Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

November 14, 2016 by Sabree Hussin 2 Comments

Punca sebenar kenapa gagal jana sebarang pendapatan dari Program Affiliate

Tahun ni merupakan tahun ketujuh saya buat duit dengan menyertai program Affiliate. Bermula dengan langsung tak pernah dapat sebarang income, hinggalah sekarang ni Alhamdulillah boleh konsisten dapat income.

 

Dalam program affiliate ni, kita akan dibayar apabila kita berjaya menghasilkan jualan. Ada jualan, maka adalah komisen. Lagi banyak jualan kita boleh hasilkan, maka lagi tinggilah komisen yang kita boleh dapat.

 

Konsep ini kita namakan sebagai Pay Per Sales. Anda dibayar kerana melakukan jualan bagi pihak pemilik produk. Selain konsep Pay Per Sales ni, ada beberapa lagi konsep bayaran yang biasa digunakan. Antaranya Pay Per Click, Pay Per Action, Pay Per View dan sebagainya.

 

Anda boleh baca perkongsian saya sebelum ini kalau minat nak tau dengan lebih lanjut.

Sila klik untuk baca: Konsep pay per click, pay per view dan pay per sales dalam program buat duit 

 

“Nak buat duit dengan program affiliate ni susah ke?”

Ye memang susah. Dia jadi susah bila orang yang nak buat duit tu tak ada ilmu, tapi nak buat jugak. Anggap macam seorang budak ni, dia nak kerja kat KFC. Tapi langsung tak diberi sebarang latihan terus kena masuk kerja. Kena jaga kaunter pulak tu.

 

Maka akan kelam kabut lah jadinya. Dengan tak tau nak cakap apa pada pelanggan, tak tau nak tekan butang apa, tak tau harga, tak tau macam mana nak terangkan pasal produk dan macam-macam lagi.

 

Akan tetapi, jika diberikan latihan dan orang tadi tu pun sedia untuk ambik ilmu tersebut, maka segalanya akan jadi lebih mudah.

 

Apa yang saya nak sampaikan ialah, asalkan anda ada ilmu, segala yang sebelum ini terasa sangat susah lagi mencabar, ia akan jadi lebih mudah.

share-link-dapat-duit

Kat atas ni adalah contoh pendapatan dari program affiliate yang menggunakan konsep Pay Per Sales. Memandangkan saya berjaya dapat jualan, maka saya pun menerima emel menyatakan bahawa saya layak menerima komisen sebanyak RM32.50

 

Ini baru komisen untuk satu jualan.

 

Cuba bayangkan kalau ada 100 jualan? Wow… lumayan juga kan!

 

Dari segi teori, buat duit dengan program affiliate ni memang nampak mudah. Tapi dari segi praktikal, boleh kata ramai juga yang masih belum berjaya untuk dapat sebarang income. Mungkin ada yang nak tau, kenapa agaknya masih susah sangat nak lekat sebarang komisen ni?

 

Ini punca sebenar kenapa anda masih gagal jana sebarang pendapatan dari program affiliate.

 

Jawapannya ialah link affiliate anda tidak mendapat bilangan klik yang mencukupi atau tiada orang klik langsung!

 

Sebenarnya, untuk memastikan kejayaan dalam program affiliate ini, syaratnya ialah kena dapatkan trafik yang mencukupi. Kalau dapat tarik banyak trafik lagi bagus. Itu sebabnya ada masanya anda kena melabur untuk dapatkan trafik.

 

“Tapi bro… aku dah banyak kali buat promosi. Aku dah promosikan kat banyak tempat. Kat FB dah, kat Instagram, dan macam-macam tempat lagi la… tapi kenapa sampai sekarang masih tak dapat komisen jugak?”

Buat promosi itu dah bagus dah.

 

Cuma kena lihat juga, adakah dari hasil promosi tu tadi, ada yang klik atau tidak pada link affiliate anda tu.

 

Sebagai contoh, kalau anda buat promosi menggunakan Facebook. Anda kena tau siapa kawan-kawan anda. Kalau anda promosikan produk tudung, dan kebanyakkan kawan-kawan anda tu pula adalah lelaki, jadi walaupun ada banyak komen, ada yang like, itu masih lagi belum cukup untuk membantu anda dapat klik.

 

Kalau klik tak ada, jadi jangan harap nak dapat sebarang sales.

 

Kena usaha lebih lagi supaya link affiliate anda menerima klik.

 

Sekali lagi saya ulang. Ada banyak komen, banyak like, kalau tak ada siapa yang klik pada link affiliate anda pun tak guna juga. Kena pastikan ada yang tekan klik pada link affiliate anda.

 

Walaubagaimanapun, belum tentu semua yang tekan klik pada link affiliate anda tu akan beli produk yang anda promosikan.

 

Kadang-kadang dari 100 orang yang klik, mungkin hanya ada 2 orang sahaja yang akan beli. Ini sebabnya anda perlukan banyak trafik untuk berjaya hasilkan pendapatan yang lumayan menerusi program affiliate.

 

Apa pun, kalau cuma ada dua orang yang klik sahaja pun tak ada masalah, sebabnya kalau satu jualan komisennya ialah RM32, kalau ada dua sales, anda dah berjaya dapat RM64.

 

Saya rasa RM64 tu pun masih lagi boleh dikira sebagai tinggi juga. Betul tak?

 

Jadi, punca orang tak berjaya dapat sales dari program affiliate ialah sebab kurang trafik dan juga kurang klik pada link affiliate. Mulai hari ini, kalau serius nak buat duit dengan program affiliate, kena mula dapatkan banyak-banyak trafik dan banyak-banyak klik pada link affiliate anda.

 

Selamat mencuba dan semoga berjaya menjana pendapatan dari program affiliate.

 

 

Baca juga artikel:

  • Jana Pendapatan Pasif melalui Program AffiliateJana Pendapatan Pasif melalui Program Affiliate
  • Program affiliate yang membayar komisen sehingga 3 levelProgram affiliate yang membayar komisen sehingga 3 level
  • Syarikat yang membayar untuk share linkSyarikat yang membayar untuk share link
  • Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!
  • Jana pendapatan dengan Program eRezeki (BUKTI)Jana pendapatan dengan Program eRezeki (BUKTI)
  • Stereotaip dalam drama melayu apabila menjelang hari raya!Stereotaip dalam drama melayu apabila menjelang hari raya!
  • Bagaimana membeli barang dari laman web Taobao?Bagaimana membeli barang dari laman web Taobao?
  • Sudah ke anda mempunyai BACK UP PLAN?Sudah ke anda mempunyai BACK UP PLAN?
  • Kita jadi lemah sebab tak ada “the reason why” yang cukup kuatKita jadi lemah sebab tak ada “the reason why” yang cukup kuat
  • Promosi ISTIMEWA dari kedai buku online Bookcafe sempena MYCYBERSALE 2017Promosi ISTIMEWA dari kedai buku online Bookcafe sempena MYCYBERSALE 2017

Filed Under: Buat Duit Online Tagged With: buat duit dengan program affiliate, jana pendapatan dengan affiliate, share link dapat duit

Comments

  1. Elih Japahar says

    November 20, 2016 at 8:22 am

    Betul tuan, memang agak sukar dapat sale bila trafik agak ciput mcm blog sy…sy cuma berharap pada SEO saja buat masa ini…

    Reply
    • Sabree Hussin says

      November 20, 2016 at 5:56 pm

      Kalau guna SEO, awal-awal je trafik ciput. Bila SEO tu dah menunjukkan kesannya, tak payah susah-susah nak buat promosi dah lepas tu

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 × five =

Top Posts & Pages

  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Jual barang terpakai dan yang tak diperlukan di internet
    Jual barang terpakai dan yang tak diperlukan di internet
  • Apa patut kita jawab bila orang tanya, kamu kerja apa?
    Apa patut kita jawab bila orang tanya, kamu kerja apa?
  • Kerja sebagai pengurus akaun media sosial
    Kerja sebagai pengurus akaun media sosial
  • Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
    Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
  • Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
    Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
  • Kelebihan dan kekurangan dalam menjalankan perniagaan menggunakan Sistem Marketplace dan ecommerce
    Kelebihan dan kekurangan dalam menjalankan perniagaan menggunakan Sistem Marketplace dan ecommerce
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2022 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in