Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

April 19, 2014 by Sabree Hussin Leave a Comment

Ekspedisi Mencari Harta Karun Online

Saya tertarik dengan satu berita yang dilaporkan dalam akhbar online Sinar Harian mengenai harta karun.

Teringat pulak satu masa dulu, saya pun pernah terlibat sama dengan kerja-kerja mencari harta karun ni. Kesudahannya…

Itu saya akan ceritakan lain kali. Tak janji.

harta-karun-dijaga-makhluk-halus

Harta karun biasa dijaga makhluk halus – oleh NORDIANA JOHARI, 19 April 2014

MELAKA – Seorang pencari harta karun di negeri ini, Abd Aziz Husin, 59, tidak menafikan kewujudan harta karun di Pulau Nangka dan Pulau Besar, di sini.

Bagaimanapun, katanya, harta berkenaan sukar dimiliki kerana biasanya didampingi makhluk halus.

“Pulau Nangka ini memang banyak harta, tetapi orang cukup ilmu saja boleh dapat. Jika tidak cukup ilmu, memang tak dapat sebab ada ‘benda-benda halus’ yang menjaga harta ini.

“Jika tidak banyak amalan, lupakan saja untuk mendapatkan harta,” katanya semasa ditemui di kediamannya di Muara Sungai Duyong, dekat sini, semalam.

Abd Aziz yang gemar mencari harta karun sejak 2006 sudah menemui pelbagai artifak lama di sekitar Muara Sungai Duyong.

Antaranya bom, tembikar, dulang timah dan duit syiling, sekali gus mengesahkan kesahihan teori kapal karam di perairan Selat Melaka.

Tempat paling mudah dan selamat untuk cari harta karun sebenarnya adalah menerusi bantuan internet.

Buat duit online.

Dah ramai yang berjaya menjumpai peti harta karun mereka sendiri, hanya dengan bantuan internet.

Syaratnya pun tetap sama, kena ada Ilmu, kena ada Amalan tertentu, dan kena istiqomah (konsisten).

Jadi, kalau anda memang serius nak cari harta karun, sebelum nak terus buat kerja-kerja yang bahaya, masuk hutan keluar hutan, masuk gua daki gunung ni semua…

Cuba dulu cari harta karun secara online.

Ada banyak cara.

Boleh cuba program affiliate gabungan pay per click dan pay per sales macam EdyClick. [klik sini]

Boleh juga cuba buat dropship program.

Atau kalau nak yang lebih mudah (tapi banyak kerja dia) ialah buat duit dengan blogging.

Macam kejar harta karun ataupun harta alam ghaib ni… syarat pertama kita kena PERCAYA.

Kalau tak percaya, buat apa pun gerenti tak menjadi punya.

Filed Under: Pemasaran Internet Tagged With: EdyClick

April 19, 2014 by Sabree Hussin Leave a Comment

Mudahnya Buat Promosi Produk EdyClick

Rasanya baru je beberapa hari lepas saya buat artikel tentang EdyClick. Rasa teruja dengan kesungguhan dan produktiviti usahawan tempatan ini memperkenalkan program-program dan platform buat duit, yang In Shaa Allah boleh dimanfaatkan untuk rakyat Malaysia.

Macam kita ni, kena pandai rebut peluang.

Kadang-kadang macam ni lah, peluang datang dengan tiba-tiba dan dengan cara yang tak disangka-sangka.

Kalau dulu-dulu (zaman saya masih kecik lagi), peluang-peluang tambah pendapatan ini lazimnya diperkenalkan oleh kerajaan dan jugak agensi berdaftar dibawahnya.

Kemudian tak lama lepas tu, muncul pula syarikat-syarikat korporat yang mula memperkenalkan peluang-peluang untuk memperbaiki mutu kehidupan masyarakat menerusi program-program mereka.

Sekarang ni, di era 2014 onwards, peluang-peluang untuk tambah pendapatan boleh diperkenalkan oleh orang perseorang dan juga sekumpulan individu.

Apa rasionalnya?

Ha… inilah nak cerita. Dunia yang kita diami sekarang ni makin maju.

Jadi, kita juga perlu majukan cara kita berfikir, cara kita buat keputusan, dan juga cara kita bertindak.

Ada setengah orang tu, peluang dah ditunjukkan didepan mata, tapi sebab tak ada jaminan dari organisasi tertentu, terus kecut perut. Tak nak ambik peluang dan tak nak bertindak.

Takut kena tipu kisahnya…

Hmm… tak apalah. Tak nak sudahlah.

Cakap pasal EdyClick ni pulak, beberapa hari ini, berlaku perbincangan yang agak hangat tentang penambahbaikkan pada sistem sedia ada.

Rupa-rupanya owner EdyClick ni dah pun perkenalkan sistem satu klik post iklan di FB.

Sebagai affiliate EdyClick, kita dah tak payah lagi susah payah nak fikir ayat iklan apa nak tulis dan gambar promosi apa yang kita nak gunakan. Sebabnya semuanya dah tersedia di member area. Hanya perlu klik sahaja.

Baca lagi disini : Buat duit dengan EdyClick Semudah Satu Klik?

Ya, saya dah cuba.

Beberapa minit sebelum entry ini saya catatkan.

Kalau nak tengok contoh iklan dia ialah macam yang kat bawah ni.

buat-duit-edyclickNi ha, perkongsian camana nak kurangkan kos iklan fbads

Klik Link Atau Komen Di Bawah Untuk Maklumat Lanjut:
http://www.edyclick.com/aff_tools/mohamadsabreehussin/tool/banners/16

Manakala ayat yang saya letakkan dibawah screenshot diatas tu pula ialah ayat copywriting yang disertakan bersama dengan banner tersebut.

Memandangkan EdyClick ini menggabungkan konsep Pay Per Click dan juga Pay Per Sales, ini bermakna, setiap klik yang saya terima pada link affiliate tersebut akan menyumbangkan sebanyak RM0.03 kepada akaun saya.

TETAPI…

Macam biasalah, ianya TERHAD.

3 sen tersebut sebenarnya dibayar oleh pemilik atau pun penjual produk ini. Mereka ada bajet tertentu.

Sebagai contoh, mereka mungkin letakkan bajet sebanyak RM50 untuk dapatkan 1,000 klik.

Selagi ianya within bajet, selagi itu anda akan tetap dibayar untuk setiap klik. Jika bajet dah habis, maka anda hanya akan dibayar untuk setiap sales.

Biasa lah tu, mana ada bajet yang unlimited.

Jadi, kita sebagai affiliate EdyClick, kena pandai-pandai la bertindak. Kena cepat, itu kuncinya.

 

Filed Under: Pemasaran Internet Tagged With: buat duit dengan EdyClick, EdyClick

April 17, 2014 by Sabree Hussin 1 Comment

Dulu EdyBiz, Sekarang EdyClick Pulak

Sebelum ini memang saya dah pernah join program affiliate EdyBiz – Easy Do Your Business. Memang menarik dan ianya lain daripada yang lain.

Ada macam-macam produk yang disenaraikan. Ada produk digital, produk fizikal, seminar dan produk yang kita nak beli secara borong pun ada.

Terbaru pulak, pemilik EdyBiz lancarkan satu lagi program atau platform untuk buat duit online yang diberi nama EdyClick – Easy Do Your Click.

Tak pasti la pulak sama ada nama dan tag line ni akan dikekalkan sampai bila-bila atau mereka akan tukar satu hari nanti.

Kelebihan EdyClick ini pulak, ia menawarkan dua jenis struktur komisyen untuk para agen.

Ada

1. Pay per sales

2. Pay per click

Pay per sales ini adalah konsep biasa yang diamalkan dalam mana-mana program affiliates. Ada sales, maka adalah komisyen. Kalau tak ada sales, maka jangan ditanya mana komisyennya.

Sesetengah produk, kita perlukan sehingga 2,000 – 4,000 klik barulah boleh dapat komisyen affiliate.

Terutama sekali untuk produk yang dah agak lama berada dalam pasaran dan untuk produk yang agak mahal. Jadi, apa akan berlaku pada jumlah klik yang kita dah bawa masuk hingga beribu-ribu jumlahnya ke laman jualan?

Burn.

Berbeza dengan konsep EdyClick ini,

Saya andaikan anda berjaya dapatkan 2,000 klik untuk link affiliate anda.

Dekat situ je potensi pendapatan yang anda boleh hasilkan sudah mencecah

2,000 klik x RM0.03 = RM60

Jadinya, buat para agen affiliate yang ada antaranya menggunakan medium berbayar untuk bawa masuk trafik ke sesebuah laman jualan, maka dengan adanya konsep pay per click ini, ia dapat beri sedikit kelegaan.

Kalau ada antara anda yang memang dah pandai dapatkan cost per click RM0.01, maka anda dah berjaya buat untung sebanyak RM0.02 per click walaupun masih belum ada sebarang jualan terhasil.

Manakala bagi mereka yang biasa dapat cost per click yang agak mahal, maka dengan adanya konsep ini, kos tersebut dapat dikurangkan sebanyak RM0.03

Jadi, kalau anda dah rasa tergerak hati nak cuba buat duit dengan menjadi affiliate EdyClick, bolehlah [Klik sini].

Mana tau lepas ni anda berjaya dapat RM3,000 – RM10,000 sebulan hanya dengan mempromosikan produk-produk EdyClick.

Belum cuba belum tahu, kan?

 

 

Filed Under: Pemasaran Internet Tagged With: buat duit dengan EdyClick

  • « Previous Page
  • 1
  • …
  • 82
  • 83
  • 84
  • 85
  • Next Page »

Top Posts & Pages

  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
    Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
  • Harga cermin mata bagi masalah silau
    Harga cermin mata bagi masalah silau
  • 2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
    2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
  • Buat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping online
    Buat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping online
  • Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
    Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
  • Cara buat duit dengan AdHance by Ajobthing
    Cara buat duit dengan AdHance by Ajobthing
  • Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
    Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Uncategorized

Copyright © 2021 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut