Sebelum ni, saya dah pernah beli punching ball dari laman web Lazada.
Isu dengan beli secara online ni, kita tak tau bentuk barang tu macam mana. Kita tak boleh nak test produk tu. Agak susah untuk kita bayangkan bagaimana produk tu akan berfungsi, kalau semata-mata hanya menggunakan gambar.
Lagi satu, pada waktu tu, saya memang dah excited nak ada punching ball saya sendiri.
Baca juga: Anda stress? Jom tumbuk punching ball laju-laju
Selesai buat tempahan secara online, tak berapa lama lepas tu, barang yang ditempah pun sampai. By the way, kalau ada yang tak tau, macam mana rupa punching ball tu, boleh tengok dekat halaman ini.
Saya beli benda ni, bukanlah sebab saya nak masuk sukan boxing. Tapi lebih kepada alat bantuan senaman.
Sejak saya mula fokus untuk bekerja dari rumah, kebanyakkan masa saya memang saya luangkan dekat rumah sahaja. Saya pun dah agak jarang untuk keluar bagi tujuan exercise.
Kalau nak bersenam, saya akan buat dirumah sahaja.
Dekat rumah saya, dah ada dumbell, stationery bicycle, dan sekarang ni dah ada punching ball. Kalau setakat nak buat keluar-keluar peluh tu memang dah ok sangat.
Then waktu hujung minggu, bila ada peluang, barulah saya akan pergi berenang, sama ada di sungai, laut atau swimming pool. Baru ni, ada rezeki lebih dapat la saya pergi bercuti di Port Dickson dan menginap di Lexis Water Chalet.
Walaupun saya dah pernah beli puching ball sebelum ni, tapi saya beli lagi satu yang baru. Jujur saya katakan, saya tak berapa berkenan dan kurang berpuas hati dengan puncing ball yang sebelum ni.
Ini antara sebab saya tak berapa suka dengan punching ball sebelum ni. Itu yang buatkan saya rasa nak beli yang baru dari Decathlon.
(1) Air sebagai pemberat terkeluar bila tumbuk terlalu laju atau terlalu kuat
Untuk memastikan punching ball ni stabil, kita kena letak air dekat bahagian tapaknya. Tapi itu la, mungkin sebab rekaan yang tak berapa cerdik, saya perasan lagi laju saya tumbuk punching ball tu, lagi banyak pulak air yang terkeluar.
Lepas tu? Habis basah kat lantai. Bukan basah sebab peluh, tapi basah sebab air dalam pemberat tu. Kena mop pulak. Lepas tu, kena tambah air lagi. Mula-mula saya ingatkan, masalah ni boleh selesai kalau kurangkan air.
Rupanya saya silap. Air masih tetap keluar juga. Selain keluar menerusi tempat penutup, rupanya air keluar juga dari badan pemberat tu. Mungkin akan kebocoran kecil yang saya tak perasan.
Entahlah. Saya tak pasti pula sama ada masalah bocor ni untuk semua produk atau just yang saya punya sahaja. Harap-harap bukan untuk semua produk la.
(2) Ball yang digunakan untuk tumbuk kadang-kadang akan kurang angin
Bola dia, masa dalam kotak tu, disertakan dengan pam. Kita kena pam dulu, ikutlah kekerasan yang kita mahukan. OK tak ada masalah pun.
Cuma yang tak berapa seronoknya, kadang-kadang tengah guna, dia macam kurang angin. Kena berhenti sekejap untuk pam balik. Benda ni jarang berlaku tapi bila berlaku, rasa tak berapa syok la.
(3) Spring dari punching ball tu mengeluarkan bunyi bising
Eeeek… Ieeeek…. Kreeeek…
Serius annoying bunyi dia. Bunyi macam karat pun ada. Jadi time guna punching ball ni, terpaksalah tahan telinga dulu.
(4) Sarung tangan atau glove yang diberi percuma tak berapa best
Dia tak berapa best sebab kita tak boleh nak pilih saiz. Dia bagi satu saiz je.
Nasib la dapat saiz apa. Kalau tangan kecik, dapat saiz besar, pakai jadi tak selesa. Kalau tangan agak besar, saiz glove pulak kecik, kena tahan sakit sebab sempit.
Senang cerita, walaupun ada free glove, jangan terlalu berharap pada barang yang free tu. Kena beli glove lain kalau nak main punching ball dengan selesa dan tanpa kecederaan.
Apa pun ini pengajaran untuk saya juga. Kalau nak beli barang tu, jangan terlalu sibuk nak cari yang murah. Barang yang murah ni, jarang dapat memuaskan hati kita.
Kalau setakat boleh pakai sekali dua, lepas tu problem dan kena buang, kan rugi tu? Lepas ni kena beli yang lain pulak. Baik beli yang mahal sikit, asalkan kita tahu, yang mahal tu sebab kita bayar lebih untuk dapatkan barangan yang ada kualiti.
Bertahun-tahun kita boleh pakai tanpa ada masalah, In Shaa Allah.
By the way, alat senaman ni, tak rugi kita beli. Boleh claim income tax under lifestyle nanti. Resit pembelian jangan dibuang ya.
Punching ball yang saya beli kali ini adalah dari Decathlon dan jenama Domyos.
Satu je yang tak berapa best dengan benda ni ialah, ia asalnya adalah untuk budak-budak. Nama pun Junior Punching Ball. Bila beli memang akan dapat glove, tapi untuk kanak-kanak.
Tangan saya tak boleh muat dalam glove tu. Kena beli yang lain.
Setakat ini, saya puas hati dengan produk ni. Walaupun asalnya untuk kanak-kanak, tapi stil much much better compare to punching ball yang saya beli sebelum ini.
Leave a Reply