Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

April 24, 2014 by Sabree Hussin Leave a Comment

Nak Fokus Pada Affiliate atau Dropship?

Program Affiliate atau Program Dropship. Mana satu yang anda nak pilih jika diberi pilihan antara dua?

 

Kedua-dua program ini konsepnya hampir sama. Walaupun bukan seratus peratus sama, namun bila kita perhalusi, terdapat beberapa point yang menjadikan ianya hampir sama.

 

Misalnya, kedua-dua ini biasa dipromosikan sebagai satu program buat duit yang boleh dijalankan tanpa modal langsung.

 

Usahawan yang menjalankan perniagaan secara dalam talian, boleh menawarkan peluang buat duit kepada orang ramai melalui dua program ini. Ini sekaligus membuka peluang dan ruang untuk orang biasa macam saya, untuk jana pendapatan tambahan.

 

Dari sudut pandang seorang usahawan, apabila dia tawarkan program seumpama ini, dia sebenarnya membuka peluang kepada pelanggan setia, terutama sekali yang sangat berpuas hati dengan produk yang dihasilkan untuk terlibat secara aktif membantu mempromosikan produk keluaran syarikatnya.

 

Bila buat kerja promosi tu pula, bukannya promosi saja-saja. Sebaliknya usahawan itu tadi akan memberi ganjaran dalam bentuk wang ringgit apabila berlaku jualan.

bisnes-dropship-dari-china

Cuba bayangkan, sebagai usahawan, anda memiliki banyak pelanggan yang berpuas hati dengan produk keluaran syarikat anda. Kemudian pelanggan ini semua pula menjadi ejen bagi perniagaan anda, sama ada sebagai ejen affiliate mahupun ejen dropship, dan mereka bantu promosikan perniagaan anda secara percuma.

 

Anda hanya perlu bayar upah mereka kalau berlaku jualan.

 

Dari sini, anda telah berjaya jimatkan banyak duit, dan tak perlu susah payah nak dapatkan pekerja yang akan bekerja sebagai eksekutif pemasaran bagi syarikat anda. Bukan itu sahaja, disebabkan anda ada ramai ejen, anda juga tak perlu pening-pening kepala nak keluar duit bagi tujuan membuat iklan berbayar.

 

Semua ini ejen-ejen anda akan uruskan.

 

Bagi saya, saya lebih suka buat duit dengan program affiliates.

 

Pada saya, buat duit dengan affiliates ini mudah. Ada dua kaedah pemasaran yang saya lebih gemar gunakan dan kaedah yang saya maksudkan adalah pemasaran menerusi Emel dan blog. Hanya perlu tulis serba sedikit review mengenai sesuatu produk, dah cukup.

 

Setelah siap menulis review tentang sesuatu produk, saya akan emelkan review tersebut kepada senarai emel yang saya miliki. Saya menggunakan sistem autoresponder dari emelmatik bagi tujuan pemasaran melalui emel.

 

Jika ada pembelian daripada kalangan penerima emel saya, saya akan dapat komisen. Kaedah pemasaran emel seperti ini sebenarnya ada sedikit kelemahan, yang mana saya perlu akui bukan semua orang suka untuk baca emel, terutama sekali emel berbentuk promosi dan jual barang.

 

Justeru, untuk tak mensia-siakan penulisan sesuatu review yang telah saya hasilkan dengan susah payahnya, saya juga akan terbitkan review tersebut dalam blog saya.

 

Pembaca blog saya adalah terdiri daripada pelbagai kategori. Apa yang saya boleh katakan, pembaca blog saya adalah daripada golongan

  1. Kenalan saya di media sosial
  2. Subscriber emel saya
  3. Pelawat yang datang dari enjin carian bagi kata kunci tertentu

 

Daripada tiga golongan yang saya highlight, saya dapati pelawat yang datang kerana tertarik dengan kata kunci tertentu adalah jenis pembaca yang mempunyai kebarangkalian yang begitu tinggi untuk jadi pembeli… lantas menyumbangkan komisen affiliate kepada saya.

 

Jika ada berlaku pembelian menerusi link affiliate saya, maka saya akan dapat komisyen. Kebiasaannya, selagi mana artikel dalam blog saya masih lagi menerima pelawat baru, maka selagi itu peluang untuk saya buat duit dari artikel tersebut tetap terbuka.

 

Ringkas dan mudah bukan kaedah yang saya gunakan ini?

 

Saya juga suka jadi pengendali program affiliates. Alhamdulilah, dah beberapa kali saya jadi pengendali program affiliates.

 

Rasa seronok tu hadir apabila lihat ada ramai agen yang mendaftar untuk mempromosikan produk-produk yang saya hasilkan. Perasaan seronok itu makin bertambah apabila ada agen saya yang berjaya hasilkan jualan.

 

Syukur, sebabnya dapat berbakti kepada pembeli produk saya. Moga-moga pembeli tersebut dapat beroleh manfaat daripada apa yang dibeli, manakala kepada agen, saya seronok sebab dapat jadi asbab untuk turunnya rezeki kepada mereka.

 

Ya, mungkin mereka tak akan jadi kaya sebab dapat komisen dari saya, tapi setidak-tidaknya ada la juga hasil.

 

Tahun lepas saya aktif buat dropship.

teknik-dropship-dalam-bisnes

Best tu memang la best bila buat dropship, cuma jika nak banding dengan affiliate, buat dropship ni banyak kerja dia. Kalau kita lihat dari segi konsep, dalam program affiliate peranan kita sebagai ejen hanya perlu perkenalkan dan bawa pelanggan untuk lihat produk sahaja.

 

Dalam bahasa mudahnya ialah, tugas kita sebagai ejen affiliate hanya tarik trafik semata-mata. Itu dah cukup.

Sebaliknya, dalam program dropship, kita bukan sahaja perlu cari trafik, malahan pada masa yang sama kita juga perlu bertanggungjawab mengenai kerja-kerja sokongan (support) setelah jualan terhasil.

 

Kita kena pastikan yang pelanggan ini benar-benar puas hati dengan produk yang kita promosikan dan kita juga perlu pastikan produk yang sampai ke tangan pelanggan kita tu betul-betul memuaskan hati.

 

Sebenarnya kalau nak bandingkan, antara dropship dengan affiliate ini, memang ada banyak yang boleh diperkatakan. In Shaa Allah jika ada kesempatan saya akan tulis lagi mengenai topik ini dalam posting yang akan datang.

 

Apapun, dropship mahupun affiliates, dua-dua boleh buat duit.

 

Dua-dua boleh diusahakan untuk tambah pendapatan dan tingkatkan ekonomi keluarga.

 

Kemudian, segalanya terpulang pada kita, nak buat atau tidak.

 

Soal mana satu yang lagi untung… sama ada dropship atau affiliates, anda boleh baca catatan ringkas saya di artikel: Mana lagi untung? Dropship atau affiliates.

 

Artikel tu saya tulis mengikut perspektif saya sepanjang saya melibatkan diri dalam kedua-dua model bisnes tersebut.

 

Dah tentu ada cerita gembira dan kisah duka.

 

Setengah orang, mereka mampu nak buat dropship dan affiliate serentak.

 

Setengah orang dia kena fokus hanya satu program dalam satu masa.

 

Mana-manalah. Buat ikut kesesuaian dan keselesaan. Yang penting ada hasil.

 

Apalah gunanya buat banyak-banyak, kalau akhirnya hasil apa pun tarak… hhe gurau 🙂

 

Apapun, andaikata anda berniat nak cuba sertai program dropship, mungkin saya boleh syorkan untuk anda sertai program dropship yang dianjurkan oleh syarikat Bookcafe.

Anda boleh buat pendaftaran disini.

Melalui program dropship ini, anda boleh promosikan beribu-ribu tajuk buku yang berbeza.

 

Saya pernah tulis mengenai peluang buat duit sebagai usahawan buku disini sebelum ini. Apa kata anda baca dulu perkongsian tersebut, dan andai kata anda berminat nak cuba bidang ini, bolehlah buat pendaftaran.

 

Saya doakan semoga anda berjaya.

 

 

 

Baca juga artikel:

  • Adakah anda benar-benar boleh buat duit dengan Pemasaran Affiliate?Adakah anda benar-benar boleh buat duit dengan Pemasaran Affiliate?
  • Jana Pendapatan Pasif melalui Program AffiliateJana Pendapatan Pasif melalui Program Affiliate
  • Bukti bayaran komisen dari Involve Asia bagi bulan Julai 2017Bukti bayaran komisen dari Involve Asia bagi bulan Julai 2017
  • Denda maksimum RM10 ribu jika merokok di tempat awam!Denda maksimum RM10 ribu jika merokok di tempat awam!
  • Cara buat duit dengan Instagram – Pengenalan kepada Portal Iklan IGCara buat duit dengan Instagram – Pengenalan kepada Portal Iklan IG
  • Merdeka! Merdeka! Sale dari Lazada menawarkan potongan harga sehingga 80%Merdeka! Merdeka! Sale dari Lazada menawarkan potongan harga sehingga 80%
  • Sales bersama Lazada sepanjang bulan Januari 2016Sales bersama Lazada sepanjang bulan Januari 2016
  • Kali Pertama Mempromosikan Produk Lelaki: QlimaxKali Pertama Mempromosikan Produk Lelaki: Qlimax
  • Hadiah apa yang sesuai untuk kanak-kanak umur tiga tahun?Hadiah apa yang sesuai untuk kanak-kanak umur tiga tahun?
  • Kenapa saya pilih untuk guna Sistem Autoresponder EmelmatikKenapa saya pilih untuk guna Sistem Autoresponder Emelmatik

Filed Under: Pemasaran Internet Tagged With: affiliate dan dropship, buat duit dengan affiliate dan dropship, dropship atau affiliate, program affiliate

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.

Top Posts & Pages

  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
    Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
  • Apa patut kita jawab bila orang tanya, kamu kerja apa?
    Apa patut kita jawab bila orang tanya, kamu kerja apa?
  • Kerjaya dalam bidang Sales and Marketing bagus ke?
    Kerjaya dalam bidang Sales and Marketing bagus ke?
  • Cara-cara yang berkesan untuk mengiklankan sesuatu produk ataupun perkhidmatan
    Cara-cara yang berkesan untuk mengiklankan sesuatu produk ataupun perkhidmatan
  • Apa produk dari China yang bagus untuk diniagakan?
    Apa produk dari China yang bagus untuk diniagakan?
  • Harga cermin mata bagi masalah silau
    Harga cermin mata bagi masalah silau
  • Masalah parking TERHAD yang sering berlaku di rumah flat
    Masalah parking TERHAD yang sering berlaku di rumah flat

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in