Perkongsian pada kali ini, masih lagi tentang platform buat duit online Involve Asia.
Memang betul, saya telah beberapa kali menulis tentang Involve Asia ini. Saya juga tak bercadang untuk berhenti menulis tentang Involve Asia.
Kenapa nak berhenti menulis, sedangkan saya mendapat bayaran apabila menulis tentang syarikat ini. Kiranya begini, lagi kerap saya tulis, lagi cerah peluang saya untuk dapat lebih banyak bayaran. Itu saya akan buktikan di dalam artikel ni sekejap lagi.
Jika anda minat nak baca perkongsian saya sebelum ini tentang Involve Asia, bolehlah klik pada tajuk-tajuk artikel dibawah ni ya.
(1) Program Affiliate Involve Asia: Peluang buat duit tambahan untuk semua!
(2) Bagaimana cara buat duit dengan Program Referral Involve Asia?
(3) Program buat duit eRezeki dan program affiliate Involve Asia
(4) Cara MUDAH buat duit dengan Involve Asia?
(5) Apa yang saya perlu buat selepas daftar Program Affiliate Involve Asia?
(6) Bagaimana cara mempromosikan produk Involve Asia sampai dapat KOMISEN?
Kesemua artikel ini, saya tulis secara berperingkat-peringkat. Bukannya tulis sekali harung. Bila saya rasa ada masa, baru saya tulis.
Kalau tak ada masa, saya tak tulis. Simple bukan?
Kalau saya boleh buat, anda juga boleh buat. Terpulang pada anda, sama ada nak take action atau tidak. Kalau rasa tak ada masa, cari masa. Kalau memang tak ada masa juga, upahlah orang lain untuk tulis artikel bagi pihak anda.
Diakhir-akhir nanti, usaha yang nampak macam tak ada sebarang makna ni pasti akan terbalas juga. Masih skeptikal?
Ini salah satu bukti bayaran yang saya pernah terima dari pihak Involve Asia.
Bayaran ini saya terima pada bulan Julai 2017 yang lepas. Jumlah yang saya terima pula adalah sebanyak RM111.71
Jadilah kan. Siapa nak bagi?
Bayaran ni saya terima kerana saya telah daftar sebagai salah seorang ejen affiliate Involve Asia. Jika anda masih belum pernah daftar sebagai ejen affiliate, bolehlah daftar sekarang secara percuma disini.
Untuk pengetahuan anda, Involve Asia ini merupakan sebuah platform yang menghimpunkan pelbagai laman web ecommerce dan web jualan yang popular dalam satu tempat dan membenarkan orang biasa macam kita untuk daftar sebagai ejen affiliate.
Peranan kita mudah sahaja.
Kita hanya perlu bercerita tentang laman web milik syarikat-syarikat tersebut, dan jika ada pelawat yang membuat pembelian, kita akan menerima bayaran upah dalam bentuk komisen.
Apa saya perlu buat selepas dah daftar sebagai Affiliate Involve Asia?
Kalau anda baca tanpa skip, saya telahpun berikan link dibahagian atas entri ni. Klik sahaja pada link tersebut. Saya ada ceritakan apa yang saya lakukan, (dan anda juga boleh tiru apa yang saya buat) untuk buat duit menerusi program affiliate ini.
Untuk kerja-kerja pemasaran, saya hanya menggunakan platform blog sahaja. Blog dan blogging adalah kaedah pemasaran utama saya.
Kaedah pemasaran menggunakan medium blog ini, tidaklah begitu agresif, dan dari segi capaian maklumat kepada golongan yang disasarkan, juga mungkin sedikit lambat.
Maka atas sebab itu juga, komisen yang saya perolehi tidak begitu mengkagumkan bagi anggapan sesetengah orang. For me, its okay.
Biar dapat sedikit, tetapi kerap dapat, daripada sekali dapat terus banyak, tetapi
- Kadang dapat kadang tak dapat
- Kos untuk pengiklanan sangat besar
Saya lebih suka cara yang slow and steady. Lain orang, lainlah caranya. Jika anda jenis yang mahukan result pantas, bolehlah guna kaedah pemasaran yang lebih aggresif yang melibatkan pembelian trafik. Sama ada guna FBAds ataupun gunakanlah Google Adwords.
Tak perlu jual barang, masih boleh dapat komisen dari Involve Asia
Di member area, sebenarnya terdapat pelbagai jenis kempen yang anda boleh sertai dan struktur komisen juga berbeza.
Ada yang jenis anda dibayar mengikut berapa banyak klik yang anda perolehi. Contohnya, jika anda mempromosikan laman web Trivago.
Sila klik sini untuk lihat apa yang ada di laman web Trivago.
Kemudian, ada juga komisen jenis Pay Per Sale. Ini adalah komisen biasa yang akan diterima jika kita berjaya hasilkan jualan produk. Laman web Lazada adalah salah satu laman web ecommerce yang popular yang menawarkan komisen jenis ini.
Ada macam-macam produk yang dijual di laman web ini yang anda juga boleh promosikan.
Sebagai contoh, jika anda ingin ceburi niche kecantikkan, mungkin anda boleh promosikan produk yang bernama Rose Face Serum Zeeta ini. Rose Face Serum ini sesuai digunakan oleh mereka yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat, jeragat dan juga untuk menghilangkan kesan parut jerawat.
Komisen yang bakal diterima jika berjaya dapatkan jualan adalah sebanyak 9% atau bersamaan dengan lebih kurang RM5.35 untuk setiap botol serum yang berjaya dijual.
Selain itu, menerusi program affiliate Involve Asia ini, ada juga komisen jenis referral. Kita panggil juga sebagai komisen Pay Per Lead.
Komisen jenis ni, tak perlu jual apa-apa. Lihat contoh jelas dibawah.
Lihat pada kotak berwarna merah. Ia menunjuk nilai 0.00 sebabnya saya langsung tak buat sebarang jualan atau sale.
Tetapi, kotak yang berwana biru mewakili pendapatan yang saya perolehi atau estimated earning. Ia menunjukkan nilai disitu.
Walaupun saya tak buat sale, namun saya mempromosikan dua perkara.
Pertama, peluang untuk buat duit dan menang voucher dengan menjawab survey. [klik sini untuk lihat], dan satu lagi…
Peluang untuk buat duit sebagai ejen affiliate Involve Asia. [klik sini untuk join]
Kedua-dua ini tak perlu jual apa-apa. Syarat untuk dapat bayaran ialah, kena pastikan ada yang mendaftar ke dalam program yang dimaksudkan. Itu sahaja.
Kesimpulannya, kalau serius nak buat duit, In Shaa Allah mesti ada caranya!
wah banyak juga pendapatan dari involve asia tu 🙂 saya dapat jugak tapi tak tentu..kadang ade kadang takde 🙂 kene belajar banyak lagi ni..
Pada saya, ianya agak banyak juga. RM5 untuk satu referral. Sebab sebelum ni, biasanya saya cuma dibayar sekitar RM0.10 – RM2 je untuk satu referral ha3
Salam saya nak tanya, kiranya yang dalam kotak biru tu duit tu kita akan dapat jugak la kan? Sebab saya tak ada buat sebarang sales,so total sales saya 0.00, tapi pada conversion report ada la dalam RM10 pada est earnings. So masih akan dapat RM10 tu kan?
Wasalam, ya betul. Dalam bahagian conversion tu ialah jumlah yang akan dibayar pada kita.