“Apa pendapat anda tentang peniaga-peniaga online, ejen-ejen affiliate, ejen dropship, mahupun blogger yang suka tunjuk atau tayangkan income yang mereka berjaya hasilkan secara online?” Pernah tak terlintas dekat fikiran anda, yang mereka ni adalah golongan yang poyo, riak, suka menunjuk dan sebenarnya ada niat tersembunyi! Ha ha
Serius. Dulu saya pun rasa tak selesa dengan orang-orang yang suka tayang komisen. Padahal bukannya besar sangat pun. Setakat puluh-puluh ringgit. Setakat ratus-ratus ringgit. Apa yang nak di hairankan. Orang lain boleh dapat nilai yang lebih besar, tak ada pun nak bising. Ini baru dapat beberapa ratus dah nak tunjuk bukti bagai.
Ibarat macam seseorang tu kerja makan gaji di syarikat tertentu. Kemudian, setelah selesai bekerja, syarikat tu pun bayarlah dia ni gaji yang memang dia patut terima. Ada ke orang yang dibayar gaji tu akan tayang-tayangkan berapa jumlah yang dia dapat tu?
Most likely, ia tidak akan berlaku! Bab-bab pendapatan ni kan private and confidential! Mana boleh tunjuk-tunjuk kat orang lain. Kang nanti ada lembaga yang duk perati je nak mintak kita bayar cukai.
…and trust me, I can go on and on and on… Ada banyak benda yang saya nak kondem kalau nak diikutkan. But then I realize something. Adakah rasa benci yang saya rasakan tu memang betul-betul ikhlas dari hati, atau sebenarnya ia berpunca dari rasa iri yang terbit dari hati.
Apa tak nya… dia boleh buat tapi kenapa aku tak berjaya. Ya, waktu perasaan tu timbul, saya akui yang pada waktu tu saya sendiri tak pernah rasa macam mana perasaannya bila berjaya buat duit secara online. Tambahan pulak, pada waktu tu saya memang perlukan duit, dan saya lihat ada orang lain berjaya buat duit dengan cara yang begitu mudah pulak. Apa rahsia yang dia pakai ni?
Buat duit secara online adalah sesuatu yang REAL dan ianya boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja!
Bila saya kata “buat duit online adalah sesuatu yang real” dan “ia boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja” maka pasti akan mengundang pertanyaan lanjut seperti
APA BUKTINYA?
Alhamdulillah, saya pernah beberapa kali menerima bayaran untuk kerja-kerja online yang saya lakukan. Kebanyakkannya adalah kerja-kerja pemasaran. Bila dengar istilah pemasaran, mungkin ada yang akan rasa ia adalah sesuatu yang sukar. Something yang sangat besar. Something yang hanya boleh dikuasai kalau seseorang tu ada diploma dalam jurusan pengurusan perniagaan atau ijazah dalam jurusan pemasaran.
Sebenarnya tak juga. Tak perlu ada itu semua pun tak apa.
Baiklah. Saya cerita satu per satu. Saya nak mulakan dengan BUKTI dulu.
Ini merupakan bukti bayaran yang saya terima daripada apa yang saya buat selama ni secara online. Ada banyak yang saya buat, tapi jangan salah faham pulak ye, sebabnya bukan semuanya berjaya jadi duit. Ada yang saya berjaya dapat duit, ada juga yang saya tak berapa berjaya. So dalam projek ni, yang saya namakan Projek Panduan Bekerja Dari Rumah, saya menerima bayaran sebanyak RM375. Nama syarikat yang membuat bayaran kepada saya ialah Kliks Solution.
Jumlah ini mungkin tidaklah besar mana bagi sesetengah orang. Tetapi duit tetap duit kan? Untuk orang yang memang perlukan duit, ada banyak hutang, selalu tak cukup duit, kalau dapat pendapatan tambahan macam ni setiap bulan, pasti sedikit sebanyak akan tetap ringankan beban. Betul kan?
Apakah modal yang diperlukan untuk berjaya jana pendapatan secara online?
Bila bercerita tentang modal ni pula, ia tak semata-mata tertumpu pada bab duit sahaja. Sebenarnya ada bentuk-bentuk modal lain yang PENTING tapi sering terlepas pandang. Saya bagi contoh
- Modal SEMANGAT
- Modal MOTIVASI
- Modal ILMU
- Modal TINDAKAN
- Modal Tawakkal
Tak semestinya kita kena ada modal dalam bentuk wang ringgit kalau nak berjaya buat duit di internet. Tak semestinya. Akan tetapi, jika anda sanggup keluar modal, ia adalah sesuatu yang akan memudahkan kerja-kerja anda di masa akan datang. Namun, ia bukan satu jaminan yang anda pasti akan berjaya buat duit ye.
Masih lagi kena berusaha, masih lagi kena selalu kekalkan semangat dan momentum dan juga kena selalu konsisten dengan tindakan yang dilakukan.
Saya memilih untuk buat duit dengan cara menulis. Saya rasa kaedah ini adalah yang paling sesuai dengan saya. Saya tak pandai nak berlakon atau nak rakam video kelakar yang mana saya adalah pelakonnya, jadi saya rasa daripada saya buat sesuatu yang saya tak pandai buat, lebih baik saya buat benda lain yang saya rasa mudah untuk saya.
Medium yang saya gunakan untuk menulis pula adalah blog. Seperti yang anda sedang baca sekarang ni. Saya menulis di blog. Dan kalau anda nak tahu, saya menulis bukan hanya di satu blog sahaja, tetapi ada beberapa blog.
Ada blog yang saya tulis menggunakan platform wordpress self hosted. Ada yang saya guna blogspot. Ada yang saya gunakan nama betul. Dan ada juga yang saya gunakan nama samaran. Ianya pelbagai dan semua ini saya cuba sesuaikan dengan strategi pemasaran yang saya ingin gunakan iaitu dengan cara menulis.
Bila saya buat kerja-kerja pemasaran, saya tak suka untuk fikir diri saya sebagai seorang marketer atau pegawai pemasaran. Saya lebih suka bekerja sebagai seorang penulis yang dengan sedaya upaya ingin menulis sesuatu agar orang faham apa dia topik, konsep dan juga konten yang ingin disampaikan.
Perasaan puas tu sangat berlainan apabila apa yang kita tulis tu difahami dan ada manfaat kepada yang baca.
Kemudian saya dapati, apabila orang boleh faham apa yang saya cuba sampaikan, ada antaranya yang bertindak ADVANCE dengan membeli apa-apa produk yang saya cadangkan kepada mereka. Aha… maka dari situ muncullah komisen-komisen affiliate yang menggembirakan.
Dulu, saya rasa agak susah nak lihat ada orang Malaysia yang begitu mahir dan hebat sekali dalam bidang pemasaran online. Kalau boleh, saya teringin sangat nak jumpa individu yang boleh ajar saya macam mana cara nak buat duit di internet.
Bila ada penulis blog yang kata, “kita boleh buat duit di internet dengan cara menulis blog” hati saya menjerit inginkan buktinya! Saya rasa kita semua setuju, yang kita tak suka dengar orang cakap kosong tanpa mengemukakan sebarang bukti. Kan?
Maka dari situ saya lihat, perlunya saya berterima kasih pada mereka-mereka yang sudi untuk kongsikan bukti pendapatan yang mereka berjaya perolehi. Rupa-rupanya bila saya ikut rapat karier dan perkembangan mereka, saya dapati dengan berbuat demikian, pendapatan mereka makin meningkat.
Saya cuba sendiri untuk diri saya. Konsep yang sama. Saya nak tahu, apa jadi kalau saya juga kongsikan bukti pendapatan yang saya pernah terima sebelum ini? Kemudian, saya ceritakan juga macam mana saya boleh dapat pendapatan seperti itu dan apa tips-tips yang boleh diikuti.
Hasilnya? Saya juga nampak ada peningkatan pada pendapatan yang saya perolehi. Hari demi hari, ia makin menguatkan lagi kepercayaan saya, bahawa “sesiapa sahaja memang boleh buat duit di internet.”
Pada peringkat permulaan, anda hanya perlu PERCAYA dan BERTINDAK. Buat sampai jadi. Buat sampai dapat komisen, dan In Shaa Allah, semua orang boleh dapat komisen dari program affiliate. Ianya memang boleh dilakukan dan bukan sesuatu yang mustahil.
Melainkan kalau orang tu mengharapkan duit tanpa sebarang usaha, maka itu lain cerita. Saya rasa bukan sesuatu yang pelik pun kalau orang macam ni gagal buat duit.
Ok panjang dah kot… by the way, bukti komisen ni saya ambil dari entri saya sebelum ini berjudul komisen panduan bekerja dari rumah.
Leave a Reply