Tahukah anda, hanya dengan menulis, kita sebenarnya berupaya untuk hasilkan pendapatan sampingan sehingga RM1,000 setiap bulan!
Saya rasa, dengan pertambahan pendapatan sebanyak RM1,000 setiap bulan tu, duit tu kita boleh gunakan untuk macam-macam tujuan. Antaranya yang terlintas dalam fikiran saya ialah
- Buat bayar sewa rumah
- Bayar ansuran kereta
- Bayar hutang pendidikan seperti hutang dengan PTPTN misalnya
- Bayar hutang dengan Courts Mammoth
- Beli smartphone baru setiap 3 bulan
Ok… saya percaya, anda pasti ada pandangan dan pendapat sendiri, tentang bagaimana anda ingin belanjakan wang yang bakal anda perolehi tu.
Lima perkara kat atas tu hanyalah cadangan sahaja dari saya. Mungkin selepas anda baca lima perkara yang saya cadangkan tu, minda anda mula ligat berfikir dan mula membuat senaraian baru, apa agaknya yang anda nak beli apabila anda berjaya hasilkan pendapatan tambahan sebanyak RM1,000 setiap bulan itu.
Malahan, kalau anda ingin bercuti ke Sabah juga tak ada masalah.
Pendek kata, duit anda, ikut suka hati andalah nak belanjakan bagaimana.
Cuma kat sini, saya nak berkongsi cerita kepada anda, bagaimana hanya dengan memanfaatkan minat dan hobi menulis anda tu, anda sebenarnya boleh buat duit yang banyak… atau sikit.
[Klik sini untuk muat turun Panduan diatas]
Rahsia Mudah RM1,000 sebulan dengan Menulis
Memang bukan sesuatu yang mustahil untuk capai pendapatan sebegitu hanya dengan menulis.
Malahan, seorang penulis yang berpengalaman yang memang ada pengikut yang ramai, mampu untuk hasilkan pendapatan yang berkali ganda lebih tinggi dari itu.
Mungkin, bagi mereka yang masih baru, atau yang baru pertama kali mendengar idea tentang kita boleh buat duit hanya dengan menulis, mereka akan rasa idea ini agak pelik.
Sebenarnya, di zaman IT seperti sekarang ini, benda-benda macam ni bukannya pelik sangat apatah lagi mustahil.
Kita sebenarnya hidup dalam persekitaran yang sentiasa bergelumang dengan produk penulisan. Saya ambil contoh mudah.
Sesetengah orang dari kita cukup suka buka laman web media sosial, sama ada Facebook, Instagram mahupun Twitter.
Ya.
Kita suka tengok gambar-gambar yang kawan-kawan kita kongsikan. Kita suka tengok moment kita sebelum ini. Kita suka menonton video dan sebagainya.
Pada masa yang sama, kita juga suka baca apa yang dicoretkan oleh kawan-kawan kita. Kadang-kadang mereka hanya tulis tentang pengalaman mereka bercuti ke sesuatu tempat.
Disebabkan kita tak pernah sampai ke tempat tu, maka kita pun baca dengan penuh khusyuk.
Akhirnya pada satu hari, kita pun teringin nak pergi ke tempat tu, dan mula mengumpul duit untuk ke sana. Beli tiket flight, tempah bilik penginapan, dan macam-macam lagi.
Kawan kita tu, mungkin tak berniat pun nak promosikan tempat yang dia pergi tu, tapi disebabkan kita baca pengalaman percutian dia tu, buatkan kita pun rasa macam nak pergi.
Kawan kita tu tak perlu ada skil menulis tahap tertinggi pun.
Asalkan apa yang ditulis itu datangnya dari hati, itu sudah cukup untuk buatkan kita yang tak pernah pergi tempat tu pun tiba-tiba je rasa nak pergi juga.
Atas ni adalah salah satu gambar yang saya tangkap sewaktu bercuti ke Kundasang, Sabah.
Sama ada anda sedar ataupun tidak, perasan ataupun tak, setiap hari kita memang sentiasa membaca hasil penulisan orang lain.
Begitu juga orang lain.
Mereka juga mungkin kerap kali atau dah terbiasa baca apa yang anda coretkan sama ada di blog, media sosial atau di mana-mana tempat yang ada sediakan ruangan untuk menulis.
Jadi, apa kata, kali ini kita maksimumkan dan manfaatkan lagi fungsi dan peranan penulisan tersebut supaya ia dapat jana lebih banyak wang kepada kita.
Saya bukannya nak ajak anda buat benda salah atau benda tak elok.
Sebaliknya, saya nak ajak anda tambahkan lagi pendapatan sehingga RM1,000 setiap bulan hanya dengan menulis. Bukankah ini adalah sesuatu yang baik untuk anda apabila anda ada pendapatan tambahan?
Kalau tak tahu, bagaimana ianya dilakukan, boleh sahaja rujuk laman web ini.
“Alang-alang menulis, biar sampai dapat duit.”
PERHATIAN! Ini bukan angan-angan kosong tau.
Saya sendiri biasa dapat duit hasil daripada minat saya menulis. Kini saya jadikan aktiviti penulisan sebagai satu kerja dan kerjaya. Kerja yang saya memang minat, adalah menulis.
Ini salah satu contoh pendapatan yang biasa saya perolehi.
Memang tak nampak banyak mana pun. Tapi bila dikumpul-kumpulkan, jumlahnya mencecah ratusan ringgit juga tau.
Saya tau, saya memang agak kerap bercerita tentang perkara ni dalam blog ini.
Sebabnya kalau boleh saya nak lebih ramai orang yang buat macam yang saya buat, dan dapat rasai sendiri betapa bestnya ada pendapatan lain yang diperolehi dengan cara yang tak begitu susah, iaitu hanya dengan menulis.
Tulisnya la apa-apa sahaja yang anda mampu tulis.
Sama ada ianya adalah sesuatu yang anda pakar, perkongsian pengalaman ataupun sekadar berkongsi pandangan. Semua ini, apabila dilakukan dengan betul, mampu memberikan anda pendapatan tambahan sehingga RM1,000 setiap bulan.
Kalau anda belum baca panduan ini, bolehlah muat turun menerusi pautan ini ya. Selepas ini, bolehlah kita sama-sama bergembira sambil buat duit.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.