Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

February 21, 2017 by Sabree Hussin 2 Comments

Program Pengiklanan Mobicow ada potensi jadi sumber pendapatan pasif

Blogger dengan program pengiklanan memang satu kombinasi yang sukar untuk dipisahkan. Sepanjang saya berkecimpung dalam bidang penulisan di blog ini sendiri, memang jarang saya jumpa penulis blog yang langsung tak menyiarkan sebarang iklan dalam blog miliknya.

 

Sekurang-kurangnya mesti akan ada satu iklan.

 

Kalau penulis blog kat Malaysia, at least mereka akan join program pengiklanan Nuffnang. Blog ini pun ada siarkan iklan dari Nuffnang.

 

Cuma kadang-kadang tu saya rasa program pengiklanan dari Nuffnang ni macam boring sikit. Earning dia tak berapa nak jalan.

 

Sebelum ini, ada juga pembaca dan pelawat blog ni yang tanya kat saya, kenapa earning Nuffnang dia langsung tak naik-naik? Oh saya faham perasaan tu… kita dah susah payah letak iklan, bangunkan laman web, tarik trafik bagai… tiba-tiba income langsung tak ada.

 

Bagi sesetengah blogger, mereka mungkin tak kisah dengan hal-hal macam ni. Tetapi, bagi blogger yang memang menjadikan bidang penulisan blog sebagai satu-satunya sumber pendapatan, benda ni memang boleh bikin stress tau.

 

Jadi, kalau ada sesiapa yang ada masalah yang lebih kurang sama, income dari program pengiklanan Nuffnang langsung tak gerak, bolehlah baca perkongsian saya yang ini.

Klik untuk baca: Kenapa Iklan Nuffnang dalam blog saya tidak hasilkan sebarang Income?

 

Generally, saya berpendapat program-program pengiklanan yang kita sertai ini, memang ada potensi untuk dijadikan sebagai salah satu sumber pendapatan pasif.

 

Kita hanya perlu join program-program tersebut, dapatkan kod iklan dan seterusnya kita hanya perlu masukkan kod iklan tersebut dalam laman blog milik kita. Bila sampai masanya, kita akan dapat bayaran dari program tersebut.

 

Dalam banyak-banyak program pengiklanan yang saya sertai, saya boleh katakan buat masa ini, program pengiklanan Mobicow masih lagi yang terbaik dan merupakan penyumbang pendapatan paling tinggi setakat ini.

duit-dari-mobicow

Penyumbang pendapatan paling tinggi dalam kategori program pengiklanan yang saya sertai. Itu maksud saya.

 

Ala sebenarnya, saya cuma pernah join beberapa program pengiklanan sahaja, iaitu

  1. Nuffnang – Income masih jalan cuma sangat slow.
  2. Adverlets – Pernah join tapi tak sempat la nak rasa sebarang income. Program ni pun dah tak wujud rasanya.
  3. Says.com – Tak pasti pernah dapat income ke tak.
  4. 8share – Pernah cash out beberapa kali. Lepas tu dah lupa nak login.
  5. Bidvertiser – Pernah dapat beberapa kali komisen. Dalam USD.
  6. Google Adsense – Awal-awal belajar buat blog dulu, saya belajar cara nak buat duit dengan Google Adsense dulu. Tapi sayangnya, jodoh dengan Google Adsense tak panjang.

 

Kali ini, bila dah kenal dengan program pengiklanan Mobicow ni… kenalah jaga betul-betul. Kena buat dengan bersungguh-sungguh dan kalau boleh, kenalah “perah susu” Mobicow ini supaya dia dapat beri pendapatan dalam USD secara konsisten setiap bulan.

 

Ini merupakan pendapatan kedua yang saya perolehi dari Mobicow.

pendapatan-dari-mobicow

Baca juga:

(1) Ini dia BUKTI saya berjaya Buat Duit Dengan Mobicow!

(2) Komisen Mobicow Februari 2017

(3) Komisen Mobicow Januari 2017

 

Jumlah yang saya terima adalah sebanyak USD20.45 dan kalau kita tukarkan dalam matawang RM, nilainya adalah lebih kurang RM90.

 

Saya akui, memang ada macam-macam cara yang kita boleh gunakan untuk buat duit dengan blog yang kita miliki tu. Tapi pada saya, program pengiklanan seperti ini tetap ada keistimewaannya. Lebih-lebih lagi jika blog anda memang mempunyai jumlah trafik yang besar.

 

Trafik tersebut boleh di convert menjadi income. Ala-ala pendapatan pasif juga la kan. Kita masukkan iklan Mobicow ke dalam blog, kemudian kita biarkan sahaja. Tak perlu buat apa-apa pada iklan tersebut. Hanya perlu update blog seperti biasa.

 

Fungsi lain Program Pengiklanan

Pada saya, program pengiklanan seperti ini, fungsinya bukan semata-mata untuk buat duit semata-mata. Ada banyak lagi yang fungsi dan peranannya.

 

Macam saya sendiri, daripada program-program pengiklanan seperti ini, saya boleh belajar banyak benda baru tentang blog saya sendiri. Program pengiklanan selalunya akan menyediakan statistik dan data tentang blog kita.

 

Dari situ kita boleh tahu, berapa banyak trafik yang kita perolehi setiap hari? Apa kata kunci yang kerap masuk dalam laman blog milik kita? Dari mana kebanyakkan pembaca blog kita? … dan banyak lagi perkara lain.

 

Dalam hal ini, fungsi program pengiklanan tidaklah terhad untuk buat duit sahaja. Jika anda tahu apa yang anda lakukan, dari program pengiklanan ini juga, kita boleh cantikkan dan hias blog.

 

Tapi feature yang paling saya suka adalah data dan statistik tu la.

 

Belajar buat blog sebab nak buat duit dengan program pengiklanan

Saya masih ingat lagi, awal-awal dulu, saya belajar buat blog semata-mata sebab saya terpesona dan tertarik dengan potensi pendapatan yang boleh diperolehi dari program pengiklanan. Sekali tengok, macam senang je nak buat duit dengan program pengiklanan ni.

 

Tapi sekarang ni, bila dah ada pengalaman sikit, apa yang saya boleh katakan, dari segi teori, buat duit dengan program pengiklanan ni memang tidak begitu sukar.

 

Namun dari segi praktikal… agak mencabar. Rupa-rupanya bukan senang tau nak bangunkan sebuah blog yang diminati ramai dan mampu untuk menerima trafik yang banyak setiap hari.

 

Pada hari ini, saya tidaklah begitu menaruh harapan yang tinggi pada program pengiklanan. Saya berpendapat, jika pendapatan yang dijana dari program seumpama ini dapat bantu saya untuk bayar bil internet, bayar kos domain dan hosting, itu sudah memadai.

 

Jika dapat lebih dari itu, syukur Alhamdulillah.

 

Pada saya la kan, kalau nak income yang tinggi, macam mana pun kena tau macam mana cara nak menjual. Ya, menjual menerusi blog.

 

Kebanyakkan blog yang saya tulis, memang saya manfaatkan sepenuhnya untuk lakukan jualan. Malahan, kebanyakkan jualan yang berjaya saya hasilkan, sumbernya adalah berpunca dari medium blog.

 

Bila kita dah tau macam mana nak buat duit dengan blog ini, dan tahu cara nak tulis artikel blog yang boleh menjual, ia jadi makin seronok untuk update blog dengan lebih kerap. Kalau boleh memang saya nak update blog ni setiap hari. Apa kan daya, kadang-kadang tu masa memang amat mencemburui.

 

“Belajar cara tulis artikel blog yang boleh menjual”.

 

Itu resepi kejayaan kalau serius nak menjual menggunakan medium blog. Kalau saya boleh buat, saya pasti anda juga boleh buat.

 

Ok la… bagi mereka yang nak cuba program pengiklanan Mobicow ni, anda boleh join dengan menekan klik pada pautan ini. Isikan maklumat yang diperlukan dengan selengkapnya. Pendaftaran adalah PERCUMA sahaja.

 

Sementara program ini masih wujud, ada baiknya kita manfaatkan.

 

 

Baca juga artikel:

  • Hasil buat duit dengan Program Pengiklanan Mobicow bagi bulan Mac 2017Hasil buat duit dengan Program Pengiklanan Mobicow bagi bulan Mac 2017
  • Buat video khas sempena kontes Belajar Buat BlogBuat video khas sempena kontes Belajar Buat Blog
  • Cara buat duit dengan Valued OpinionsCara buat duit dengan Valued Opinions
  • Seronok ke belajar buat blog?Seronok ke belajar buat blog?
  • Pengalaman belajar membuat blog menerusi ebookPengalaman belajar membuat blog menerusi ebook
  • Ini dia BUKTI saya berjaya Buat Duit Dengan Mobicow!Ini dia BUKTI saya berjaya Buat Duit Dengan Mobicow!
  • Kenapa anda patut buat duit dengan Mobicow sekarang?Kenapa anda patut buat duit dengan Mobicow sekarang?
  • Adakah anda benar-benar boleh buat duit dengan Pemasaran Affiliate?Adakah anda benar-benar boleh buat duit dengan Pemasaran Affiliate?
  • Cara kerja seorang Internet MarketerCara kerja seorang Internet Marketer
  • Filem Step Up All In, Internet berkelajuan tinggi, dan bagaimana ia mempengaruhi pendapatan anda?Filem Step Up All In, Internet berkelajuan tinggi, dan bagaimana ia mempengaruhi pendapatan anda?

Filed Under: Buat Duit Online Tagged With: belajar buat blog, buat duit dengan mobicow, contoh pendapatan dari mobicow, iklan mobicow

Comments

  1. Love Lyrics says

    February 22, 2017 at 6:34 am

    Baru mula pasang iklan mobicow kat blog aku. Harapnye boleh dapat macam tuan..

    Reply
    • Sabree Hussin says

      February 22, 2017 at 12:24 pm

      Saya doakan bro boleh dapat lagi banyak daripada apa yang saya dapat. Semoga berjaya!

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top Posts & Pages

  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Masalah parking TERHAD yang sering berlaku di rumah flat
    Masalah parking TERHAD yang sering berlaku di rumah flat
  • Apa produk dari China yang bagus untuk diniagakan?
    Apa produk dari China yang bagus untuk diniagakan?
  • Jual barang terpakai dan yang tak diperlukan di internet
    Jual barang terpakai dan yang tak diperlukan di internet
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Bisnes air balang di bazar ramadhan
    Bisnes air balang di bazar ramadhan
  • Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
    Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
  • 17 Tips Bisnes Homestay
    17 Tips Bisnes Homestay
  • Hadiah apa yang sesuai untuk kanak-kanak umur tiga tahun?
    Hadiah apa yang sesuai untuk kanak-kanak umur tiga tahun?

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in