Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

March 25, 2019 by Sabree Hussin Leave a Comment

Pengalaman camping dalam hutan lipur dan glamping di dalam dusun

Saya rindu betul suasana camping dalam hutan. Kalau masa zaman sekolah dulu, seingat saya dalam setahun ada dua atau tiga kali saya akan ikuti aktiviti camping.

 

Setiap aktiviti pula dianjurkan oleh kelab dan persatuan yang berbeza. Waktu masih sekolah, ambil peluang untuk sertai aktiviti kokurikulum. Setidak-tidaknya bolehlah dapat pengalaman dan ilmu baru yang sukar untuk diperolehi kalau hanya duduk dalam kelas sahaja.

 

Bila dah masuk ke usia dewasa ini, sekarang dah agak susah nak dapat peluang untuk buat aktiviti perkhemahan. Bukan semua orang suka nak masuk hutan dan bermalam dalam hutan.

 

Macam-macam cabaran bila masuk hutan dan bermalam disitu.

 

Misalnya, banyak serangga dan terdedah kepada risiko gigitan serangga, bila waktu malam suasana jadi gelap gelita, susah nak melepaskan hajat bila tempat yang dipilih untuk berkhemah agak jauh dari tandas awam.

 

Kalau tempat tersebut dekat dengan tandas, ada beberapa kemungkinan yang akan berlaku, antaranya

(i) Bila malam, pintu tandas dikunci

(ii) Tandas tak dikunci tetapi tiada air.

(iii) Tandas tak dikunci, ada air, tapi lampu pula rosak.

 

Bila fikirkan cabaran-cabaran macam ni, akhirnya kita buat keputusan untuk tak nak buat aktiviti perkhemahan. Kalau nak buat juga, kena pilih something yang tak begitu mencabar.

 

Saya rasa anda mungkin pernah dengar aktiviti glamping. Ia merupakan singkatan bagi perkataan glamorous and camping. Kita masih lagi akan tidur di tapak perkhemahan, tidur dalam khemah, cuma bezanya terdapat banyak kemudahan yang tersedia.

 

Ada tandas, bilik air, tempat masak, dan dalam khemah juga tersedia bekalan elektrik, perkakasan elektrik dan banyak lagi. Salah satu tempat glamping yang saya temui ada di Raub, Pahang.

pengalaman-glamping

Instead of guna khemah biasa, tempat ini menggunakan pod sebagai tempat tidur. Tempat ini boleh memuatkan tiga buah keluarga dalam satu masa.

 

Pada waktu malam, tak perlu risau tentang suasana gelap, sebabnya dalam tempat tidur atau pod ini memang ada lampu dan bekalan elektrik. Boleh juga nak cas handphone bila menginap ditempat ini.

tempat-glamping

Glamping ini dibuat dekat dalam kawasan tapak dusun buah-buahan. Daripada pengalaman pengunjung yang pernah datang ke tempat ini, bila mereka menginap dekat sini, mereka dijamu dengan buah-buahan yang ditanam disini.

 

Bolehlah makan sebanyak mana yang nak. Cuma tak bolehlah bawa balik. Makan je dekat situ. Untuk budak-budak, selain boleh enjoy makan buah, diorang boleh enjoy terusan atau anak sungai yang ada dekat sini.

glamping-with-family

Anak sungai ni memang tak dalam mana, tapi cukup untuk menghiburkan hati sambil-sambil dapat menyejukkan badan.

 

Kalau ada yang minat nak glamping dekat tempat ini, anda boleh buat tempahan menerusi laman web Airbnb. Ini adalah link untuk buat tempahan.

 

Tapi sebelum tu, make sure anda daftar dulu sebagai ahli disini. Kalau anda daftar dulu sebagai ahli, anda akan dapat Travel Credit bernilai RM120 yang akan berfungsi sebagai diskaun untuk tempahan penginapan di website Airbnb.

 

Jujur saya katakan, saya sebenarnya lebih rindukan suasana camping dalam hutan yang sebenar, berbanding glamping.

 

Kali terakhir saya pergi camping adalah sekitar tahun 2017, di Hutan Lipur Sungai Tua – Taman Negeri Selangor. Saya pergi dengan famili dan masa tu kami semua tidur dalam khemah.

pasang-khemah0camping

Sampai je dekat hutan lipur Sungai Tua, saya terus cari tempat untuk pasang khemah. Benda pertama yang saya buat ialah bersihkan tapak khemah dan terus pasang.

 

Memang pada waktu tu dah plan nak berkhemah dan bermalam dalam hutan. Saya pun pasang la khemah siap-siap. Just in case kalau petang sikit hujan turun, at least khemah dah siap pasang dan boleh berteduh dalam khemah je nanti.

 

Ini pula suasana waktu malam.

bermalam-di-hutan

Serius memang masa ni sangat gelap.

 

Bila malam, tak ada nak pasang lampu lama-lama. Kena jimatkan tenaga.

lampu-untuk-camping

Mujurlah masa ini saya ada bawa lampu pelita. Kalau lepas ni nak pergi camping sekali lagi, saya rasa tak berapa praktikal nak bawa lampu pelita ni lagi.

 

Saya ingat nak bawa lampu LED yang menggunakan kuasa solar macam ni.

lampu-berkuasa-solar

Ada macam-macam jenis lampu boleh dapat kat sini.

 

Waktu siang, boleh cas tenaga dia guna kuasa solar sahaja. Nanti bila malam, boleh on. Walaupun lampu ini tak ada la terang sangat, tapi at least tak terlalu gelap.

 

Saya terfikir nak pergi camping dekat kawasan pantai. Kalau dekat pantai, dengan keadaan angin yang agak kuat, kan agak susah kalau nak pasang lampu pelita.

 

Tapi kalau ada lampu kuasa solar macam ni, selesai masalah. Cuma masalah yang tak selesai lagi ialah, siapa yang nak saya bawak pergi camping sama lepas ni? 

 

 

Baca juga artikel:

  • Kertas kerja perniagaan dan 33 contoh kertas kerja pelan perancangan perniagaanKertas kerja perniagaan dan 33 contoh kertas kerja pelan perancangan perniagaan
  • Cara buat duit melalui perkhidmatan yang disediakan oleh GoogleCara buat duit melalui perkhidmatan yang disediakan oleh Google
  • Masalah yang biasa dihadapi oleh Social Media InfluencerMasalah yang biasa dihadapi oleh Social Media Influencer
  • Kerjaya sebagai Social Media InfluencerKerjaya sebagai Social Media Influencer
  • Seronok ke belajar buat blog?Seronok ke belajar buat blog?
  • Cara buat tempahan tiket Air Asia ketika server down yang ramai orang tak tauCara buat tempahan tiket Air Asia ketika server down yang ramai orang tak tau
  • Apa yang buatkan saya percaya dengan program Jobdirumah?Apa yang buatkan saya percaya dengan program Jobdirumah?
  • Matlamat untuk menceburi bidang Penternakan KambingMatlamat untuk menceburi bidang Penternakan Kambing
  • Program bekerja dari rumah secara online untuk tahun 2018Program bekerja dari rumah secara online untuk tahun 2018
  • Hakikat sebenar yang perlu dilalui apabila anda ingin jadi penulis online dan jana pendapatanHakikat sebenar yang perlu dilalui apabila anda ingin jadi penulis online dan jana pendapatan

Filed Under: Catatan Rambang SH Tagged With: camping dalam hutan, pengalaman camping, tempat best camping, tempat menarik untuk camping

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.

Top Posts & Pages

  • Kerjaya dalam bidang Sales and Marketing bagus ke?
    Kerjaya dalam bidang Sales and Marketing bagus ke?
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • 17 Tips Bisnes Homestay
    17 Tips Bisnes Homestay
  • Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
    Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Bisnes barangan bundle - Tak glamor tapi untung BESAR!
    Bisnes barangan bundle - Tak glamor tapi untung BESAR!
  • Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
    Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
  • Masalah yang biasa dihadapi oleh Social Media Influencer
    Masalah yang biasa dihadapi oleh Social Media Influencer
  • Jual barang terpakai dan yang tak diperlukan di internet
    Jual barang terpakai dan yang tak diperlukan di internet

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in