Menulis di blog sebagai kerja part time semasa zaman belajar di universiti

Semasa zaman saya masih belajar dulu, satu-satunya kerja part time yang saya buat pada ketika itu ialah menulis di blog.

 

Saya pilih untuk buat kerja ini, sebab ia tak mengganggu masa saya untuk belajar dan sertai aktiviti semasa belajar di universiti. Biasalah, rutin harian apabila belajar di universiti ini.

 

Waktu pagi sibuk dengan kelas dan kuliah. Waktu petang pun masih belum habis kelas. Waktu malam ada aktiviti di kolej kediaman, dan bagi yang berminat, boleh sertai barisan kepemimpinan di universiti. Ada barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan ada Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK).

jadi-pemimpin-yang-baik

Kedua-duanya dapat memberi pendedahan dan pengalaman yang berharga kepada seseorang pelajar. Bila terlibat dengan aktiviti seperti ini, maka masa yang ada tidaklah hanya dihabiskan untuk ke kuliah, dewan makan dan kamar tidur semata-mata.

 

Manalah tahu, nanti lepas tamat pengajian di peringkat universiti, ada yang berminat nak kembangkan kemahiran dan pengalaman yang ada dalam bidang politik pula. Latihan yang dilalui semasa zaman di universiti bakal jadi aset yang berguna.

 

Kehidupan sebagai seorang pelajar memang mencabar. Seperti kehidupan orang dewasa, kita juga perlukan duit. Sama ada bagi tujuan akademik, bukan akademik termasuk juga hiburan.

 

 

Lazimnya, sumber kewangan yang kita ada, adalah datangnya dari pinjaman pendidikan dan juga duit poket yang diberikan oleh keluarga.

 

Bagi pelajar yang datang dari keluarga yang berada, duit poket sahaja dah cukup untuk hidup senang. Boleh bayar sewa rumah, makan ditempat yang baik, dan boleh berhibur bersama kawan-kawan.

 

Sesetengah pelajar, terpaksa buat kerja part time kalau nak ada duit poket lebih.

cari-kerja-kosong-online

Anda boleh ke laman web ini untuk cari senarai kerja part time yang berada berdekatan dengan anda.

 

Gunakan fungsi carian yang disediakan, dan taip part time. Nanti akan keluar macam-macam kerja part time yang anda boleh mohon.

 

Sekarang ni kalau nak cari kerja part time tak susah. Guna sahaja laman web carian kerja yang saya cadangkan tu. Tak perlu lagi bersusah payah nak pergi ke satu premis perniagaan ke satu premis perniagaan, untuk tanya sama ada dekat situ ada kerja part time atau tidak.

 

Sejak dari zaman belajar lagi, saya dah mula menulis di blog.

bekerja-dari-rumah-bina-blog

Dan saya teruskan tradisi tersebut sampai sekarang. Saya mula menulis di blog dari tahun 2009 lagi. Mula-mula, saya tulis sekadar untuk mencuba.

 

Terpengaruh dengan kejayaan penulis blog luar negara, yang mampu meraih pendapatan hanya dengan menjadi penulis blog, akhirnya saya ikut jejak langkah mereka.

 

Bermula dari sekadar nak cuba-cuba, satu hari, saya berjaya buktikan yang menulis blog boleh buat duit. Bila apa yang kita buat tu, ternyata boleh berikan hasil, nak tunggu apa lagi?

 

Buat all out.

 

Berikan hasil penulisan yang terbaik. Tak perlu peduli apa orang nak kata, sebab apa yang penting, kita tahu apa yang kita buat. Jalan terus dan tak payah toleh belakang.

 

Saya masih ingat lagi, waktu tu, pernah terlintas dekat fikiran saya. Kalau satu hari nanti, lepas habis belajar, ditakdirkan saya akan kehilangan kerja, saya nak yang saya masih boleh hidup dengan selesa, hasil daripada pendapatan yang dihasilkan oleh blog saya.

 

Itu yang berlaku sekarang ini.

 

Blog saya adalah punca pendapatan saya. Mula-mula menulis di blog, memang tak berapa jelas, kemana hala tuju blog-blog saya ni. Tapi selepas beberapa tahun menulis, saya mula nampak perjalanan saya melalui blog yang saya ada.

 

 

Zaman saya tu, bukan zaman media sosial.

 

Pada waktu tu, tak ada lagi istilah twitfemes, instafamous dan sebagainya. Apa yang ada adalah blogger.

 

Tapi kan, saya rasa bagus juga bila jadi penulis blog ini. Pertama, ia melatih diri kita untuk kuasai skil menaip di laptop dengan pantas dengan kesalahan ejaan yang paling minima.

 

Sekarang ni, kalau saya tak tengok keyboard pun, saya masih boleh menulis dengan agak laju.

 

Kedua, bila jadi blogger ini, ia memaksa saya untuk jadi seorang yang peka dengan isu semasa dan kena banyak membaca. Bukan boleh main tulis hentam keromo. Lagi satu, saya bukan jenis yang menyorok disebalik laman web tidak bernama.

 

Saya gunakan nama saya sendiri dalam penulisan dan nama pada blog. Apa yang saya tulis, itulah diri saya. Jadi tak kan saya nak tulis hal yang bukan-bukan. Nak tulis tentang politik mahupun selebriti pun saya kena fikir banyak kali.

 

Ketiga, menjadi seorang blogger akan dapat melatih kita untuk jadi seorang business minded. Cuba bayangkan, blog kita ini adalah sebuah syarikat penerbitan. Kita nak hasilkan majalah online, yang dapat bersaing dengan majalah yang sedia ada di pasaran.

 

Ya, kita mungkin tak akan menang dalam persaingan tersebut, sebabnya majalah ini biasanya ada banyak penulis dan ada sistem kerja yang baik, dan blog dikendalikan oleh orang perseorangan. Tapi itu bukan isu dan alasannya.

 

Kita ambil semangat untuk hasilkan satu karya atau hasil kerja yang mempunyai nilai, sama ada dari segi nilai ilmiah mahupun nilai komersial.

 

Penulisan yang ada nilai ilmiah dapat bantu pembaca selesaikan masalah dan merungkai persoalan yang bermain dalam fikiran mereka.

Penulisan yang ada nilai komersial dapat bantu usahawan, termasuk diri pemilik blog itu sendiri, untuk mendapatkan jualan bagi produk mahupun servis yang dipromosikan.

 

 

Kerja part time menulis blog

Adakah menulis blog boleh dikategorikan sebagai salah satu kerja part time yang sesuai untuk golongan pelajar?

 

Saya berpendapat, jawapannya memang boleh. Orang yang nak buat blog, dan sanggup beri komitmen untuk blognya, adalah orang yang berpandangan jauh.

 

Dia bukan sekadar nak buat duit untuk masa terdekat. Bukan sekadar mengejar fast money. Sebaliknya, dia mahukan satu sumber pendapatan yang tak akan putus, dan setia memenuhkan akaun banknya sampai bila-bila. Selagi mana blog miliknya masih lagi beroperasi.

 

Kalau anda, sebagai seorang pelajar yang nak buat duit melalui blog, tapi pada masa yang sama, blog tersebut masih gagal menjana sebarang pendapatan, anggap sahaja usaha anda pada hari ini, adalah untuk masa depan.

 

Maklum sajalah, kita tak tau apa yang bakal terjadi di masa depan kan.

 

Bagi yang perempuan, mungkin lepas habis belajar nanti, kerja tak sampai setahun terus berumahtangga. Dapat anak dan tak boleh bekerja, sebab nak jaga anak. Pada masa ini, sambil jaga anak, anda boleh fokus pada blog.

 

Saya kenal ramai blogger wanita yang merupakan suri rumah sepenuh masa, jaga anak, jaga rumahtangga, tapi mampu raih ribuan ringgit setiap bulan hanya dari blog sahaja.

 

Blogger wanita ini, menulis macam-macam perkara dalam blognya. Dari hal-hal penjagaan kesihatan, kecantikan, tips parenting, travel dan sebagainya.

 

Blogger macam ni, memang dicari-cari oleh pengiklan. Sebab tu, walaupun menjadi seorang stay at home mom, dia masih mendapat tawaran job dari pelbagai syarikat untuk mengiklankan produk syarikat.

 

Itu kita cerita bab blogger wanita.

 

 

Ala… yang lelaki pun tak terkecuali. Perkara yang tak bernasib baik dan ujian juga boleh berlaku pada kita. Jadi apa salahnya bersiap sedia. At least, bila kita ada blog, dan kita usaha sampai blog kita tu jadi money making machine, kita boleh jadikan blog kita tu sebagai duit pencen untuk tanggungan kita.

 

Especially untuk saudara-saudara lelaki saya yang tak begitu berada tu. Kerja pun biasa-biasa. Nak kumpul harta tu, memang jauh sekali. Tapi In Shaa Allah, kalau anda ada blog, blog anda tu pula mampu untuk hasilkan pendapatan, kalau ditakdirkan anda pergi lebih awal, insan tersayang yang ditinggalkan masih tetap akan dapat manfaat dari blog anda.

 

Dari pengalaman saya sendiri, saya lihat blog ini, even kalau kita dah tak update, ia masih akan terus memberi pendapatan kepada pemiliknya. Lebih-lebih lagi melalui program affiliate dan juga program pengiklanan.

 

Itulah dia, kelebihan yang ada pada blog. Mula-mula anggaplah rutin harian untuk kemaskini dan menulis di blog sebagai satu kerja part time. In Shaa Allah, satu hari nanti, anda juga akan dapat income full time melalui blog anda, walaupun pada waktu tu, anda dah tak buat apa-apa.

 

 

, , ,

No comments yet.

Leave a Reply

seventeen + 15 =

Powered by WordPress. Designed by Woo Themes