Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

July 27, 2016 by Sabree Hussin 3 Comments

Pendapatan dari Internet suatu fantasi atau REALITI?

Satu ketika dulu, saya pernah pasang angan-angan nak ada pendapatan yang datangnya dari internet. Idea untuk memiliki pendapatan secara online pada pandangan saya adalah satu idea yang sangat hebat. Cuba bayangkan, setiap hari kita hanya perlu semak ke akaun bank atau akaun maya untuk lihat berapa banyak pendapatan yang berjaya dihasilkan.

 

Mungkin saya ni banyak sangat terpengaruh dengan mat-mat saleh yang banyak buat duit dengan cara ni dan bekerja hanya dari rumah. Setiap hari mereka hanya perlu semak emel untuk lihat, berapa banyak komisen yang mereka terima secara online. Kalau tak semak emel, kita hanya perlu login ke akaun affiliate untuk lihat berapa banyak jualan terkumpul yang berjaya dihasilkan. Ataupun login ke akaun bank untuk lihat kalau-kalau ada seseorang yang telah melakukan bank in ke akaun bank milik kita.

 

Satu masa dulu, perkara ini saya rasa agak mustahil. Saya rasa tak mungkin orang macam saya ni boleh buat benda-benda ni semua. Pernah satu ketika saya merasakan gaya hidup seperti itu hanya wujud dalam alam fantasi, dan tak mungkin orang seperti saya boleh lakukan perkara yang sama.

 

Dalam pada saya meragui konsep hidup sedemikian, sebagai seorang yang menjana pendapatan secara online, saya tetap terus buat apa yang saya selalu buat selama ini. Saya terus mempromosikan produk-produk yang saya kira mempunyai potensi untuk menghasilkan jualan. Saya juga terus menulis dan terus menulis di blog, walaupun pada pandangan saya, tak ada siapa yang nak baca hasil tulisan saya.

 

Kemudian pada satu hari, satu perkembangan yang positif berlaku pada saya. Akaun affiliate yang saya daftarkan bagi tujuan buat duit secara online menunjukkan angka yang berbeza selain daripada angka sifar. Rupa-rupanya, apa yang saya buat selama ini ada hasilnya. Ada antara kempen pemasaran yang saya jalankan, convert kepada sales.

berjaya-dapat-sales

Serius! Hari tu merupakan pertama kali saya berjaya dapat jualan secara online. Tak dinafikan lagi, ia memang satu detik yang paling bermakna dan satu masa yang tak mungkin untuk saya lupakan. Ia hari yang sangat bermakna dalam karier saya sebagai online marketer.

 

Sejak dari hari itu, keyakinan saya makin kuat. Dah terang lagi bersuluh, kita memang boleh buat duit dari internet! Ada dua key ingredient yang anda perlu tahu untuk memastikan kejayaan anda buat duit di internet. Pertama, anda kena tahu bagaimana caranya, dan kedua, anda kena terus usaha dan usaha (jangan berhenti) walaupun pada waktu itu anda masih tak nampak hasilnya.

 

Apa yang anda tahu, dan mungkin ia adalah teknik dan cara yang sebenar untuk buat duit online, belum memberi jaminan ia akan memberikan hasil serta merta. Ada orang mungkin sangat bernasib baik dan terus berjaya buat duit walaupun pada percubaan kali pertama. Ada orang tidak sebegitu. Dia perlu mencuba berulang-ulang kali, dan buat silap along the way, hanya untuk mendapatkan RM1 yang pertama di internet.

 

Setiap kejayaan kecil perlu diraikan

Kejayaan datang dalam pelbagai bentuk. Ada kala kejayaan yang datang hanya kejayaan kecil sahaja. Ini contoh paling dekat.

komisen-photobook

Saya dapati rupanya pada 21 Julai yang lepas, saya terima komisen dari Photobook Malaysia. Saya mendaftar sebagai affiliate yang mempromosikan Photobook Malaysia melalui program affiliate Involve Asia. [Cara MUDAH buat duit dengan Involve Asia?]

 

Kadang-kadang kita tak tau, sesuatu produk atau perkhidmatan itu sebenarnya memang ada permintaan tersendiri. Mungkin sebab pada masa tu, kita masih belum jumpa pasaran sebenar yang betul-betul perlukan produk tersebut. Namun, bila kita dah temui pasaran yang perlukan produk tersebut, aha… komisen akan mula masuk, walaupun pada ketika itu kita dah tidak berikan sepenuh perhatian padanya lagi.

 

Ini kejayaan kecil yang saya lalui saban hari. Ada lagi kejayaan-kejayaan kecil yang lain, yang saya akan kongsikan kepada pembaca dan pelawat sekalian di lain masa. In Shaa Allah.

 

Setiap kejayaan hanya akan berlaku dengan izin dariNya. Ianya wajib disyukuri dan mudah-mudahan Allah akan perkenankan untuk tambahkan lagi nikmatnya. Dan Ya… ia perlu diraikan.

 

Kejayaan itu mengukuhkan keyakinan

Ada setengah orang, mereka hanya akan yakin jika sesuatu yang hendak diyakini itu boleh dilihat dengan matanya sendiri. Orang sebegini hanya percaya apa-apa yang boleh dilihat oleh matanya.

 

Sesetengah orang pula, boleh mempunyai keyakinan walaupun apa yang diyakini itu masih jauh dijangkauan dan ghaib dari pandangan mata. Jadilah individu seperti ini. Melihat dengan menggunakan pandangan minda. Apa yang minda anda dapat bayangkan, ia pasti akan jadi kenyataan.

 

Satu masa dulu, saya hanya dapat membayangkan untuk memiliki pendapatan sebegini. Saya tak perolehinya dengan serta merta. Sudah tentu, saya perlu usahakan dan melalui setiap cabarannya, dan hari ini, ternyata, apa yang saya bayangkan boleh jadi kenyataan.

 

Sememangnya, kejayaan kecil pada hari ini mengukuhkan lagi keyakinan lantas memotivasikan diri untuk terus bergerak dan berusaha untuk mencapai kejayaan yang lebih besar.

 

Ini cerita saya tentang bagaimana saya boleh terjebak dengan pemasaran secara online dan menjadi seorang online marketer. Anda pasti ada cerita anda sendiri? Saranan saya, ciptalah cerita tersebut sampai habis, yang mana kesudahannya berakhir dengan happy ending!

 

 

Baca juga artikel:

  • Perlu ke peniaga, ejen affiliate dan blogger tayang bukti pendapatan mereka di internet?Perlu ke peniaga, ejen affiliate dan blogger tayang bukti pendapatan mereka di internet?
  • Bersegeralah apabila ingin melakukan kebaikkanBersegeralah apabila ingin melakukan kebaikkan
  • Pakai Seluar Dalam MUNAFIE untuk kelihatan Slim Serta MertaPakai Seluar Dalam MUNAFIE untuk kelihatan Slim Serta Merta
  • Kenapa perlu ada Rancangan Perniagaan (Business Plan) sebelum memulakan sebarang perniagaanKenapa perlu ada Rancangan Perniagaan (Business Plan) sebelum memulakan sebarang perniagaan
  • Formula Income Seumur Hidup – Kejayaan besar bermula dengan langkah kecilFormula Income Seumur Hidup – Kejayaan besar bermula dengan langkah kecil
  • Kerja sambilan dari rumah sebagai ejen pemasaran online serta bukti pendapatanKerja sambilan dari rumah sebagai ejen pemasaran online serta bukti pendapatan
  • Manfaatkan masa cuti selepas pilihanraya bersama keluargaManfaatkan masa cuti selepas pilihanraya bersama keluarga
  • Rose Face Serum Zeeta – Kat mana boleh dapatkan Rose Face Serum ini?Rose Face Serum Zeeta – Kat mana boleh dapatkan Rose Face Serum ini?
  • Alternatif bagi sistem buat duit secara automatik menggunakan Vending MachineAlternatif bagi sistem buat duit secara automatik menggunakan Vending Machine
  • Kelebihan bekerja sendiri yang orang lain tak mungkin akan dapat rasaiKelebihan bekerja sendiri yang orang lain tak mungkin akan dapat rasai

Filed Under: Personal Tagged With: bukti buat duit online, pendapatan dari internet, pendapatan online

Comments

  1. Elih Japahar says

    July 27, 2016 at 9:46 pm

    Betul, biar bermula dengan pendapatan kecil..dari situ semangat kita untuk berusaha lebih gigih bermula…

    Sy pun baru berjinak-jinak dengan Affiliate dan ebook ni..memang ada hasilnya..:)

    Reply
    • Sabree Hussin says

      July 28, 2016 at 10:42 am

      Tahniah Elih Japahar 😀 saya pun masih belajar-belajar juga. Sama-sama kita usahakan sampai berjaya ya

      Reply
  2. Emjay says

    August 2, 2016 at 1:22 pm

    Untuk newbie… memang tough and rough. Semangat kena cukup kuat terutama nak produce content yang dapat perhatian orang. Tapi ada juga otai-otai yang ambil jalan singkat – curi artikel dan publish semula dalam blog palsu.

    Guna account iklan yang sah (Adsense, Innity.. what ever) dari blog yang legitimate dan pasang code pada blog palsu.

    Sebulan boleh publish sampai 200 lebih artikel.

    Kebanyakan IM yang berjaya dengan cara yang sah ni dia orang ambil masa paling kurang pun 3 tahun. Haaa… kena banyak duit simpanan kalau nak bertahan.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

13 + seventeen =

Top Posts & Pages

  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
    Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • 2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
    2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
  • Buat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping online
    Buat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping online
  • Kerja part time sesuai untuk pelajar dengan bayaran RM5 untuk satu jam bekerja
    Kerja part time sesuai untuk pelajar dengan bayaran RM5 untuk satu jam bekerja
  • Kenapa perlu ada Rancangan Perniagaan (Business Plan) sebelum memulakan sebarang perniagaan
    Kenapa perlu ada Rancangan Perniagaan (Business Plan) sebelum memulakan sebarang perniagaan
  • Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
    Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
  • Boleh percaya ke kalau beli barang dari laman web mudah.my?
    Boleh percaya ke kalau beli barang dari laman web mudah.my?

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Uncategorized

Copyright © 2021 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut