Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

August 10, 2017 by Sabree Hussin Leave a Comment

Pernah tak anda rasa excited nak bina dan lancarkan laman web baru?

Tahukan anda, kos untuk melanggan nama domain dan hosting tidaklah begitu mahal. Ia sebenarnya boleh diperolehi dengan harga serendah RM60 sahaja.

 

Salah satu tempat yang anda boleh dapatkan nama domain dan hosting adalah di NetKL Network. Lihat senarai harga dibawah ini.

Anda boleh klik sini untuk langgan servis dari NetKL.

harga-domain-dan-hosting

Harga yang paling rendah ialah RM60 setahun manakala pakej yang paling mahal ialah RM650 bagi penggunaan selama setahun. Selepas setahun, anda boleh renew ataupun biarkan sahaja nama tersebut expired.

 

Kebiasaannya, jika sesuatu projek itu kurang menguntungkan dan memerlukan masa yang terlalu banyak, pemilik laman web akan biarkan laman web tersebut expired atau mungkin jual kepada orang lain yang minat dengan projek tersebut.

 

Buat masa ini, kebanyakkan projek pembangunan laman web yang saya jalankan, semuanya berkonsepkan blog dan minisite jualan.

 

Sebelum ini, saya pernah cuba bangunkan beberapa konsep laman web, namun setelah mencuba setakat yang termampu, semuanya tak berjaya.

 

Penat tau buat kerja jenis syok sendiri ni.

 

Kita dah bersusah payah lancarkan sesebuah laman web, tiba-tiba bila dah siap, laman web tu tak mendapat sambutan. Aduhai…

 

Namun, ini tidaklah mematahkan semangat saya untuk cuba bangunkan laman web yang lain pula. Biasalah kan, dalam lima projek, mungkin cuma dua projek sahaja yang berjaya dan mampu memberikan keuntungan.

 

Kita ni usahakan sahaja yang terbaik, dan selebihnya kita berserah sahaja. Lagipun soal rezeki itu kan semuanya ketentuan Allah. Kita sebagai hamba layaknya memberikan usaha yang terbaik sahaja.

 

Pelbagai jenis laman web boleh dibina dengan mudah menggunakan applikasi Softaculous

Sebelum ada applikasi ini, proses nak bina sesebuah laman web memang agak rumit. Ia perlu dilakukan secara manual.

 

Begitu juga proses untuk bina laman web yang menggunakan platform wordpress self hosted. Pemasangan perlu dilakukan secara manual.

 

Mula-mula kena download dulu files dari laman web wordpress. Lepas tu upload menggunakan perisian Files Transfer Protocol (FTP). Seterusnya baru mulakan proses pemasangan.

 

Saya masih ingat lagi, satu masa dulu, saya terpaksa beli ebook panduan yang khusus menceritakan proses pemasangan sistem wordpress bagi tujuan blogging.

 

Tetapi sekarang ni, dengan adanya applikasi softaculous, proses pemasangan blog wordpress self hosted dah jadi sangat mudah.

 

Bina laman web menggunakan platform wordpress, dan jika anda memang serius nak buat duit dengan blogging, anda sebenarnya tak perlu takut untuk melanggan domain dan hosting berbayar. Jika dibuat dengan betul, pendapatan dari kerja-kerja blogging tu sendiri boleh digunakan untuk bayar kos hosting.

 

Malahan, apabila guna hosting berbayar, secara automatik kita akan rasa yang kita ni ada tanggungjawab untuk update blog kita dengan lebih kerap. Ye la… benda kita dah bayar, kalau tak gunakan dengan sebaiknya, kan rugi.

 

Antara konsep laman web yang pernah saya bina … (tetapi akhirnya GAGAL)

Ya, apa yang saya nak cerita ni adalah kisah-kisah gagal yang pernah saya lalui.

 

Sepanjang saya kenal apa itu domain dan hosting, saya sebenarnya pernah bina beberapa laman web. Ini antara yang saya pernah buat dan yang saya gagal.

 

Projek tersebut hanya berjalan selama setahun sahaja, dan disebabkan saya tak nampak hala tuju laman web tu, maka saya tak renew hosting dan saya biarkan ia expired.

 

Apa projeknya?

bina-laman-web-perniagaan

Projek Pertama – Forum untuk bekas pelajar sekolah menengah saya

Pada waktu ini, saya memang tengah semangat nak “berkhidmat” untuk sekolah walaupun dah lama meninggalkan sekolah menengah.

 

Idea ni bermula setelah saya dan rakan sekelas bincang tentang masalah sosial dan masalah remaja sekolah. Jadi, saya kira kalaulah kita boleh ajak pelajar-pelajar untuk berkumpul dalam sebuah forum, mungkin ada antara mereka yang akan memandang serius tentang masa depan mereka.

 

Mana yang terlajak nakal tu, mungkin akan insaf. Mana yang masih tak tahu kemana hala tuju selepas SPM, boleh belajar dari kami yang serius.

 

Dipendekkan cerita, projek laman forum ini GAGAL. Ia gagal menarik minat kawan-kawan lain, dan pada waktu tu, orang lebih suka lepak di FB. Ada cadangan untuk wujudkan forum di FB sahaja. Setahu saya, FB tak ada fungsi forum dan kalau ada pun, cuma boleh buat FB Group.

 

Masalah dengan FB Group ini, dari segi susun atur posting dan orang mula buat spam iklan dalam group tersebut.

bina-laman-web-forum

Untuk projek laman web forum ini, saya bina menggunakan perisian phpBB. Dulu kena pasang secara manual. Tetapi sekarang ni, kalau nak buat projek yang sama, boleh install secara automatik dan mudah guna perisian softaculous ni.

 

Memandangkan projek tersebut adalah projek yang gagal, jadi saya tak rasa yang saya nak buat semula projek seumpama ini.

 

Projek Kedua – Laman web berkonsepkan ecommerce untuk jual pelbagai jenis produk

Projek ini saya lancarkan sewaktu saya sedang giat dalam bisnes dropship.

 

Pada masa ini, konsep bisnes dropship mula diterima di Malaysia dan pada waktu tu, ada banyak juga supplier yang berlumba-lumba membuka tawaran untuk jadi ejen dropship mereka. Saya pun apa lagi… grab la peluang ini.

 

Untuk menjual, produk-produk secara dropship, saya pun bina sebuah laman web berkonsepkan ecommerce. Pada masa tu, pengetahuan saya tentang ecommerce memang zero, dan yang kelakarnya saya terpaksa upah orang untuk bina laman web ecommerce saya.

 

Mahal jugak kos upah tu. Kalau saya tak silap, ada dalam RM200++ itupun lepas dah diskaun.

 

Sebenarnya terdapat banyak pilihan skrip atau software yang anda boleh gunakan untuk bangunkan laman web bercirikan ecommerce. Boleh rujuk screenshot dibawah.

bina-laman-web-ecommerce

Kalau tanya saya, mana satu perisian yang terbaik, memang saya tak tau. Saya pun cuma pernah guna satu sahaja.

 

Dalam banyak-banyak yang ada dalam senarai tu, saya pilih untuk guna perisian Open Cart. Apa yang buatkan saya tertarik untuk guna perisian ni ialah sebab saya boleh rekrut ejen affiliate.

 

Memandangkan saya jual produk fizikal, maka jumlah komisen yang saya boleh berikan kepada ejen adalah 5% sahaja. Maksimum 10% tetapi ini akan menyebabkan untung saya jadi rendah. Maka saya set kepada 5% sahaja.

 

Projek ini hanya berjalan selama setahun sahaja. Kemudian saya rasa, projek ni tak ada masa depan dah.

 

Lagi satu, apabila mula ada masalah dengan pembekal, saya terus tawar hati nak teruskan projek ini. Bukan mudah nak cari pembekal yang baru. Kita dah biasa dengan pembekal A, tiba-tiba dia dah tak buat bisnes tu, habis bisnes kita pun ikut terjejas.

 

Sekarang ni, saya masih lagi aktif dalam bisnes ecommerce. Cuma bukan sebagai pemilik produk ataupun sebagai ejen dropship. Sebaliknya saya fokus sahaja menjadi ejen affiliate.

 

Pada saya, jadi ejen affiliate lagi senang. Tak perlu nak pening-pening kepala nak uruskan tempahan pelanggan. Sekarang ni, saya jadi ejen kepada Lazada, dan banyak lagi laman web ecommerce kat luar sana yang menawarkan program affiliate.

 

Baiklah, itulah dia serba sedikit cerita saya tentang projek membina laman web ini. Sebenarnya ada banyak lagi projek yang gagal.

 

Tak perlulah nak cerita semua. Sebab banyak sangat.

 

Cuma dalam banyak-banyak projek yang gagal tu, ada satu projek yang saya cukup kesal. Projek tu gagal sebab saya terlupa yang saya ada lancarkan projek laman web tu. Itulah bahayanya kalau buat banyak sangat website dalam satu-satu masa.

 

Sampai boleh terlupa!

 

 

Baca juga artikel:

  • Buat bisnes menggunakan Whatsapp sahaja – Bagus ke? Apa kelemahannya?Buat bisnes menggunakan Whatsapp sahaja – Bagus ke? Apa kelemahannya?
  • Apa yang saya suka tentang sesi workshop yang dianjurkan oleh LazadaApa yang saya suka tentang sesi workshop yang dianjurkan oleh Lazada
  • Tawaran menarik sempena Lazada Online Revolution 2017 dan Blogger ContestTawaran menarik sempena Lazada Online Revolution 2017 dan Blogger Contest
  • Program Affiliate Involve Asia: Peluang buat duit tambahan untuk semua!Program Affiliate Involve Asia: Peluang buat duit tambahan untuk semua!
  • Kertas kerja perniagaan dan 33 contoh kertas kerja pelan perancangan perniagaanKertas kerja perniagaan dan 33 contoh kertas kerja pelan perancangan perniagaan
  • Dulu EdyBiz, Sekarang EdyClick PulakDulu EdyBiz, Sekarang EdyClick Pulak
  • Cerita tentang buat duit dengan LazadaCerita tentang buat duit dengan Lazada
  • Kerja sendiri atau makan gaji. Mana satu pilihan hati?Kerja sendiri atau makan gaji. Mana satu pilihan hati?
  • Belajar ilmu melakukan jualan beribu RM menerusi penulisanBelajar ilmu melakukan jualan beribu RM menerusi penulisan
  • Bukti komisyen dari laman web LazadaBukti komisyen dari laman web Lazada

Filed Under: Personal Tagged With: buat duit dengan laman web, cara buat duit dengan laman web, projek bina laman web, projek pembangunan laman web

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.

Top Posts & Pages

  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
    Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
  • Apa patut kita jawab bila orang tanya, kamu kerja apa?
    Apa patut kita jawab bila orang tanya, kamu kerja apa?
  • Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
    Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Kerjaya dalam bidang Sales and Marketing bagus ke?
    Kerjaya dalam bidang Sales and Marketing bagus ke?
  • Kertas kerja perniagaan dan 33 contoh kertas kerja pelan perancangan perniagaan
    Kertas kerja perniagaan dan 33 contoh kertas kerja pelan perancangan perniagaan
  • Harga cermin mata bagi masalah silau
    Harga cermin mata bagi masalah silau
  • Ini cara mudah bagaimana buat duit dengan menjawab soalan kaji selidik
    Ini cara mudah bagaimana buat duit dengan menjawab soalan kaji selidik

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in