda akan didedahkan dengan selok belok dan cara-cara untuk mula bekerja dari rumah.

 

Bermula dengan proses mencari kerja kosong, membuat permohonan kerja, menyiapkan kerja hinggalah menerima bayaran upah.

 

Sekiranya anda ke laman utama panduan ini, anda akan dapati, antara contoh-contoh kerja yang anda boleh mohon adalah seperti dibawah

contoh-job-jobdirumah

Seperti yang anda dapat lihat, antara pekerjaan yang agak popular adalah kerja dalam bidang data entry. Sebelum anda terus menekan apply, seharusnya anda tekan dulu bahagian More details untuk mengetahui adakah anda mempunyai kemahiran dan kelayakkan untuk melakukan kerja -kerja tersebut.

 

Nama data entry ni memang nampak mudah. Namun bukan semua mampu menjalankan tugas tersebut dengan baik. Selalunya, ikut pengalaman saya yang lepas, ada banyak pekerjaan yang berkaitan dengan data entry ni akan digabungkan dengan skil lain seperti data mining, research, analisis dan sebagainya. Skil asas adalah data entry, namun untuk menyiapkan sesuatu pekerjaan tersebut, kena tahu lain-lain skil juga.

 

Adakah Panduan Bekerja Dari Rumah ini betul-betul berguna?

Saya cuma boleh ceritakan mengenai situasi saya. Orang lain, saya tak tau. Saya juga adalah salah seorang ahli Jobdirumah. Jadi saya akan cerita berdasarkan kepada pengalaman saya sendiri sahaja.

 

Masa saya join, niat utama saya ialah semata-mata untuk belajar macam mana nak bekerja sebagai seorang freelancer. Saya ada beberapa kemahiran yang saya tahu, saya boleh manfaatkan, antaranya

(1) Typist (jurutaip)

(2) Blogging (penulisan blog)

(3) Copywriting

(4) Pemasangan blog menggunakan sistem wordpress (bonus premium Theme)

(5) Data Entry

(6) Research

(7) Customer Support

(8) Email support

 

… dan banyak lagi. Secara asasnya, kelapan-lapan skil ini adalah skil yang saya kira saya yakin untuk tawarkan kepada bakal majikan. Jika nak mula bekerja, saya akan apply kerja-kerja yang berkaitan dengan skil yang saya miliki.

 

Masalahnya ialah… saya tak tau kat mana nak apply kerja. Saya tak tau, mana satu laman web direktori kerja yang betul-betul boleh dipercayai dan yang akan membayar ahlinya. Saya cuba google. Nak tau apa hasilnya?

 

Saya menggunakan kata kunci seperti job directory, online job directory, work at home opportunity dan sebagainya untuk dapatkan maklumat berkenaan peluang-peluang untuk bekerja dari rumah. Ya, saya gunakan kata kunci dan istilah dalam bahasa Inggeris.

 

Sebabnya? Saya tahu pada waktu tersebut, masih belum ada atau sangat kurang syarikat tempatan yang menggaji pekerja sambilan dari rumah. Jadi saya perlu cari di pasaran kerja antarabangsa.

 

Rupanya makin pening jadinya. Ada berjuta-juta laman web yang tersenarai, dan sangat sukar untuk tahu mana satu laman web yang boleh dipercayai.

 

Ok… pendekkan cerita. Saya pun join Jobdirumah dan dari situ saya tahu, laman web ini adalah salah satu laman web yang TERBUKTI membayar para pekerjanya, dengan syarat kerja yang dilakukan disiapkan dan dilakukan dengan betul.

panduan_bekerja_dari_rumah

Menerusi laman web ini, anda boleh memohon pekerjaan sebagai seorang freelancer, ataupun anda boleh mencari pekerja yang berminat untuk bekerja dengan anda. Pengguna laman web ini datangnya dari seluruh negara. Ada dari UK, US, Canada, India pun ada dan banyak lagi.

 

Orang Malaysia pun ada. Memandangkan saya nak buat duit dan perlukan kerja, maka saya pilih opsyen WORK. Rupa-rupanya, bukan mudah untuk dapatkan kerja dari laman web ini. Patutlah diwujudkan Panduan Jobdirumah ini.

 

Orang yang tak ada panduan ini, memang agak sukar nak faham cara kerja disini. Walaupun pada hakikatnya, cara kerja secara online tidaklah begitu jauh berbeza dengan kerja secara offline. Sesetengah pekerjaan, ada yang perlu jalani interview!

 

Sebulan ke tiga bulan yang pertama, saya habiskan untuk study panduan bekerja dari rumah ini. Sambil-sambil study tu, saya cuba-cuba promosikan panduan ini kepada para pembaca dan pelawat blog serta laman web saya. Oh saya ada kata yang saya memang ada pengetahuan tentang copywriting bukan?

 

Hasilnya? Alhamdulillah! Saya dapat komisen. Bermula dengan komisen yang pertama, sebanyak RM25, jumlah meningkat dan terus meningkat bulan demi bulan. Boleh dikatakan saya dapat komisen dari memperkenalkan panduan bekerja dari rumah ini hampir setiap bulan!

 

Ini pula adalah komisen terkini yang telah saya terima.

bekerja-dari-rumah

Komisen ini saya terima pada 05 Julai 2016.

 

Komisen ini dijana hasil daripada kerja-kerja promosi dan jualan yang terhasil sepanjang bulan June 2016. Sebab itu jika anda perasan, ia tertulis JDR June 2016.

 

Pada hari ini, saya dah mula kurangkan bekerja dari rumah. Saya dah kurang memohon pekerjaan, dan mula beralih kepada program affiliate. Sebabnya? Saya rasa program affiliate ini lebih mudah berbanding nak kena buat kerja. Itu cuma pandangan peribadi saya sahaja.

 

Sesekali, saya masih lagi ditawarkan pekerjaan-pekerjaan seperti blog writing dan juga copywriting. Jika kena dengan bayarannya, saya akan terima. Kebiasaannya, job yang saya terima adalah datang daripada klien yang terdahulu. Saya pernah buat kerja-kerja freelancing untuk mereka, jadi apabila mereka perlukan khidmat yang serupa, mereka akan hubungi para freelancer yang mereka pernah berurusan sebelum ini.

 

Mereka (para klien) dah ada pengalaman berurusan dengan freelancer yang pernah bekerja untuk mereka. Jadi, daripada susah payah nak cari pekerja atas talian yang baru, adalah lebih mudah untuk dapatkan pekerja yang pernah mereka berurusan sebelum ini.

 

Baiklah, itu serba sedikit pengalaman saya bersama jobdirumah. Anda juga boleh buat duit dengan program ini. Itupun kalau anda betul-betul serius dan buat kerja.

 

Apa pun, daftar dulu secara percuma disini. Masukkan nama dan alamat emel anda. Lihat dulu bagaimana satu hari dua ini, sistem Jobdirumah beroperasi. Jika anda suka dan ingin belajar, barulah buat bayaran!

 

Selamat mencuba dan semoga anda juga berjaya buat duit dari program ini.

 

 

Baca juga artikel:

  • Impian bekerja dari rumah boleh tercapai dengan panduan iniImpian bekerja dari rumah boleh tercapai dengan panduan ini
  • Kerjaya yang anda boleh pilih untuk dilakukan dari rumahKerjaya yang anda boleh pilih untuk dilakukan dari rumah
  • Kerja sambilan dari rumah sebagai ejen pemasaran online serta bukti pendapatanKerja sambilan dari rumah sebagai ejen pemasaran online serta bukti pendapatan
  • Projek bekerja dari rumah secara online bersama Lazada Malaysia untuk tahun 2018Projek bekerja dari rumah secara online bersama Lazada Malaysia untuk tahun 2018
  • Program bekerja dari rumah secara online untuk tahun 2018Program bekerja dari rumah secara online untuk tahun 2018
  • Panduan Jobdirumah dengan harga PROMOSI serendah RM30 sahaja!Panduan Jobdirumah dengan harga PROMOSI serendah RM30 sahaja!
  • Betul ke bekerja sendiri lagi seronok dari kerja makan gaji?Betul ke bekerja sendiri lagi seronok dari kerja makan gaji?
  • Seronoknya dapat buat duit dengan blog!Seronoknya dapat buat duit dengan blog!
  • Jana pendapatan dengan Program eRezeki (BUKTI)Jana pendapatan dengan Program eRezeki (BUKTI)
  • Program erezeki dan program latihan bekerja dari rumahProgram erezeki dan program latihan bekerja dari rumah

Filed Under: Jobdirumah Tagged With: bekerja dari rumah, bekerja di rumah, panduan bekerja dari rumah

Comments

  1. pija says

    October 12, 2016 at 10:47 am

    saya dah hantar email utk upgrade ke ver 3. tapi smpai skrg akaun saya tak upgrade ke version 3. mcm mane ye?

    Reply
    • Sabree Hussin says

      October 13, 2016 at 6:33 pm

      Emel la sekali lagi sampai dapat balasan dan tindakan dari pihak JDR

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ten − 6 =

Top Posts & Pages

  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Jual barang terpakai dan yang tak diperlukan di internet
    Jual barang terpakai dan yang tak diperlukan di internet
  • Apa patut kita jawab bila orang tanya, kamu kerja apa?
    Apa patut kita jawab bila orang tanya, kamu kerja apa?
  • Kerja sebagai pengurus akaun media sosial
    Kerja sebagai pengurus akaun media sosial
  • Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
    Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
  • Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
    Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
  • Kelebihan dan kekurangan dalam menjalankan perniagaan menggunakan Sistem Marketplace dan ecommerce
    Kelebihan dan kekurangan dalam menjalankan perniagaan menggunakan Sistem Marketplace dan ecommerce
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2022 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in