Sampai bila awak nak kerja freelancer?

Saya ditanyakan soalan tersebut.

 

“Sampai bila awak nak buat kerja sebagai seorang freelancer?”

 

Ironinya, soalan ini ditanyakan oleh individu yang juga kerja sebagai seorang freelance. Mungkin dia cuba untuk menduga saya, sama ada saya mempunyai pendapatan yang selesa atau sekadar cukup makan. Atau mungkin lebih buruk lagi, pendapatan yang dihasilkan melalui kerja-kerja freelance terlalu sedikit sampai ianya tak cukup untuk dijadikan kerjaya fulltime.

 

Saya pun jawab, “kalau boleh saya nak kerja freelance sampai bila-bila…”

Baca juga: Kerjaya yang anda boleh pilih untuk dilakukan dari rumah

 

Saya pun pernah ada pengalaman kerja dengan beberapa syarikat sebelum ni. Alhamdulillah pengalaman yang saya dapat dari kerja-kerja tersebut, banyak yang saya gunakan untuk kerja-kerja freelance yang saya buat sekarang ini.

Kebebasan untuk atur masa sendiri

Saya amat hargai kehidupan sebagai seorang freelancer apabila saya ambil kira terdapat kebebasan dari segi mengatur masa kerja saya sendiri.

 

Saya boleh kerja pada bila-bila masa saya nak. Kalau saya rasa waktu pagi tu, saya cuma nak buat kerja satu jam sahaja, maka itu sahajalah waktu yang saya akan gunakan untuk buat kerja. Lepas tu, saya boleh buat benda lain.

 

Nanti bila dah masuk petang sikit, boleh sambung waktu kerja. Walaupun ada kebebasan untuk mengatur waktu kerja sendiri, disiplin tu wajib ada, supaya kita boleh pastikan yang setiap hari kita bekerja sekurang-kurangnya 6 atau 8 jam sehari.

 

Kebebasan untuk atur masa bekerja sendiri bukannya lesen untuk jadi seorang pemalas. Peringatan ini untuk diri saya sendiri, dan juga untuk pembaca blog ni.

 

Kebebasan untuk bekerja dengan sesiapa pun

Saya masih ingat lagi, waktu saya bekerja dulu, manager selalu bertukar ikut jadual. Misalnya, minggu ini, manager on duty adalah Abu. Minggu satu lagi, akan tukar manager on duty, kepada Ali pulak.

 

Dalam banyak-banyak manager tu, pasti ada manager yang saya tak berapa suka. Ada macam-macam sebab kenapa saya tak berapa suka, misalnya manager tu tak berapa cekap, tak membantu dan sebagainya.

 

Untungnya bila kerja freeelance ni, saya boleh pilih nak kerja dengan siapa. Sudah tentu, saya akan pilih orang-orang yang tak menyakitkan kepala saya.

 

Buat macam-macam projek dalam satu masa

Kerja freelance ni, adakalanya kita kena fikir dua atau tiga projek dalam satu-satu masa. Bagi mengelakkan kita terasa ianya seperti satu beban, kita janganlah anggap ia seperti satu kerja.

 

Saya sendiri, akan anggap ia sebagai satu projek, ekperimen, atau anything yang bukan kerja. Saya buat dan jalankan sesuatu projek sebab saya nak siapkan ia dan nak lihat hasil akhir projek tu. Bukan semata-mata sebab nak buat duit (walaupun kebanyakkan projek yang saya jalankan memang menghasilkan duit).

penerangan-tentang-jobdirumah

Tambahkan dan terokai ilmu baru

Menuntutlah ilmu sebanyak-banyaknya dan seluas-luasnya. Tak pandai tak apa, sebabnya saya percaya, orang yang menuntut ilmu ini pasti akan jadi orang yang berpengetahuan.

 

Saya cuba membandingkan dengan kehidupan saya, semasa masih kerja dulu. Saya tak perlu nak belajar ilmu baru. Cukup sekadar mampu siapkan kerja rutin yang menunggu dipejabat. Akhirnya, walaupun umur saya makin tambah, tapi saya tak rasa ilmu saya turut berkembang.

 

Luaskan jaringan kenalan dan networking

Kadang-kadang, kita akan dapat tawaran job yang best-best daripada kenalan yang kita ada. Kita tak perlu susah payah nak cari kerja, dan In Shaa Allah, sekiranya kita memang bagus dengan kerja yang kita buat, kawan-kawan sendiri akan datang kepada kita dan tawarkan kerja.

 

Kemudian terpulanglah pada kita sendiri, sama ada nak terima tawaran kerja tu ataupun tidak.

 

Pandai buat jualan, anda akan selamat

Saya berpendapat, kunci kejayaan atau setidak-tidaknya kalau nak bertahan lama sebagai seorang freelancer, ini adalah satu kemahiran yang kita perlu ada.

 

Ya, kena pandai buat jualan.

 

Semakin kita mahir buat jualan, In Shaa Allah akan jadi makin tinggi pendapatan kita. Kehidupan sebagai seorang freelancer ini, memang tak boleh lari daripada perlunya kuasai kemahiran menjual.

 

Tak mahir tak apa, asalkan kita ada kemahuan untuk belajar. Kalau kita tak cuba buat jualan, orang mungkin tak tahu, tentang servis dan kemahiran yang kita ada tu. Memandangkan membuat jualan ini, adalah sebahagian daripada perkara yang perlu kita lakukan sebagai seorang freelancer, saya percaya, lambat laun kita akan jadi mahir juga.

 

 

, , ,

No comments yet.

Leave a Reply

one × four =

Powered by WordPress. Designed by Woo Themes