Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

May 13, 2020 by Sabree Hussin Leave a Comment

Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah

Minat nak pakai jam tangan G-Shock Original, tapi rasa kecewa sebab bila survey harga dekat kedai mahal sangat?

 

Saya akan kongsikan satu informasi yang mungkin bermanfaat untuk kalian. Kalau anda seorang yang suka dengan jenama G-Shock, harap bolehlah luangkan sedikit masa untuk baca sampai habis ya.

 

Saya nak kongsikan kepada anda, beberapa tempat yang anda boleh pilih untuk dapatkan jam tangan G-Shock Original dengan harga yang lebih murah.

 

Sila perhatikan betul-betul. Walaupun saya kata jam G-Shock ni murah harganya, namun tak bermaksud saya nak cadangkan anda beli jam tangan tiruan ataupun gred A, gred AAA dan sebagainya.

 

Sebaliknya, jam G-Shock ini adalah jam yang original. Kualiti memang yang terbaik, tip top, dan ramai pembeli sebelum ini yang puas hati dengan penjual ini!

 

Jika anda juga seperti saya, sukakan something yang berkualiti, haa ni saya nak tunjuk kepada anda semua. Seperti biasa, sebelum kita nak buat sebarang keputusan pembelian, ada baiknya kalau kita buat perbandingan terlebih dahulu.

 

Kita buat perbandingan dari segi harga, testimoni pembeli, kredibiliti penjual dan sebagainya.

 

Kebiasaannya orang hanya akan merujuk kepada perbandingan harga semata-mata, sebelum nak buat pembelian. Pada saya, ia sebenarnya masih belum cukup. Harga yang mahal biasanya memang original, tapi ini tak bermakna harga yang rendah itu adalah petanda bahawa jam tersebut tiruan ya.

 

Bagi tujuan penerangan ini, saya akan rujuk kepada satu model jam tangan G-Shock model GBA-800DG-2A. Saya berpendapat, reka bentuk dan warna jam ini agak menarik dan tak mustahil untuk saya beli satu hari nanti, kalau ada rezeki lebih.

jam-tangan-gshock-murah-ori

Harga yang dicadangkan untuk model jenis ini adalah USD120 – USD130 atau bersamaan dengan RM519 – RM562. Maklumat ini boleh rujuk di laman web rasmi G-Shock. Sebenarnya saya tak jumpa model GBA-800DG-2A, sebaliknya saya jumpa model lain dalam siri GBA-800 ini juga.

 

Rujuk screenshot dibawah ini ya.

[Read more…]

Filed Under: Catatan Rambang SH Tagged With: jam g-shock original, jam g-shock original murah, tempat jual g-shock murah

May 7, 2020 by Sabree Hussin 2 Comments

Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?

Tahun 2020 ni saya ingatkan dah tak ada orang yang berminat nak buat kerja-kerja lipat risalah, masuk dalam sampul lepas tu pos dan juga kerja lipat kotak dari rumah.

 

Tapi saya silap, sebenarnya masih ada. Malahan ada individu yang sengaja mencari masalah, dengan sengaja cuba mencari peluang kerja kosong melipat risalah.

 

Tak percaya? Ini ada pembaca blog saya yang bertanya tentang kerja lipat kotak atau lipat risalah pada saya.

 

Cuba-cubalah cari maklumat yang banyak tersedia di Google. Baca dulu pengalaman-pengalaman individu sebelum ini yang pernah terjebak dalam kerja-kerja lipat risalah sebelum ini.

 

Ada banyak iklan kerja lipat risalah diiklankan diinternet. Tapi persoalannya berapa banyak iklan-iklan ini yang kita boleh percaya? Kalau baca pengalaman peserta terdahulu, kebanyakkannya kata benda ni scam.

penipuan-kerja-lipat-risalah

Kebanyakkannya scam walaupun bukan semua..

Satu hari anda terlihat iklan melipat risalah kemudian masukkan dalam sampul surat sebelum diposkan kepada penerima.

 

Anda tertarik dengan iklan tersebut. Maklumlah, kerjanya sangat senang. Hanya perlu melipat risalah, kemudian pos. Apa yang susahnya kerja macam ni?

 

Untuk menampakkan iklan kerja ini menarik, anda ditawarkan pendapatan sehingga RM1,300 – RM1,800 setiap bulan.

[Read more…]

Filed Under: Buat Duit Online Tagged With: kerja lipat kertas, kerja lipat kotak, kerja lipat risalah

April 28, 2020 by Sabree Hussin Leave a Comment

Cara buat duit melalui perkhidmatan yang disediakan oleh Google

Hari-hari kita menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh Google. Syarikat Google telah memperkenalkan pelbagai applikasi bagi memudahkan kehidupan dan urusan kita.

 

Sama ada bagi tujuan melayari internet, mencari maklumat, menonton video dan banyak lagi.

 

Jika anda juga sama seperti saya, merupakan pengguna smartphone dengan operating system dari Android, bermakna hidup kita makin banyak menggunakan servis dari Google.

 

Tapi tahukah anda, yang sebenarnya Google juga ada sediakan servis yang mana jika kita gunakan servis tersebut, kita boleh jana pendapatan melaluinya.

 

Artikel kali ini saya akan kongsikan, 4 cara bagaimana kita boleh manfaatkan perkhidmatan yang disediakan oleh Google untuk hasilkan pendapatan di internet.

 

(1) Siarkan iklan-iklan berbayar milik Google

Ya, pihak Google akan membayar anda upah, jika anda bersedia untuk menyiarkan iklan-iklan milik mereka. Program ini dikenali dengan nama Google Adsense.

google-adsense

Setakat hari ini, ada 3 cara bagaimana untuk anda menyertai program penyiaran iklan ini.

 

Pertama, melalui laman blog.

Anda perlu memiliki sebuah blog, sama ada blog yang anda bina menggunakan platform wordpress self hosted, ataupun blog yang anda bina menggunakan blogspot. Pastikan blog anda mempunyai konten yang banyak dan mempunyai bilangan trafik yang ramai.

 

Anda hanya perlu masukkan kod iklan pada blog anda, dan iklan tersebut akan muncul secara automatik dimana-mana lokasi yang sesuai didalam artikel blog anda.

 

Blog ini juga ada menyiarkan iklan dari Adsense, dan untuk makluman anda, lokasi iklan ditetapkan sendiri oleh pihak Adsense. Kita tak perlu susah payah nak setting iklan.

[Read more…]

Filed Under: Buat Duit Online Tagged With: buat duit dengan google, guna google untuk buat duit, jana pendapatan dari rumah

  • « Previous Page
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • …
  • 85
  • Next Page »

Top Posts & Pages

  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
    Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
  • Kenapa perlu ada Rancangan Perniagaan (Business Plan) sebelum memulakan sebarang perniagaan
    Kenapa perlu ada Rancangan Perniagaan (Business Plan) sebelum memulakan sebarang perniagaan
  • 2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
    2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
  • Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
    Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
  • Harga cermin mata bagi masalah silau
    Harga cermin mata bagi masalah silau
  • Buat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping online
    Buat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping online
  • Boleh percaya ke kalau beli barang dari laman web mudah.my?
    Boleh percaya ke kalau beli barang dari laman web mudah.my?

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Uncategorized

Copyright © 2021 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut