Program affiliate Shopee dan bagaimana cara sertai?

Dah banyak hari saya cuba cari cara, macam mana nak sertai program affiliate Shopee ini.

bisnes-shopee

Usahawan yang memang serius nak berniaga di Shopee, jika mereka menerima ilmu perniagaan yang betul, memang tak mustahil langsung untuk mereka hasilkan pendapatan sehingga 4 angka dalam masa seminggu!

 

Pendapatan sedemikian, siapa yang tak tertarik?

 

Jujurnya saya memang tertarik untuk belajar macam mana nak jual barang di laman web Shopee tu. Malahan saya dah beli dah pun beberapa panduan yang mengajar cara berniaga di Shopee. Salah satu yang saya beli dan dah habis baca ialah ebook bisnes shopee ini.

buat-duit-dengan-shopee

Bila dah habis baca ebook ini, saya dah mula faham bagaimana selok belok dan cara nak buat duit dengan laman web shopee ini. Bahagian yang paling menarik, adalah cara nak gunakan teknik dropship dalam bisnes di Shopee.

 

Jujurnya, saya lebih suka kalau dapat buat affiliate dengan shopee ini, berbanding jadi salah seorang peniaga di Shopee.

 

Ya, saya ni memang pemalas orangnya.

 

Malas nak fikir-fikir, apa produk yang tengah hot.

Malas nak urus tempahan.

Malas nak layan pertanyaan bakal pelanggan.

Malas nak berurusan dengan pembekal untuk buat dropship.

 

Semua tu saya memang malas nak buat. Tapi kalau affiliate marketing, In Shaa Allah, yang tu saya rajin. Lagipun bila buat affiliate marketing ini, apa yang kita perlu lakukan hanyalah bawa masuk seberapa banyak trafik yang boleh ke halaman jualan.

 

Kalau tak mampu nak bawa masuk trafik untuk masuk ke halaman spesifik, dapat bawa masuk trafik untuk masuk ke muka depan (homepage) pun dah memadai. Bila ada pelawat yang buat tempahan, setelah menekan klik pada link affiliate kita, tanpa mengira apa produk yang dia beli, kita masih ada peluang untuk dapat komisen.

 

Pada saya, buat duit dengan cara sebegitu lebih menyeronokkan. Terpulanglah, mungkin pendapat orang lain berbeza. Ada orang, dia lebih suka nak jadi peniaga di laman web Shopee, sebab boleh dapat untung yang lebih tinggi.

 

Macam mana nak sertai program affiliate Shopee?

Saya ternanti-nanti, bilalah agaknya shopee nak offer program affiliate mereka sendiri, seperti mana Lazada Malaysia offer program affiliate mereka.

 

Tapi nampaknya, masih belum ada tanda-tanda lagi yang mereka akan jalankan program affiliate mereka sendiri. Sebaliknya, setakat hari ini, kalau kita nak sertai program affiliate shopee, kita kena sertai melalui laman web Involve Asia.

 

Bila dah jadi ahli Involve Asia, anda boleh ke halaman browse merchant untuk lihat tawaran dari Shopee. Screenshot seperti dibawah ini.

cara-sertai-affiliate-shopee

Kadar komisen juga ada pelbagai, antara 1.4%, 4.9% dan 7.00% pun ada.

 

Macam saya, saya akan fokus pada yang Shopee App – Android (MY) dengan komisen sebanyak 4.9% tu. Kiranya agak tinggi juga komisen yang ditawarkan tu. Kalau barang yang berjaya dijual tu mahal harganya, maka komisen yang bakal dijana juga akan jadi agak tinggi.

 

Nak buat duit sebagai affiliate shopee ini, memang banyak kena sabar. Almaklumlah, komisen pun tak berapa tinggi. Sebaliknya, kalau anda lebih suka untuk dapatkan komisen yang lagi banyak, baik jadi seller je terus di Shopee.

 

Boleh belajar melalui panduan ini. Anda boleh tekan sini untuk muat turun versi preview.

 

 

 

 

 

 

, , ,

No comments yet.

Leave a Reply

3 + nine =

Powered by WordPress. Designed by Woo Themes