Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

May 17, 2019 by Sabree Hussin Leave a Comment

Kemahiran asas untuk mereka yang ingin menjadi seorang freelancer

Macam mana sebenarnya kehidupan sebagai seorang freelancer?

 

Saya nak berkongsi cerita berdasarkan kepada pengalaman saya sendiri bekerja sebagai seorang freelancer. Sebenarnya sebelum saya bekerja secara freelance, atau menjadi pekerja bebas ini, saya juga pernah bekerja dengan majikan di sebuah syarikat di Kuala Lumpur.

 

 

Kemudian saya berhenti kerja, dan mulakan bisnes kedai runcit saya sendiri. Setelah pengurusan kedai runcit saya serahkan kepada orang lain, saya mula serius buat kerja-kerja secara freelance.

 

Sampailah ke hari ini.

 

Kalau dalam bahasa mudahnya, saya ini bekerja sendiri. Andai kita rujuk kepada buku-buku yang ditulis oleh Robert T Kiyosaki, saya ini dikira berada dalam kuadran Self Employed.

robert-kiyosaki

Siapa yang minat baca buku-buku tentang kewangan, mungkin pernah baca buku tulisan beliau.

 

Kerja sebagai freelancer atau freelance ni, lebih kurang samalah macam orang kampung yang kerja sendiri. Bila kita tanya, awk kerja apa? Dia akan kata buat kerja-kerja kampung.

 

Lebih kurang sama je la…

 

Cuma sekarang ini, istilah kerja freelance ni lebih banyak dirujuk kepada kerja-kerja yang melibatkan kerja-kerja yang agak moden, misalnya seperti model, pelakon tambahan, penulis skrip, penulis, pereka grafik dan sebagainya.

 

Tak apalah, saya tak nak sentuh dan bincangkan dengan begitu mendalam tentang konsep kerja freelance ni, sebabnya saya bukannya nak hasilkan penulisan akademik atau jurnal. Jadi saya tulis sekadar untuk memberikan anda sedikit kefahaman sahaja.

 

Saya berpendapat, semua orang boleh jadi seorang freelancer. Asalkan anda memiliki skil yang diperlukan oleh majikan atau mana-mana pemilik perniagaan, anda boleh mula tawarkan perkhidmatan dan bekerja secara bebas.

 

Kelebihannya ialah, anda tak perlu nak bekerja secara part time dalam satu jadual yang tetap. Bila anda rasa ada keperluan untuk buat kerja secara freelance, waktu tu barulah anda dapatkan job yang sesuai dengan kemahiran yang anda ada.

 

Untuk jadi seorang freelancer, saya ingin kongsikan antara basic skill yang anda perlu kuasai untuk survive dalam bidang ini. Ini merupakan perkara asas yang anda perlu kuasai.

 

In Shaa Allah kalau boleh faham apa yang saya kongsikan disini, dan anda juga boleh ikut nasihat disini, anda juga boleh bertahan lama dalam bidang ini.

 

(1) Skil berkaitan dengan bidang kerja

Pertama sekali, anda kena kuasai semua skil yang berkaitan dengan bidang kerja anda. Ya, SEMUA. Bukan sekadar perlu tahu, sebaliknya kena kuasai.

 

Tanggungjawab untuk tingkatkan kemahiran diri sepenuhnya terletak pada diri anda. Terpulang pada anda, sama ada nak belajar sendiri melalui pengalaman, belajar melalui panduan ataupun sertai kelas-kelas tertentu untuk kuasai kemahiran.

 

Anda akan dilihat dan dinilai sebagai seorang freelancer yang pakar dan layak menerima bayaran yang tinggi sekiranya anda mempunyai banyak kemahiran yang relevan dengan bidang anda. Konsep dia lebih kurang sama macam kita bekerja dengan orang.

 

Bila kita dah lama kerja, kita dah kuasai banyak kemahiran, waktu tu bidang kerja kita makin luas dan selalunya akan ada kenaikkan gaji.

 

(2) Skil menjual

Apabila anda sudah menguasai semua skil yang berkaitan dengan bidang kerja anda, seterusnya anda perlu tahu macam mana nak jual perkhidmatan tersebut.

 

Kerja freelance ni sedikit sebanyak kita perlu ada kemahiran menjual. Salah satu buku yang saya boleh cadangkan untuk anda cari berkaitan dengan menjual adalah buku tulisan Brian Tracy yang berjudul The Psychology of Selling – Psikologi Menjual.

 

Dalam tu sudah cukup banyak informasi yang boleh membuka minda dan menjadikan anda seorang yang berkeyakinan untuk menjadi seorang jurujual.

 

Bila bercakap tentang skil menjual ini, saya nak syorkan selain anda fokus untuk jual perkhidmatan yang anda tawarkan, anda cuba juga belajar untuk jual barang-barang lain yang tak mengganggu masa kerja anda.

 

Rasionalnya begini. Kadang-kadang ada masa dimana kita tak dapat job. Pada waktu tu pendapatan kita akan jatuh sampai ke tahap tak ada langsung.

 

Sebaliknya kalau kita ada back up daripada pendapatan hasil buat kerja-kerja jualan, setidak-tidaknya pendapatan kita tak terputus terus. Andai kata situasi lebih baik, yang mana anda berjaya dapat pendapatan dari kedua-dua sumber, itu juga lagi bagus.

 

Pertimbangkan untuk menjual menggunakan platform shopee.

bisnes-shopee-online

Konsep menjual di Shopee lebih kepada buat listing iklan dan tinggal. Kalau ada orang minat nak beli dan dah buat tempahan, baru uruskan. Rasa minat nak ketahui dengan lebih lanjut? Download panduan bisnes Shopee disini.

 

(3) Skil pengurusan masa

Berapa banyak job yang anda patut terima dalam satu-satu masa bertitik tolak daripada skil ini. Kalau anda bijak dalam mengurus masa, maka anda boleh terima banyak job dalam satu masa.

 

Berapa banyak job? Mungkin dalam seminggu anda boleh siapkan 4 job. Sebaliknya kalau pengurusan masa anda out, sebulan satu job pun mungkin agak susah nak disiapkan.

 

Pada tahap ini, anda perlu mempunyai standard operating procedure supaya kerja-kerja anda lebih tersusun dan boleh disiapkan mengikut masa yang disasarkan.

 

(4) Skil berkaitan manusia

Skil berkaitan dengan manusia ni penting, apabila kita mengharapkan untuk sentiasa dapat job baru dan juga job berulang dari pelanggan yang sama. Sebenarnya untuk dapatkan tempahan berulang dari pelanggan atau klien yang pernah dapatkan servis kita adalah lebih mudah, kalau nak bandingkan dengan sentiasa kena cari pelanggan baru.

 

Salah satu penanda aras untuk kita nilai diri sendiri, sama ada servis yang kita berikan itu bagus atau tidak adalah dengan adanya repeat order. Kalau pelanggan sebelum ini berpuas hati dengan perkhidmatan yang kita berikan, sudah tentu dia akan datang semula untuk berikan kita tugasan yang baru.

promosi-homestay-guna-website

(5) Belajar skil baru yang boleh menaikkan mutu kerja

Perkara ini pun anda perlu ambil serius. Ketika baru bermula menawarkan perkhidmatan sebagai seorang freelancer, anda mungkin tawarkan perkhidmatan anda dengan kadar upah RM50 untuk satu kerja.

 

Persoalannya ialah, macam mana nak naikkan kadar upah dari RM50 kepada RM100? Kalau anda masih lagi buat kerja cara yang sama, dengan kualiti yang sama, pasti klien akan mempertikaikan kadar harga yang baru.

 

Sebaliknya kalau anda boleh justify kenapa perlu ada kenaikkan harga, iaitu disebabkan ada banyak nilai tambah disitu, maka tak menjadi masalah untuk anda naikkan harga. At least ia sepadan dengan mutu dan kualiti kerja yang anda tawarkan.

 

Sebagai contoh, jika anda ingin menjadi seorang penulis blog, anda kuasai juga kemahiran ambil gambar, merakam dan mengambil video, mereka grafik, membina laman web dan sebagainya.

 

Baiklah ini secara ringkas, perkongsian saya tentang tips survival jika ingin jadi seorang freelancer. Semoga bermanfaat kepada anda.

 

 

Baca juga artikel:

  • Bagaimana Mengekalkan Motivasi Untuk Terus Bekerja Sebagai FreelancerBagaimana Mengekalkan Motivasi Untuk Terus Bekerja Sebagai Freelancer
  • Bagaimana cara buat duit dari rumah dengan UBERBagaimana cara buat duit dari rumah dengan UBER
  • Pernah tak anda rasa excited nak bina dan lancarkan laman web baru?Pernah tak anda rasa excited nak bina dan lancarkan laman web baru?
  • Minuman Mocca jadi lebih lazat dengan Milk FrotherMinuman Mocca jadi lebih lazat dengan Milk Frother
  • Cara nak tingkatkan jualan tanpa modal dengan Mudah.myCara nak tingkatkan jualan tanpa modal dengan Mudah.my
  • Buat duit online MUDAH bersama TrivagoBuat duit online MUDAH bersama Trivago
  • Kertas kerja perniagaan dan 33 contoh kertas kerja pelan perancangan perniagaanKertas kerja perniagaan dan 33 contoh kertas kerja pelan perancangan perniagaan
  • Program erezeki dan program latihan bekerja dari rumahProgram erezeki dan program latihan bekerja dari rumah
  • Halal atau Haram pendapatan yang kita perolehi setiap bulan?Halal atau Haram pendapatan yang kita perolehi setiap bulan?
  • Alternatif bagi sistem buat duit secara automatik menggunakan Vending MachineAlternatif bagi sistem buat duit secara automatik menggunakan Vending Machine

Filed Under: Kehidupan Freelancer Tagged With: cara jadi freelance, kemahiran freelance, kerja freelance

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

18 − 17 =

Top Posts & Pages

  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
    Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
  • 2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
    2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Boleh percaya ke kalau beli barang dari laman web mudah.my?
    Boleh percaya ke kalau beli barang dari laman web mudah.my?
  • Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
    Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
  • Harga cermin mata bagi masalah silau
    Harga cermin mata bagi masalah silau
  • Kerja part time sesuai untuk pelajar dengan bayaran RM5 untuk satu jam bekerja
    Kerja part time sesuai untuk pelajar dengan bayaran RM5 untuk satu jam bekerja
  • Kenapa perlu ada Rancangan Perniagaan (Business Plan) sebelum memulakan sebarang perniagaan
    Kenapa perlu ada Rancangan Perniagaan (Business Plan) sebelum memulakan sebarang perniagaan

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Uncategorized

Copyright © 2021 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut