Beberapa buku berkenaan dengan pelaburan hartanah yang saya pernah baca, kebanyakkannya mencadangkan kepada pelabur baru membeli hartanah dalam bentuk kediaman jenis apartment.
Dari segi harga, ia lebih murah berbanding landed properties, namun apabila dinilai dari segi pulangan yang boleh diperolehi daripada hasil duit sewa, rumah kediaman jenis apartment mempunyai potensi untuk menghasilkan positive cash flow berbanding rumah jenis teres atau landed.
Pada tahap ini, saya menggunakan istilah positivie cash flow. Saya tak sebutkan berapa banyak yang anda bakal perolehi daripada hasil duit sewa sebaliknya saya menggunakan istilah positive cash flow sahaja.
Ini bermakna, mungkin setelah ditolak dengan ansuran bulanan yang perlu dibayar semula kepada bank, anda masih ada baki RM100, atau mungkin RM50, RM20, RM10, atau mungkin satu nilai yang lebih rendah dari itu. Apa pun ia masih lagi dikira agak baik, berbanding negative cash flow.
Negative cash flow ini boleh berlaku apabila hasil duit sewa masih tak dapat nak cover bayaran ansuran bulanan hartanah tersebut. Anda mungkin terpaksa guna sebahagian dari duit gaji anda, atau duit dari perniagaan anda, atau mungkin duit hasil daripada pendapatan sampingan lain untuk membayar baki ansuran bulanan yang masih tak dapat di cover oleh duit hasil sewa bulanan.
Cuba bayangkan kalau tiba-tiba penyewa anda berhasrat untuk berhenti menyewa? Pasti keadaan akan jadi lebih buruk. Anda terpaksa buat bayaran ansuran bulanan sepenuhnya menggunakan duit anda sendiri. Oleh yang demikian, mahu atau tidak, anda terpaksa cari penyewa yang baru dengan secepat yang mungkin ataupun anda terpaksa tanggung sendiri bayaran bulanan tersebut.
“Rumah untuk tujuan pelaburan mempunyai kriteria yang berbeza berbanding rumah untuk tujuan kediaman”
Pada saya, kalau nak beli rumah untuk kegunaan dan kediaman sendiri, saya lebih suka rumah jenis landed. Ya, rumah jenis teres, walaupun mungkin dari segi harga, ia agak tinggi berbanding rumah jenis apartment.
Pada waktu catatan ini saya tulis, saya masih lagi tinggal menyewa di salah sebuah apartment di Cheras. Saya dapati, sepanjang beberapa tahun saya tinggal dirumah jenis apartment, ada beberapa masalah yang saya dapati kerap berulang.
Sebelum ini, saya tinggal dirumah jenis apartment di Ampang. Masalah yang lebih kurang sama juga yang saya perhatikan berlaku. Ini antaranya.
(1) Masalah parking yang tak mencukupi
Satu-satu perkara yang saya akan perhatikan sebelum saya nak menyewa sesebuah rumah ialah dengan melihat jumlah tempat parking yang disediakan. Adakah kereta lebih banyak daripada ruang parking atau parking mencukupi?
Untuk mengetahui sama ada parking mencukupi atau tidak, kena tengok kawasan rumah tu beberapa kali. Mungkin antara waktu-waktu yang boleh dijadikan rujukan untuk buat perbandingan ialah pada
- Waktu awal pagi
- Waktu petang
- Waktu malam
- Waktu tengah malam
Kalau dah buat perbandingan pada waktu-waktu yang saya sebutkan di atas dan saya dapati kawasan parking masih banyak, tempat ini dah lulus ujian yang pertama.
Sesetengah apartment mengehadkan jumlah kereta sebanyak 2 buah sahaja untuk satu unit rumah. Kemudian setiap kereta ini pula ada tempat parking khas yang dikhususkan untuk rumah itu sahaja. Kemudian hanya kereta yang ada sticker sahaja yang dibenarkan masuk.
Masalah parking tak cukup ini biasanya akan berlaku untuk kawasan apartment yang tidak mengehadkan jumlah kereta yang boleh diparking di kawasan kediaman. Kalau dalam sesebuah rumah tu ada 5 orang pemandu, maka akan ada lima buah kereta yang akan dibawa masuk.
Ada jugak keadaan tertentu, orang yang tinggal di rumah jenis apartment ni jenis yang tak pakai akal. Kereta sendiri dia parking kat kawasan apartment, kemudian kereta company pun dia bawa balik. Ada jugak kereta yang dah bertahun-tahun rosak, turut dibiarkan di tempat parking.
Akhirnya orang lain terpaksa double park, triple park.
Satu perkara yang berpotensi untuk merosakkan mood di pagi hari sebelum nak ke tempat kerja ialah terpaksa tolak dua tiga kereta yang double park kat depan kereta kita. Kalau nasib baik, ada la orang yang terlupa nak turunkan handbrake buat kita susah nak tolak kereta dia. Waktu ini memang akan terasa nak pecahkan je cermin kereta dia.
Of course, kalau anda tak memandu kenderaan sendiri, situasi tak cukup tempat parking bukannya satu masalah besar untuk anda.
(2) Lif yang sentiasa rosak
Memang misteri. Kalau disediakan dua buah lif, salah satu pasti akan rosak. Tak pasti adakah lif tersebut tak berfungsi sebab ianya rosak ataupun memang ia sengaja dibiarkan tidak berfungsi oleh pihak pengurusan.
Yang anehnya, bila lif yang biasa digunakan pula rosak, boleh pulak lif yang selama ini rosak berfungsi dengan elok. Saya tak pasti, adakah masalah lif sentiasa rosak ni berlaku di tempat lain juga atau tidak. Tempat saya menyewa, “lif memang sentiasa rosak”.
(3) Kebersihan yang agak kurang memuaskan
Lebih-lebih lagi kalau kawasan apartment tersebut turut didiami oleh warga asing. Mereka ni kesedaran sivik memang sangat teruk. Kalau nak buang sampah tu, mereka masih lagi di takuk pemikiran orang yang tak pakai akal. Suka buang ikut suka-suka hati.
(4) Susun atur rumah yang agak “janggal”
Mungkin ni cuma pendapat saya saja. Tapi apa yang saya cuba nak sampaikan ialah begini.
Memandangkan saya dibesarkan di kampung, jadi saya dah terbiasa dengan susun atur ruang yang memisahkan antara ruang tamu, ruang makan, dapur, bilik air dan sebagainya.
Rumah kediaman pertama yang saya sewa di Ampang, bila buka je pintu, dari luar boleh terus nampak pemandangan di kawasan dapur. Boleh nampak apa yang tuan rumah sedang masak, dan kawasan ruang tamu dia memang agak sempit.
Rumah yang saya sewa di Cheras pula, ruang masak terletak berdekatan dengan pintu masuk. Buka pintu je, kita akan nampak dapur dulu.
Memandangkan dari segi susun atur, memang semua ini dah ditetapkan, jadi nak tak nak kita kena ikut je. Tak kan nak renovate pula kan.
Saya lebih suka kalau rumah yang kita nak duduk tu, nampak teratur dari segi susunan. Jadi kalau nak ajak tetamu datang pun tak ada rasa janggal. Tetamu masuk, kita boleh persilakan dia untuk duduk di ruang tamu. Dari ruang tamu, tak boleh nampak dapur, tempat masak dan sebagainya.
(5) Bilik cuma ada dua
Bukan semua, tapi kebanyakkan yang saya jumpa, rumah jenis apartment ni cuma ada dua bilik. Ini akan jadi masalah buat mereka yang berkeluarga. Sepatutnya sebagai orang Islam, kita perlukan tiga bilik sekurang-kurangnya.
Satu bilik untuk suami dan isteri. Satu bilik lagi untuk anak perempuan, dan satu lagi untuk anak lelaki. Kalau anak masih kecik lagi, mungkin sesuai untuk kongsi bilik, tapi bila masing-masing dah mula besar, tak sesuai nak campur bilik, antara lelaki dengan perempuan. Kena asingkan. Tak kan mak dengan ayah yang kena tidur kat ruang tamu pula kan.
(6) Bising dan gangguan dari jiran
Bukan semua apartment macam ni, tapi kebanyakkan memang bising. Rumah jenis apartment kadang-kadang tak disediakan kawasan permainan untuk kanak-kanak.
Kalau ada disediakan pun, ada mak ayah yang tak benarkan anak-anak main di taman. Sebabnya? BAHAYA. Dalam satu kawasan apartment, entah ada berapa ribu orang yang tinggal disitu dengan pelbagai ragam. Bahaya juga nak lepaskan anak-anak kecil bermain tanpa pengawasan di taman.
Jadinya, sebagai alternatif budak-budak ni akan main kat depan rumah. Depan rumah sendiri, bermakna depan rumah jiran juga. Kalau dah nama pun budak-budak tengah bermain, memang bisinglah.
Jika anda berhasrat untuk menduduki atau membeli rumah jenis apartment, ini hanya sebahagian dari masalah day to day yang bakal anda hadapai. Ya, ia bukan masalah yang besar sangat pun. Namun, jika anda tidak bersedia, ini pastinya akan buatkan anda rasa nak pindah rumah.
Lebih-lebih lagi kalau anda tinggal di tinggat 19 dan lif pula rosak. Pada masa yang sama, anda baru balik dari Tesco dan membeli beras 10KG, minyak, dan lain-lain lagi barang-barang yang berat.
Baiklah, ini sahaja yang saya nak kongsikan kepada anda. Apa kata anda baca juga
1. 40 Soalan Yang Anda Patut Tanya Kepada Peguam Anda Sebelum Membeli Rumah di Malaysia
2. Akademi Jutawan Hartanah Untuk Pelabur Baru
3. Bagaimana Hendak Menjadi Tuan Rumah Jutawan
4. Bijak Melabur Edisi Rumah Lelong – Pembongkaran Rahsia Jutawan Rumah Lelong
5. Kaya Dengan Rumah – Cara menjadi kaya dengan menggunakan duit orang lain
Di atas ini ialah antara buku-buku tentang pelaburan hartanah yang pernah saya baca. Saya rasa anda juga patut baca buku-buku tersebut.
Pastinya dapat menambahkan pengetahuan dan membuka minda.
kaktimah says
Beli je rumah teres, baru RM 100,000 ribu, hati senang, jiwa lapang. Parking kat dalam rumah. taman ada, kebun ada, kolam renang ada.
Sabree Hussin says
RM100,000 ribu tu, kalau baca betul-betul dah bersamaan dengan RM100 juta dah tu. Memang diluar kemampuan la…