Projek bekerja dari rumah secara online bersama Lazada Malaysia untuk tahun 2018

Kalau nak shopping secara online, laman web Lazada Malaysia adalah salah satu laman web yang akan saya tuju.

 

Selain sebab dalam ini ada macam-macam produk keperluan, harga yang ditawarkan juga boleh tahan murah.

promosi-akhir-tahun-lazada

Malahan, boleh dikatakan banyak juga barang-barang yang dijual di Lazada ni lebih murah berbanding harga yang ditawarkan diluar sana.

 

Saya sendiri pernah beli smartphone jenama Redmi 4A yang harga asal RM499, dengan harga serendah RM299 sahaja di Lazada. Boleh ke dapat harga serendah ini kalau kat luar sana? Belum tentu lagi ya.

 

Anda biasa makan di Seoul Garden? Kalau anda biasa makan disini, anda pasti perasan, harga yang dikenakan sekarang sudah meningkat. Tapi, kalau kita ke laman web Lazada, kita boleh beli set makanan di Seoul Garden dengan harga yang lebih jimat.

 

Lihat buktinya.

Cuma perlu bayar RM66 sahaja untuk makan dua orang di Seoul Garden. Kali terakhir saya makan di Seoul Garden, untuk dua orang, harganya dah mencapai RM100++ untuk dinner.

 

Mahal kan? Kalau anda minat nak tahu terma dan syarat pakej ini, boleh terus ke laman web lazada disini.

 

Perhatian buat online seller…

Bagi penjual online, laman web Lazada boleh memberikan macam-macam informasi. Ada banyak juga perkara yang anda boleh pelajari dari laman web Lazada ini. Antaranya seperti

 

(1) Dapatkan idea seperti apa produk yang hot dan trending

Dari laman web Lazada, kita boleh buat kajian, apa produk yang hot dan paling banyak permintaan. Kita boleh lihat, produk yang mana satu yang paling banyak review dan feedback dari pelanggan sebelum ini.

 

Dari sini, kita boleh mula merancang, adakah baik untuk jual produk yang sama.

 

(2) Berapa harga yang patut diletakkan untuk sesuatu produk

Sekiranya anda tak tau, nak letak harga pada produk yang bakal dijual, anda boleh rujuk laman web Lazada juga.

 

“Kenapa orang nak beli dari anda, kalau mereka boleh dapatkan terus dari laman web lazada dengan harga lebih murah?”

Walaupun kita tak boleh nak tiru bulat-bulat, harga yang ditawarkan di Lazada, setidak-tidaknya harga disitu boleh dijadikan penanda aras, berapa harga yang munasabah untuk diletakkan.

 

(3) Anda boleh gunakan web lazada untuk jual barang

Lazada juga membuka platform mereka untuk penjual biasa macam kita, menggunakan platform mereka untuk buat jualan.

 

Pergi sahaja ke laman web Lazada dan tekan pautan Sell On Lazada.

 

(4) Bina laman web seperti lazada untuk jual produk sendiri

Atau anda mungkin adalah seorang yang begitu mementingkan aspek penjenamaan, dan lebih suka untuk bina laman web ecommerce anda sendiri dari bawah, berbanding menumpang platform orang lain.

 

Untuk itu, anda mungkin boleh jadikan laman web Lazada sebagai contoh, apabila nak lancarkan laman web ecommerce anda sendiri.

 

Baca juga

  1. Bisnes Ecommerce – Tips menjalankan perniagaan ecommerce berdasarkan pengalaman sebenar
  2. Nasihat untuk usahawan online yang ingin menjalankan perniagaan ecommerce

bisnes-dropship-dari-china

Tapi saya tak ada produk sendiri dan tak minat nak menjual…

Kalau macam tu, situasi kita lebih kurang samalah. Saya pun tak ada produk sendiri, dan tak bercadang nak menjadi penjual di laman web Lazada.

 

Saya lebih suka kalau cuma dapat fokus untuk bekerja sahaja dari rumah. Bukannya berniaga.

 

Oleh kerana Lazada tidak menawarkan sebarang kerja dari rumah, maka kita kena jadi lebih kreatif. Masih ada cara untuk jadi “pekerja” online yang dapat bekerja dengan Lazada hanya dari rumah.

 

Caranya adalah dengan menyertai program affiliate Lazada.

 

Apa bidang kerja yang perlu dilakukan?

  1. Tulis artikel yang bercerita tentang produk-produk yang dijual di laman web Lazada.
  2. Siarkan artikel tersebut dalam blog.
  3. Promosikan blog anda yang anda gunakan untuk menulis artikel tentang produk-produk di Lazada.

 

Pastikan anda telah mendaftar dalam program affiliate lazada terlebih dahulu. Baca juga

  1. Program Affiliate Lazada: Bagaimana cara daftar sebagai ejen affiliate?
  2. Macam mana cara nak buat duit dengan Lazada?

penerangan-tentang-jobdirumah

 

Berapakah kadar upah atau bayaran yang bakal diterima?

Kita hanya akan mendapat bayaran sekiranya ada pembaca artikel kita yang tekan klik pada link affiliate dan membuat tempahan produk yang dijual di lazada.

 

Upah adalah dalam bentuk komisen, dan peratusannya adalah sekitar 6%-10%. Kerja seperti ini, pendapatan terpulang kepada anda. Lagi banyak usaha anda, In Shaa Allah lagi tinggi pendapatan yang bakal anda hasilkan.

 

Tetapi, kalau anda jenis yang malas, buat kerja ala kadar, tulis artikel pun tak ada kualiti. Anda tak promosikan laman blog anda dan tak ada pelawat yang baca blog anda… dalam situasi macam ni, memang agak sukar untuk anda jana sebarang pendapatan dari lazada.

 

Apakah bukti Lazada akan bayar komisen pada kita?

Ini bayaran komisen dari Lazada yang saya terima baru-baru ini.

Emel ini sebenarnya dihantar oleh Citibank Malaysia. Ia adalah emel notifikasi yang memberitahu bahawa saya telah menerima bayaran dalam akaun Maybank saya, dan ianya dari Lazada.

 

Dulu, saya memang rajin update setiap kali dapat komisen dari Lazada. Tapi sekarang ni, rasanya malas pulak nak update benda yang lebih kurang sama setiap bulan.

 

Baiklah, artikel ni sebenarnya adalah kesinambungan artikel saya sebelum ni yang tajuknya Program bekerja dari rumah secara online untuk tahun 2018. Saya nak tunjukkan pada anda, yang saya bukan sekadar bagi cadangan kosong semata-mata, sebaliknya saya juga buat benda yang sama, dan saya buat sampailah saya dapat hasilnya.

 

Tak kiralah sama ada hasilnya sedikit, banyak atau sekadar cukup-cukup makan sahaja. Terima kasih kerana membaca perkongsian saya ini, dan semoga anda juga berjaya hasilkan pendapatan tambahan dengan bekerja dari rumah sahaja, pada tahun 2018 nanti.

 

Saya dah kongsikan kepada anda, salah satu projek bekerja dari rumah yang saya akan jalankan. Anda tunggu apa lagi? Sertailah saya sekarang dan mula jana pendapatan!

 

 

, , ,

Trackbacks/Pingbacks

  1. Jutawan Apps antara yang termasuk dalam senarai Financial Consumer Alert list Bank Negara Malaysia - Blog Sabree Hussin - December 30, 2017

    […] satu yang mungkin anda boleh lihat sendiri ialah Program bekerja dari rumah bersama Lazada Malaysia untuk tahun 2018. Saya sendiri ada sertakan bukti pendapatan yang telah dihasilkan baru-baru […]

Leave a Reply

four × 4 =

Powered by WordPress. Designed by Woo Themes