Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

December 16, 2020 by Sabree Hussin Leave a Comment

Panduan Bisnes Shopee – Boleh ke naikkan jualan di Shopee?

Baru-baru ini saya ada menerima pertanyaan dari salah seorang pembaca blog saya yang bertanya tentang panduan Bisnes Shopee yang saya pernah tulis sebelum ini.

Apa yang dia nak tahu ialah, adakah panduan Bisnes Shopee ini mampu membantu beliau untuk naikkan sales kedai shopee miliknya. Bila saya selidik, rupa-rupanya orang yang bertanya ini memang sudah ada kedai di Shopee dan sudah ada pengalaman menjual menerusi platform tersebut.

 

Soalan dia memang nampak mudah, iaitu adakah panduan bisnes Shopee boleh bantu dia naikkan jualan ataupun tidak. Tapi sebenarnya jawapan bagi pertanyaan tersebut tidaklah semudah ya ataupun tidak.

 

Tiada sebarang jaminan bahawa beliau akan berjaya naikkan jualan hanya dengan memuat turun panduan shopee. Setidak-tidaknya dia perlu study dulu dan mula mempraktikkan apa yang terkandung dalam panduan itu.

 

Actually dekat luar sana ada banyak so called guru ataupun sifu yang menawarkan panduan dan ada yang membuka kelas untuk mengajar orang ramai menjadi salah seorang usahawan Shopee.

 

In fact kalau anda buka facebook, mungkin anda juga akan terjumpa banyak iklan-iklan yang mengajar cara-cara untuk jadi seorang usahawan berjaya di Shopee. Cuma akhirnya terpulang pada anda, nak belajar dari siapa.

 

Panduan Bisnes Shopee ini ditulis oleh saudara Mohd Fahmi, yang juga dikenali dengan nama panggilan John Jenin.

buat-duit-dengan-shopee

Kalau anda masih belum pernah muat turun lagi panduan ini, boleh berbuat demikian dengan melayari pautan ini.

 

Dalam laman web bisnes Shopee tu, saudara Fahmi ada tunjukkan antara pencapaian yang pernah dia raih sepanjang menjadi seller di Shopee.

bukti-pendapatan-shopee

Kalau kita merujuk kepada gambar diatas, jumlah jualan sebanyak RM128,048.63 ini dicapai dalam masa 4 tahun berniaga di Shopee. Lihat time frame iaitu 01-01-2016 hingga 26-02-2019

 

Jadi disini, apa yang boleh saya katakan ialah, jika anda juga berniaga di Shopee namun masih belum pernah capai, apa yang telah dicapai oleh penulis ebook ini, saya kira adalah baik untuk anda juga belajar dari penulis ini.

 

Boleh jadi ada perkara yang anda terlepas pandang dan tak pernah praktikkan lagi sepanjang berniaga di Shopee. Walaubagaimanapun, jika anda merasakan bahawa anda boleh pergi sendiri tanpa perlu tunjuk ajar dan belajar dari pengalaman orang lain, maka tak perlu muat turun panduan seumpama ini juga tak ada masalah.

 

Siapa sebenarnya yang sesuai untuk dapatkan panduan Bisnes Shopee ini?

Saya telah pun memuat turun dan membaca panduan Bisnes Shopee ini dan pada pendapat saya, ada beberapa orang yang sesuai dan patut baca panduan ini.

 

(1) Orang yang memang zero tentang cara berniaga di Shopee

Selama ini dia mungkin cuma membeli sahaja di Shopee dan tak pernah tahu cara untuk jadi penjual. Jadi dengan merujuk kepada panduan ini, In Shaa Allah lepas ini dia akan tahu cara untuk jadi penjual pula.

 

(2) Orang yang dah tahu serba sedikit tentang Shopee dan ingin tingkatkan pengetahuan

Golongan seperti ini juga ada ramai. Dia tahu yang dia boleh buat duit di Shopee, namun tak pernah ada pengalaman lagi buat duit di Shopee.

 

(3) Orang yang dah berniaga di Shopee namun jualan masih lagi dalam kategori biasa-biasa

Jika anda ingin belajar cara untuk tingkatkan lagi pendapatan di Shopee, sangatlah sesuai untuk rujuk kepada panduan ini.

 

(4) Orang yang saja-saja nak tambah pengetahuan

Ini lebih kurang macam saya sendiri. Saya beli panduan ni bukanlah sebab saya nak berniaga di Shopee, tapi lebih kepada sebab saya nak lebih memahami bagaimana urusan jual beli dan cara nak buat duit di shopee dilakukan. Manalah tahu kalau selepas ini, ada sesiapa yang minta pendapat atau tunjuk ajar dari saya tentang macam mana nak buat duit di Shopee, at least saya ada pengetahuan tersebut.

 

Untuk individu macam saya, saya sedikit pun tak ada rasa menyesal beli panduan ini walaupun sekali pun tak pernah merasa income dari Shopee.

 

Jadi pada peringkat ini, saya syorkan anda perlu tahu dan ada matlamat, apa sebenarnya yang anda ingin capai dan apa yang anda harapkan apabila mendapatkan panduan tersebut.

 

Sekarang ini saya nak bincangkan sebab kenapa usahawan yang berniaga di platform Shopee ini, ada yang jualannya sangat banyak manakala ada sebahagiannya jualannya biasa-biasa sahaja.

 

Bahagian ini cuma teori saya semata-mata. Ianya mungkin betul dan sama dengan situasi anda yang membaca perkongsian ini, dan boleh jadi juga ianya tidak tepat.

 

Dekat sini, saya ada beberapa teori kenapa jualan seseorang tu tidak begitu memberangsangkan.

 

(1) Produk yang dijual terlalu sedikit

Mungkin kurang dari 5 produk atau boleh jadi hanya menjual satu produk sahaja. Ini menjadikan kedainya tidak begitu menarik, dan kalau pada satu-satu masa tiada orang yang memerlukan produk tersebut maka akan ada hari tertentu yang dia langsung tak berjaya hasilkan sebarang jualan.

 

(2) Hanya menjual produk yang ada dalam tangan

Sekiranya anda hanya menjual produk yang ada dalam tangan sahaja, bermakna keuntungan yang bakal anda perolehi nanti juga terhad hanya sekadar kepada berapa banyak stok produk yang ada pada anda.

 

Macam mana nak dapatkan lebih banyak jualan, sedangkan stok produk yang ada dalam tangan hanya sedikit sahaja? Jawapannya adalah dengan menggabungkan teknik dropship dalam berbisnes di Shopee. Disamping anda menjual apa yang ada dalam tangan sahaja, pada masa yang sama anda juga boleh jual produk orang lain secara dropship.

 

Ada kelebihan sebenarnya bila kita hanya jual produk yang ada dalam tangan. Antaranya kita boleh benar-benar pastikan bahawa produk yang bakal dihantar kepada pelanggan adalah produk yang benar-benar berkualiti sahaja. Maklumlah kalau jadi apa-apa pada produk, nanti yang akan buruk namanya adalah kita juga.

 

(3) Kedai Shopee tidak mempunyai rating yang baik

Sesetengah pelanggan (saya antaranya) hanya akan berurusniaga dengan kedai yang mempunyai rating yang baik sahaja. Rating yang baik ini memberi kita gambaran bahawa si penjual akan memberikan servis yang baik kepada pembelinya. Walaupun setiap pembelian di Shopee ada jaminan dan perlindungan daripada penipuan, namun kita masih lagi tetap mahu berjaga-jaga.

 

Ya, kalau penipuan itu berlaku, kita mungkin boleh report kepada pihak Shopee dan jika ternyata kita berada di pihak yang betul, kita boleh minta refund duit kita semula, namun masa yang terbuang oleh kerana penipuan yang berlaku tak mungkin kita akan dapat semula.

 

Bagaimana cara untuk dapatkan rating yang bagus?

Rating yang bagus akan anda perolehi apabila anda menguruskan setiap tempahan dengan baik. Pastikan setiap barang yang ditempah oleh pelanggan anda bungkus dengan kemas dan baik dan pos pada masa yang ditetapkan.

 

Selain daripada itu, at first place, anda perlulah mempunyai produk yang dijual dan jangan lupa untuk sentiasa menambahkan follower kedai anda.

meniaga-di-shopee

Bilangan follower yang ramai juga boleh dijadikan sebagai panduan untuk melihat sama ada kedai shopee anda mempunyai reputasi yang baik atau sebaliknya.

 

(4) Menjual produk yang ada banyak persaingan

Dalam bisnes di Shopee, kita tak boleh elak daripada perlu berhadapan dengan persaingan antara seller. Persaingan itu bukanlah satu perkara yang sangat buruk, malahan ianya adalah satu lumrah dalam perniagaan.

 

Persaingan itu sendiri memberi kita satu gambaran bahawa produk yang dijual itu bagus dan ianya diterima dalam pasaran. Namun demikian, jika persaingan antara seller terlalu ramai, ini akan memberi kesan negatif kepada perniagaan kita kerana pada waktu ini, cenderung untuk berlaku perang harga.

 

Jadi apa solusinya?

bisnes-shopee-jual-produk-tanpa-pesaing

Ada satu modul dalam pakej bisnes Shopee ini yang mengajar cara-cara untuk menjual produk tanpa pesaing. Baiklah, setelah saya baca modul ini, sebenarnya saya merasakan agak sukar untuk menjual produk yang langsung tak ada pesaing, sebaliknya kalau nak menjual produk yang kurang pesaing, itu boleh dicapai.

 

Bagaimana cara untuk mengetahui sama ada sesuatu produk itu kurang pesaing ataupun tidak? Jawapannya adalah kita perlu buat kajian pasaran, bagi mengenalpasti produk yang mempunyai ciri-ciri berikut

Mempunyai jumlah carian yang tinggi (high search volume)

Sales yang tinggi

 

Produk yang memenuhi kriteria seperti ini, mungkin tidak sama seperti yang anda harapkan. Boleh jadi juga produk tersebut bukanlah dalam kategori produk yang anda minat.

 

Misalnya, anda suka berniaga produk-produk berkaitan dengan kelengkapan untuk haiwan peliharaan. Tapi produk yang anda jumpa ini nanti mungkin dalam kategori yang berbeza sama sekali.

 

Kalau anda jenis yang tak kisah untuk jual apa produk sekalipun, asalkan produk tersebut mempunyai permintaan, maka teknik ini sangat berguna untuk anda.

 

(5) Tidak memanfaatkan tools yang disediakan oleh pihak Shopee

Pihak Shopee ada menyediakan pelbagai jenis tools untuk para peniaga yang menggunakan platform mereka. Tools yang dimaksudkan termasuklah iklan berbayar.

 

Kalau sebelum ini anda tak pernah gunakan tools tersebut kerana bimbang habis duit, kali ini anda boleh gunakan tools tersebut dengan yakin sebab kali ini anda buat dengan panduan yang betul.

 

Bagaimana HASIL yang diperolehi oleh usahawan lain yang telah merujuk kepada panduan Bisnes Shopee ini?

Saya percaya, ini adalah bahagian yang paling penting, yang akan menjadi penyebab kenapa kita perlu dapatkan panduan ini. Mari kita lihat apakah pencapaian yang telah diraih oleh pembeli sebelum ini, hasil daripada membuat bisnes di Shopee.

 

(1) Berjaya hasilkan jualan RM4,887.68 dalam masa sebulan berniaga di Shopee

Baru sebulan beli ebook dan meniaga di Shopee dah boleh buat jualan sebanyak RM4,887.68

ebook-bisnes-shoee

Bukankah ini satu pencapaian yang sangat baik!

 

(2) Berjaya HASILKAN RM3,091.45 dalam masa sebulan berniaga

Ini juga satu pencapaian yang sangat membanggakan.

cara-hasilkan-duit-dengan-shopee

Dalam masa sebulan lebih berniaga di Shopee, juga berjaya hasilkan jualan 4 angka.

 

Bagi sesetengah orang, mungkin dia merasakan pencapaian seumpama ini biasa-biasa sahaja, tapi bagi mereka yang baru pertama kali atau yang belum pernah ada pengalaman seperti ini, ini sudah tentu satu pengalaman yang menyeronokkan dan menaikkan lagi semangat untuk hasilkan lagi banyak jualan di Shopee.

 

Alternatif bagi belajar buat bisnes di Shopee selain memuat turun panduan Bisnes Shopee

Untuk pengetahuan anda, sebenarnya diplatform Shopee itu sendiri terdapat satu bahagian yang mana kita boleh belajar cara nak buat duit dengan Shopee secara percuma sahaja.

 

Lihat screenshot dibawah ini.

belajar-buat-duit-shopee-percuma

Anda boleh layari link berikut >> https://seller.shopee.com.my/edu/article/351

 

Dekat halaman tersebut pihak Shopee telahpun menyediakan artikel yang boleh anda jadikan panduan untuk mula membuat jualan di Shopee. Walaubagaimanapun, ia hanyalah pengetahuan asas sahaja.

 

Jika anda memerlukan maklumat yang lebih mendalam, perkongsian strategi, produk apa yang boleh dapat untung yang baik, maka anda perlulah merujuk kepada sumber lain.

 

Sudah tentu, salah satunya ialah merujuk panduan Bisnes Shopee ini.

 

 

Baca juga artikel:

  • 7 Masalah yang biasanya akan dihadapi oleh Peniaga Online7 Masalah yang biasanya akan dihadapi oleh Peniaga Online
  • Kenapa saya pilih untuk guna Sistem Autoresponder EmelmatikKenapa saya pilih untuk guna Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Kerja sendiri atau makan gaji. Mana satu pilihan hati?Kerja sendiri atau makan gaji. Mana satu pilihan hati?
  • Pendapatan yang diterima oleh ahli Adhance bagi bulan Oktober 2017Pendapatan yang diterima oleh ahli Adhance bagi bulan Oktober 2017
  • Lazada Voucher 20% Off sah dari 1st Nov – 17th Dec 2016Lazada Voucher 20% Off sah dari 1st Nov – 17th Dec 2016
  • Adakah anda benar-benar boleh buat duit dengan Pemasaran Affiliate?Adakah anda benar-benar boleh buat duit dengan Pemasaran Affiliate?
  • Rahsia Uber membongkar rahsia seorang pemuda buat duit RM60,000 dengan Uber tanpa perlu memanduRahsia Uber membongkar rahsia seorang pemuda buat duit RM60,000 dengan Uber tanpa perlu memandu
  • Ini dia BUKTI saya berjaya Buat Duit Dengan Mobicow!Ini dia BUKTI saya berjaya Buat Duit Dengan Mobicow!
  • 10 Langkah menghasilkan blog yang mampu memberikan pendapatan dari internet10 Langkah menghasilkan blog yang mampu memberikan pendapatan dari internet
  • Merdeka! Merdeka! Sale dari Lazada menawarkan potongan harga sehingga 80%Merdeka! Merdeka! Sale dari Lazada menawarkan potongan harga sehingga 80%

Filed Under: Buat Duit Online Tagged With: buat duit dari rumah, buat duit di shopee, cara buat duit di shopee, panduan bisnes Shopee

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top Posts & Pages

  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Masalah parking TERHAD yang sering berlaku di rumah flat
    Masalah parking TERHAD yang sering berlaku di rumah flat
  • Apa produk dari China yang bagus untuk diniagakan?
    Apa produk dari China yang bagus untuk diniagakan?
  • Jual barang terpakai dan yang tak diperlukan di internet
    Jual barang terpakai dan yang tak diperlukan di internet
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Bisnes air balang di bazar ramadhan
    Bisnes air balang di bazar ramadhan
  • Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
    Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
  • 17 Tips Bisnes Homestay
    17 Tips Bisnes Homestay
  • Hadiah apa yang sesuai untuk kanak-kanak umur tiga tahun?
    Hadiah apa yang sesuai untuk kanak-kanak umur tiga tahun?

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in