Bagaimana Mengekalkan Motivasi Untuk Terus Bekerja Sebagai Freelancer

Bekerja sebagai seorang freelancer, sebenarnya adalah satu pengalaman yang cukup menarik, yang mungkin tak pernah saya terfikir untuk lalui sebelum ini. Seperti kebanyakkan rakan-rakan yang lain, saya juga pernah bercita-cita untuk bekerja dalam syarikat korporat dan seterusnya membina karier disitu.

 

Kemudian pada satu hari, saya mula merasa bosan dengan rutin harian yang sama, dan seterusnya saya mula beranikan diri untuk menjalankan bisnes saya sendiri. Oleh kerana pada waktu itu saya masih lagi bekerja, jadi saya pilih untuk jalankan bisnes secara online sahaja.

 

Pada masa itu, bisnes online yang agak popular adalah menjual produk fizikal melalui laman web ebay dan juga mudah.my

 

Jika anda baru nak mulakan bisnes online anda pada hari ini, saya syorkan anda gunakan platform ecommerce seperti Shopee. Pada hari ini, platform ecommerce shopee dah mula mendapat perhatian dari pengguna di Malaysia, dan In Shaa Allah dengan teknik dan strategi perniagaan yang betul, anda pasti akan boleh dapat pelanggan.

[sila ke halaman ini untuk panduan bisnes Shopee]

bisnes-shopee

 

Selain menjual produk fizikal secara online, saya juga turut menghasilkan produk digital, terutama sekali ebook dan jual menggunakan laman web yang saya bina sendiri. Apa yang saya suka dengan jual ebook hasil tulisan sendiri ni ialah, kita boleh tetapkan sendiri berapa harganya dan produk yang sama kita boleh jual ulang-ulang kali kepada individu yang berbeza tanpa perlu risau kehabisan stok.

 

Sekarang ini, saya lebih fokus kepada kerja-kerja freelance. Saya dah tak jual sebarang produk fizikal mahupun menghasilkan produk digital saya sendiri. Tak salah kalau saya nak katakan yang saya dah mula rasa selesa dan dah dapat rentak dalam kerja freelance ini.

 

Bekerja dalam bidang freelance ni, kita boleh tetapkan masa kerja sendiri, kita sendiri pilih nak bekerja dengan siapa, dan kalau kita ada banyak kemahiran, kita boleh pilih nak kerja yang bagaimana. Jika pada satu masa nanti, kita rasa kerja tu tak sesuai dengan kita, kita boleh tinggalkan dan buat kerja lain yang kita minat.

 

Namun demikian, bekerja sebagai seorang freelancer bukanlah satu cara mudah untuk buat duit. Seperti lain-lain pekerjaan yang wujud atas muka bumi ni, kerja freelancer ini juga ada cabarannya.

 

Ada kalanya cabaran yang datang itu menyebabkan kita rasa down dan hilang motivasi. Saya kira itu perkara biasa. Namun, dalam bidang ini kita tak boleh biarkan diri kita hilang motivasi terlalu lama, kerana ia akan memberi kesan kepada pendapatan kita.

 

Justeru, saya nak kongsikan beberapa perkara yang saya lakukan, dan yang anda juga boleh lakukan bagi memastikan kita akan sentiasa mempunyai tahap motivasi yang tinggi untuk teruskan bekerja. Jom kita lihat apa dia.

 

(1) Belajar skil baru

Setiap hari, jika kita asyik melakukan perkara dan kerja yang sama, kita akan tetap mendapat hasil yang sama. Melakukan perkara yang sama berulangkali sambil mengharapkan hasil yang berbeza, adalah satu kerja gila.

 

Berita baiknya ialah, bila kita kerja dalam bidang freelancing ini, kita boleh belajar seberapa banyak skil yang kita mahukan. Cuma kita kenalah pandai memilih, apa skil yang kita nak pelajari tu. Sebaik-baiknya, biarlah skil yang kita nak pelajari tu berkait rapat dengan bidang yang kita pilih.

 

Senang cerita, dengan adanya skil tersebut, kita boleh kata dekat bakal pelanggan kita, yang kita adalah pilihan yang terbaik sebabnya kita mempunyai macam-macam skil yang berguna yang boleh bantu pelanggan mendapat hasil yang terbaik.

 

Bila kita ada macam-macam skil, kita juga boleh kenakan kadar caj yang tinggi berbanding freelancer lain yang sama bidang dengan kita.

akaun-bank-bisnes

(2) Sentiasa berkenalan dengan orang baru dan luaskan rangkaian

Kehidupan sebagai seorang freelancer ni, kadang-kadang kita sibuk dek kerana tawaran kerja yang banyak. Kadang-kadang dalam sebulan, kita langsung tak dapat sebarang job.

 

Jika pendapatan kita bergantung sepenuhnya kepada berapa banyak tawaran kerja yang boleh kita perolehi, maka jika pada bulan tertentu, kita berada dalam keadaan kekurangan kerja, ini bakal memberi kesan kepada kehidupan kita pada bulan tersebut.

 

Bagi memastikan jadual kita sentiasa penuh dengan kerja, (dan poket kita penuh dengan bayaran upah) maka kita perlu selalu buat kerja pemasaran. Adakalanya, buat marketing sahaja tak mencukupi. Kita perlu cari masa untuk bina rangkaian dengan orang lain, dan berkenal-kenalan kerana dari situ, kita juga boleh dapat peluang kerja.

 

Manalah tahu dalam ramai-ramai kenalan anda nanti, ada seorang dua yang sebenarnya sedang mencari pekerja, tapi tak cukup bajet untuk hire full time worker. Jika dia tau anda boleh bekerja secara freelance, anda mungkin akan jadi pilihan utama.

 

(3) Wujudkan suasana kerja yang kondusif

Apa yang membezakan antara kerja di pejabat dengan kerja di rumah, adalah dari segi suasana dan persekitaran tempat kerja. Jika dipejabat, susun atur memang telah dibuat bagi membantu kita fokus dengan kerja yang perlu diselesaikan.

 

Berbeza dengan bekerja sendiri dari rumah, atau dari mana-mana tempat yang kita pilih untuk bekerja. Saya ambil contoh kalau bekerja dari rumah. Kita sebenarnya lebih mudah terganggu dan fokus kita mudah teralih kepada benda-benda yang tak berapa penting, misalnya gangguan dari televisyen, radio, rasa nak mengemas rumah, memasak, dan banyak lagi gangguan.

 

Justeru, apabila kita berhasrat untuk mengekalkan momentum dan motivasi kerja, kita perlu wujudkan satu persekitaran yang betul-betul sesuai dan yang dapat bantu kita fokus untuk bekerja. Jika tak dapat wujudkan bilik khas sebagai pejabar, cukuplah bermula dengan sudut khas untuk dijadikan tempat bekerja.

 

(4) Hasilkan jadual dan rutin kerja

Jadual kerja yang kita hasilkan sepatutnya mengambil kira rutin harian kita. Jika pada setiap hari, anda perlu hantar anak ke sekolah, atau isteri ke tempat kerja, perkara-perkara seperti ini perlu diambil kira dalam membina jadual kerja.

 

Satu lagi kelebihan bekerja sebagai seorang freelancer, jadual kerja kita lebih fleksibel dan kita boleh susun ikut kesesuaian kita. Cuma perlu dipastikan, kita tetap bekerja dalam jumlah masa yang munasabah setiap hari bagi mendapatkan pendapatan yang dihajatkan.

(5) Pegang pada konsep Work-Life Balance

Keseimbangan itu sangat penting. Jika kita terlalu banyak habiskan masa untuk bekerja, kita akan kurang masa dengan kehidupan kita. Saya percaya, anda juga ada orang yang tersayang. Janganlah sampai anda abaikan mereka disebabkan anda terlalu sibuk dengan kerja.

 

Perkara-perkara seperti ini ada potensi untuk menyebabkan anda rasa stress dan hilang motivasi untuk bekerja. Anda mungkin merasakan yang anda telah melakukan perkara yang betul kerana fokus untuk bekerja dan cari pendapatan untuk yang tersayang, sebaliknya mereka ada idea dan pendapat yang berbeza.

 

Mereka akan anggap anda lebih sayangkan kerja anda dari mereka. Apabila anda utamakan kerja, keluarga anda mula beri tekanan kepada anda. Sebaliknya, jika anda terlalu lama luangkan masa untuk keluarga, anda mungkin jadi tertekan kerana banyak kerja yang belum siap.

 

Jadi kata kuncinya ialah, kena pandai bahagi masa supaya mencapai keseimbangan, antara kerja dengan kehidupan.

 

(6) Berpakaian cara orang yang hendak bekerja

Memang betul, bila kita bekerja sebagai freelancer ni, ada ketikanya etika pemakaian bukanlah satu isu yang perlu kita bimbangkan. Asalkan kerja yang ditugaskan kepada kita boleh disiapkan, itu dah cukup.

 

Namun begitu, cara kita berpakaian juga sebenarnya akan beri impak kepada momentum kerja kita. Walaupun kita tak perlu ikut sebarang dress code, namun sebaik-baiknya sentiasa berpakaian kemas apabila nak bekerja. Kita tidak tahu, mungkin pada bila-bila masa, akan ada pelanggan kita yang mahu berkomunikasi melalui panggilan video.

 

Jadi kalau kita berpakaian kemas setiap masa, kita tak perlu risau untuk menerima panggilan sedemikian.

 

(7) Pecahkan kerja yang perlu dilakukan kepada tugas-tugas kecil

Walaupun sebelum ini, saya ada sebut yang bekerja sebagai freelancer ini, kita boleh pilih nak kerja apa dan nak kerja untuk siapa, namun adakalanya kita tak mempunyai banyak pilihan selain terima sahaja tawaran kerja yang ada. Kalau kita tak terima tawaran kerja tu, alamatnya bulan itu kita akan kurang pendapatan.

 

Dari pengalaman saya sendiri, kalau sesuatu kerja itu terlalu senang, kita akan jadi boring untuk buat kerja tersebut. Sebaliknya, kalau kerja terlalu sukar atau agak sukar, kita akan jadi kurang semangat untuk buat kerja tersebut. Lebih-lebih lagi kalau upahnya tak setara dengan beban kerja yang perlu digalas.

 

Sebenarnya ada cara, macam mana nak jadikan kerja yang nampak susah tu jadi lebih mudah. Sebelum nak mulakan kerja tersebut, cuba pecah-pecahkan tugasan yang nampak besar itu kepada tugasan yang lebih kecil. Kemudian kita cuba siapkan sedikit demi sedikit. Sampai satu masa, anda akan dapati kerja yang nampak begitu sukar itu pun berjaya kita siapkan tanpa sebarang masalah.

 

Sebaliknya, kalau kita tak pecah-pecahkan tugasan tersebut, kita cenderung untuk rasa stress apabila nak siapkan kerja tersebut.

 

(8) Cuba cari masa untuk buat kerja luar

Tempat terbaik untuk bekerja, mungkin adalah dirumah kita sendiri atau dipejabat atau ruang kerja yang kita telah sediakan.

 

Namun, terlalu lama bekerja disatu persekitaran, akan buatkan kita rasa jemu. Sesekali, cuba ubah perspektif dan persekitaran kerja. Manfaatkan kelebihan yang ada pada kita, iaitu fleksibiliti untuk bekerja dimana-mana sahaja.

buat-duit-di-internet

Mungkin anda boleh pertimbangkan untuk bekerja sambil mengadap laut, atau bekerja dikawasan pergunungan, dan mungkin kerja ditempat kawasan ladang. Semua ini akan memberi anda pengalaman dan perspektif yang baru dalam menyiapkan kerja-kerja anda.

 

Ini merupakan beberapa cara yang anda juga boleh praktikkan bagi mengekalkan momentum dan motivasi anda untuk terus bekerja dalam bidang freelancing.

 

 

 

 

, ,

No comments yet.

Leave a Reply

5 − three =

Powered by WordPress. Designed by Woo Themes