Saya masih ingat lagi, sebelum ni saya pernah ikuti seminar berkenaan Portal Mudah.MY yang dianjurkan oleh saudara Umar Taib di Shah Alam.
Dalam sesi yang sekejap tu, banyak juga benda baru yang saya pelajari tentang laman web mudah.my. Dari situ juga saya berpeluang untuk menyaksikan sendiri betapa besarnya potensi pendapatan yang boleh diperolehi jika kita mengiklankan bisnes kita di laman web mudah.my
Saudara Umar Taib ni juga sebenarnya ada menulis buku tentang mudah.my yang kita semua boleh baca. Buat masa ni ada dua tajuk buku yang saya tahu.
1. Panduan Bisnes Mudah.MY – Tidak Perlukan Premis, Tidak Perlukan Modal Besar. Sememangnya Mudah [klik sini untuk info lanjut]
2. Buat Duit Dengan Mudah.MY – Panduan Menjana Pendapatan Dengan Mudah.MY [klik sini untuk info buku]
Buku tulisan beliau ni di datangkan dalam format buku fizikal dan juga ebook. Untuk link yang kat atas tu, itu ialah link untuk ebook. Kalau buat perbandingan dari segi harga, ianya berkali ganda lagi murah berbanding versi fizikal.
Jadi, jika anda sememangnya mencari panduan untuk dijadikan rujukan apabila mengiklankan perniagaan anda di portal mudah.my, maka bolehlah baca buku-buku tersebut.
Sewaktu saya masih lagi aktif dengan bisnes dropship dulu, memang jadi satu kewajipan untuk saya post iklan di laman web mudah.my. Setiap hari mesti akan post sekurang-kurangnya satu iklan. Itu minima. Nak tau kenapa?
Jawapannya ada dalam sesi seminar yang saya pernah datang dulu. Dalam seminar tersebut, saudara Umar Taib ada kongsikan beberapa rahsia kejayaan usahawan yang berjaya jana pendapatan sehingga 5 angka hanya dengan beriklan di laman web mudah.my
Jadi kali ini, saya nak kongsikan apa dia petua tersebut (yang saya masih ingat lagi…)
1. Post iklan sebanyak yang mungkin
Hanya bergantung pada satu iklan sahaja, masih belum cukup. Iklan anda mungkin akan ditenggelami oleh lain-lain iklan dari usahawan mudah.my yang lain. Jadi, sebagai langkah yang lebih baik, anda perlu post banyak-banyak iklan.
Jika perlu buatlah lebih dari satu akaun. Jika tak pasti, boleh rujuk kepada panduan yang disediakan oleh pihak mudah.my ataupun tanyakan pada mereka yang memang berpengalaman.
Bukan mudah nak post iklan sebanyak-banyaknya. Ia memerlukan satu bahan penting yang mungkin tak terdapat dalam diri setiap orang. Nak tau apa bahan tersebut?
Bahan tersebut adalah “KERAJINAN”. Kalau anda rajin, In Shaa Allah anda juga boleh dapat banyak sales di mudah.my
Pada hari ini, walaupun saya dah lama tak beriklan menggunakan mudah.my, saya masih lagi iklankan produk dan perkhidmatan yang saya jual secara online. Kali ini, saya lebih banyak gunakan blog.
Formula yang lebih kurang sama yang saya pakai. Post iklan sebanyak-banyak yang mungkin. Mungkin daripada 100 iklan, ada dua atau tiga yang mengena dan berjaya dapat jualan. Kita tak akan tahu, kan? Yang penting kita usaha sahaja.
2. Teknik Copywriting
Ini merujuk kepada teknik penulisan ayat-ayat jualan dalam ruangan description. Ada format dan formula tertentu yang anda mesti ikuti semasa menulis maklumat tentang produk.
Pastikan ianya LENGKAP dan pada masa yang sama, ayat disusun dengan sistematik bagi menggalakkan prospek minat nak teruskan baca dari mula sampai habis sehingga dia rasa produk tersebut patut dibeli sekarang.
Ilmu penulisan ayat jualan, atau ilmu penulisan ayat power ni kita panggil sebagai teknik copywriting. Satu skil yang patut dikuasai oleh semua usahawan yang mengiklankan perniagaan secara online.
3. Pastikan penerangan lengkap dan JELAS
Part ini saya sendiri biasa nampak, ada banyak jurujual yang cukup malas nak buat. Mereka ni sekadar letak gambar kemudian tinggal. Langsung tak ada sebarang penerangan, dan kalau ada penerangan sekalipun, ianya langsung tak lengkap.
Kalau sekadar harap pada gambar, dan ayat “call me for more information” ianya masih tak cukup baik.
4. Strategi ambil gambar produk untuk dijual
Walaupun ramai yang dah tau hakikat ni, namun sayangnya masih ramai lagi yang ambil mudah tentang perihal strategi ambil gambar produk. Anda patut dah tahu, bakal pelanggan tidak dapat lihat keadaan fizikal sebenar produk yang bakal dibeli, sebaliknya mereka hanya bergantung kepada gambar yang anda bekalkan. Itu sahaja.
Katakanlah, anda buat bisnes bakeri hanya dari rumah. Salah satu platform yang anda boleh gunakan untuk tujuan pemasaran ialah laman web mudah.my ini.
Sepatutnya anda gunakan teknik ambil gambar yang terbaik untuk iklankan kek atau lain-lain produk bakeri yang anda jual di mudah.my. Kalau boleh kita nak bila prospek tengok gambar kek yang kita buat tu, dia terus rasa terliur dan nak beli.
Kalau tengok gambar pun dah rasa tak berkenan, anda fikir mereka nak beli? Macam mana cara nak ambil gambar produk ada diterangkan dalam kedua-dua buku yang ditulis oleh saudara Umar Taib. Bacalah.
5. Gunakan nama kedai Pro Niaga sama dengan alamat website
Jadikan mudah.my sebagai pintu masuk ke laman web perniagaan anda. Kita sedia maklum, ada banyak had yang dikenakan oleh pihak mudah.my sepanjang menggunakan portal mereka.
Jumlah gambar yang kita boleh masukkan ada hadnya.
Jumlah perkataan yang boleh kita tulis ada hadnya.
Malahan kita tak dibenarkan untuk watermark dan masukkan link laman web kita dalam iklan.
Jadi, sebagai cara alternatif, kita gunakan nama perniagaan yang sama dengan nama laman web perniagaan kita. Biar prospek kenal kita buat pertama kali di mudah.my. Seterusnya bila dah kenal, baru ajak mereka untuk lihat laman web perniagaan kita pula.
Baiklah, itulah dia 5 tips ringkas yang jika dibuat dengan bersungguh-sungguh, In Shaa Allah dapat bantu anda untuk capai kejayaan di laman web mudah.my
Mungkin ada yang akan persoalkan… “Eleh betul ke teknik ni boleh buat aku berjaya kat mudah.my?”
Saranan saya, buatlah dulu. Bila dah buat sehabis baik, barulah complaint. Kalau cuma complaint tanpa sebarang tindakan, satu-satunya kejayaan yang anda akan capai ialah kejayaan buat complaint. Itu sahaja.
Bolehkah sy belajar cara2 utk masukkan iklan dengan cara scadule dan spam bnyak2 dalam mudah.my
Hmm kalau niat nak spam laman web mudah, setahu saya mudah.my ada sistem untuk halang spam.
Hai boleh sy bertnya boleh ke kita wat iklan dalam mudah lebih dr 1 barang menggunakan 1 akaun,ada bayaran x utk iklan 2