Konflik antara pemandu teksi dengan pemandu kereta Uber

Geng pemandu teksi ni, memang anti betul dengan geng-geng pemandu kereta Uber ataupun Grab car. Buktinya? Ada antara pemandu teksi yang bertindak drastik hingga sanggup mencederakan penumpang dan juga merosakkan kenderaan yang dipandu oleh pemandu Uber.

 

Berita ini pernah dilaporkan oleh akhbar online iaitu BH Online bertarikh 23 June 2016 dengan tajuk Polis tahan pemandu teksi serang kereta Uber.

pemandu-teksi-serang-kereta-uber

Mungkin, bagi para pemandu teksi, kehadiran pemandu-pemandu kereta Uber ini adalah suatu ancaman bagi periuk nasi mereka. Mungkin mereka betul.

 

Jika anda pernah membaca buku berjudul “Buat Duit Dengan Uber: Panduan Menjana Pendapatan Dengan Uber” yang ditulis oleh Mazli Badu, anda akan dapati yang sebenarnya nak jadi pemandu Uber bukannya sukar. At least syarat-syarat untuk menjadi pemandu Uber tidaklah seketat untuk jadi pemandu teksi. [Buat Duit Dengan Uber: Panduan Menjana Pendapatan Dengan Uber]

 

Sekiranya anda merujuk kepada laman web Uber dan mendaftar sendiri untuk menjadi ahli Uber, anda juga dapat lihat, yang syarat asas untuk jadi pemandu Uber ialah anda perlu ada sebuah kereta, mempunyai lesen memandu yang sah dan lesen kenderaan serta cukai dan perlindungan insurans/ takaful. Seterusnya, anda juga perlulah berumur 21 tahun dan keatas dan tidak mempunyai rekod saman tertunggak.

 

Untuk pengetahuan anda juga, sebenarnya ada satu lagi kelebihan yang boleh dinikmati oleh para pemandu Uber yang mungkin tak terdapat pada pemandu teksi. Nak tahu apa kelebihan tu?

 

Sebenarnya sebagai ahli berdaftar dengan pihak Uber, terdapat satu lagi cara bagaimana untuk anda buat duit tanpa perlu memandu kereta dan tak perlu cari penumpang, namun pada masa yang sama, anda masih boleh buat duit dengan Uber.

panduan-buat-duit-uber

Malahan teknik ini telah dibuktikan sendiri oleh penulis panduan Rahsia Uber ini. [Klik sini untuk belajar cara jana RM60,000 sebulan dengan UBER.]

 

Apa pun, semoga konflik yang berlaku antara pemandu Uber dengan pemandu teksi dapat ditangani oleh pihak berkuasa.

 

Sama-sama nak cari makan. Untuk pemandu teksi, mungkin ini adalah satu-satunya sumber pendapatan atau mata pencarian mereka, manakala untuk pemandu Uber pula, ada antaranya yang menjadikan aktiviti ini sebagai aktiviti sampingan untuk cari duit tambahan. Walaubagaimanapun saya percaya, ada yang jadikan aktiviti pemandu kereta Uber sebagai sumber pendapatan utama.

 

Sebenarnya, bila semua orang beralih kepada Uber, orang lain pun akan turut rasa tempiasnya. Bukan pemandu teksi sahaja yang akan rasa susah, malahan orang lain, pemandu lain juga akan rasa kesannya.

 

Sebagai contoh, di stesen LRT Bandar Tasik Selatan. Ada satu ruangan khas untuk pemandu teksi menunggu penumpang yang berminat untuk dapatkan perkhidmatan mereka. Selagi tak ada penumpang, selagi tu pemandu teksi akan terus menunggu disitu.

 

Baik, saya percaya ada banyak lagi sebab untuk penumpang tak berminat untuk dapatkan perkhidmatan dari teksi. Namun, for the sake of making my point, saya akan andaikan tak ada faktor lain, selain daripada penumpang lebih gemar untuk dapatkan khidmat dari Uber.

 

Masalahnya?

 

Bila pemandu teksi masih tak dapat penumpang, mereka akan terus tunggu di tempat mengambil penumpang. Makin lama, makin banyak teksi yang akan tiba dan akhirnya semua pemandu teksi ni akan beratur panjang. Lama kelamaan, akan berlaku kesesakan jalan raya.

 

Kita semua tahu, bila berlaku kesesakan jalan ni, macam-macam benda tak baik boleh berlaku. Orang akan jadi cepat marah. Kemalangan boleh berlaku dan macam-macam lagi.

 

Sebelum perkhidmatan Uber dan Grab car ni popular, pemandu teksi tak perlu nak tunggu lama untuk dapatkan penumpang. Tapi kini, bila dah ada persaingan, nak tak nak masa menunggu untuk dapatkan penumpang jadi lebih panjang.

 

Nampak tak? Berlaku kesan berantai disebabkan perkara ini. Saya pun tak tau, bagaimana pihak berkuasa nak tangani isu ini. Mungkinkah lepas ni, pemandu teksi akan beralih dan menjadi pemandu kereta Uber? 

 

=======

Panduan buat duit dengan Uber [klik sini]

Panduan buat duit dengan Uber tanpa perlu memandu [klik sini]

 

 

 

, , , ,

Trackbacks/Pingbacks

  1. Cara buat duit dengan Uber tanpa perlu jadi pemandu - Sabree Hussin Dot Biz - March 23, 2017

    […] Malahan, akhbar Berita Harian Online (BH Online) pernah melaporkan ada pemandu teksi yang bertindak agresif dan menyerang kenderaan UBER. [konflik antara pemandu teksi dan pemandu kereta UBER] […]

Leave a Reply

2 × one =

Powered by WordPress. Designed by Woo Themes

%d bloggers like this: