Pernah tak anda terfikir untuk menceburi bidang penternakan? Agak-agak ada tak dalam kalangan pembaca dan pelawat blog ni yang berminat nak menceburi bidang penternakan kambing ya?
Beberapa hari ni saya sempat menelaah beberapa buah buku yang bercerita tentang bidang penternakan kambing. Ya, anda tak salah baca. Saya baca buku tentang macam mana nak jalankan projek penternakan kambing dengan betul dan sistematik. Mungkin satu hari nanti, ada rezeki dan diberi keizinan Ilahi, mungkin saya akan ceburi bidang ini. Siapa tahu kan…
Sebenarnya selain penternakan kambing, ada juga beberapa bidang penternakan yang boleh diceburi, antaranya penternakan lembu, kerbau, ikan keli, rusa, poltri dan khinzir. Ok… cerita pasal penternakan khinzir ni tak payah la kot saya nak ulas dalam blog. Lagipun ianya langsung tak sesuai.
Nak buat apa benda sekalipun, perlu ada matlamat. Termasuklah bidang penternakan kambing ini. Kena jelas dengan matlamat projek ini dijalankan.
Jadi secara umumnya, terdapat dua matlamat atau tujuan kenapa bidang penternakan kambing ini diusahakan. Pertama, atas sebab komersial dan kedua adalah sebab kasual.
Saya nak mula dengan sebab kasual terlebih dahulu.
Penternakan kambing secara kasual atau bersahaja ini biasanya kita boleh lihat dijalankan di kampung-kampung. Jumlah ternakan pun biasanya tak banyak mana. Mungkin ada dalam 20 ekor ke 30 ekor. Rasanya 30 ekor kambing dalam satu-satu masa itu pun boleh dikira agak banyak.
Ada juga yang menternak kambing dalam jumlah yang lebih sedikit dari itu. Bawah 20 misalnya.
Para penternak ini boleh jadi menjadikan aktiviti penternakan ini sebagai hobi ataupun aktiviti sampingan sahaja. Ada juga keadaan dimana seseorang itu menternak kambing kerana kambing-kambing tersebut adalah diwarisi dari keluarga. Biasanya dari ayah atau datuk.
Jadi kambing yang ada terus dijaga.
Ini berbeza dengan mereka yang menternak kambing bagi tujuan komersial. Bermula dari hari pertama lagi, para penternak ini memilih untuk mendapatkan baka kambing jenis tertentu, mereka dah ada perancangan apa hasil akhir yang mereka nak capai.
Kambing secara lazimnya diternak untuk tujuan untuk mendapatkan dagingnya dan juga susunya.
Istimewanya daging kambing ini ialah, hampir semua kaum di Malaysia boleh makan kambing. Ini sedikit berbeza dengan daging lembu, kerana menurut kepercayaan sesetengah kaum di Malaysia, daging lembu tidak boleh dimakan.
Kalau kambing tak ada masalah. Semua orang boleh makan.
Daging kambing sebagai sumber bekalan makanan. Penternakan kambing dapat menyumbang kepada pertambahan bekalan daging di negara kita. Permintaan untuk mendapatkan bekalan daging kambing sentiasa ada.
Mungkin ada yang beranggapan atau terfikir,
“betul ke hari-hari orang perlukan daging kambing?”
Jawapannya YA. Memang setiap hari ada permintaan terhadap daging kambing. Kalau anda melihat dari sudut pandang orang persendirian atau individu, mungkin agak pelik kalau dia makan kambing setiap hari.
Sebaliknya, kalau anda lihat dari sudut pandang sesebuah perniagaan makanan atau restoran misalnya, yang menghidangkan kambing sebagai salah satu menu, anda pasti akan nampak potensinya dimana setiap hari pasti restoran-restoran ini memerlukan bekalan kambing yang mencukupi bagi memenuhi permintaan pasaran.
Selain daging dan susunya, sisa buangan yang dihasilkan oleh kambing juga mempunyai nilai komersial. Ianya boleh dijadikan sebagai baja organik. Nak buat baja organik ni pun rupa-rupanya ada teknik dia. Baja tersebut tak boleh terlalu kering dan tak boleh juga dalam keadaan basah. Jika tidak dijaga dengan betul, ia akan kehilangan khasiatnya sebagai baja organik.
Serius, rupa-rupanya memang banyak benda juga nak kena tahu pasal bidang penternakan kambing. Saya pernah kongsikan artikel tentang kambing dalam blog saya yang satu lagi. Anda boleh baca dengan menekan klik pada pautan dibawah.
Klik untuk baca: Baka-baka kambing di Malaysia
Sebenarnya banyak lagi yang saya nak kongsikan tentang penternakan kambing ni. Tapi rasanya saya akan tulis kat blog saya yang satu lagi.
Kalau kat blog ini, saya akan cerita secara ringkas-ringkas sahaja.
Sebelum tu, kalau anda masih belum baca Panduan Ternakan Kambing ini, anda boleh klik sini untuk muat turun panduan tersebut. Untuk orang yang sangat baru dengan bidang penternakan kambing ni, memang sesuai la baca panduan ini. Kalau yang dah pandai, mungkin anda akan dapati isi dalam panduan ternak kambing ni biasa-biasa sahaja.
Jumpa lagi di lain artikel.
Ya… cerita tentang kambing juga.
[…] itu saya mulakan artikel ini dengan persoalan “apa sebenarnya matlamat anda menjalankan penternakan kambing?“. Apabila anda dah jelas dengan matlamat, sepatutnya bahagian pemilihan baka jenis apa ini […]