Salah satu misteri paling besar, yang ramai usahawan internet masih lagi tercari-cari apa jawapannya ialah… persoalan tentang “macam mana nak menghasilkan iklan yang berkesan?”
Susah ke nak hasilkan iklan yang berkesan ni?
Bila kita cerita tentang nak hasilkan iklan yang berkesan, apa sebenarnya yang anda lihat, atau penanda aras apakah yang anda gunakan bagi menentukan sama ada sesuatu iklan itu berkesan ataupun tidak?
Saya sendiri ada beberapa penanda aras yang saya gunakan.
Dari semasa ke semasa, saya akan buat semakan bagi mengetahui prestasi iklan yang telah saya hasilkan. Adakah ianya membuahkan sebarang hasil, atau adakah saya perlu buat semula iklan tersebut dengan pendekatan yang berbeza.
Jadi disini, saya ingin kongsikan kepada anda semua, apakah penanda aras yang kita boleh lihat bagi mengetahui keberkesanan sesuatu iklan yang kita telah hasilkan.
(1) Jumlah Like, Share dan Comment bertambah
Benda ni kita boleh pantau dan lihat dengan mudah. Bagi mereka yang gunakan media sosial di FB, kita boleh anggarkan keberkesanan iklan kita tu dengan melihat berapa banyak yang tekan like, komen ataupun share iklan kita.
Benda-benda ni semua tidak melibatkan kos langsung. Kalau tekan like pun tak sudi, maknanya iklan kita tak cukup bagus. Iklan tak bagus, tak perlulah nak mengharap sangat yang ianya akan memberikan sebarang hasil.
Kena perbaiki lagi.
(2) Jumlah subscriber email bertambah
Usahawan online wajib ada sistem database sendiri.
Salah satu sistem yang bagus untuk bina database pelanggan ialah dengan menggunakan sistem autoresponder. Setiap hari targetlah kita akan dapat 10 subscriber baru.
Kalau sehari dapat 10 potential customer yang baru, kiralah kalau dalam setahun kita akan dapat berapa orang. Lepas dua tahun, tiga tahun… dan lepas 10 tahun?
Wow! Lagi banyak dan lagi besar saiz database kita, akan jadi lagi mudah untuk kita buat duit dan berbisnes online tau.
Kalau rasa pening sangat dan tak tau macam mana nak guna sistem autoresponder, boleh juga guna sistem percuma dari FB. Biasanya saya akan gunakan fungsi FB Group.
(3) Peningkatan jumlah klik pada iklan dan link yang terdapat pada iklan
Benda ni kena ada sistem tracking sendiri kalau nak tau sama ada iklan kita tu ada terima sebarang klik ataupun tidak.
Saya akan gunakan beberapa sistem tracking, iaitu
bit.ly
goog.gl
lynk.my
plugin pretty link untuk pengguna sistem wordpress self hosted
Sesetengah iklan yang saya hasilkan untuk program affiliate, ada yang saya tak track langsung. Sebabnya sistem affiliate tu sendiri dah cukup bagus dan saya boleh lihat statistik di member area sahaja.
(4) Ada pertambahan bagi mereka yang menghantar emel, call, whatsapp dan lain-lain cara perhubungan
Jika anda meletakkan syarat sila call untuk …. sila whatsapp ke … sila hantarkan emel ke …
Jika makin hari makin banyak respon yang diterima, itu satu petanda positif yang menunjukkan iklan anda tu memang berkesan dan sampai ke target audience.
(5) Bilangan pengunjung laman web bertambah
Kalau anda menggunakan sistem laman web untuk buat jualan, maka sini antara tempat yang anda boleh jadikan rujukan untuk mengetahui sama ada iklan anda bagus atau tidak.
Tengok pada pertambahan ataupun pengurangan jumlah pelawat yang keluar masuk ke laman web tersebut.
(6) Iklan kita berjaya masuk ke page pertama google tanpa sebarang kos
Ini khusus buat mereka yang guna teknik search engine optimization.
Bila iklan yang kita tulis, biasanya di laman web atau di blog cukup bagus, secara automatik ia akan masuk ke page pertama google.
Ini bermakna Google juga suka dengan iklan yang kita buat.
Bila dah berjaya masuk ke page pertama google, ini akan meningkatkan kebarangkalian untuk kita dapat lagi banyak sale.
Ini antara iklan-iklan yang saya buat untuk para pelanggan saya.
Iklan dibawah ni ialah iklan untuk sewa ruangan seminar di Shah Alam.
Iklan dibawah ni pula adalah untuk homestay di Melaka yang terletak di Bukit Katil.
Selain SEO, memang ada cara lain untuk pastikan iklan kita masuk ke page pertama google. Cara tersebut ialah dengan menggunakan Google Adwords. Cara itu BERBAYAR.
Tapi guna teknik SEO, ianya percuma sahaja.
(7) Ada Sale! Bertambah lagi sale dan lagi dan lagi…
Akhir sekali, iklan yang bagus selalunya akan convert kepada sales.
Kalau berderet sale masuk tu, maknanya ada la tu iklan anda yang mengena.
Atas ni adalah sale dari laman web ini yang berjaya saya terima.
Ada la tu dari mana-mana iklan yang saya buat sebelum ini.
Baiklah, itu sajalah yang saya nak kongsikan. Harap-harap adalah manfaat serba sikit dari perkongsian ringkas ini ya.
Leave a Reply