Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

November 25, 2018 by Sabree Hussin Leave a Comment

Pinjam duit AIM tapi tak buat bisnes

Ambil loan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) tapi tak ada buat sebarang bisnes pula…

 

Saya ada seorang kenalan di internet, yang boleh dikatakan setiap minggu pada hari selasa, pasti akan pergi ke sesi perjumpaan dan mesyuarat untuk ahli AIM.

 

Tapi bila saya tanya, sekarang ni buat bisnes apa? Boleh pula dia kata, sekarang ni tak ada buat bisnes apa-apa.

pinjaman-untuk-perniagaan

Bila dengar dia kata macam tu, saya cuma boleh kata… “oh… ye ke…”

 

Nak nasihat lebih-lebih pun tak guna juga. Saya tak berada dalam situasi dia berada. Lagipun dia bukannya minta sebarang nasihat dari saya. Kalau saya pandai-pandai nak bagi nasihat, nampak dah macam seorang yang busy body pula.

 

Kalau kita rujuk kepada laman web rasmi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), kita boleh lihat sebenarnya ada pelbagai pakej dan skim pembiayaan yang ditawarkan.

 

Ada yang serendah RM1,000 hinggalah yang maksimum RM20,000.

 

Antara matlamat penubuhan AIM ini adalah untuk membantu golongan miskin keluar dari belenggu kemiskinan dengan menyediakan pembiayaan untuk mereka ini melakukan satu ikhtiar hidup yang boleh menambahkan pendapatan.

 

Misalnya, kalau ada keluarga yang datang dari latar belakang yang kita boleh katakan sebagai miskin, AIM ini boleh bantu dengan memberikan mereka pembiayaan jika mereka ingin memulakan perusahaan tertentu.

 

Perusahaan itu mungkin dalam bentuk perniagaan makanan, perniagaan perkhidmatan dan sebagainya. Misalnya satu keluarga yang miskin, dia mungkin nak tawarkan perkhidmatan membersihkan rumah.

 

Untuk tawarkan khidmat tersebut, dia perlu ada kelengkapan seperti bahan pencuci, baldi, kain untuk lap dan sebagainya. Melalui permohonan pembiayaan dari AIM ini, bolehlah keluarga ini beli kelengkapan tersebut.

 

Dalam keluarga saya sendiri, juga ada yang buat pembiayaan dengan pihak AIM ini. Duit yang dipinjam itu, seterusnya digunakan sebagai modal untuk jalankan perniagaan makanan. Makanan yang dijual adalah makanan untuk sarapan pagi, seperti nasi lemak, mee goreng, pelbagai jenis kuih muih.

 

Pembiayaan AIM ini adalah untuk kaum wanita. Saya ada buat pembacaan yang mana sebelum ini, AIM dibuka kepada semua, tapi disebabkan golongan lelaki ni agak liat nak buat pembayaran balik, lebih ramai yang ponteng mesyuarat berbanding kaum wanita, akhirnya pembiayaan ini dibuka kepada kaum wanita sahaja.

 

Golongan yang memohon pembiayaan AIM ini, ada ramai juga yang dari kalangan mereka yang dah berusia 30 an dan keatas. Golongan makcik-makcik kebanyakkannya.

 

Mereka ini, kalau minta kerja sama ada di kilang, kedai makan dan sebagainya, mungkin agak susah nak dapat. Jadi pilihan yang mereka boleh lakukan adalah jalankan ikhtiar perniagaan sendiri. Walaupun mungkin perniagaan yang dijalankan itu berskala kecil, ia masih lagi dianggap cukup baik berbanding tak buat apa-apa kerja yang boleh mendatangkan hasil.

 

Tak kan tak buat bisnes langsung lepas dah pinjam duit AIM?

Sebenarnya bukan tak buat bisnes langsung. Ada buat. Cuma bisnes yang dibuat tu jenis bisnes yang bermusim.

 

Macam kenalan saya ni, dia buat bisnes masa hari raya sahaja.

Baca juga: Panduan menjalankan Bisnes Bakeri yang boleh beroperasi hanya dari rumah

cara-buat-cupcake-sedap

 

Bisnes yang dia jalankan ialah bisnes produk-produk bakeri, seperti biskut raya, kek dan sebagainya. Permintaan untuk produk macam ni, memang tinggi semasa musim perayaan. Kalau kebetulan, dekat tempat anda ini memang tak ramai yang boleh buat produk-produk seperti ini, memang tak menang tangan nak siapkan tempahan dari pelanggan.

 

Cuma apabila musim perayaan dah habis, permintaan untuk produk seperti ini makin berkurangan, dan sampai satu tahap, tak ada lagi pelanggan yang nak buat tempahan. Mungkin sebab itu, kawan saya ni dah tak buat sebarang bisnes.

 

Saya pula berpendapat, bisnes macam ni kita kena selalu buat. Pemasaran pun kena sentiasa dijalankan. Kadang-kadang bila kita berhenti buat pemasaran, orang akan salah anggap yang kita dah tak buat bisnes tu.

 

Ada juga keadaan yang mana, bakal pelanggan hanya timbul minat dan keinginan nak beli barang yang kita jual sebab dia tengok gambar yang kita kongsikan di media sosial nampak menggiurkan.

 

Bila kita stop bisnes yang kita buat, pendapatan yang boleh dijana dari bisnes itu juga akan stop. Bila dah stop buat duit, dari mana kita nak dapat duit untuk bayar semula duit yang dipinjam?

 

Hutang itu tetap perlu dibayar. Kalau bisnes dah tak jalan, maka terpaksalah kita cari sumber lain untuk bayar hutang. Melainkan kalau kita dah buat pengiraan, hasil daripada bisnes yang dibuat, telah kita asingkan lebih awal untuk kegunaan bayar hutang.

 

Kalau situasinya macam ini, tak ada masalah untuk stop bisnes lebih awal. Tetapi, saya lebih suka kalau orang kita bila berniaga, dia think big. Dia berfikiran besar.

 

Buat bisnes atau berniaga bukan setakat nak cukup makan. Sebaliknya buat bisnes dengan impian untuk jadikan bisnes yang kecil pada peringkat permulaan, jadi makin besar.

 

Mungkin, kita boleh belajar serba sedikit perkara dari kisah perniagaan Mydin. Saya syorkan baca buku MYDIN – The Untold Story. Kalau kita tak akan berjaya buka bisnes sebesar itu sekalipun, setidak-tidaknya kita berfikiran besar dan tidak dihadkan pada pemikiran kecil-kecil semata.

 

 

Baca juga artikel:

  • Bagaimana cara buat duit dengan Program Referral Involve Asia?Bagaimana cara buat duit dengan Program Referral Involve Asia?
  • Kerjaya sebagai penulis blog upahan lumayan ke?Kerjaya sebagai penulis blog upahan lumayan ke?
  • Macam mana nak siap sedia dengan temuduga kerja kerajaan?Macam mana nak siap sedia dengan temuduga kerja kerajaan?
  • Adakah anda benar-benar boleh buat duit dengan Pemasaran Affiliate?Adakah anda benar-benar boleh buat duit dengan Pemasaran Affiliate?
  • Fatwa yang mengatakan Pokemon dan permainan Pokemon Go adalah HARAMFatwa yang mengatakan Pokemon dan permainan Pokemon Go adalah HARAM
  • Join program Affiliate tapi pemilik produk tak nak bayar komisen pulakJoin program Affiliate tapi pemilik produk tak nak bayar komisen pulak
  • Buat duit dengan Nuffnang memang cukup mudah kalau buat cara niBuat duit dengan Nuffnang memang cukup mudah kalau buat cara ni
  • Tolong orang dapatkan kerja pun boleh dapat upah lumayanTolong orang dapatkan kerja pun boleh dapat upah lumayan
  • Perlu ke peniaga, ejen affiliate dan blogger tayang bukti pendapatan mereka di internet?Perlu ke peniaga, ejen affiliate dan blogger tayang bukti pendapatan mereka di internet?
  • Sistem autoresponder PERCUMA dan berkualiti TINGGI dari MalaysiaSistem autoresponder PERCUMA dan berkualiti TINGGI dari Malaysia

Filed Under: Catatan Rambang SH Tagged With: amanah ikhtiar malaysia, pembiayaan aim, pinjaman amanah ikhtiar malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

10 − 6 =

Top Posts & Pages

  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
    Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
  • Harga cermin mata bagi masalah silau
    Harga cermin mata bagi masalah silau
  • 2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
    2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
  • Buat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping online
    Buat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping online
  • Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
    Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
  • Cara buat duit dengan AdHance by Ajobthing
    Cara buat duit dengan AdHance by Ajobthing
  • Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
    Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Uncategorized

Copyright © 2021 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut