“Ada tak cara yang betul-betul MUDAH nak buat duit secara online sahaja?”
Siapa yang suka buat kerja susah-susah? Saya sendiri tak suka nak buat benda-benda susah. Tak larat kot nak buat benda-benda susah ni.
Zaman sekarang ni kan zaman teknologi. Kita nak beli belah pun senang sekarang ni. Cakap je apa barang anda nak beli. Anda ada masalah rabun dekat atau rabun jauh? Ha… solution dia simple je, dapatkan dan pakailah Cermin mata anti rabun.
Adakah lepas pakai cermin mata ni terus baik? Senang-senang je mata tu akan kembali cerah dan elok seperti biasa? Jawapannya TIDAK. Ia tak semudah tu. Masih lagi perlukan konsistensi dan nak kena selalu pakai. Lama-kelamaan bila mata dah jadi biasa barulah sedikit demi sedikit penglihatan akan kembali baik.
Kita pun macam tu juga dalam aspek nak buat duit secara online.
Kalau baru nak mula memanglah akan terasa sangat susah. Sebabnya? Kita masih belum biasa dengan proses dan prosedur yang perlu kita lakukan.
Sebenarnya pada waktu tu, kita masih kekurangan ilmu. Namun, ia bukan penghalang untuk kita berjaya buat duit secara online. Buat duit secara online ini ada pelbagai cara dan kaedah.
Namun saya tak syorkan anda jadi macam kebanyakkan orang yang nak buat duit online. Mereka mengejar income yang sedikit sampaikan mereka tertinggal dan terlupa dengan potensi pendapatan yang banyak!
Kalaulah, mereka ni ambil masa untuk pelajari kaedah sebenarnya bagaimana nak buat duit dengan konsisten, iaitu dengan membina jenama terlebih dahulu, saya percaya mereka juga layak untuk buat duit dengan lumayan walaupun hanya bekerja dari rumah.
Baiklah, bagi menjawab persoalan yang mula-mula tadi saya highlight. Adakah wujud kaedah buat duit yang mudah? Jawapannya memang ada.
Apa kata anda manfaatkan sepenuhnya kemahiran penulisan yang anda dah pelajari sejak dari sekolah rendah dulu tu.
Saya tak rasa benda ni susah sangat. In fact setiap masa kita akan menulis. Kita menulis sama ada di facebook, we chat, sms, whatsapp dan sebagaiya.
Senang kata, menulis ni adalah sesuatu yang memang kita buat setiap hari. Tak kan benda yang kita buat setiap hari, kita tak boleh jadikan ia sebagai medium untuk buat duit online dengan lebih serius?
Mestilah boleh dan semua orang pastinya boleh lakukannya. Hanya yang membezakan adalah sama ada orang tu nak buat ataupun tidak. Itu sahaja.
Jadi apa tunggu lagi, marilah kita buat jana pendapatan dengan menulis. Kalau tak dapat RM1,000 sekalipun, kalau boleh dapat RM500 setiap bulan pun masih dikira satu pencapaian yang membanggakan, betul tak?
Bagaimana kalau masih belum bersedia lagi nak jadi penulis? Masih ada lagi ke peluang nak buat duit dengan mudah? Jawapannya pasti ada. Apa-apa yang anda tak ada keinginan atau malas nak buat, semua ni sebenarnya anda boleh outsource sahaja kepada mereka yang lebih berkelayakkan.
Malahan, kalau anda tanya saya, cara paling mudah untuk buat duit online ialah dengan kita outsource sahaja kerja-kerja pemasaran yang leceh kepada orang lain yang lebih layak.
Bila anda outsource nanti, anda ada lebih banyak masa nak buat hal-hal dan kerja-kerja lain. Jadi tak perlu risau lagi.
Kan saya dah kata, mudah sahaja kalau anda dah nampak bagaimana caranya.