Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

April 27, 2014 by Sabree Hussin 2 Comments

Pemasaran Emel Membantu Hasilkan Pendapatan Affiliate?

Saya mula berkenalan dengan perniagaan dan pemasaran online pada tahun 2009.

 

Pada waktu tersebut, saya masih lagi belajar di UiTM dalam jurusan pengurusan perniagaan. Keperluan untuk belajar selok belok tentang perniagaan dan pemasaran internet itu ada, sebabnya pada waktu itu lagi saya dah mula set dalam minda, saya tak nak kerja dengan orang lama-lama.

 

Saya berpendapat, cukup sekadar bekerja makan gaji selama 2 – 3 tahun. Tempoh masa ini saya rasakan sudah memadai untuk dapatkan pengalaman kerja.

panduan-bisnes-bundle

Selanjutnya, saya nak gunakan pengalaman yang saya dah miliki untuk kepentingan dan kegunaan bisnes saya sendiri. Rasa tak rela, nak usaha susah payah semata-mata nak bangunkan empayar bisnes milik orang lain.

 

Peringkat permulaan, saya mula belajar cara untuk melakukan pemasaran internet menerusi kaedah blogging.

 

Pada waktu tu, kalau nak buat duit online, lazimnya ada dua kaedah yang betul-betul boleh beri hasil, sama ada

1. Program pengiklanan (adsense, bidvertiser, nuffnang)

2. Program affiliate

 

Program pengiklanan ni mudah. Kita cuma perlu bina website atau blog, masukkan content yang sesuai, dan tarik trafik. Itu sahaja.

 

Namun saya silap.

 

Sebenarnya buat duit dengan program pengiklanan ini sangatlah susah. Saya sentiasa perlukan bilangan trafik atau pelawat yang banyak.

 

Barulah saya boleh dapatkan income yang baik. Pendapatan melalui program pengiklanan ditentukan melalui berapa banyak pelawat (atau trafik) yang masuk ke website milik saya dan juga berapa banyak bilangan klik yang diterima terhadap iklan yang dipaparkan dalam blog saya.

 

Kalau banyak klik, maka banyaklah pendapatan yang terhasil.

 

Hakikat: Saya tak pernah dapat trafik yang banyak. Skil tarik trafik saya sangatlah lemah pada waktu tu, dan saya juga tak pernah dapat income dari program pengiklanan adsense.

 

Alternatif bagi program pengiklanan adalah program affiliate. Namun, saya tak berani nak buat affiliate.

 

Sebabnya, dalam program affiliate, saya hanya akan dibayar jika ada jualan. Jika tiada jualan, maka tiadalah income. Itu yang menakutkan saya.

 

Macam mana kalau setelah saya susah payah buat marketing, habiskan masa berjam-jam lamanya, kalau bukan berminggu-minggu, tiba-tiba saya langsung tak berjaya dapatkan walaupun satu jualan?!

 

Ya

 

Saya takut dengan kerja jualan. Saya rasa takut nak berdepan dengan kemungkinan yang saya mungkin langsung tak berjaya buat jualan.

 

Saya ada pengalaman buruk dalam bidang ini. Saya tak pandai menjual dan macam-macam lagi perkara yang saya jadikan alasan untuk tidak menjual.

 

Sekarang?

 

Sekarang saya sedar… sebenarnya buat duit dengan program affiliates adalah berkali ganda lebih mudah berbanding dengan program pengiklanan.

 

Menerusi program affiliate, adakalanya saya tak perlukan bilangan trafik yang ramai.

 

Cukup sekitar 100 – 200 orang. Adakalanya itu pun dah lebih daripada mencukupi. Lihat screenshot dibawah:

review-pemasaran-emelmatik

Produk tersebut dipromosikan menggunakan dua channel.

1. Menerusi blog.

2. Menerusi emel.

 

Bila saya kata menerusi emel, bermakna saya menggunakan teknik pemasaran emel. Dalam kaedah pemasaran emel ini, saya bermula dengan mengumpul senarai emel bakal subscriber saya. Ini juga dikenali dengan nama mailing list.

 

Dalam contoh pada screenshot yang saya tunjukkan ini, saya hanya menghantar satu emel sahaja kepada mailing list saya. Saiz mailing list saya juga tidaklah sebesar mana. Lebih kurang dalam 100 ke 200 emel sahaja pada waktu ini.

emel-email-autoresponder

Saya teringat masa awal-awal saya kenal bidang pemasaran online ini. Nak memiliki sistem autoresponder sendiri, memang tak mampu.

 

Pada waktu itu, jenama yang popular semua berasal dari luar negara… misalnya seperti Aweber, Getresponse, Trafficwave dan lain-lain. Kalau nak melanggan servis mereka, kena siap sedia untuk bayar tiga atau empat kali ganda lebih mahal sebab dalam matawang USD.

 

Ketika itu, masih belum wujud lagi sistem autoresponder percuma dan dimiliki oleh syarikat di Malaysia seperti emelmatik.com

 

Sebagai seorang pelajar pada waktu tersebut, jujur saya katakan, saya masih belum lagi memiliki keberanian untuk menggunakan sistem autoresponder dalam kempen pemasaran saya.

 

Untung orang sekarang ini.

 

Mereka ada pilihan untuk guna sistem autoresponder percuma yang bagus dan berkualiti seperti emelmatik.

 

Bayangkan, daripada satu emel yang ringkas, boleh hasilkan RM25.

 

Langsung tak perlu nak bersusah payah. Sekadar tulis emel untuk beritahu yang ada produk yang bagus yang boleh dibeli, apa yang susah sangat?

 

Kalau kos yang menakutkan anda untuk guna teknik pemasaran emel, apa kata anda guna je emelmatik. Berbaloi dan menjimatkan.

 

Laman web emelmatik?

Layari –> Halaman utama emelmatik

 

Apabila anda layari laman web emelmatik, anda ada pilihan sama ada nak gunakan sahaja sistem autoresponder ini secara percuma selama setahun, ataupun pilih untuk jadi pelanggan premium.

 

Fungsi utama emel ini adalah untuk memudahkan kita terus berhubung dengan bakal pelanggan. Pada bila-bila masa, kita boleh hantar emel kepada subscriber dan ingatkan tentang produk yang sedang dijual.

 

Dengan adanya emel seperti ini, proses untuk follow up jadi sangat mudah, dan penerima emel tidak merasa terganggu seperti mana pemasaran menggunakan SMS, Whatsapp dan lain-lain.

 

Kalau penerima emel rasa dah tak mahu menerima sebarang emel dari saya, boleh tekan butang unsubscribe pada bila-bila masa.

 

Adakah pemasaran emel dapat membantu mendapatkan lagi banyak komisen affiliate? Jawapannya, ya tentu sekali.

 

 

Baca juga artikel:

  • Strategi buat jualan PANTAS dengan kaedah pemasaran emelStrategi buat jualan PANTAS dengan kaedah pemasaran emel
  • Kenapa saya pilih untuk guna Sistem Autoresponder EmelmatikKenapa saya pilih untuk guna Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Sistem autoresponder PERCUMA dan berkualiti TINGGI dari MalaysiaSistem autoresponder PERCUMA dan berkualiti TINGGI dari Malaysia
  • Konflik antara pemandu teksi dengan pemandu kereta UberKonflik antara pemandu teksi dengan pemandu kereta Uber
  • Mengantuk Tetapi Masih Nak Terus Menulis Mengantuk Tetapi Masih Nak Terus Menulis
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original MurahTempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Pengalaman menghafal surah di kolej matrikulasiPengalaman menghafal surah di kolej matrikulasi
  • Bukti bayaran komisen dari Involve Asia bagi bulan Julai 2017Bukti bayaran komisen dari Involve Asia bagi bulan Julai 2017
  • Orang kerja sendiri kena tetapkan sendiri berapa gaji yang dimahukanOrang kerja sendiri kena tetapkan sendiri berapa gaji yang dimahukan
  • Kerjaya yang anda boleh pilih untuk dilakukan dari rumahKerjaya yang anda boleh pilih untuk dilakukan dari rumah

Filed Under: Pemasaran Internet Tagged With: emelmatik, pemasaran affiliate melalui emel, pemasaran emel, review emelmatik, review sistem autoresponder emelmatik

Comments

  1. Azzahairi says

    April 29, 2014 at 7:32 pm

    Bila baca artikel ni teringat pula kisah saya masa belajar dulu.

    Masa tu jugalah sy mulakan affiliate dan pengetahuan ttg email marketing mmg ke laut.

    Bila sekarang sy cuba memang mengujakan.

    Terima kasih atas perkongsian 🙂

    Log in to Reply
  2. Hafiszan Kamarudin says

    May 7, 2014 at 11:54 pm

    Assalamualaikum.

    Memang betul apa yang dituliskan, pemasaran yang terbaik dan mudah hasilkan jualan.

    Log in to Reply

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.

Top Posts & Pages

  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
    Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
  • Apa patut kita jawab bila orang tanya, kamu kerja apa?
    Apa patut kita jawab bila orang tanya, kamu kerja apa?
  • Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
    Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
  • Kerjaya dalam bidang Sales and Marketing bagus ke?
    Kerjaya dalam bidang Sales and Marketing bagus ke?
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Kertas kerja perniagaan dan 33 contoh kertas kerja pelan perancangan perniagaan
    Kertas kerja perniagaan dan 33 contoh kertas kerja pelan perancangan perniagaan
  • Ini cara mudah bagaimana buat duit dengan menjawab soalan kaji selidik
    Ini cara mudah bagaimana buat duit dengan menjawab soalan kaji selidik
  • Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
    Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in