Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

July 2, 2021 by Sabree Hussin Leave a Comment

7 Masalah yang biasanya akan dihadapi oleh Peniaga Online

Adakah anda seorang usahawan online? Atau mungkin anda baru nak menceburkan diri dalam bidang perniagaan secara dalam talian.

 

Jika jawapan anda adalah ya, saya ingin kongsikan kepada anda, antara masalah biasa yang akan dihadapi atau sedang dilalui oleh para peniaga online.

 

Sekiranya anda juga pernah lalui masalah-masalah yang saya bincangkan disini, mungkin anda boleh relate dan rasai, walaupun masalah-masalah ini agak remeh, tapi ia cukup menyusahkan. Namun kalau anda belum pernah ada pengalaman seperti ini, anggap sahajalah ini sebagai satu perkongsian pengalaman.

 

Ok jom kita mula.

 

(1) Bakal pelanggan banyak bertanya tentang produk, tapi akhirnya tak buat pembelian.

Ini satu situasi yang benar-benar memenatkan dan membuang masa. Anda habiskan masa untuk jawab soalan pelanggan, tapi mereka tak buat pembelian pun.

 

Biasanya ini berlaku jika anda meletakkan ayat call to action seperti “sila pm untuk info lanjut”.

 

Dalam keadaan ini, akan ada dua kemungkinan yang akan berlaku, sama ada inbox anda akan dihujani dengan soalan dari bakal pelanggan ataupun mereka hanya akan komen “PM”.

 

Kalau bakal pelanggan hanya meletakkan komen “PM” sahaja, maka andalah yang kena hubungi individu tersebut dan berikan maklumat yang diperlukan.

 

Selalu berlaku, bakal pelanggan mula senyap apabila dia tahu tentang harga. Seolah-olah mereka hanya tertarik dengan sesuatu produk kalau harganya menepati selera dan kehendak mereka.

 

Adakah fungsi dan kegunaan produk jadi tidak penting, setelah mereka tahu berapa harga yang perlu dibayar?

buat-duit

Saya berpendapat adalah lebih baik seorang penjual itu terus nyatakan berapa harganya. Kalau anda tetap mahukan bakal pembeli menghubungi anda, sebab anda nak close sale satu per satu melalui whatsapp, messenger dan sebagainya, maka anda boleh letakkan ayat call to action seperti “sila hubungi saya untuk dapatkan diskaun dan free gift”.

 

Orang yang akan hubungi anda nanti adalah bakal pembeli yang tak ada masalah dengan harga anda dan mereka cuma nak tahu apa lagi free gift yang bakal dia dapat nanti.

[Read more…]

Filed Under: Buat Duit Online Tagged With: masalah online seller, masalah peniaga online

June 21, 2021 by Sabree Hussin 2 Comments

Cara TERBUKTI Berkesan hasilkan income dari Program Affiliate Klikjer

Negara kita masih lagi berada dalam fasa lock down. Kes Covid-19 masih belum menunjukkan ada tanda-tanda akan berkurangan pada ketika ini.

 

Namun, ada satu benda yang menunjukkan penurunan yang agak drastik. Apa dia? Pendapatan dan duit dalam simpanan. Kalau anda termasuk salah seorang yang terkesan dari segi income, saya ingin kongsikan kepada anda, mengenai satu program buat duit online yang mungkin anda boleh pertimbangkan untuk sertai.

 

Pernah dengar tentang program affiliate klikjer?

jana-income-affiliate-klikjer

Program Affiliate Klikjer merupakan satu program yang membolehkan orang ramai yang berminat dengan kerja-kerja marketing, untuk sertai dan menjadi ejen pemasaran bagi syarikat ini. Syarikat ini berdaftar dengan SSM dengan nama Klikjer Publishing (002746251-P).

 

Program ini menawarkan komisen jualan sebanyak 50% daripada harga produk yang kita promosikan sekiranya berjaya menghasilkan jualan. Andai kata anda memilih untuk mempromosikan produk yang berharga RM100 dan anda berjaya dapatkan jualan, maka komisen yang akan dibayar kepada anda adalah sebanyak RM50.

 

Ini bermakna lagi mahal harga produk yang anda promosikan, maka lagi besar komisen yang bakal anda perolehi.

 

Kalau anda masih belum pernah daftar sebagai affiliate, sila berbuat demikian menerusi pautan ini. Jangan risau pendaftaran sebagai affiliate adalah percuma sahaja.

[Read more…]

Filed Under: Buat Duit Online Tagged With: buat duit klikjer, buat duit online, komisen affiliate klikjer, program klikjer

February 28, 2021 by Sabree Hussin 5 Comments

Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai

Siapa yang perlukan kerja dari rumah?

Hmm… mungkin orang yang perlukan duit tambahan. Pendapatan yang dihasilkan daripada kerja hakiki, mungkin tak cukup untuk tampung perbelanjaan bulanan, jadi sebagai usaha untuk tambahkan pendapatan, maka dia buat kerja-kerja sambilan dari rumah.

 

Kalau nak buat kerja part time dekat luar, saya rasa ianya kurang praktikal. Seharian dah habiskan masa bekerja di pejabat, kilang dan sebagainya, kemudian lepas habis kerja, tak kan nak sambung kerja di luar?

 

Tak kan tak rasa penat? Kalau tak penat fizikal, pasti penat dari segi mental.

 

Secara purata, pekerja di Malaysia akan bekerja lebih kurang 8 jam sehari. Sebagai contoh, masuk kerja jam 9.00 pagi, dan akan habis kerja jam 6.00 petang. Ambil kira 1 jam sebagai waktu rehat, dekat situ masa yang diperuntukkan adalah 9 jam.

traffic-jam

Jika kita perhalusi, sebenarnya kita mungkin gunakan lebih dari 9 jam dalam sehari untuk pergi bekerja. Ambil kira masa untuk bersiap, pergi ke tempat kerja, tempuh traffic jam dan sebagainya, mungkin sekurang-kurangnya 13 jam diperlukan hanya untuk bekerja.

 

Kalau lepas habis kerja, kita nak sambung bekerja di tempat lain pula, bila masanya kita nak bersama dengan keluarga? Kalau orang tu bujang, mungkin ok la… tapi bagi yang dah berkeluarga, tak berapa sesuai kalau nak buat kerja part time kat luar.

 

Jangan nanti, sibuk sangat cari duit, sampai keluarga tak terjaga. Mungkin anda boleh pertimbangkan untuk jadi seorang freelancer dan bekerja sambilan hanya dari rumah. Saya ada cerita pengalaman saya pertama kali jadi seorang freelancer disini.

 

Pada hari ini, ada ramai orang yang perlukan kerja sambilan yang boleh dilakukan hanya dari rumah. Sama ada orang itu adalah seorang pelajar, seorang suri rumah, seorang guru dan banyak lagi. Peluang kerja dari rumah, walaupun ada cukup banyak, namun anda perlu berhati-hati sebelum menyertainya.

[Read more…]

Filed Under: Kehidupan Freelancer Tagged With: kerja part time dari rumah, kerja part time dari rumah yang boleh dipercayai, kerja sambilan boleh dipercayai, kerja sambilan dari rumah, kerja yang boleh dilakukan dari rumah

  • « Previous Page
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • …
  • 89
  • Next Page »

Top Posts & Pages

  • Niche kesihatan adalah niche yang TERBUKTI boleh untung besar!
    Niche kesihatan adalah niche yang TERBUKTI boleh untung besar!
  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Apa patut kita jawab bila orang tanya, kamu kerja apa?
    Apa patut kita jawab bila orang tanya, kamu kerja apa?
  • Bina laman web khas untuk promosi bisnes homestay milik anda
    Bina laman web khas untuk promosi bisnes homestay milik anda
  • Harga cermin mata bagi masalah silau
    Harga cermin mata bagi masalah silau
  • Cara mudah dan lebih sistematik untuk jual produk fizikal secara online
    Cara mudah dan lebih sistematik untuk jual produk fizikal secara online
  • Kelajuan internet pantas memudahkan buat kerja online dari rumah
    Kelajuan internet pantas memudahkan buat kerja online dari rumah
  • Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
    Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
  • Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!
    Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in